Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

waaa... dihari minggu ni sempat aku dan member aku karaoke... kat youtube je pun... hahaha... cari video lagu Tomok yang lama... aku mmg admire mamat ni... tapi aku sedikit kecewa dengan Tomok... suara dia yang sengau dulu lagi best... biarpun ramai org kutuk, tapi suara  dia dulu mmg mendayu... baru2 nie aku tengok Tomok kat tv3... dia nyanyi lagu sejarah mungkin berulang... tapi dia tukar sikit alunan lagu tu... dah x sama cam dulu... nape Tomok??? ko patut tau, yang ko masih ada peminat yang nak ko nyanyi lagu2 macam dulu... kenapa ko mesti ubah penampilan dan cara ko nyanyi??? lagu2 kau sekarang tak umph la... bagi aku la, lagu lama ko lebih power dan ada aura... Tapi apa pun, aku ucapkan syabas kepada ko, dan harap yang terbaek untuk ko Tomok!!!


Aku suka tengok video klip NIE

Assalamualikum, kepada semua pengunjung blog Syurga Itu Indah, nikmatilah video ini...

Pengucapan awam ini saya karang apabila kakak saya meminta saya untuk mencarikannya sebuah karangan pengucapan awam.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. pernahkah anda mendengar, Kerana seekor kucing, tercampak ke dalam neraka?

Hadirin sekalian, dalam riwayat sahih al-Bukhari, "Seorang wanita diseksa kerana seekor kucing yang dikurungnya sehingga mati. Dia masuk neraka kerana dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya mencari makan."

Ini menunjukkan kasarnya sifat wanita itu, betapa buruk akhlaknya, serta tiadanya belas kasih di dalam hatinya. Dia mengurungnya sepanjang siang dan malam. Kucing berasa haus dan lapar dan meminta dengan suara yang meminta bantuan dan pertolongan. Akan tetapi, hati wanita ini tidak terketuk oleh suara pilu kucing itu. Suara kucing itu semakin lemah, lalu seterusnya menghilang. Kucing itu mati. Ia mengadu kepada Tuhannya tentang kezhaliman manusia yang hatinya keras dan membatu.

Perbuatan ini telah memberi kecelakaan kepada wanita tersebut, sehingga dia masuk ke dalam neraka. Rasulullah melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di neraka. Kesan-kesan cakaran tergores di wajah dan tubuhnya. Beliau melihat itu ketika syurga dan neraka diperlihatkan kepadanya.

Oleh itu janganlah suka menendang kucing. Peliharalah kucing kerana kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah. Sehubungan dengan itu, pada hari ini saya akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai kucing.


Apa Itu Kucing? Kucing adalah haiwan yang sungguh menakjubkan dan juga merupakan haiwan pemangsa yang terdiri daripada pelbagai saiz. Kucing mempunyai ciri-ciri seperti mata besar yang berada dihadapan muka, pendengaran yang tajam, gigi yang tajam dan kaki yang kuat serta mempunyai kuku yang tajam bagi mendapatkan mangsanya. Kebanyakkan kucing mempunyai ekor yang panjang serta bulu yang bertompok atau berjalur. Perkataan "kucing" biasanya merujuk kepada "kucing" yang telah dijinakkan, tetapi juga merujuk kepada singa, harimau, dan sebagainya. Kucing telah berbaur dengan kehidupan manusia paling tidak sejak 3.500 tahun yang lalu, ketika orang Mesir kuno menggunakan kucing untuk menjauhkan tikus. Kini, kucing adalah salah satu haiwan peliharaan terpopuler di dunia.

Kebanyakkan setiap rumah memiliki kucing kerana kanak-kanak amat menyukai kucing. Ini adalah baik untuk kanak-kanak itu sendiri dari segi perkembangan sosial kerana ia membantu kanak-kanak tersebut mempunyai rasa tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan. Kanak-kanak harus diajar bahawa kucing adalah binatang peliharaan yang harus dihormati samada anak kucing atau kucing dewasa. (contoh : kucing tidak boleh diganggu semasa tidur).

Kebanyakan orang memiliki kucing sebagai binatang peliharaan kerana kucing tersebut lebih mudah ditinggalkan sendirian dirumah berbanding dengan anjing. Ini sememangnya benar. Kucing adalah lebih berdikari secara semulajadi. Kebanyakkan kucing hidup secara sendirian dan sunyi sepanjang hari kerana mereka perlukan hubungan sosial dengan kucing-kucing lain. Oleh itu anda harus mempertimbangkan untuk memiliki dua atau lebih ekor kucing supaya mereka tidak berasa sunyi apabila anda tiada di rumah.

antara jenis kucing ialah

American Shorthair

Baka American Shortair mempunyai badan yang sederhana sehingga ke besar, padat, berotot dan kuat. Bulunya pendek, padat dan tebal. Warna bulunya terdiri dari pelbagai dan bercorak dua.

British Shorthair

Baka British Shorthair dianggap sebagai baka yang paling lama sekali wujud. Badannya yang sederhana, dengan bentuk padat, kuat dan seimbang. Bulunya yang pendek dan padat, datang dengan pelbagai warna, terdapat juga warna biru.

Persian

Kakinya yang pendek, lebar dan kuat pada dada, berada pada keadaan sekata dibahu dan otot. Walaupun dengan rupanya yang gebu, kucing baka Persian ini mempunyai otot yang bagus dengan tiadanya punca-punca kegemukkan. Bulunya yang panjang dan tebal, berkilat dan kuat. Warnanya boleh terdiri daripada pelbagai warna dan corak.

Siamese

Baka Siamese adalah bersaiz sederhana, bulunya berkilat dengan garisan kecil berwarna, bergerak senang walaupun berotot. Sifatnya yang ketara ialah bucu yang bercorak gelap pada telinga, muka, ekor dan kaki. Warna seperti cokelat, biru, dan kelabu adalah warnanya yang biasa.


Akhir kata, saya sudahi dengan beberapa rangkap pantun


Dua tiga kucing Siam,

Berkawan dengan kucing Parsi,

Hati jangan dibiarkan hitam,

Banyakkan mengaji dan ingatkan mati.


Anak kucing mengejar tikus,

Tikus berlari tak pandang belakang,

Kembalilah mencari jalan yang lurus,

Sekiranya hidup berarus songsang.


Kucing hitam melompat-lompat,

Ekornya panjang terkena duri,

Jangan diikut pengaruh barat,

Kelak binasa memakan diri.


Sekian, wabillahitaufikwalhidayah

wassalamualaikum

warahmatullahiwabarakatu

Budaya Skinhead bermula pada tahun 60-an, ekonomi Britain merosot, time tu jugalah wujud kumpulan anak muda di Chelsea dan East End di London yang mengangap diri mereka ini tersisih dari masyarakat. Mereka anti kapitalsime, kerana merasakan kapitalisme ini hanya mengkayakan sebahagian masyakat dan memiskinkan sebahagian lagi masyarakat. Dan bagi memastikan kewujudan kumpulan mereka disedari diorang ini membawa satu budaya dan fesyen yang baru pada era itu. Dan mereka menggelarkan diri diorang sebagai SKINHEAD.

Mereka terbahagi kepada dua budaya kecil iaitu MOD dan RUDE BOYS. MOD lebih pada fesyen dan RUDE BOYS lebih pada lagu macam Reggae dan ska.

Skinhead di Malaysia terbahagi kepada beberapa mazhab atau idealogi iaitu TRAD, SHARP, NAZI DAN JUGA SCAR. Perkataan SHARP ini diperoleh daripada perkataan SkinHead Anti Racial Prejudice. SHARP diasaskan bagi membersihkan nama skinhead dari sikap perkauman, kerana ketika itu skinhead dikaitkan dengan sikap perkauman. Antara slogan perkauman yang dilaungkan ialah White power dan mangsanya ialah orang kulit hitam.

Skinhead menggemari Hang Out atau melepak di Snooker dan juga Pub. Boot juga dianggap sebagai senjata utama bagi Skinheads. Sham 69 ialah band pertama yang memainkan muzik Punk Oi! yang diketuai oleh Earry Bushers. Fighting 84 ialah pergaduhan terbesar antara Punk dan Skinheads di England pada tahun 1984 yang melibatkan 5000 orang Punk dan Skinheads.


KUALA LUMPUR - Suasana penumpang lelaki dan wanita berasak-asak menaiki komuter pada waktu puncak tidak lagi kelihatan semalam apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mula melaksanakan sistem koc mengikut gender.
Projek perintis di laluan Sentul-Pelabuhan Klang itu terbukti berhasil apabila 95 peratus penumpang wanita dalam soal selidik KTMB semalam menyifatkan ia berjaya memberi keselesaan serta jaminan keselamatan daripada menjadi mangsa penyeluk saku dan gangguan seksual.
Tinjauan Kosmo! bersama para pegawai KTMB yang diketuai Pemangku Pengurus Besar Perkhidmatan Kaunter, Mohd. Hider Yusoff semalam mendapati, perkhidmatan baru itu menjadi tarikan kepada lebih ramai penumpang wanita menaiki komuter.


Duhai Teman Duhai Sahabatku… Hargailah bila bersahabat… Maafkanlah bila terluka… Fahamilah bila keliru… Nasihatilah bila terleka… Tegurlah bila tersilap… Ingatilah bila kesunyian… Itulah kehebatan ukhwahfillah…
Apabila kau ingin berteman… Janganlah kerana kelebihannya… dan jangan pula kau memalingkan muka kerana kekurangannya.
Ya Allah, panjangkanlah umur sahabatku, kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatknlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat...


Link Rapidshare
http://rapidshare.com/files/380796224/Ujang_372_15.01.2010-hotfilemalaysia.pdf.html
http://rapidshare.com/files/380796099/Ujang_373_01.02.2010-hotfilemalaysia.pdf.html
http://rapidshare.com/files/380796814/UJANG_376_15.03.2010-hotfilemalaysia.pdf.html
http://rapidshare.com/files/380796878/UJANG_377_01.04.2010-hotfilemalaysia.pdf.html
http://rapidshare.com/files/380796963/UJANG_378_15.04.2010-hotfilemalaysia.pdf.html

salam semua... pada hari ini saya akan berkongsi cara mudah mendapatkan lime wire pro... kalau sebelum ini anda menggunakan utorent utk mendownload file torent dari mininova atau thepiratebay, saya cadangkan anda bertukar kepada lime wire pro... lime wire pro kini suport file torent bahkan lebih cepat mendownload berbanding utorent. dapatkan lime wire pro di SINI

cuba lihat video INI...


.

Gembira sekali, akhirnya saya dapat melawat tempat pembiakan ikan laga yang berada di sekitar Kuala Besut Terengganu... daripada proses ikan di spawn, sehingga telur menetas... kemudian terus ke kolam asuhan... setelah matang, ikan tersebut mula diasingkan dari kolam asuhan dan diletakkan di dalam bekas... saya bersama rakan saya dapat melihat cara ikan laga ini dibiakkan... Kami dijelaskan tentang PH air yang sesuai untuk ikan pelaga dan cara2 untuk menjaga kualiti air terbaik untuk ikan laga... kagum saya melihat ikan laga yang begitu banyak sekali dibiakkan... terdapat pelbagai harga dari yang murah hinggalah kepada yang mahal... cantik-cantik belaka... jika anda ke sini, anda pasti rambang mata untuk memilih... kerana ikan2 laga di sini bukan saja cantik, malah sangat aktif... Terima kasih kepada rakan saya yang telah merakamkan beberapa gambar semasa di sana...
Gambar di atas inilah kolam asuhan ikan laga... anak2 ikan sama umur yang jumlahnya beratus2 ekor diletakkan di dalam satu kolam supaya saiz2 mereka sama. ikan ini dijaga di sini sehingga besar...Gambar di atas ini pula ialah stok ikan laga yang hampir mencapai saiz yang sesuai untuk dijual... untuk menjaga ikan2 laga yang banyak ini memerlukan minat yang mendalam...yeargh... ikan2 diatas ini pula sudah matang dan sedia dijual kepada peminat2 betta... pelbagai harga, pelbagai warna dan pelbagai jenis... ikan2 ini sudah diletakkan di bahagian depan kedai...hmm, ikan merah ni pulak, bakal dibeli oleh kawan saya... amacam?? cantik x?? hehe... nanti saya akan sambung lagi cerita pasal ikan laga nih... bye2...


Hampir diseluruh surah di dalam al-Quran terdapat berita tentang syurga, Yang paling banyak ialah pada surah Al-Waqi’ah, Al-Ghasyiyah dan Ar-Rahman. Syurga dalam bahasa Arab disebut dengan Al-Jannah yang ertinya kebun. Ada pula sebagai sambungan dari kata-kata Al-Jannah itu seperti kata-kata Na’im yang ertinya senang. Jadi Jannatun-Na’im beerti kebun tempat bersenang-senang.

Dalam sebuah hadith Qudsi Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah SWT berfirman: “Aku menyediakan untuk hamba-hambaKu yang soleh itu iaitu apa yang tidak pernah mata melihatnya, tidak pernah telinga mendengarnya dan tidak pernah terbayang dalam hati seseorang. Bacalah olehmu jika kamu suka, maka tidak seorangpun yang mengetahui apa yang tersembunyi di balik matanya.” (HR Bukhari)

Kesenangan yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadith di atas adalah kesenangan yang tidak ada bandingannya dengan apa pun yang ada di dunia ini, termasuk kesenangan yang pernah dialami oleh para sahabat yang mendengarnya pada waktu itu.

Sehingga ketika Nabi menerangkan tentang keindahan syurga ini, salah seorang sahabat secara tidak sedar duduk menginsut-insut maju ke hadapan Nabi, sedangkan bibirnya dalam keadaan bergerak-gerak, kerana tertariknya dengan cerita tersebut. Padahal sebenarnya apa yang diceritakan oleh Rasulullah SAW itu adalah segelintir gambaran dari keadaan syurga sesungguhnya. Di dalam syurga itu terdapat bukan hanya segala apa yang ada di dunia ini. Juga apa-apa yang belum terbayang di dalam hati ini. Kesenangannya tidak ada bandingannya di segala zaman.

Bentuk Syurga

  1. Bahan bangunannya.

Syurga itu adalah tempat yang disediakan untuk orang-orang yang beriman pengikut sekalian Nabi semenjak Nabi Adam sampai kepada Nabi Muhammad SAW. Bentuk syurga itu sama juga dengan bumi ini, bergunung-ganang, berbukit-bukau, mempunyai lembah, bersungai-sungai, berkebun-kebun dan bertaman-taman bunga yang sangat indah. Semunya serba indah menakjubkan.

Dari Abu Hurairah ia berkata bahawa para sahabat pernah memohon kepada Rasulullah SAW supaya ia menceritakan tentang bangunan syurga. Maka baginda bercerita; sesungguhnya bangunan syurga itu lantainya dibuat dari emas dan perak, batunya dari mutiara dan yakut, lumpurnya dari kasturi, sedangkan tanahnya dari zakfaran. Barangsiapa yang masuk ke dalamnya akan selalu merasa nikmat dan tidak pernah merasa puas.

Rasulullah SAW melanjutkan ceritanya kembali, bahawa bumi syurga itu warnanya putih, batu halamannya dari kapur barus dikelilingi oleh kasturi seperti bukit pasir. Padanya terdapat sungai-sungai yang mengalir, sedangkan semua ahli syurga berkumpul baik yang meninggal dunia dahulu mahupun yang meninggal dunia kemudian. Mereka saling mengenal antara yang satu dengan yang lain kemudian Allah menyebarkan untuk mereka angin rahmat yang sangat harum baunya.

  1. Cuaca syurga

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Di dalam syurga itu orang tidak nampak matahari dan tidak pula dingin yang bersangatan.” (Ad-Dahr:13)

Di dalam syurga itu tidak ada matahari, ianya diterangi oleh nur yang jauh lebih terang daripada matahari dan lebih sejuk dari bulan. Sejuk dan nyaman sepanjang hari. Di dalam syurga tidak ada pembahagian musim dalam setahun. Tidak ada musim panas, musim sejuk, musim bunga dan musim gugur. Demikian juga tidak ada musim kemarau dan musim hujan. Tidak ada angin ribut atau taufan yang akan menerbangkan segala yang ada.

Jalan ke syurga

Berkata Ibnu Mas’ud; pada suatu hari Rasulullah SAW membuat garis lurus di atas pasir lalu bersabda: “Inilah jalan Allah, jalan yang lurus.” Kemudian baginda membuat banyak garis yang bersimpang-simpang ke kanan ke kiri, ke utara dan ke selatan lalu berkata: “Semuanya ini adalah jalan-jalan iaitu setiap garis atau jalan itu ada syaitan yang berseru: “Sesungguhnya inilah jalan yang lurus, ikutilah jalanku ini.” Janganlah sekali-kali kamu mengikuti jalan yang bersimpang-simpang itu yang akan memisahkan kamu dari jalan Allah. Demikianlah Allah memerintahkan kepadamu mudah-mudahan kamu berbakti.”

Syurga Itu Indah

Sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya: “Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan akan mendapat syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan mendapat tempat-tempat yang bagus di syurga Adnin. Sesungguhnya keredhaan Allah adalah lebih besar, itu adalah keuntungan yang besar.” (At-Taubah: 72)

Segala kenikmatan syurga sebagaimana yang dijelaskan di atas tidaklah dapat disamakan dengan kenikmatan dunia. Sesuatu yang paling kecil di syurga lebih besar daripada sesuatu yang dianggap paling besar di dunia. Bahkan sebuah rumah kecil yang berada di syurga, akan lebih indah kelihatannya daripada rumah-rumah yang paling luas yang ada di dunia ini. Jika saja ada ahli syurga yang menampakkan dirinya dengan segala perhiasannya di dunia ini, maka sudah pasti sinar matahari akan tertutup keindahannya, sebagaimana tertutupnya cahaya bintang oleh cahaya matahari pada waktu siang.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang beriman akan jiwa dan harta mereka, bahawa bagi mereka adalah syurga lalu mereka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar bagi Allah yang terdapat dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Sebab itu bergembiralah kamu dengan penjualan yang kamu jual. Demikian itulah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 111)

Setiap orang yang beriman sudah menjual dirinya, jiwanya dan harta bendanya kepada Allah dengan syurga. Oleh kerana itu dirinya, jiwanya dan hartanya itu seluruhnya harus dipergunakan semata-mata untuk Allah, sebab Allah sudah berjanji akan membayarnya dengan syurga.

Lawak Satu

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:

” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?”

“Dah tentu, ” jawab doktor.

“Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.


Lawak Dua

Dalam byk2 kain, kain apa yang paling berat di dunia?
Jawabpannya: Kain songket cap Gajah Duduk.

Sapa peminat green ranger kat sini angkat tangan! Hehe... Dari dulu sampai sekarang, saya peminat no 1 power ranger hijau... Tambah2 time dia jahat... Lepas tukar colour putih still best tapi hijau is the best! Style...

SUATU ketika, baginda rasulullah mendatangi majlis sahabat lalu bersabda: Pada malam aku telah melihat syurga dan martabat-martabat kamu dalamnya. Kemudian baginda berpaling ke arah Hazrat Abu Bakar lalu Nabi bersabda: "Aku melihat seorang yang pergi ke mana-mana pintu syurga maka daripada pintu itu kedengaran 'marhaba, marhaba (selamat datang). (Bagi setiap amalan soleh ada satu pintu yang khas dalam syurga. Sambutan dari setiap pintu bererti dalam setiap amalan soleh, dialah mendahului lagi mengatasi yg lain). Maka Hazrat Salman berkata: Ya Rasulullah, orang yang menerima sambutan sedemikian rupa mestilah seorang yang terlalu tinggi martabatnya, " Baginda menjawab: orang itu ialah Abu Bakar. Kemudian baginda menuju ke arah Umar lalu bersabda: 'Aku melihat satu mahligai yang cantik sekali daripada mutiara berwarna putih dan dihias lagi dengan batu permata Yaaqoot. Aku bertanya kepunyaan siapakah mahligai ini. Maka aku diberitahu ini adalah milik seorang pemuda dari Quraisy. Aku menganggap akulah pemuda itu selaku Sayed al-mursalen, maka aku pun hendak memasuki mahligai itu, tetapi aku diberitahu bahawa mahligai itu adalah milik Umar. Selepas itu baginda menceritaan martabat dalam syurga yang ditentukan bagi hazrat Uthman, Ali dan lain-lain. Kemudian Baginda menuju ke arah hazrat Abdul Rahman Ibn Auf lalu bersabda: Dari kalangan sahabatku, engkaulah yang paling lambat sampai kepadaku. Sehingga aku mula bimbang dan takut nanti engkau sudah binasa. Ketika engkau dapat jumpa aku, engkau dalam keadaan berpeluh-peluh. Aku pun bertanya kepada engkau (Abdul Rahman) apakah sebab engkau begitu lambat masuk ke syurga? Maka engkau menjawab bahawa engkau telah terperangkap dalam urusan memberi hisab mengenai harta dan bahawa engkau terpaksa memberi keterangan mengenai cara yang mana memperolehi harta dan bagaimanakah telah membelanjakannya. ' Mendengar mengenai dirinya sendiri maka Abdul Rahman Auf mula menangis. Kemudian beliau berkata, "Ya Rasulullah pada malam tadi saya menerima seratus ekor unta termuat dengan barang2 daripada perniagaan saya ke Mesir. Saya hendak mensedekahkan kesemuanya untuk orang-orang miskin dan anak-anak yatim di madinah, mudah-mudahan dengan berkatnya, Allah ringankan lagi permudahkan hisab saya pada hari itu kelak. (daripada kitab targhib).


DARIPADA Abdullah Bin Umar r.a telah berkata, bahawa aku telah mendengar Rasullulah s.a.w telah bersabda: Dari kalangan umat sebelum kamu ada tiga orang yang telah keluar (bersafar) bersama-sama. (Mereka berjalan sehingga waktu malam) dan memasuki sebuah gua untuk bermalam di situ. Maka pada waktu itu satu batu besar telah jatuh dari bukit dan telah menutupi pintu gua itu. (Melihatnya mereka telah berkata:) Kita hanya akan terselamat keluar dari batu ini hanya dengan berdoa kepada Allah taala dengan perantaraan amal soleh masing-masing. (Maka mereka telah berdoa dengan perantaraan amalan soleh masing-masing).

Seorang telah berkata dalam doanya: Ya Allah Engkau sememangnya mengetahui bahawa kedua ibu bapaku telah terlalu tua. Aku tidak akan memberi susu kepada ahli keluarga dan hamba-hambaku sebelum mereka. Pada suatu hari aku telah keluar jauh untuk mencari sesuatu. Bila aku pulang maka ibu dan ayah telah tidur. (Pun begitu) aku telah susu mereka untuk petang itu. (Aku telah meletakkannya dalam mangkuk dan membawanya kepada mereka). Aku telah melihat mereka (pada waktu itu) masih lagi tidur. Aku tidak suka mengejutkan mereka dan aku juga tidak sanggup untuk memberi susu itu kepada ahli keluarga dan hambah-hamba ku untuk mereka minum. Lalu aku memegang mangkuk susu dan berdiri berhampiran kepala mereka dan menunggu mereka bangun sehingga lah pagi. Mereka pun bangun (lalu aku telah memberi susu itu). Pada waktu itu, baru lah mereka minum susu untuk malam itu. Ya Allah!, jika aku melakukan perkara ini, untuk keredhaanMu, maka selamatkan lah kami dari musibah kerana batu ini. Kerana doa ini, batu itu telah bergeser sedikit, akan tetapi masih tidak memadai untuk mereka keluar.

Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Orang kedua telah berdoa; Aku mempunyai seorang saudara sepupu perempuan yang sangat aku sayangi. Aku (pada satu kali) telah ingin melepaskan syahwatku padanya. Akan tetapi dia tidak menyanggupinya, sehinggalah sampai satu masa musim kemarau yang telah mendesaknya datang (kepadaku). Aku telah memberinya 120 dinar dengan syarat dia datang kepadaku berseorangan diri. Dia setuju sehinggalah aku berkuasa penuh kepada dirinya (dan nyaris-nyaris sahaja aku melepaskan nafsu syahwatku) maka dia telah berkata aku rasa tidak halal bagi kamu untuk memecahkan mohor tanpa hak. (Mendengarnya,) aku telah berhenti dari niat jahat ku itu dan akau telah menjauhkan diriku darinya walaupun aku sanga-sangat kasihkannya. Aku juga telah membiarkan 120 dinar yang telahku beri kepadanya. Ya Allah jika aku mengerjakan ini untuk keredhaanMu maka selamatkan lah kami daripada musibah ini. Maka batu besar itu bergeser sedikit lagi, tetapi masih tidak memungkinkan lagi untuk keluar.

Orang ketiga telah berdoa: Ya Allah! aku telah mengupah beberapa orang pekerja. Semuanya telah ku berikan upahnya kecuali seorang yang telah pergi tanpa mengambil upahnya. Aku telah memperniagakan wang upahannya itu sehinggakan telah berlaku penambahan harta yang terlalu banyak. Selepas beberapa lama, pada suatu hari orang itu telah datang lalu berkata: Wahai hamba Allah! Berilah upah kepadaku. Aku telah berkata: Unta-unta, lembu-lembu, kambing-kambing dan hamba-hamba yang kami nampak ini semuannya adalah upah kamu. Yakni wang upahanmu itu aku telah niagakan dan inilah hasilnya. Orang itu berkata:, Wahai hamba Allah!, jangan lah bergurau. Aku berkata: “Aku tidak bergurau, (“aku sedang menceritakan perkara yang sebenar”). Maka (selepas penjelasanku ini) orang itu membawa semua harta itu, sedikitpun tidak ditinggalnya. Ya Allah! jika perkara ini aku lakukan semata-mata untuk redhaMu maka jauhkan lah kami daripada musibah yang menimpa kami ini. Maka, batu itu terus berganjak (dan pintu gua telah terbuka) dan semuanya telah keluar. (-Hadith riwayah Bukhari).


Bukak youtube dan teringat untuk cari video Untitle. Lagu ni menjadi sejarah dalam hidup aku. Ketika menduduki SPM, setiap pagi aku akan dengar lagu ni sambil tengok2 buku... entah kenapa, lagu ni feel dan akan tenangkan aku yang gabra... Rumah aku agak jauh dari sekolah... Jadi terpaksa bertolak awal... Aku pun pasang lagu ni dengan walkman sony aku... Kadang2 time aku kecewa pun aku akan dengar lagu ni... Da lama aku x dengar lagu ni, mungkin sbb dah lama aku tidak kecewa dan berada di zon bahgia...




I open my eyes
I try to see but I'm blinded by the white light
I can't remember how
I can't remember why
I'm lying here tonight

And I can't stand the pain
And I can't make it go away
No I can't stand the pain

How could this happen to me
I've made my mistakes
I've got no where to run
The night goes on
As I'm fading away
I'm sick of this life
I just wanna scream
How could this happen to me

Everybody's screaming
I try to make a sound but no one hears me
I'm slipping off the edge
I'm hanging by a thread
I wanna start this over again

So I try to hold onto a time when nothing mattered
And I can't explain what happened
And I can't erase the things that I've done
No I can't

How could this happen to me
I've made my mistakes
I've got no where to run
The night goes on
As I'm fading away
I'm sick of this life
I just wanna scream
How could this happen to me

I've made my mistakes
I've got no where to run
The night goes on
As I'm fading away
I'm sick of this life
I just wanna scream
How could this happen to me

gambar ikan laga


1 Jangkitan bakteria

(SEBAB/KESAN)Dikesan apabila matanya kabur,ekor layu, kulit serba tak kena@bewarna merah dan bernafas kencang

(ubat).Tetracycline atau MarOxy

2 Ekor layu

(SEBAB/KESAN)Selalunya akibat tertekan dan keadaan air yang teruk. Kadangkala akibat dari jangkitan bakteria

(ubat).Aquarisol atau akuarium bergaram

3 Badan berkulat

(SEBAB/KESAN)Benda keputihan yang melekit tergantung menyelubungi badan

(ubat).Maracyn atau Furacyn

4 Sembelit

(SEBAB/KESAN)Dikesan apabila betta mengambil masa lama untuk membuang najisnya atau najisnya tergantung lama tidak jatuh.Ini akibat diberi makanan berkanji kering dan kurang kepelbagaian makanan

(ubat).Makan bersukat atau diberi makanan yang dibeku/hidup

5 Dropsy

(SEBAB/KESAN)Pembentukan bendalir yang keterlaluan dalam badan. Akibatnya ikan hilang selera makan, bengkak badan, sisiknya teruk dan kelihatan lembap. Selalunya menyebabkan kematian

(ubat).Tetracycline

6 Ekor memburuk

(SEBAB/KESAN)Kerana bakteria diluar. Akibatnya ekor semakin memburuk, pecah serta berbulu

(ubat).Betta Max atau MelaFix

7 Mulut berkulat

(SEBAB/KESAN)Mulut betta kelihatan ditumbuhi benda putih@kelabu

(ubat). Penyingkir Fungus atau Furanase

8 Penyakit Insang

(SEBAB/KESAN)Tidak mengembang dan insang bewarna merah@berkilau. Ikan akan selalu berada dipermukaan atas bekas apabila dijangkiti

(ubat).Maracyn

9 Lubang di kepala

(SEBAB/KESAN) Betta akan membina lubang kecil di atas kepala

(ubat).Hexamit

10 Ich

(SEBAB/KESAN)Penyakit berjangkit. Dikesan melalui bintik putih kecil menyelubungi badan

(ubat).Aquarisol atau rawatan cepat

11 Parasit

(SEBAB/KESAN)Parasit kecil seperti cacing Anchor melekat dibadan betta menyebabkannya menggosokkan badan pada sesuatu benda untuk membuangkannya.

(ubat).Coppersafe atau Fluke tab

12 Selera makan buruk

. (SEBAB/KESAN)Dikesan apabila betta menjadi lembap dan murung

(ubat). .Betta Max

13 Penyakit mata

. (SEBAB/KESAN)Matanya menjadi besar dan kabur atau mungkin tertonjol keluar

(ubat)..Maracyn

14 Berenang hodoh

. (SEBAB/KESAN)Dikesan apabila betta berenang mengereng kesisi, menggeselkan perutnya atau selalu berada di permukaan bawah bekas. Penyakit yang berbahaya dan boleh membawa maut

( ubat.) .Tiada ubat, tetapi diberi makan selalu mungkin dapat membantu

15 Fish Lice

. (SEBAB/KESAN)Dijangkiti bakteria yang menyebabkan badan atau ekor ikan terdapat bintik bewarna merah, seperti demam campak

(ubat)..Copper safe atau akuarium bergaram

16 Velvet

(SEBAB/KESAN).Penyakit yang selalu dihadapi oleh anak ikan pelaga. Penyakit yang berjangkit dan membawa kematian. Dikesan apabila ada bintik coklat atau warna karat di badan dan warna badannya semakin pudar. Jika diteliti dengan betul dapat diperhatikan badannya ditumbuhi fungus

(ubat).Acraflavin, aquarisol, Copper safe, sejenis produk bernama Had-A-Snail atau sedikit garam mengikut sukatan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates