Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Lagi berita tentang guru yang memalukan. walaupun kes ini membabitkan seorang guru mengaji, dia tetap seorang guru. bahkan mengajar mengaji adalah satu ibadah. ini lah yang terjadi apabila seseorang menggunakan agama supaya diri mereka dilihat baik dan disanjung masyarakat. kerana masyarakat selalu menyanjung tinggi, dan menilai berdasarkan perlakuan luaran semata.


KUALA TERENGGANU — Seorang warga emas yang juga guru mengaji al-Quran dihukum penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah merogol anak muridnya 15 tahun lima tahun yang lalu.


Shamsuddin Abdul Rahman, 62, berasal dari Kampung Pak Madah, Bukit Payong yang juga bekas pesara Risda mengaku bersalah merogol anak muridnya itu. Tertuduh yang mempunyai empat isteri dan 11 anak diwakili oleh peguam Mohd Asaari Salleh.


Kes didengar di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Che Muhamad Zulkifly Jusoh. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bermula hari ini selepas mengambil kira faktor usia dan pengakuan tertuduh serta insaf atas perbuatan.


Mengikut kertas pertuduhan, pada 11 Jun 2005 lalu, murid berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghadiri kelas mengaji al-Quran di sebuah surau. Kanak-kanak berkenaan telah ke rumah saudara tertuduh, namun dia telah tidur lalu memutuskan untuk pulang sebelum terserempak dengan tertuduh bertindak menggosok lengan dan bahu mangsa. Tertuduh mengumpan mangsa dengan memberi RM10 sebelum membawa masuk mangsa ke dalam bilik kediamannya dan merogolnya.


Laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa pada 23 Jun tahun yang sama, pukul 6 petang dan pihak perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa. Tertuduh ditangkap di rumahnya di 387, Kampung Tanjung Mengkudu, Kampung Pak Madah, Bukit Payong Terengganu.


0 orang menconteng:

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates