Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

2 penuntut UiTM maut nahas Gambar:

Gambar: KEADAAN kereta yang dinaiki empat sahabat pelajar UiTM yang terbabit dalam kemalangan maut di KM 47.7 berhampiram susur keluar Tol Alor Setar Utara, 7 pagi ini. Dalam kejadian itu dua maut, dua lagi parah. Foto: Syaharim Abidin

ALOR SETAR: “Malam Rabu lalu, arwah Syazwan bersalaman dengan saya dan berkata tak sabar untuk mengikut rakannya ke Pulau Pinang.

“Saya pelik kerana dia nampak tergesa-gesa pada malam itu. Saya tak sangka itu antara tanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” kata Muhd Najib Zakaria, 18, rakan Syazwan Azizan, 19, yang maut bersama seorang lagi rakannya, Azrul Hadi Azizzan, 18, manakala dua yang lain cedera dalam kemalangan maut di Kilometer (KM) 47.7, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), berhampiran susur keluar Plaza Tol Alor Setar Utara, di sini, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi itu, Syazwan dan Azrul Hadi maut, manakala Muhammad Aiman Ismail, 18, patah tangan dan kaki, sementara pemandu kereta, Faris Abdul Ghani, 18, cedera ringan selepas kereta Perodua Viva dinaiki terbabas dan melanggar pokok. Keempat-empat penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis itu dalam perjalanan pulang ke Perlis selepas menziarahi ibu Azrul Hadi di Pulau Pinang.

Muhd Najib berkata, dia pelik dengan sikap Syazwan atau lebih mesra dengan panggilan Pak Teh di kalangan rakan sekuliah sebelum dimaklumkan rakan mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Sementara itu, bapa saudara Azrul Hadi, Abdul Rahman Omar, 68, berkata dia terkejut selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Arwah mungkin pulang ke rumah kakaknya di Pulau Pinang untuk menziarahi ibunya yang mengalami darah tinggi. Sejak bapanya meninggal dunia tiga bulan lalu, ibunya Mariam Md Saman, 45, mengikut anak perempuannya ke Pulau Pinang.

“Saya tak sangka arwah pergi terlebih dulu daripada kami. Dia seorang yang periang dan selalu mendengar kata orang tua,” katanya yang ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, semalam.

Difahamkan, empat sahabat baik itu mengambil jurusan Diploma Pengurusan Perladangan di UiTM berkenaan dan baru mendaftar masuk ke universiti itu pada Julai lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghaffar Rajab berkata, empat penuntut lelaki berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Arau, Perlis.

“Kereta Perodua Viva dipandu Faris dikatakan cuba mengelak ‘objek’ melintas di lebuh raya menyebabkan dia hilang kawalan lalu terbabas,” katanya.

0 orang menconteng:

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates