Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

KUALA PERLIS: Seorang guru hampir pengsan apabila menerima khidmat pesanan ringkas (SMS), daripada suaminya yang menyatakan dia ingin pergi buat selama-lamanya, sebelum mayat suaminya itu ditemui dipercayai akibat lemas di tepi pantai Kuala Sungai Baru, dekat sini, tengah hari semalam.

Selepas menerima SMS daripada suaminya pada kira-kira jam 9 pagi, Noriza Kassim, 37, yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah, Arau, pergi ke tepi pantai itu seorang diri dan menjerit-jerit memanggil nama suaminya itu.

Tindakannya menjerit nama suaminya, Zuki Ibrahim, 40, yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Saffi, dekat Simpang Empat, menarik perhatian orang ramai yang berada di situ sebelum gerakan mencari mangsa di kawasan terbabit dijalankan.

“Selepas menerima SMS itu, saya terus meninggalkan sekolah untuk ke pantai dan menjumpai kenderaan Proton Exora dan telefon bimbit milik suami. Daripada situ saya yakin, suami terjun ke laut seperti dinyatakan dalam SMS.

“Pada mulanya, saya menjangkakan SMS terakhir dihantar suami sebagai satu gurauan tetapi tidak sedap hati dan terus menghubunginya, namun tiada jawapan,” katanya yang sedih ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, semalam.

Mayat Zuki ditemui orang awam beberapa meter daripada tempat dia dipercayai turun ke laut sejurus meninggalkan kenderaan dipandunya di tepi pantai selepas menghantar SMS kepada isterinya.

Tiga anak pasangan guru berkenaan yang masih kecil iaitu berusia lima, sembilan dan 11 tahun hadir di bilik mayat HTF.

Hadir sama Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Noriza berkata, suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika bersama anak di rumah pada malamnya dan pagi semalam, dia seperti biasa menghantar anak ke sekolah.

Bagaimanapun, katanya, Zuki ada mengadu tertekan dan tidak berpuas hati selepas dipindahkan dari SMK Padang Siding ke SMK Syed Saffi, dua bulan lalu.

“Dia mendakwa tertekan kerana tidak sesuai berada di sekolah baru berkenaan. Namun, saya langsung tidak menyangka dia sanggup mengambil tindakan sebegini, apatah lagi malam tadi dia kelihatan biasa saja terutama ketika bermain dengan tiga anak kami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat mangsa. Bagaimanapun, punca sebenar kematian masih disiasat.

“Buat masa sekarang, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke HTF untuk dibedah siasat,” katanya.

Difahamkan, usaha mencari dan menyelamat mangsa dimulakan pada jam 10 pagi membabitkan Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Gerakan Marin (PGM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), serta Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sementara itu, Mansor mengesahkan Zuki ditukar ke sekolah lain sejak dua bulan tetapi disebabkan kenaikan pangkat dan pihaknya tidak menerima sebarang maklum balas daripadanya berhubung pertukaran terbabit.


4 orang menconteng:

Itulah hasilnya apabila pelbagai tekanan dan arahan dot yang diberikan oleh pihak atasan kepada orang bawahan . Perpindahan dan pertukaran yang senang - senang dibuat oleh pihak yang berkuasa jika tak berkenan dihati mereka . yang tertekan adalah golongan bawahan yang terpaksa mau tak mau kena menurut . En. Zuki adalah bekas guruku yang banyak berjasa dan amt sedih hati ini mendengar berita ini . Ramai anak2 murid mu menjadi orang yang berjaya , aku sendiri telah menjadi guru , fairus guru , zaiful enginier , yanti akauntan , ct rohani akauntan , dan ramai lagi profesional yang telah dikau hasilkan . terima kasih dan alfatihah untukmu....

AlFatihah... semoga roh beliau ditempatkan bersama orang yang soleh... yang pergi tetap pergi, kita yang masih hidup perlu terus tabah...

Seperti kata pepatah, Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Once you are a teacher , u'll always be a teacher.
Kat mana pegi pun, di mana berada pun, samada masih muda atau dah tua/pencen, bila berjumpa dengan sesiapa pun 'mereka' akan di panggil :
" cikgu cikgu or teacher teacher"
Alangkah bermaknanya panggilan itu

p.s. Semuga dicucuri rahmat ke atas roh beliau olehNYA

Beliau seorang yg banyak berjasa..mungkin afa sbb kejaidian ini berlaku yg mungkin beliau seorg sahaja yg tahu.. Terima kasih cikgu zuki ibrahim :'(

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates