Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!


Pada mulanya, saya mula memilih tema. Setelah membuat sedikit kajian, saya telah memilih tajuk “kuasa”. Saya mula mencari idea mengenai tajuk yang telah dipilih. Saya mendapat idea untuk membuat sebuah arca mengenai kuasa manusia dan kuasa tuhan. Melalui arca ini, saya akan membuat perbandingan mengenai kuasa tuhan dan batasan kuasa manusia. saya memilih untuk menggunakan besi untuk menghasilkan asemblaj.

Selepas itu saya mula mencari bahan-bahan untuk menghasilkan arca. Namun saya mempunyai masalah dalam mencari bahan. Oleh itu saya terpaksa mengubah idea untuk disesuaikan dengan objek besi yang telah saya dapat. Saya telah mengambil sebuah bekas peluru sebagai tanda kekuasaan manusia. Bagi kuasa tuhan pula saya mengambil objek yang seolah-olah orbit bagi menunjukkan betapa besar dan agungnya ciptaan dan kekuasaan tuhan yang telah menjadikan alam semesta. Sesetengah objek dijumpai, dibeli di tempat besi buruk dan juga dibeli di kedai “hardware”.

Saya membersihkan objek-objek yang telah saya pilih kerana ia berkarat dan dikotori dengan tanah dan kotoran. Selepas itu saya mula merancang reka letak objek. Rakan-rakan saya terutamanya Kasim telah banyak membantu saya. Kuasa tuhan diletakkan di bahagian atas bagi membuktikan kuasanya lebih besar. Bahagian atas adalah lebih besar berbanding bahagian bawah. Saya telah menyusun objek-objek besi tersebut supaya Nampak menarik dan sesuai. Rekaletak objek adalah bersesuaian dengan tema kuasa yang ingin ditonjolkan.

Setelah berfikir dengan lebih mendalam, saya mendapati bahawa peluru sebagai simbol peperanagan dan penjajahan bukanlah kuasa manusia yang paling hebat. Akan tetapi, ilmu ialah punca segala kemajuan dan kekuasaan manusia dan nadi kepada manusia untuk terus maju. Oleh itu, saya telah menambah objek seperti buku yang diperbuat daripada zink.

Untuk mencantumkan besi, saya telah memilih untuk memilih teknik “welding”.hal ini kerana ia dapat mengukuhkan besi yang dicantum dengan baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates