Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!



Hurm, pernah tengok x video nih?? kat fb dah memang tersebar kan?? Ramai blogger yang tidak setuju dengan penyebaran video ini kerana dalam video ini memang jelas-jelas menunjukkan rupa paras mereka dan ini merupakan satu kejadian yang amat mengaibkan. sebenarnya, video ini tersebar tanpa kehendak mereka apabila phone yang merakamkan video ini dicuri pada bulan 6 yang lalu. Sehubungan dengan itu, kandungan video yang dianggap mempersendakan zikir ini telah tersebar dalam laman youtube dan lebih memalukan lagi apabila ramai blogger yang menulis mengenainya

Setiap manusia pasti melakukan kesilapan, tapi tidak sepatutnya mereka dimalukan begini. Rata-rata komen di blog mengenai isu ini, ramai yang mengutuk, mengeji dan memaki perbuatan mereka. Sepatutnya kita memberi teguran dalam bentuk nasihat ataupun peringatan.


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:

"...Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan i akhirat. Dan Allah ta'ala akan sentiasa menolong hamba selama ia menolong saudaranya..." (HR Muslim)


Bila time cuti raya mula lah sibuk dengan kenaikan harga barang makanan contohnya macam ayam, daging dan banyak lagi la. KPDNKK dah pun umumkan kenaikan harga runcit bagi barang-barang terkawal. 18 harga barang terkawal berkuat kuasa dari 3 september hingga 17 september telah pun diumumkan oleh Datuk Ismail Sabri, Menteri KPDNKK dalam laman web kpdnkk.bernama.com.

Antara senarai harga barang-barang terkawal untuk Aidilfitri kali ni adalah:

Harga maksimum bagi Santan RM 6.00/ kg
Daging Kerbau Tempatan RM 19.00/kg (borong) dan RM 21.00/kg (runcit)
Ayam Hidup RM 5.40/kg (borong) dan RM 6.10/kg (runcit)
Ayam Standard RM 6.35/kg (borong) dan RM 7.20/kg (runcit)
Ayam Super RM 7.20/kg (borong) dan RM 8.05/kg (runcit)
Daging Lembu Tempatan RM 18.00/kg (borong) dan RM 20.00 (runcit)

Antara barangan lain yang termasuk dalam harga terkawal ialah :

Daging Kerbau Import (India)
Telur Ayam Gred A,B,C
Kubis Bulat Import (Indonesia dan China (tidak termasuk kubis Beijing)
CIli Merah
Tomato
Kelapa Biji
Kelapa Parut
Kacang Tanah Import
Bawang Merah Kecil (India)

Jadi untuk raya kali ni, make sure anda beli barangan keperluan sebelum 3 September. Sebab time tu masih tak berkuat kuasa lagi harga kawalan nih. Tapi kalau harga naik sebelum 3 September, anda boleh buat report kat KPDNKK dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-886-800 atau emel kepada e-adua@kpdnkk.gov.my.


Seniman tersohor M. Rajoli kini terlantar sakit. Keadaan kesihatan beliau masih tidak berubah. Di rumahnya, beliau terbaring di atas katil besi dengan susuk tubuh yang kurus dengan mata layu yang terbuka tanpa kata-kata. Ucapan salam pihak wartawan kepadanya langsung tidak mendapat jawapan daripadanya hanya sekadar pandangan mata layunya yang menyimpan seribu makna.

Menurut wartawan Utusan Malaysia, ketika 5 bulan lalu dia menziarah nya, beliau masih mampu berkata-kata walaupun sepatah dua. Namun kini, dia lebih menyepikan diri.

Jika isteri tercinta bertanya makan minumnya, M. Rajoli akan menunjukkan isyarat bagus jika lapar dan menggoyangkan tangan jika dia enggan makan.

“Macam itulah abang sejak dua bulan lalu. Dia tak mahu bercakap dan makan minum pun dia tidak pernah minta.

“Mulanya saya tunggu juga apabila dia mahu makan tapi lama-lama dia diamkan diri dan tidak pernah minta apa pun walaupun setitik air.

“Akhirnya saya buat keputusan memberi abang makan ikut waktu tertentu iaitu pukul 10 pagi beri sarapan, pukul 2 petang makan tengahari dan pukul 8 malam suapkan makan malam,” cerita Hashimah sambil memandang penuh kasih pada suami tercinta.

Bukan itu sahaja, malah kini Hashimah juga memastikan M. Rajoli memberi reaksi terhadap apa saja pertanyaannya terutama dalam memastikan makan minumnya terjaga.

M. Rajoli menjalani pembedahan penyakit limfoma (kanser kelenjar di otak) pada 11 November 2007. Selepas pembedahan itu, M.Rajoli menjalani kimoterapi sebanyak empat kali.

M. Rajoli asalnya boleh berjalan seperti biasa selepas pembedahan. Bagaimanapun, kata Hashimah, selepas darah dan air tulang belakang diambil untuk tujuan uji kaji, dia terus terbaring.

“Enam bulan abang menjalani fisioterapi tetapi apabila melihat tidak ada perubahan, saya dan anak-anak mengambil keputusan untuk menghentikannya.

“Tetapi kini setiap petang Selasa dan Rabu ada dua orang jururuawat dari syarikat swasta akan datang ke rumah untuk membuat fisioterapi.

“Selama sejam itu, mereka mengurut dan menggerakkan kaki dan tangan abang agar tidak kejang tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

“Di samping itu sebulan sekali, saya akan ke Intistitut Jantung Negara (IJN) untuk mengambil ubat jantung abang,” cerita Hashimah.

Hashimah yang mempunyai empat orang anak hasil perkahwinannya dengan M. Rajoli - Siti Zaleha, 34, Nur Muhammad, 33, Siti Nazirah, 27, dan Mohd. Ariff, 23, ketika ditanya penjagaan terhadap suaminya, sambil membetulkan selimut suaminya, berkata: “Syukur benar saya ada anak-anak yang tidak merungut menjaga bapa mereka.


p/s : Sama-samalah kita mendoakan kesihatan beliau.



Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya aktres Memey Suhaiza, 22, membuat kenyataan yang dia akan mengikat tali pertunangan dengan bekas suami pelakon popular, Abby Abadi iaitu Norman Hakim pada hari raya keempat ini.

Menurut Memey, rombongan keluarga kekasihnya, Norman, akan tiba di rumah keluarganya di Kota Tinggi, Johor pada 13 September ini.

"Norman menyuarakan hasratnya untuk mengikat tali pertunangan pada hari tersebut beberapa hari yang lalu dan keluarga kami bersetuju dengan cadangan itu.

"Rombongan Norman akan datang merisik lalu terus bertunang pada hari yang sama dan kami merancang untuk bernikah pada awal tahun depan," ujar Memey ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Skop Productions di Finas di sini, hari ini.

Ujar Memey, dia kini sedang merancang majlis pertunangannya namun hanya berkesempatan untuk menguruskannya dua hari sebelum raya kerana sibuk dengan penggambaran telefilemOsman Berani untuk Astro Ria.

Menurut Memey, dia berasa berdebar untuk bergelar tunangan orang dan dalam masa yang sama berdoa semuanya berjalan dengan lancar.

Sebelum ini, Memey dan Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 34, dibicarakan atas tuduhan berada bersama dalam keadaan yang menimbulkan syak di pejabat milik Norman di Taman Ukay Perdana, Ampang.


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan memberikan bantuan khas hari raya sebanyak RM500 kepada lebih 5,000 orang kakitangannya sebelum Aidilfitri ini.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikk Mat berkata, sumbangan yang melibatkan jumlah RM2.2 juta itu sebagai menghargai jasa kakitangan yang tekun membangunkan negeri.

Menurutnya, tarikh sebenar penyerahan bantuan khas itu belum diputuskan tetapi cek berkenaan telah siap diurus.

Tambahnya, kakitangan awam bermula dari gred 54 dan ke bawah layak menerima bantuan khas itu.

Beliau mengumumkan perkara itu selepas solat sunat tarawih di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di sini malam ini.

Tuan Guru berkata, beliau seronok dengan pemberian berkenaan kerana dapat menghargai jasa kakitangan kerajaan negeri.



Salam satu Malaysia. Semalam mak aku kol, mintak aku carikan artikel pasal kemerdekaan. sebeb adik aku kena wat folio pasal "Malaysiaku Merdeka Dan Maju". aku pun terus google, dan aku terjumpa portal rasmi kemerdekaan Malaysia yang ke 53. bagi aku ini satu usaha yang bagus dan baik sekali.

Antara screenshot portal tersebut



Apa yang menarik hati aku, di portal ini ada menyediakan tempat carian, dimana kita dapat mengetahui info, perkembangan dan kemajuan yang telah negara kita kecapi.

Pape pun, trimas sebab memudahkan kerja aku mencari maklumat untuk folio. sebab maklumat kat portal ni, kemas, ringkas dan padat... Okay, sampai sini saja untuk pagi nih... babai... salam satu Malaysia!


Assalamualaikum semua... Satu lagi perisian untuk merakamkan aktiviti di screen anda... Erm, x larat nak berceloteh panjang... Download, install dan try sendiri, ok??

Download di SINI

Download Di SINI

Namewee atau Wee Meng Chee telah menarik balik video kontroversi terbarunya minggu ini, dan mencabar pengkritiknya, ketua Puteri Umno Datiuk Rosnah Rashid Shirlin untuk berdebat secara terbuka.

Sebelum ini Rosnah mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap Namewee kerana didakwanya telah mengulangi perbuatan yang dianggap biadap, kali ini dengan menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Menurut Rosnah, klip video terbaru Namewee yang disifatkan berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman.

"Saya ingin tahu daripadanya (Rosnah), kenapa dia menyerang mangsa (masyarakat Malaysia), sedangkan pelaku sebenar isu ini belum dihukum," kata Wee (kiri) dalam satu kenyataan di blognya hari ini.

"Jika dia merasakan saya tidak menghormati dan tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap negara saya sendiri, maka sila terima pelawaan untuk berdebat secara terbuka tentang isu ini.

"Bantu kami rakya Malaysia untuk mendefinisikan, bagaimana untuk menjadi warganegara Malaysia yang patriotik, tolong ajar kami," katanya.

Wee bersungguh-sungguh mahu membela dirinya di arena awam dengan berkata: "Banyak tuduhan dilemparkan terhadap saya sejak 2007... tidak ada yang nampaknya membela diri saya di arena
politik.

"Nama saya telah dipergunakan dalam banyak insiden oleh ahli politik sejak bertahun-tahun. Kali ini saya tidak akan membiarkan tuduhan kosong tanpa asas dilemparkan terhadap saya lagi.

"Saya hanya seorang individu tanpa agenda atau motif politik, yang ingin menyuarakan pendapatnya menentang sikap perkauman di negara ini," katanya.


Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau (SMKBS) yang melafazkan ayat menyentuh sensitiviti perkauman yang telah menggores hati kaum Cina di Malaysia. Pengetua ni telah dijatuhkan hukuman ditukar ke sekolah lain. Pengetua berkenaan didakwa mengeluarkan kata-kata "balik ke China" kepada pelajar bukan Islam sekolah berkenaan dalam majlis perhimpunan pagi, baru-baru ini kerana menegur mereka yang tidak menghormati pelajar Islam yang berpuasa.


Pengetua lelaki sebuah sekolah menengah luar bandar di Kedah yang didakwa mengeluarkan perkataan berbaur perkauman kepada pelajar bukan Islam baru-baru ini, dijangka ditukarkan ke sekolah baru yang juga terletak di kawasan luar bandar, mulai 1 September ini. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau (SMKBS) itu dikatakan akan memulakan tugasnya di sebuah sekolah menengah yang terletak di kawasan Felda dalam daerah pendidikan Baling/Sik. Sumber berkata, pertukaran yang secara 'suka sama suka' itu adalah sebagai tindakan alternatif awal yang diambil bagi meredakan suasana hubungan antara komuniti setempat dengan pengetua berkenaan.

"Langkah itu difikirkan sesuai untuk masa ini dan ia adalah proses pertukaran biasa," kata sumber itu yang memberitahu siasatan terhadap pengetua tersebut dijalankan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan yang dikendalikan Penolong Pegawai Pelajaran (Hal Ehwal Murid), Salmah Hamdan.

"Secara lisannya, pengetua berkenaan telah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan beliau menunggu surat rasmi untuk berbuat demikian," katanya.

Selain murid, beberapa guru SMKBS dan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan juga memberi kenyataan dan bermesyuarat bagi menyelesaikan masalah berkenaan. Turut menyiasat kes itu ialah jemaah nazir dari Putrajaya dan polis cawangan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.


Pengetua berkenaan didakwa mengeluarkan kata-kata "balik ke China" kepada pelajar bukan Islam sekolah berkenaan dalam majlis perhimpunan pagi, baru-baru ini kerana menegur mereka yang tidak menghormati pelajar Islam yang berpuasa. Tindakan itu mendapat respos segera daripada partai politik - MCA dan Gerakan - yang mahu tindakan diambil terhadap pengetua berkenaan termasuk menukarkan ke tempat lain.


Hari ni aku nak share sket info yang berguna.bagi sesiapa yang berminat untuk membuat video tutorial untuk dikongsi, korang boleh try test software Tipcam keluaran uTIPu nie. (Jangan ingat aku nak tipu korang pulak. Dah memang nama company die camtu k).


Download kat SINI


video



Bekas lagenda bola sepak negara, Isa Bakar meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang, jam 10.15 pagi tadi, lapor Berita Harian Online. Allahyarham berusia 58 tahun. Beliau dilaporkan dimasukkan ke hospital selepas mengalami batuk berdarah, semalam. Isa yang bermain di posisi penyerang pernah berganding dengan allahyarham Datuk Mokhtar Dahari untuk pasukan kebangsaan sekitar 1970-an.

Doraemon adalah sebuah manga jepun popular yang dikarang oleh Fujiko F. Fujio (nama asal Hiroshi Fujimoto) sejak tahun 1970 dan berkisah tentang sebuah robot berbentuk kucing yang datang dari abad ke-22, Doraemon. Dia dihantar ke zaman sekarang untuk menolong Nobita, seorang budak yang pemalas, agar keturunan Nobita dapat menikmati kejayaannya daripada terus menderita dari segi kewangan - yang bakal terjadi di masa depan - yang telah diakibatkan oleh kejahilan Nobita.

Jom Layan gambar doremon dalam pelbagai version.hehe...





















(P) Oh Kekanda jangan irihati, Dinda naik pangkat lagi..
(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..

(P) Jadi Dinda mahu mengambil masa
(L) Tapi Kanda mahu segera,
(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,
(L) Tapi Kanda mahu cahaya mata,
(P) Dinda belum bersedia,
(L) Kanda dah beria ria,
(P) Jadi yg mana satu?
(P+L) Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

(L) Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
(P) Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,

(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,
(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,
(L) Ini semua demi masa depan keluarga,
(P) Dengan Dinda atau sebaliknya?
(L) Kanda kerja malam,
(P) Dinda kerja siang,
(L) Jadi bila nak bertemu?
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
apa keputusannya?

(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,
(L) Kanda polar kutub Utara,
(P) Dinda kutub Selatan
(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

(L) Walau kita sering dgn cara masing2,
(P)Kanda yg Pertama,
(L) Dinda yg Utama,
(P)Kanda sgalaNya..
(L) Dindalah Nyawa,
(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!

SAYA adalah seorang guru yang bertugas di sebuah sekolah menengah di Perak. Dalam suasana Ramadan yang penuh berkat ini, saya rasa terpanggil untuk meluahkan rasa isi hati saya selaku seorang guru yang terpisah dengan isteri dan keluarga atas faktor penempatan tempat berkhidmat yang berbeza.

Tahun ini adalah tahun ketiga saya bertugas di Perak sementara isteri saya yang juga seorang guru berkhidmat di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur.

Sejak 2006, saya dan isteri memohon pertukaran dari Kuala Lumpur ke Perak. Alhamdulillah, pada awal 2008 permohonan saya diluluskan tetapi agak malang bagi isteri saya kerana gagal dalam permohonan pertukarannya.

Saya bertukar ke Perak dan isteri masih di Kuala Lumpur dengan harapan isteri akan menjejak langkah saya pada tahun berikutnya. Setiap dua kali setahun sesi permohonan pertukaran dibuka, isteri saya tidak ketinggalan untuk membuat permohonan pertukaran.

Walaupun isteri saya mempunyai kesemua alasan dan faktor yang membolehkannya bertukar termasuk menghadapi masalah kesihatan, permohonan isteri masih gagal.

Dalam tempoh hampir tiga tahun ini, saya atau isteri terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur ke Perak pada setiap minggu dengan tempoh perjalanan hampir empat jam. Biasanya saya yang akan ke Kuala Lumpur kerana isteri menghadapi masalah untuk menguruskan anak kecil sambil memandu.

Dalam usia menjangkau 45 tahun, saya rasakan fizikal saya sudah tidak mampu untuk menahan beban dan penat yang ditanggung setiap kali saya berulang alik ke Kuala Lumpur dan Perak. Ditambah dengan faktor kewangan turut menghambat tumpuan dan mental saya.
Saya kehilangan hampir RM1,000 sebulan hanya untuk pembayaran sewa rumah kedua di Kuala Lumpur dan pembelian minyak petrol ketika berulang alik. Dengan jumlah sebanyak itu, saya merasakan ia sebagai satu kerugian dan penganiayaan kepada orang yang senasib seperti saya.

Atas dasar perikemanusiaan, saya memohon agar Kementerian Pelajaran lebih peka dengan nasib dan masalah yang dialami oleh warganya seperti saya. Untuk Kementerian Pendidikan, saya sarankan agar jawapan untuk keputusan surat permohonan pertukaran iaitu pertukaran anda tidak diluluskan atas kepentingan pendidikan hendaklah dimansuhkan.

Kementerian bolehlah fikirkan jawapan yang lebih rasional. Sudah berbelas tahun saya memberi perkhidmatan terbaik untuk kepentingan pendidikan dan amatlah wajar giliran saya pula untuk menerima perkhidmatan terbaik dari pihak kementerian untuk kepentingan saya pula.

GURU PENAT,
Perak

Berita Harian Online: 26 Ogos 2010

Bagi operasi copy dan paste, Windows hanya membenarkan anda copy satu fail/teks sahaja dalam satu masa.


Katakan anda ingin menyalin username dan password dari satu fail ke dalam pelayar web anda. Anda perlu copy username, paste ke dalam browser, kembali kepada fail untuk copy password, dan paste semula ke dalam browser. Operasi yang berulang ini membazirkan masa.


Dengan ClipX, anda boleh copy berapa banyak teks/fail sekaligus. Kemudian anda boleh pilih untuk paste mana-mana teks/fail tersebut dengan klik Ctrl+shift+V. Semudah itu sahaja.


Bagi orang yang tidak pernah menggunakan utiliti pengurusan clipboard seperti ClipX, biasanya mereka menganggap ianya sebagai tidak perlu. Namun setelah menggunkannya, ia menjadi satu alat yang paling diperlukan dalam urusan kerja seharian.


Semut Itam : weh Semut Api... aku ade soalan untuk ko?

Semut Api : apa dia weh?

Semut Itam : ayat di antara berikut, manakah yang benar?

A. Anak yatim itu dipukul oleh ayahnya

B. Anak yatim itu dipukuli oleh ayahnya

C. Anak yatim itu dipukul ayahnya

D. Anak yatim itu dipukulkan ayahnya

Semut Api : alaaa mestilah A. anak yatim itu dipukul oleh ayahnya.

Semut Itam : Salahhh!!!

Semut Api : loh... napa pulak salah?

Semut Itam : salah ayat tu tak benar. anak yatim mane ade ayah..

Semut Api : ??? (terpinga-pinga kebingungan)


Assalamualaikum... malam ni saya nak kongsikan sebuah lagu yang tiap2 hari saya dan member saya dengar time pergi kerja. Lagu asal dari Katy Perry, California Girls. Tapi diorang tukar jadi hitz.FM Boys. Memang sempoi budak2 Hitz.FM nih. JJ dan Ean memang kelakar habis. Jom ushar lagu berjudul Hitz.fm Boys yang memaparkan semua DJ termasuk Mootz, Adam C, dan Jin.




Download lagu asal California Girls yang ori di SINI


California Girls Lyric

[Snoop Dogg]
Greetings loved ones
Let's take a journey

[Katy Perry - Verse 1]
I know a place
Where the grass is really greener
Warm, wet and wild
There must be somethin' in the water
Sippin' gin and juice
Layin' underneath the palm trees (Undone)
The boys
Break their necks
Try'na creep a little sneak peek (At us)

You could travel the world
But nothing comes close
To the Golden Coast
Once you party with us
You'll be falling in love
Oooooh oh oooooh

[Katy Perry - Chorus]
California girls
We're unforgettable
Daisy Dukes
Bikinis on top
Sun-kissed skin
So hot
We'll melt your Popsicle
Oooooh oh oooooh

California girls
We're undeniable
Fine, fresh, fierce
We got it on lock
Westcoast represent
Now put your hands up
Oooooh oh oooooh

[Katy Perry - Verse 2]
Sex on the beach
We don't mind sand in our Stilettos
We freak
In my Jeep
Snoop Doggy Dogg on the stereo (Oh oh)

You could travel the world
But nothing comes close
To the Golden Coast
Once you party with us
You'll be falling in love
Oooooh oh oooooh

[Katy Perry - Chorus]
California girls
We're unforgettable
Daisy Dukes
Bikinis on top
Sun-kissed skin
So hot
We'll melt your Popsicle
Oooooh oh oooooh

California gurls
We're undeniable
Fine, fresh, fierce
We got it on lock
Westcoast represent
Now put your hands up
Oooooh oh oooooh

[Snoop Dogg - Verse 3]
Toned, tanned
Fit and ready
Turn it up 'cause it's gettin' heavy
Wild, wild Westcoast
These are the girls I love the most
I mean the ones
I mean like she's the one
Kiss her
Touch her
Squeeze her buns (huh!)

The girl's a freak
She drives a Jeep
and lives on the beach
I'm okay
I won't play
I love the Bay
Just like I love L.A.
Venice Beach
And Palm Springs
Summertime is everything

All the boys
Bangin' out
All that ass
Hangin' out
Bikinis, zucchinis, martinis
No weenies
Just the king
And the queen-ie
Katy my lady
(Yeah)
You're lookin'here baby
(Uh huh)
I'm all up on you
Cause you representin California
(Ohhh yeahh)

[Katy Perry - Chorus]
California gurls
We're unforgettable
Daisy Dukes
Bikinis on top
Sun-kissed skin
So hot
We'll melt your Popsicle
Oooooh oh oooooh

California gurls
We're undeniable
Fine, fresh, fierce
We got it on lock
Westcoast represent
(Westcoast, Westcoast)
Now put your hands up
Oooooh oh oooooh

Snoop Dogg:
(Californiaaa, Californiaaa)
California girls man
I wish they all could be
California girls
(Californiaaa)
I really wish
You all could be
California girls
(Californiaaa, girls)


KOTA BARU: Seorang kanak-kanak prasekolah nyaris buta apabila mercun bola yang dinyalakannya meletup di hadapan matanya dalam satu kejadian, di Kampung Banggu di sini Isnin.

Raja Afzan Raja Zakaria, 6, yang menemui mercun itu berhampiran rumahnya dikatakan ingin tahu bagaimana mercun itu berfungsi sebelum membakar sumbu mercun tersebut.

"Katanya lepas dia (Raja Afzan) jumpa (mercun), dia cucuh api kemudian duduk dan tengok sahaja mercun tu dari jarak dekat tanpa membalingnya, sebab itulah dia cedera teruk," kata abang saudara mangsa, Edi Safwan Li, 21, ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab Dua, di sini.

Katanya Raja Afzan bernasib baik kerana doktor mengesahkan bahawa mata kanak-kanak itu tidak cedera dan hanya bahagian kelopak sahaja yang terbakar.

Kejadian hari ini adalah yang ketiga direkodkan di Kelantan setakat ini.

Semalam seorang murid Tahun Dua cedera ringan di mata, muka dan tangan kiri selepas mercun bola yang dijumpainya meletup, manakala dalam kejadian Selasa lepas, seorang kanak-kanak berusia empat tahun cedera parah di tangan kanannya selepas mercun jenis sama meletup dalam genggaman.

Setiap tahun ada jer iklan menarik dari Petronas, samada perayaan sehingga ke sambutan kemerdekaan. Kali ini tema dari Petronas sempena Merdeka 2010 ialah Kereta Buruk.

Download kat SINI

Antara gambar semasa dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Tanah runtuh di jalan selepas Gerik. Ramai yang keluar dari kenderaan kerana bosan menunggu.

bencana alam


Klik SINI

Salam pembaca blog syurga itu indah. Nie nak habaq mai... eh, bila masa pulak aku jadi orang kedah nie... hehe... ok lah, sebanarnya hari ni aku nak ceritakan satu perkara yang telah terjadi kepada aku. Kejadian ni berlaku di tanah tumpah darah aku, Bandar Di Raja Kuala Kangsar. Petang tu aku dan family pergi ke bazar ramadhan untuk beli ape yang patut. Macam biasa lah, tengok macam2 juadah dan kuih muih ada dijual, terasa lapar yang amat. Masa duk ushar2 tu, aku tergerak hati membeli sebungkus air teh bunga. Tengok memang tak leh tahan. Sebungkus besar baru beharga 2rm. Kalau kat Besut, mau 4rm bungkusan besar macam tu. So dengan hati yang gembira aku bayangkan aku dapat berbuka puasa dengan air teh bunga.

Dipendekkan cerita, bila masuk waktu berbuka, mak aku pun taruk dalam jug. Pergh, x muat jug tu... aku amik satu cawan, dan ambik baki air yang lebih tadi. Aku pun dengan lafaz bismillah minum air tu... Alangkah terkejut dan hampa nya aku, air yang ku sangkakan teh bunga itu ialah teh kunyit! Sumpah aku rasa nak curah air tu kat muka budak pompuan yang jual tu. Peniaga tu memang tak berhati perut. Bulan2 ramadhan camni cari rezeki tak halal. Ada ke patut dia campur kunyit dalam air teh bunga supaya warna air tu kuning kuat. Aku telan jugak la secawan, tapi mak aku langsung x nak minum sebab bau pun dah bau kunyit.

Kenapalah ada manusia macam ni. X boleh ke berniaga dengan jujur. Dah la dalam bulan mulia, masih nak ikut nafsu... nak cepat kaya je. Jangan2 air tu semua nampak sedap tapi tak bersih.


Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd, pengedar rasmi kereta berjenama Suzuki telah melancarkan model kereta Suzuki Alto 1.0, diimpot sepenuhnya dari India untuk bersaing dengan kenderaan keluaran tempatan, iaitu Perodua Viva, Proton Savvy dan juga Inokom i10

ikan laga ikan karing ikan sepilai ikan mengkaring ikan laga sawah bendang halfmoon crowntail plakat membiak ikan laga ikan laga cantik ikan laga bertelur

harini kita maen game puzzle class.terdapat 6 perbezaan diantara kedua2 pic ni...jawapan akan diberi kalau ada permintaan.


Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu
mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa
berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang
tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates