Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Seseorang telah berjumpa Nabi Muhammad SAW dan minta izin untuk berzina, sahabat lain ingin membunuhnya dek lantaran kekurang ajarnya kepada baginda lalu nasihat baginda lebih kurang maksud:


Sukakah kamu jika orang berzina dengan ibumu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan adikmu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan isterimu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan anakmu?


Sahabat itu menyatakan tidak suka sama sekali..

Lalu Nabi bersabda(lebih kurang maksud):

Begitu jugalah orang yang kamu ingin zina itu, dia adalah seorang anak, seorang ibu, seorang adik, seorang isteri. Lalu Nabi SAW letakkan tangannya yang mulia di dada lalu berdoa untuk hamba Allah tersebut..


Sahabat ini terharu, ketika perasaan untuk berzina memuncak dalam dirinya lalu dengan iman yang masih ada telah pergi minta izin dengan rasulullah untuk berzina, sahabat yang lain ingin membunuhnya, tapi baginda SAW telah menasihati dengan hikmah dan berdoa untuknya..,


sehingga berkata sahabat ini:

"sejak hari itu, tiada yang lebih aku benci daripada zina"


BESARNYA cabaran dan tanggungjawab dipikul guru masa kini menimbulkan pertikaian di kalangan masyarakat adakah golongan itu mampu melaksanakan amanah dengan sempurna.

FAHAMI MEREKA...ambillah tahu mengenai kesukaran guru supaya mereka rasa dihargai.

PENUH DUGAAN...mengajar pelajar sudah cukup mencabar, guru tidak wajar dibebankan lagi dengan tugasan sampingan remeh sebaliknya fokus pada tanggungjawab hakiki.

Bukan sekadar mendidik, pelbagai tuntutan kerjaya tidak sepatutnya kini mereka galas menjadikan tumpuan terhadap proses penjanaan dan pembelajaran ilmu terjejas.

Lebih menyedihkan, golongan itu turut menjadi sasaran kecaman masyarakat jika gagal melahirkan pelajar cemerlang akademik dan sahsiah diri menyebabkan guru semakin terdesak serta tertekan.

Apakah benar peranan guru sebagai sumber pemangkin ilmu semakin terhakis sebaliknya menjadi golongan itu diperkotak katikkan hingga mereka dalam dilema. Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia Cawangan Kedah, Anuar Husin, berkata golongan guru hari ini bukan sekadar memegang tanggungjawab sebagai pendidik malah anggota masyarakat secara keseluruhan.

Menurutnya, cabaran utama bukan lagi menyalurkan ilmu kepada pelajar sebaliknya turut mendidik masyarakat melalui peranan di luar waktu persekolahan sekali gus memberi bebanan dalam melaksanakan tumpuan dan tanggungjawab sebenar.

"Dalam perguruan, tugas hakiki adalah mengajar, malangnya guru masa kini dilambakkan dengan pelbagai tanggungjawab sukar dan mencabar. Mereka bukan sekadar guru tapi turut mendidik masyarakat secara keseluruhan.

"Malangnya masyarakat bersikap sambil lewa dan enggan bersama memikul tanggungjawab mendidik menyebabkan mereka semakin tertekan. Guru juga dihimpunkan pelbagai tugasan tidak sepatutnya seperti perkeranian.

"Justeru, bagaimana mahu menumpukan perhatian pada tugasan? Masyarakat hanya tahu memberi tekanan tapi enggan membantu," katanya.

Bukan isu baru guru terpaksa memikul pelbagai tanggungjawab remeh yang menuntut pengorbanan masa, antaranya mengurus dan mengemaskini sistem maklumat pelajar (Emis), sistem salah laku, pendaftaran, yuran, mengurus kumpulan wang amanah pelajar miskin (KWAPM), rancangan makanan dan susu tambahan.

Memburukkan keadaan, mereka terpaksa berhempas pulas menghabiskan sukatan pengajaran kerana dihantar berkursus selain pembelajaran tergendala.

Mengulasnya, Anuar berkata waktu persekolahan padat serta pelbagai perancangan dibuat menjadikan waktu guru semakin terhad hingga menyukarkan proses pembelajaran berjalan lancar.

Seungguhpun tugasan sampingan tidak sukar, banyak waktu terbuang. Guru sering merungut kerana terlalu terikat dengan pelbagai tuntutan menyebabkan proses pembelajaran tergendala.

"Ia bukan remeh dan perlu diberi perhatian kerana bersangkut paut pencapaian pelajar masa depan. Guru sentiasa dipersalahkan jika pelajar gagal.

"Masyarakat pula mahukan kecemerlangan tapi enggan memahami. Apabila guru gagal menyempurnakannya, bukankah akan menimbulkan konflik? "Tindakan segera perlu diambil kerana bimbang akan menjejaskan mutu pendidikan keseluruhannya," katanya sambil meminta pihak berkenaan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi kemelut itu.

Ditanya adakah rungutan itu disebabkan guru sudah lama dalam zon selesa, beliau berkata golongan itu boleh menerima perubahan namun perlu ada batasan dan mekanisme tertentu bagi menanganinya.

"Guru boleh menerima perubahan malah sedar tanggungjawab dipikul semakin berat tapi perlu ada tolak ansur. Mereka juga ada tanggungjawab lain perlu dipenuhi seperti keluarga.

"Masyarakat juga harus memberi sokongan dan bersama menggembleng tanggungjawab. Jangan lepaskan sepenuhnya pada guru kerana tidak adil," katanya.

Bagi mengatasi kemelut itu, beliau mencadangkan penyusunan semula tugas pekeranian sedia ada hingga tidak mengganggu tugas hakiki guru selain menambah lagi pembantu guru bertaraf kerani.

Bilangan pelajar turut perlu dikurangkan supaya guru tidak terbeban dalam mengemaskini data peribadi selain menerapkan peranan alumni untuk memberi pembelajaran berbeza berdasarkan pengalaman pekerjaan.

"Konflik perlu diatasi secara berhemah supaya semua pihak mendapat manfaatnya. Penyelesaian bukan sekadar jangka pendek tapi berpanjangan demi kebaikan generasi seterusnya.

"Menjadi guru bukan mudah namun kerjaya itu sangat mulia, perlu berlapang dada menerima apa jua cabaran manakala masyarakat juga jangan bersikap lepas tangan.

"Proses penjanaan ilmu tidak akan terhenti, justeru pelbagai pihak perlu mencari penyelesaian supaya konflik sedia ada dapat diatasi," katanya.


Sayangkah kamu kepada insan bergelar ibu??? Sudah tentu siapa sahaja akan menjawab ya, saya sayang kepada ibu saya! Buktinya kamu sering memberi pelukan dan ciuman di pipi ibu. Adakah peluk cium sudah cukup membuktikan kamu menyayanginya??? Adakah itu sudah memadai sebagai balasan dia menjagamu sedari kecil???


Cuba anda senaraikan seberapa banyak kebaikan yang telah ibu anda lakukan kepada anda. Sekiranya anda menulis dengan bersungguh-sungguh, anda pasti akan menangis mengenangkan betapa besar kasih sayang seorang ibu. Cuba anda tulis pula kebaikan yang telah anda lakukan kepada ibu anda. Sekarang, bandingkan, yang mana lebih banyak.


Ya, sangat sedikit kebaikan yang telah kita lakukan kepada ibu kita. Cuba anda kenang kembali kata-kata anda yang telah mengguris hati ibu. Kenangkan kembali saat kamu menengking ibu mu sendiri! Tapi jangan bimbang, hati seorang ibu itu selalu memaafkan, dan dia menyejukkan hatinya sendiri dengan alasan, kamu masih keanakan dan masih belum mengerti. Dan dia amat sayangkan kamu! Tidak ada apa yang dapat mengubah itu semua. Kerana kamu adalah anaknya yang membesar di dalam rahimnya selama 9 bulan.


Jadi berhentilah menjadi anak-anak kecil. Janganlah kamu mengguris hati ibumu lagi. Jangan sesekali kamu membiarkan ibu berkecil hati dan menitiskan air mata kerana sikap mu yang angkuh.



Berapa lama lagi masyarakat Malaysia harus bersabar dengan Indonesia? masyarakat Indonesia bukan saja telah membuat demonstrasi di hadapan kedutaan Malaysia di Indonesia malah menghina dengan membaling najis manusia. dalam hal-hal seperti ini, selalunya negara kita masih bersikap diplomatik. Malah, masyarakat kita pun tak terus membabi buta untuk buat benda-benda bodoh yang dilakukan oleh masyarakat mereka.

Kini ada usul mereka nak boikot barangan buatan Malaysia. Termasuklah menggantikan tayangan siri Upin-Ipin dengan produk siri tempatan mereka iaitu Unyil. Kononnya supaya Malaysia sedar bagaimana nak menjaga keharmonian jiran tetangga. Persoalannya, bila masa pulak Malaysia mengancam keharmonian Indonesia?

Adakah kita pernah membuat demonstrasi terhadap mereka? Adakah kita pernah membakar bendera mereka? Adakah kita pernah merosakkan kedutaan mereka?

Kalau Indonesia nak buat macam tu, mereka harus ingat ada berapa banyak rakyat Indonsia yang bekerja di Malaysia. Berapa banyak pula produk Indonesia yang ada di negara ini. Jangan cabar kesabaran masyarakat Malaysia!


Salam semua... Malam ni aku nak kongsi sesuatu dlm blog picisan aku ni... Berkenaan dengan Iklan Raya Kontroversi. Mungkin ini merupakan satu isu lama. Tapi perlu diambil berat memandangkan orang melayu kita yang terlalu cepat melatah... Kenapa lah semua orang tak berfikiran macam ni... Aku sangat setuju dengan apa yang cuba disampaikan dalam entry di bawah ni... Tapi aku sangat tak setuju orang kata aku pijak kalimah Allah pada crocs aku... !!!

Jom kita sama2 baca tulisan Lufkin nih...




Baru-baru ni kita gempar dengan iklan raya kontroversi di TV3 yang mengandungi unsur-unsur Pagan Santa Claus Kristus dan Yahudi illuminati Ahlil Nurakka. Lihatlah betapa ghairahnya mereka menyesatkan umat Melayu Malaysia dengan cara tersembunyi. Tanpa disedari kita telah didoktrinkan dengan unsur-unsur Pagan Syaitan dengan teknik 'Subliminal Message' mereka.

Sebenarnya Freemasonry telah lama bertapak di Tanah Melayu sejak zaman Sir Francis Light Laknatullah yang membuka Pulau Pinang, dan sejak itu unsur-unsur Freemason Nirrajim telah berjaya didoktrinkan sehingga menjadi amalan tanpa disedari oleh orang Melayu Muslim, termasuklah sambutan Hari Raya, Kini saya akan mendedahkan satu-per-satu amalan kafir yang telah menjadi sebahagian dari hidup orang Melayu!

#1: Unsur Freemason/Illuminati Pada Ketupat
Dalam kitab suci Al-Quran dan sunnah nabi tidak ada satu arahan bertulis pun memerintahkan kita memakan lemang dan ketupat semasa sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Jadi bagaimanakah adat memakan ketupat wujud dikalangan Melayu? Ternyata adat memakan lemang dan ketupat semasa raya bukan mengikut ajaran agama dan tanpa disedari kita telah mengikut amalan Freemason yang tanpa diragui lagi kelab gay penyembah Syaitan.


Seperti yang kita tahu corak 'checkered board' adalah unsur penting dalam amalan ritual Freemason, namun tahukah kita unsur ini telah diserapkan dalam makanan tradisi orang melayu iaitu ketupat! Aduhai apa yang telah kita makan!? Selama ini kita menyuapkan anak-anak kita dengan makanan yang berunsurkan Freemason!

Corak 'checkered board' pada ketupat!

Bentuk segitiga juga melambangkan piramid Firaun, dan bentuk segitiga ini merupakan simbol Illuminati yang terletak di belakang bil Dollar Amerika! Tahukah anda sebenarnya ketupat palas adalah hasil ciptaan agenda Illuminati?

'All Seeing Eye' dan segitiga piramid Illuminati

Ketupat Palas mempunyai unsur segitiga Illuminati!

Malah jika diletakkan di atas pinggan ianya seolah-olah menyerupai Pyramid Firaun Kafir Pagan, sungguh tidak disangka selama ini kita menyokong Firaun tanpa disedari kerana bersubahat membuat ketupat palas yang menyerpai pyramid! Bertaubatlah saudaraku bertaubatlah!

Tiga Piramid Firaun di Giza

Tiga Ketupat Palas yang menyerupai tiga piramid!

#2: Unsur Kristian/Yahudi Pada Lemang

Seperti ketupat, lemang juga tidak dapat lari dari dipengaruhi unsur tersembunyi pihak Yahudi dan Kristian dalam usaha mereka melemahkan iman seluruh umat Islam!

Lemang yang enak tetapi penuh dengan tipu daya!

Jika dilihat dari susunan lemang yang dibakar, ianya tidak ubah kelihatan seperti piano organ di gereja yang selalu dimainkan semaca upacara keagamaan orang kristian! lihatlah susunan buluh lemang amat menyerupai tiub udara pada piano organ.

Piano Organ di gereja yang menyerupai susunan lemang

Susunan lemang yang telah dipotong juga tidak ubah kelihatan seperti gulungan kitab orang yahudi, sudahlah masyarakat Islam Malaysia menyokong Yahudi dengan membeli McD dan produk-produk Yahudi yang lain, malah tanpa disedari mengamalkan amalan orang yahudi dalam makanan kita.

Lemang siap dipotong kelihatan seperti gulungan kitab yahudi

Gulungan kitab orang Yahudi

#3: Konspirasi Gabungan Lemang & Ketupat

Sememangnya Lemang dan ketupat merupakan konspirasi 'The Hidden Hand' puak Illuminati untuk merapuhkan iman orang Muslim di Malaysia, mari kita lihat unsur yang tersembunyi pada kedua-duanya.

Bulat, segitiga, dan objek tidak terurus

Bulat merupakan simbol bagi mata pada logo 'All Seing Eye' manakala segitiga pula merupakan elemen geometri yang sering digunakan dalam upacara sihir dan magis. Rendang dan serunding pula mewakili kemenyan yang selalu digunakan semasa upacara khurafat. Jika digabungkan geometri segitiga dan bulat maka muncullah simbol Illuminati, nampak kaitannya di sini?

The All Seeing Eye Amon-Ra

#4: Kad Raya Dan Unsur Syaitan Baphomet

Bulan sabit dan bintang selalu dikaitkan dengan simbol ke-Islam-an, malah kebanyakan masjid dan surau mempunyai simbol bulan sabit dan bintang pada kubahnya, tetapi dari mana datangnya simbol tersebut? Pada zaman Baginda Rasulullah (S.A.W) lambang bulan dan bintang tidak pernah digunakan, Jadi sejak bila pula lambang bulan dan bintang menjadi simbol agama Islam? Tidakkah anda berasa pelik?

Dalam amalan menghantar kad raya yang sememangnya bukat adat orang Melayu, lambang bulan dan bintang sering digunakan sebagai corak hiasan penting pada kad raya, semasa menghantar kad raya kepada rakan-rakan anda tanpa disedari anda menggalakkan mereka menjadi 'Satan Worshipper'! Kembalilah ke pangkal jalan!! Jangan bersubahat dengan Syaitan Nirrajim!!

Bulan sabit dan bintang pada contoh kad raya

Bulan sabit dan bintang pada ilustrasi Syaitan Baphomet

Walaupun ada banyak yang ingin saya bongkarkan tapi terpaksa saya berhenti di sini sahaja kerana risaukan nyawa saya diancam oleh ejen-ejen illuminati... Ingat, mereka berada dimana-mana, di selipar anda, di Tesco, Jusco, malah seluar dalam anda yang kelihatan seperti segitiga piramid! Jika anda nampak segitiga di mana-mana sila buangg! Nampak 'checked board' sila bakarrr!! Kah Kah Kah!!



Entry asal di SINI


Kartunis portal pembangkang, Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwarul Haque, 49, ditahan mengikut Akta Hasutan 1948 atas tuduhan menghasilkan buku Cartoon- O-Phobia yang menyentuh isu-isu sensitif dan boleh menganggu ketenteraman awam.

"Nama Cartoon-O-Phobia dipilih bagi menggambarkan ketakutan sesetengah pihak kepada karya-karya kartun,” ujarnya. Beliau ditahan di pejabat penerbitan miliknya, Sepakat Efektif Sdn. Bhd kira-kira pukul 4 petang.

Antara lukisan zunar...





Baru je habis menonton filem Knight And Day yang aku donlod semalam. Dan pastinya filem ini boleh tahan gempak dan tak rugi menontonnya.

Knight And Day, sebuah filem aksi komedi, mengisahkan bagaimana Agent Miller (Cruise) yang dalam satu misi untuk menjaga sejenis teknologi baru bersaiz bateri AAA yang mampu menjana kuasa untuk satu pekan kecil.

Dalam perjalanan untuk memberi perlindungan kepada seorang ‘geek’ yang super genius iaitu Simon Feck (Paul Dano), Roy Miller telah menempuh perjalanannya tanpa disangka dengan June Havens (Cameron Diaz). Walaupun Cruise dan Diaz masing-masing dah semakin tua, lakonan mereka masih mantap



Dalam satu adegan kejar mengejar, Miller telah menggunakan Ducati Hypermotard. Tapi yang menariknya, setiap adegan yang menampilkan motor ini sebenarnya adalah palsu!

Sebenarnya, Aprilia SXV550 digunakan untuk aksi-aksi stunt manakala Ducati Hypermotard digunakan hanya untuk shot-shot close-up. Ini kerana Ducati Hypermotard terlalu berat untuk aksi-aksi stunt.



Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad: CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

Selepas itu save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).
Save as = love u.vbs

Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."

Cuba dengar btul2 suara "i love u" tu.... suara lelaki ke perempuan?

Kalau dengar lelaki maknanya laptop korang tu lelaki dan begitu lah sebaliknya....

Jadi selamat mencubalah yea....laki ke perempuan laptop korang? haha


Salam 1 malaysia untuk semua. hari ni saya nak kongsikan satu cerita. cerita nie saya ambil dari sebuah blog. saya terlupa pula untuk copy link blog tu untuk disertakan di sini... cerita ni mengajak kita untuk berfikir sejenak. harap cerita ini memberi pengajaran dan ambillah ia secara positif...
melayu bodoh melayu mudah lupa

Ceritanya bermula apabila seorang cediakawan bernama Rahman pergi ke sebuah pasar untuk membeli ketam, kebetulan hari itu isterinya mahu makan ketam. setelah sampai di pasar rahman terus mencari gerai yang ada menjual ketam, cari punya cari terjumpalah juga rahman dengan gerai yang menjual ketam itu. di satu sudut dalam pasar ada 2 buah gerai bersebelahan menjual ketam. seperti biasa rahman akan melihat dulu ketam di kedua-dua gerai untuk membuat perbandingan sebelum membeli.

Di gerai pertama - dalam kotak ketam itu rahman melihat ketam-ketam tersebut bergerak aktif. masing-masing berebut untuk panjat ke bahagian atas kotak untuk melepaskan diri. di lihat ada satu ketam tu memijak atas badan ketam lain dalam usaha melarikan diri, namun ketika ia hampir untuk keluar dari kotak itu ada satu ketam menarik kaki ketam tadi lalu terjatuh lah ia ke bawah semula.. heheh.. rahman tersenyum melihat gelagat ketam itu.

Di gerai kedua - sama seperti ketam dalam gerai pertama, ketam-ketam di gerai ini juga aktif. berebut-rebut untuk melarikan diri. tapi rahman terasa sedikit pelik, kerana dia dapati ketam-ketam ini saling bantu membantu. ketam di bawah akan menolak ketam di atas supaya ia sampai ke atas, kemudian ketam di atas akan menarik ketam di bawah tadi.. heheh rahman tersenyum lagi..

Rahman berasa pelik bila melihat perbezaan antara ketam-ketam tadi, kemudian dia melihat pula penjual ketam itu. lalu rahman tersenyum lagi apabila dia melihat penjual di kedua-dua gerai tadi. gerai pertama penjualnya adalah seorang lelaki melayu, manakala gerai kedua pula penjualnya lelaki cina. setelah membeli ketam yang dihajati rahman bergegas mahu pulang, dan dia ingin menceritakan peristiwa tadi kepada isterinya.


melayu seks gadis melayu awek melayu melayu seksi awek melayu bogel awek melayu telanjang budak sekolahJustify FullADAKAH Remp-It filem sosial muda-mudi yang mempunyai elemen pengajaran di dalamnya boleh dianggap sebuah filem Islam?


FILEM merupakan suatu medium yang mempunyai pelbagai genre seperti drama, romantik, komedi, aksi dan seram yang bertujuan memberi pilihan kepada para penonton. Bukan setakat hiburan, filem adakalanya turut memainkan peranan sebagai alat propaganda politik dan bersifat keislaman dalam usaha untuk menyebarkan dakwah agama ini.

Filem berunsur Islam boleh diselitkan sebagai satu lagi genre dan ia semakin mendapat perhatian para pembikin filem dan penonton walau di mana-mana juga sejak akhir-akhir ini. Bagaimanapun, ramai yang masih keliru mahupun berselisih pendapat berhubung definisi filem Islam.

Dalam konteks bidang perfileman di negara ini, para peminat telah disajikan dengan beberapa filem yang dikatakan boleh dikategorikan sebagai Islam sejak era tahun 1950-an lagi. Sebagai contohnya, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pernah mengarah dan membintangi filem Semerah Padi pada 1956 yang memaparkan elemen-elemen ajaran Islam di dalamnya.

Adegan filem itu antara lain memaparkan adanya elemen ajaran Islam yang mengenakan hukuman sula terhadap pasangan yang sudah berkahwin tetapi melakukan perzinaan. Perkara itu membuktikan bahawa sejak dunia perfileman Melayu mula bertapak di Singapura pada awal tahun 1940-an sudah ada pengaruh Islam di dalamnya. Namun ramai yang terus memperkatakan kesyumulan ajaran Islam yang cuba diterapkan dalam filem genre ini kerana ia dikatakan belum 100 peratus menepati kriterianya.

Bagi pensyarah Fakulti Penulisan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Dr. Faisal Tehrani sehingga kini dia belum bertemu dengan filem Islam yang dimaksudkan itu.

"Bagi saya, setakat ini belum ada satu filem pun di Malaysia yang boleh dikategorikan sebagai sebuah filem Islam daripada segi naratifnya. Kalau dokumentari berunsur Islam memang banyak.

"Ini kerana Islam itu berkait rapat dengan ilmu dan menjurus kepada kebaikan yang sejati. Bolehkah filem itu dikatakan sebuah filem Islam kalau masih ada unsur mungkar di dalamnya?

"Misalnya, pelakon wanita tidak menutup aurat ataupun lelaki dan wanita bukan muhrim berpegang tangan?" Soalnya kepada Mega dalam satu perbualan baru-baru ini.

Hujah yang dilontarkan oleh Dr. Faisal ada benarnya. Andai diperhatikan, industri sinema Malaysia sejak kebelakangan ini lebih cenderung menerbitkan filem-filem yang bertentangan dengan budaya masyarakat negara ini.

Karyawan filem Melayu dilihat semakin terbuka dalam berkarya dan masing-masing seperti mahu menjadi jaguh dalam gelanggang filem. Kerana keterbukaan itu jugalah maka kita menyaksikan filem-filem seperti ... Dalam Botol, Dua Alam, Chukang dan beberapa lagi filem lain diterbitkan. Kebimbangan sebilangan besar daripada masyarakat Malaysia ialah sampai bilakah kita harus membenarkan karya-karya sebegini diterbitkan?

Dan berapa banyak jugakah filem yang bertemakan Islam yang dihasilkan oleh karyawan filem hari ini yang boleh kita senaraikan? Barangkali, dalam tempoh sedekad lalu, kita mungkin hanya teringatkan filem Syukur 21 (2001). Raihan yang berlakon sebagai teraju utama filem itu menggunakan elemen percintaan dan teknologi telekomunikasi bagi mengembangkan naratif tentang perkembangan Islam di dalamnya.

Perkembangan itu dilihat bukan setakat mempopularkan mesej Islam dalam filem tetapi ia juga didasari sentimen kebangkitan irama nasyid dalam persada muzik tempatan pada 1997. Senario itu dapat dilihat apabila Raihan yang ketika itu muncul dengan album sulung, Puji-Pujian mencatat jualan 750,000 unit sebagai album tempatan paling laris di negara ini. Apa pun perkembangan itu juga dilihat sebagai salah satu usaha berbentuk eksperimen untuk memperkembangkan lagi populariti irama nasyid bersama pengaruh Islam di sebaliknya.

Biarpun kurang mendapat sambutan ramai tetapi ia merupakan salah satu usaha MIG Production yang menerbitkan filem itu menjadikan Islam sebagai subjek penting penceritaannya. Sepatutnya usaha tidak terhenti setakat itu, sebaliknya para pembikin filem tanah air harus terus menggali lebih banyak formula bagi menghasilkan filem-filem berunsur Islam.

Filem Melayu berunsur Islam ditonton oleh majoriti penonton berbangsa Melayu. Selain itu, ia juga menyediakan pasaran yang luas di luar negara terutamanya di negara-negara Islam. Paparan tentang elemen Islam bukan sahaja diterima oleh penganut agama itu, malah sudah banyak filem dari negara-negara Islam yang diterima dalam festival-festival di Barat.

The Color of Paradise (2000) filem Iran arahan Majid Majidi antara filem yang mendapat banyak pencalonan dan memenangi anugerah di festival filem Barat termasuklah di Cannes, Perancis. Ia menjadi bukti bahawa filem Islam bukan sahaja sesuai ditonton oleh segenap lapisan masyarakat, tetapi ia juga menyediakan pasaran yang luas termasuklah di festival seperti itu.


gambar zakar melayuTerkejut aku tengok gambar nih... Sebab ape??? Sebab anu pakcik nie terkeluar dari zip seluar. Tapi jangan bimbang, aku dah pun blur kan gambar yang tak senonoh tu. Pakcik ni telah menunjukkan kemaluan kepada perempuan di dalam lrt.

Menurut sumber, dia hanya menunjukkannya kepada wanita bukan Islam. Salah seorang mangsa, yang dipercayai berbangsa Cina telah berjaya menangkap gambar lelaki tersebut. Dan gambar tersebut telah di upload ke facebook.

Hmm, bangga sangat ke tunjuk benda tu pakcik oi!!!



Ahmad Nawab menyerahkan potretnya bersama seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kepada Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang Datuk Seri Mohd Yussof Latiff (kanan) dan Pengarah Arkib Negara cawangan Pulau Pinang Nasser Malim (tengah) untuk dipamerkan di Galeri P. Ramlee di George Town semalam. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR — Seniman Negara Datuk Ahmad Nawab yang memutuskan untuk menyerahkan beberapa koleksi peribadinya mengenai Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee mendakwa beliau kesal kerana banyak cerita mengenai kisah hidupnya tidak tepat.

Ahmad yang mahu membongkar semula kisah hidup seniman agung itu kepada Jabatan Arkib Negara memberitahu beliau mengenali P. Ramlee secara dekat kerana membantu seniman agung itu untuk mengubah lagu selama sembilan tahun malah pernah tinggal di rumahnya di Kuala Lumpur.

“Saya kesal kerana banyak cerita mengenai kisah hidup P.Ramlee adalah tidak tepat malah ada yang berbohong, saya kenal P.Ramlee kerana kami bekerjasama dalam membuat muzik, P.Ramlee tidak pernah meminta lagu dari sesiapapun untuk filemnya kecuali dari saya sahaja,” kata beliau dipetik Bernama.

Ahmad berkata, antara fakta yang tidak betul ialah mengenai dakwaan P. Ramlee seorang yang pandai bermain semua alat muzik sedangkan Seniman Agung itu hanya berkebolehan bermain piano untuk mencipta lagu.

“Jika kita lihat filem Ibu Mertuaku, yang meniup saksofon sebenarnya ialah Ahmad B dan dalam filem Masam-masam Manis pula, yang meniup saksofon adalah saya sendiri, ini kerana P. Ramlee tidak boleh bermain saksofon tetapi beliau berkebolehan untuk memegang saksofon dengan gaya yang betul,” katanya.

Beliau berkata beberapa fakta mengenai kisah hidup P. Ramlee yang diceritakan oleh kenalannya adalah tidak tepat kerana P. Ramlee sendiri tidak pernah ditemu bual oleh media semasa hayatnya.

“Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa P. Ramlee gemar untuk memakan buah tembikai dan dicicah dengan sambal kicap... ini pelik tetapi itulah kegemaran P. Ramlee,” katanya.

Sebagai permulaan Ahmad Nawab menyerahkan potret beliau bersama P. Ramlee yang dirakam pada tahun 1965 di Sarawak kepada Arkib Negara untuk dipamerkan di Galeri P. Ramlee. Katanya, usaha menyerahkan koleksi peribadi mengenai seniman agung itu adalah penting supaya ia dapat menjadi tatapan generasi akan datang untuk mengenali kisah hidup P.Ramlee yang sebenar.


Lagi berita tentang guru yang memalukan. walaupun kes ini membabitkan seorang guru mengaji, dia tetap seorang guru. bahkan mengajar mengaji adalah satu ibadah. ini lah yang terjadi apabila seseorang menggunakan agama supaya diri mereka dilihat baik dan disanjung masyarakat. kerana masyarakat selalu menyanjung tinggi, dan menilai berdasarkan perlakuan luaran semata.


KUALA TERENGGANU — Seorang warga emas yang juga guru mengaji al-Quran dihukum penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah merogol anak muridnya 15 tahun lima tahun yang lalu.


Shamsuddin Abdul Rahman, 62, berasal dari Kampung Pak Madah, Bukit Payong yang juga bekas pesara Risda mengaku bersalah merogol anak muridnya itu. Tertuduh yang mempunyai empat isteri dan 11 anak diwakili oleh peguam Mohd Asaari Salleh.


Kes didengar di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Che Muhamad Zulkifly Jusoh. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bermula hari ini selepas mengambil kira faktor usia dan pengakuan tertuduh serta insaf atas perbuatan.


Mengikut kertas pertuduhan, pada 11 Jun 2005 lalu, murid berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghadiri kelas mengaji al-Quran di sebuah surau. Kanak-kanak berkenaan telah ke rumah saudara tertuduh, namun dia telah tidur lalu memutuskan untuk pulang sebelum terserempak dengan tertuduh bertindak menggosok lengan dan bahu mangsa. Tertuduh mengumpan mangsa dengan memberi RM10 sebelum membawa masuk mangsa ke dalam bilik kediamannya dan merogolnya.


Laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa pada 23 Jun tahun yang sama, pukul 6 petang dan pihak perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa. Tertuduh ditangkap di rumahnya di 387, Kampung Tanjung Mengkudu, Kampung Pak Madah, Bukit Payong Terengganu.


game lumba percumaAssalamualaikum... Jom download game nih. Simple. Relax. Dan sesuai untuk hilangkan boring!

Download di SINI

BERNAMA

JAKARTA – Setelah menyepi sejak dua hari menjelang Aidilfitri baru-baru, kumpulan aktivis masyarakat Indonesia pada Rabu kembali mengadakan demonstrasi anti-Malaysia dengan kali ini membawa isu pembantu rumah dari negara itu yang diseksa dan diperkosa oleh majikan Malaysia. Dalam cuaca hujan yang lebat dan renyai hari ini, demonstrasi berkonvoi 150 motosikal itu membabitkan kira-kira 300 penunjuk perasaan dari beberapa kumpulan aktivis yang menamakan diri “aliansi pemuda pemudi anti-Malaysia” dengan didominasi anggota kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera). Dua lagi kumpulan yang turut serta ialah Gerakan Pemuda Daerah dan Relawan Pro Demokrasi.


Sambil membawa bendera Indonesia serta bendera kumpulan masing-masing serta sepanduk “Ganyang Malaysia”, mereka membunyikan hon motosikal dan meneria “Ganyang Malaysia” di hadapan kediaman Duta Besar Malaysia di Patra Kuningan dan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia, Kuningan, Jakarta Selatan.


Kedua-dua tempat itu dikawal ketat pasukan Polis Indonesia. Demostrasi dimulai pukul 1.30 petang di hadapan Kediaman Duta Besar Malaysia dan pukul 2 petang di hadapan Kedutaan Besar Malaysia dan berlangsung selama 10 minit di kedua-dua tempat itu. Dalam pidato masing-masing, mereka mengutuk perbuatan penyeksaan dan pemerkosaan yang dilakukan terhadap pembantu rumah Indonesia oleh majikan di Malaysia dan meminta Duta Besar Malaysia dan rakyat Malaysia meninggalkan Indonesia dalam tempoh dua hari kerana menganggap perbuatan Malaysia yang keterlaluan. Mereka kemudian meneruskan perjalanan ke kompleks beli-belah Senayan City untuk melakukan tindakan usir atau “sweeping” rakyat Malaysia di situ namun polis telah menghadang mereka kira-kira 100 meter dari pintu utama ke kompleks itu.


Penunjuk perasaan kemudian cuba berunding dengan polis agar membenarkan 65 anggota masuk ke dalam kompleks dan melakukan “sweeping” terhadap warga Malaysia yang mereka yakini berada di dalam, namun permohonan mereka tidak dilayan.


“Kami bukan ingin mencuri, kami bukan ingin mengambil barang di mall tapi kami hanya ingin mengusir warga Malaysia,” kata Mustar Bona Ventura, coordinator Bendera.


Kumpulan Bendera yakin Senayan City merupakan simbol yang tepat untuk mewakili Malaysia dan percaya warga Malaysia sering berkunjung ke tempat itu untuk berbelanja kelengkapan sehari-hari. Isu penderaan pembantu rumah Indonesia bernama Win Faidah oleh majikannya itu turut dikutuk oleh Malaysia.


Menteri Luar Malaysia dalam kenyataan di Putrajaya pada Rabu menegaskan bahawa kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk penderaan terhadap mana-mana pekerja, tanpa mengira kewarganegaraan atau sektor pekerjaan mereka.


Justeru itu kerajaan serta rakyat Malaysia amat sedih dan terharu di atas kes penderaan terbaru, membabitkan seorang pembantu rumah dikenali Win Faidah yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia pada 17 Sept lepas, katanya. Pembantu rumah berumur 26 tahun itu, dikatakan telah didera secara fizikal dan seksual sejak lebih empat bulan oleh majikannya dan berikutan itu sepasang suami isteri telah ditahan polis pada 19 Sept lalu bagi membantu siasatan berhubung kes itu.


Sebelum memulakan demonstrasi itu, peserta berkenaan berkumpul di hadapan pejabat Bendera di Jalan Diponegoro, yang merupakan pejabat lama Parti Demokrasi Indonesia – Perjuangan (PDI-P) iaitu parti yang dipimpin bekas Presiden Megawati Soekarnoputri.


Beberapa anggota kumpulan Bendera sebelum ini telah bertindak melempar najis manusia ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia dalam salah satu demonstrasi sebelum ini mengenai isu penangkapan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia oleh Polis Marin Malaysia di sempadan perairan Malaysia-Indonesia berhampiran Kepulauan Riau.


Sebahagian daripada anggota Bendera turut mengotorkan bendera Malaysia dengan najis manusia selain memijak-mijak Jalur Gemilang semasa berdemonstrasi ketika itu. Para pelaku yang mencemarkan kawasan Kedutaan Besar Malaysia serta Jalur Gemilang dengan najis manusia itu sehingga sekarang tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa Indonesia.


Hmm, jom tengok video nih...

video

So apa pendapat korang???

PORT DICKSON – Seorang pemancing terkejut selepas menemu:i rangka manusia di kawasan bekas lombong di sini, dua kilometer dari jalan utama Sua Betong-Linggi, petang kelmarin.

Pemancing berumur 53 tahun yang enggan dikenali itu berkata, pada Ahad lalu, jam 4 petang, dia bersama seorang rakan pergi memancing di salah satu bekas lombong di sini.

"Kami terkejut apabila menemui tengkorak dan rangka manusia di gigi air lombong berkenaan.

"Saya terus tanam tengkorak itu di kawasan semak berhampiran lombong. Saya sebenarnya masih ragu dengan apa yang ditemui, sama ada ia tengkorak manusia atau haiwan," katanya.

Menurutnya, disebabkan itu dia tidak terus membuat laporan polis.

"Semalam (Isnin), ketika saya memaklumkan penemuan tengkorak itu kepada rakan sekerja, dia kemudiannya menyuruh saya melaporkannya kepada polis.

"Kami membuat laporan sekitar jam 7.40 malam semalam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh berkata, siasatan awal mendapati rangka manusia yang ditemui itu berada di dalam keadaan diikat dengan wayar serta diselubung dengan selimut tebal.

Menurutnya, keseluruhan mayat sudah reput dan hanya tulang yang dapat dikesan di kawasan berkenaan.

“Polis juga yakin, mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di kawasan lombong ini.

“Sehingga kini identiti mangsa masih belum dapat diketahui dan hanya disahkan sebagai orang dewasa,” katanya.

Baljeet berkata, rangka manusia itu dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya dan identiti lengkap.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan membabitkan semua sudut termasuk laporan seorang wanita hilang tiga bulan lalu di Rantau," katanya.


Kalau hati dah sayang, semuanya indah belaka
Kalau hati dah sayang, yang tak betul akan jadi betul
Kalau hati dah sayang, yang buruk nampak indah di mata
Kalau hati dah sayang, yang busuk pun boleh jadi wangi

Begitulah kalau hati dah sayang. Segala yang buruk tertutup, yang jelek terkambus, yang mungkar tersorok.

Kalau orang dah benci, buat 1000 kebaikan, akan nampak jahat kita juga.
Kalau orang dah benci, yang cantik akan nampak hodoh.
Kalau orang dah benci, yang betul akan nampak salah
Kalau orang dah benci, yang sempurna pun akan dicari cacatnya.

Begitulah kalau orang dah benci. Satu kesalahan akan melenyapkan 1000 kebaikan. Yang satu silap itu akan diungkit-ungkit dan disebut sepanjang hayat.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya ahli syurga makan dan minum. Namum mereka tidak meludah, kencing, buang air atu pun mengeluarkan hingus.”

Para sahabat bertanya: “lalu apa jadi dengan makanan mereka?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Menjadi peluh yang berbau kasturi. Mereka diilhamkan untuk bertasbih dan memuji Allah sebagaimana mereka diilhamkan untuk bernafas.”

(Riwayat Imam Muslim daripada Jabir r.a.)

Oleh sebab syurga ialah negeri yang abadi, maka makanan syurgawi itu mengandungi sifat keabadian. Kalau sedikit daripada makanan itu dimakan manusia di dunia, nescaya ia tidak akan berapa lapar hingga ke akhir hayatnya.


Suatu ketika di Hari Raya, Sewaktu Rasulullah hendak pergi ke masjid, Baginda mendapati seorang anak yang masih kecil sedang menangis di sebuah sudut jalan. Rasulullah yang sangat berhati lembut dan penyayang kemudian mendatangi anak kecil tersebut, lalu bertanya kepadanya


"Wahai anak, hari ini semua orang sedang bergembira dengan datangnya Hari Raya Idul Fitri, tetapi kamu terlihat menangis seorang diri disini, apa yang terjadi?"


Anak kecil itu menjawab: Aku sedih, teman-temanku semua bergembira dengan ibu dan ayah mereka, mereka memakai baju baru dan perhiasan baru, sedangkan orang tuaku telah bercerai, ibuku menikah dengan orang lain, ayah tiriku tidak peduli denganku. Dan aku tidak mungkin dapat membeli baju baru.

Rasulullah kemudian tersenyum haru, lantas memeluk anak kecil tersebut dengan penuh kasih, bagaikan anak Baginda sendiri. Setelah itu Rasulullah berkata padanya : Wahai anak kecil yang dikasihi Allah, maukah jika engkau menjadi anakku, aku menjadi ayahmu, dan Aisyah menjadi ibumu?.

Dengan terharu dan senyum yang tidak dapat terlukisakan, anak itu kemudian memeluk Rasulullah dengan erat, air matanya mengalir karena merasakan kebaikan dan kasih sayang Rasulullah kepada dirinya.

Rasulullah kemudian menggendong anak kecil itu dan membawa ke rumah, kemudian menyerahkannya kepada Sayidatina Aisyah untuk dimandikan. Maka beberapa saat kemudian, si anak kecil yang sebelumnya dekil, kotor, bau dan berantakan itu berubah menjadi bagaikan bidadari kecil yang harum dan cantik.

Begitulah kasih sayang Baginda Rasulullah SAW, sanggup mengasihi dan menghibur orang lain demi kebahagiannya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'

'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu..
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi..

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

aku x faham kenapa orang menangis tengok citer lagenda budak setan. aku x nak komen pasal kasyah yg x setan mana pun. xnak jugak komen pasal member dia yang langsung tak layak jadi budak nakal. jambu jer. tapi aku nak tulis tentang filem lagenda budak setan dari kaca mata aku sendiri.

kata sayang bukan kata2 yang sia2. baru kenal, dah cakap sayang?? sayang atau nafsu??? kalau betul sayang, berikan sebab untuk menyayangi??? sebab cantik??? betul dari mata turun ke hati. tapi kadang mata itu menipu hati. dalam erti kata lain, mata memang suka melihat sesuatu yang indah.

come on la... filem ni betul2 menghampakan. aku berharap dapat melihat sebuah lagi filem yang dapat menyentuh hati. jalan cerita yang baik, tapi pengolahan yang amat teruk. dalam lagenda budak setan, lisa surihani ni bitch ke??? begitu mudah menerima cinta untuk melupakan cinta lama. memang betul, susah untuk kita jelaskan macam mana cinta itu hadir. bagaimana sayang itu muncul. tapi, bagi aku, cinta itu perlukan masa. sayang itu perlukan pengertian yang lebih dalam.

lagenda budak setan cuma memaparkan pelakon yang kacak dan cantik, namun langsung tidak dapat menandingi filem cinta dan sepi. filem ini satu kerugian kerana pelakon2 dalam filem ini sangat berbakat, namun plot cerita yang terburu2 dan sangat direct membuatkan jalan cerita menjadi hambar.

satu lagi perkara penting, zina bukanlah satu dosa yang kecil, malah perlu disusuli dengan taubat. seorang perempuan yang baik akan setia dan patuh selagi mana ia bergelar seorang isteri. di situlah martabat seorang perempuan itu dapat dipelihara. namun bukan bermakna seorang isteri itu boleh ditindas sewenangnya. islam telah memberi garis panduan yang betul yang tak perlu dipersoalkan lagi.


Malas… bagaimana hendak membenterasnya? Untuk mengetahui cara membenteras penyakit malas, kita perlu faham, mana datangnya sifat “malas” ini.

Malas berpunca dari kita terlalu selesa dengan keadaan semasa kita (zon selesa/comfort zone). Untuk keluar dari zon selesa kita, kita akan rasa berat dan susah. Ini adalah normal bagi semua orang- setiap kali kita nak keluar dari zon selesa kita, secara psychology akan menarikkan kita kembali ke zon selesa.

Berita baiknya adalah, zon selesa manusia berubah-ubah. Apa yang anda perlu lakukan adalah keluar dari zon selesa tersebut secara sedikit-demi sedikit dan pegang pada keadaan semasa yang baru. Lama kelamaan, zon selesa anda akan mengubah mengikut keadaan semasa anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda rajin membaca buku 30 minit sehari sahaja. Lebih dari itu, terasa malas (luar dari zon selesa anda). Anda perlu paksa diri anda keluar dari zon selesa itu secara perlahan… mungkin baca selama 45 minit. Sehingga suatu masa nanti, zon selesa anda akan berada pada tahap 45 minit. Apabila ingin membaca lebih dari itu, terasa malas (luar dari zon selesa baru). Apa yang anda perlu lakukan adalah ulangi langkah sehingga anda mencipta zon selesa baru!



Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa–apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia.

Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.


Download PART 1

Download PART 2

Download PART 3




PEMERGIAN Allahyarham M.Rajoli ternyata memberi kesan yang mendalam buat industri hiburan tanah air. Bakatnya yang pelbagai mampu membuatkan penonton ketawa dan menangis mengikut watak yang diberikan. Apalagi dengan gurau senda yang sering menjadi usikannya kepada keluarga dan rakan-rakan, ia pastinya menjadi memori yang indah.

Sepanjang detik-detik terakhir sebelum menghembuskan nafasnya, Allahyarham hanya ditemani isteri, Hashimah Md Din dan anak bongsunya, Muhammad Arif. Kedua-dua anak beranak itu tenang menerima ketentuanNya.

Arif berkata, tiada apa yang mampu mereka lakukan melainkan mengalirkan air mata sejak pemergian ayahanda tercinta. Apa pun mereka reda dengan pemergian pelakon itu.

"Sebelum itu, sempat juga arwah berpesan, jaga mak dan kalau boleh dia tidak mahu adik-beradik bergaduh.

"Saya bangga dengannya kerana semangatnya yang begitu kuat ketika bertarung nyawa.

"Apapun, saya enggan memikirkan kenangan bersamanya kerana ia akan membuat saya menangis mengenangkannya," katanya.

Hashimah pula berkata, dia sedikit kekok tanpa suaminya di sisi dan terpaksa menerima hakikat bahawa suami tercinta kini telah pergi.

Sementara itu, salah seorang ahli kumpulan Kopratasa, Sanisudin sangat sedih dengan pemergian pelakon berusia 64 tahun itu. Katanya, sepanjang Allahyarham sakit, dia tidak berkesempatan untuk menjenguk pelakon kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu.

"Kalau saya kata sibuk, memang saya tak perlu beri alasan bukan. Tapi itulah, saya terasa sangat bila Sabri Yunus menghubungi saya tentang pemergian arwah.

"Sekali pun saya tak jenguk dia. Saya harap, dia pergi dengan aman," katanya.

Sabri yang merupakan teman artis yang sering bekerjasama dengannya berkata, dia sempat melawat Allahyarham sebulan lalu dan Allahyarham meminta Sabri untuk mendoakannya sembuh agar dapat aktif semula di bidang lakonan.

"Sepanjang perkenalan saya dengannya, dia seorang lelaki yang suka bergurau dan gemar menghiburkan orang-orang sekelilingnya.

"Tambah pula bila kami bekerjasama dalam sitkom Salam Pantai Timur di sekitar tahun 2001 hingga 2005, banyak kenangan manis yang kami kongsi bersama.

"Setahu saya juga, dia tidak pernah marah orang," ujar Sabri.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates