Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

CUKUP menyedihkan apabila dalam tempoh dua minggu kita disajikan dengan dua berita yang memalukan institusi perguruan di mana guru ditampar pelajar dan ibu pelajar. Kejadian pertama di sekolah menengah di Nibong Tebal apabila pelajar berusia 16 tahun menampar pipi guru berusia 28 tahun.

Insiden itu dilaporkan berpunca daripada tindakan pelajar terbabit bersama dua rakannya memasuki sebuah kelas yang sedang diajar oleh guru wanita berkenaan di mana didapati ketiga-tiga pelajar ini tanpa menghormati guru berkenaan dan mempedulikan pelajar lain, membuat bising sebelum guru terbabit mengarahkan mereka keluar dari kelasnya. Guru terbabit menampar pipi seorang pelajar berkenaan apabila mereka tidak mengendahkan arahan itu dan akibatnya seorang pelajar terbabit membalas balik tamparan guru itu. Malah lebih menakutkan apabila dilaporkan seorang daripada pelajar itu cuba bertindak lebih ganas dengan membaling kerusi plastik ke arah guru berkenaan.


Dalam insiden terbaru pula, dilaporkan seorang guru lelaki berusia 28 tahun ditampar ibu seorang pelajar yang marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan guru menampar anak wanita itu di sebuah sekolah menengah di Perlis.
Kejadian dilaporkan berpunca daripada masalah disiplin membabitkan pelajar lelaki tingkatan satu dari sekolah berkenaan. Walaupun pihak sekolah cuba menjernihkan semula keadaan dengan mendamaikan kedua-dua pihak namun wanita berkenaan masih tidak puas hati bertindak menampar guru terbabit di hadapan pengetua dan guru lain.


Ini adalah antara dua kes yang menjadi pembuka bicara isu disiplin pelajar sekolah bagi tahun 2010. Di kala kita masih sedih dengan nasib malang yang menimpa enam pelajar dalam tragedi perahu naga karam dipukul ombak tempoh hari, kita terus dikejutkan dengan pelbagai lagi masalah membabitkan pelajar, guru dan juga sekolah.


Kita juga masih segar dengan nasib malang yang menimpa seorang lagi guru wanita pada Oktober 2008 sebuah sekolah menengah di Perlis di mana gara-gara tidak berpuas hati dengan tugasan kerja yang diberikan, dua pelajar perempuan bertindak di luar batasan apabila membelasah seorang guru wanita. Pelajar tingkatan dua terbabit dilaporkan menendang dan memukul guru mereka.


Kejadian sebegini menimbulkan beberapa persoalan yang cukup merisaukan kita semua. Apakah pelajar sebegini yang kita harapkan akan menjadi penyambung warisan negara kita? Kenapa insan mulia bernama guru dijadikan mangsa keadaan? Selama ini mungkin kita terlalu leka dengan isu membabitkan kebajikan pelajar dan ibu bapa mereka semata-mata di mana kita seolah-olah terlepas pandang masalah dan nasib yang dialami dan dilalui guru dalam mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna.


Tidak dapat dinafikan bahawa peredaran zaman membawa kepada perubahan minda dan akhlak anak-anak zaman sekarang. Ternyata pelajar sekarang semakin sukar dilentur dan dibentuk macam generasi dulu.
Pelajar sekarang juga didapati lebih tahu serba serbi dan cepat memberontak dan bertindak balas mengikut emosi masing-masing. Akibatnya guru terpaksa melalui pelbagai dugaan baik di peringkat sekolah rendah mahupun menengah dalam memenuhi kehendak dan tuntutan pelajar dan juga ibu bapa mereka. Ibu bapa zaman sekarang juga lebih banyak mempercayai anak-anak mereka berbanding guru di sekolah. Ini menyebabkan sering kali mereka hilang pertimbangan apabila anak-anak mereka diambil tindakan disiplin oleh pihak sekolah mahupun guru.


Inilah antara cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi guru dalam mendisiplinkan anak didik mereka. Namun apa yang mengecewakan segala usaha ini tidak dinilai dengan sewajarnya apatah lagi dihargai. Guru adalah insan yang bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat. Guru banyak menyumbangkan khidmat membangunkan bangsa dan negara, lebih-lebih lagi membentuk sahsiah pelajar.
Di sekolah, guru adalah pendidik, penjaga dan bertindak sebagai ibu dan bapa kepada pelajar. Tanggungjawab guru sebenarnya cukup besar dan sangat mulia. Apa yang kita perhatikan ialah selama ini guru lebih banyak berdiam diri apabila diri mereka dikritik ataupun dimarahi ibu bapa dan mungkin sudah tiba masanya untuk guru bangun mempertahankan hak mereka dan juga memelihara dan mempertahankan kemuliaan profesion mereka.


Pada masa sama, ibu bapa juga perlu lebih rasional dan jangan terlalu emosi ataupun hanya mendengar cerita di sebelah pihak anak mereka saja.
Ibu bapa perlu melihat dari sudut positif akibat dan kesan daripada tindakan diambil guru mahupun pihak sekolah yang semata-mata untuk mendidik anak-anak mereka menjadi insan berguna di kemudian hari.


Dapat dikatakan, guru bertanggungjawab membentuk tamadun manusia melalui penyebaran ilmu. Jasa guru amat besar, begitu juga pengaruh mereka. Usahlah asyik mencari kesalahan mereka semata-mata. Sekarang amat jarang kita dengar pelajar mahupun ibu bapa mengucapkan ‘terima kasih’ kepada guru. Ini adalah satu fenomena yang cukup menyedihkan dan sepatutnya tidak berlaku dalam masyarakat kita yang begitu mementingkan gaya hidup sopan santun dan nilai-nilai murni sejagat.


Kita risau jika keadaan sebegini berterusan maka dikhuatiri ia akan sedikit sebanyak menjejaskan semangat dan motivasi guru untuk terus mendidik anak-anak kita. Sekolah mestilah menjadi tempat selamat bukan saja untuk pelajar tetapi juga untuk guru yang mendidik mereka.
Biarlah guru menjalankan tanggungjawab mereka dengan selesa dan selamat. Berikanlah kebebasan kepada mereka untuk membimbing, mendidik dan membentuk anak-anak kita seperti yang kita harapkan mengikut acuan dan ramuan betul. Tidak perlulah kita terlalu mencampuri urusan guru dan pelajar di sekolah.


Kepada guru, anda adalah insan yang sangat mulia. Ingatlah, gelaran guru akan kekal hingga ke akhir hayat dan usahlah berputus asa mahupun kecewa dengan nasib malang yang dihadapi, teruskanlah perjuangan suci demi membentuk sebuah generasi anak bangsa yang boleh menjadi pewaris kepada generasi sekarang.


0 orang menconteng:

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates