Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

MUHAMMAD AL- HAKIM (kanan) menunjukkan kesan parut pada lengan kiri adiknya, Muhammad Fairuz, yang diseterika oleh warden asrama di sebuah sekolah di Pasir Mas ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Anak Keranji, Pasir Mas, semalam.

PASIR MAS: Dua beradik melecur teruk pada tapak kaki dan lengan kiri akibat ditekap dengan seterika yang didakwa dilakukan seorang warden asrama yang mahu mengejutkan mereka dari tidur, dalam kejadian pada 12 Oktober lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu, mangsa, Muhammad Al Hakim Mat Nawi, 16, dan adiknya, Muhammad Fairuz, 14, terpaksa diberi rawatan di Hospital Lati, dekat sini, akibat kecederaan yang dialami. Ibu mangsa, Siti Fatimah Mat Yusof, 52, berkata, kejadian berlaku di asrama kedua-dua anaknya di mana warden terbabit didakwa menekap seterika panas pada tubuh mereka untuk mengejutkan Muhammad Al Hakim dan Muhammad Fairuz dari tidur.

“Saya hanya menyedari kejadian itu pada jam 7 malam hari sama apabila rakan Muhammad Fairuz membawa anak saya pulang ke rumah. Saya terkejut apabila diberitahu tindakan warden terbabit..

“Saya tidak menyangka kedua-dua anak saya cedera akibat melecur. Sebelum Muhammad Fairuz pulang, abangnya, Muhammad Al Hakim pulang lebih awal dan tidak memberitahu saya apa-apa mengenai kejadian itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Siti Fatimah berkata, beliau yang terkejut dengan kejadian itu segera membawa kedua-dua anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Lati, di sini serta membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Mas, keesokan harinya.

“Selain kedua-dua anak saya, sembilan lagi pelajar yang tinggal di asrama terbabit dikatakan turut menerima nasib yang sama. Namun, mereka mengambil sikap berdiam diri mengenai kejadian menimpa mereka,” katanya.

Beliau berkata, anaknya memberitahu, warden terbabit tidak menggunakan kaedah lazim untuk mengejutkan pelajar di asrama terbabit, sebaliknya meng-gunakan caranya tersendiri seperti menekap tubuh pelajar dengan seterika panas.

“Saya juga diberitahu warden terbabit menggunakan peralatan lain untuk mengejutkan pelajar dari tidur seperti penyapu dan air sabun.

“Sebelum ini, saya sudah tahu sikap buruk warden terbabit, namun tiada siapa yang mengambil tindakan terhadapnya. Kali ini, keadaan sudah melampau sehingga menyebabkan pelajar cedera parah,” katanya.

Siti Fatimah berkata, beliau hairan mengapa pengurusan sekolah seolah-olah berdiam dengan perbuatan yang dilakukan warden terbabit.

“Saya pernah berbincang dengan pihak sekolah terbabit, namun diarahkan untuk menarik sebarang laporan yang dibuat. Anak saya tidak mahu bercakap lagi mengenai kejadian itu akibat trauma,” katanya sambil menambah kedua-dua anaknya kini tidak lagi menetap di asrama terbabit.


Serius kelako..... Tapi tengok sampai habis video nih, baru paham.....




KELANTAN berasa mereka telah matang dengan pengajaran musim lalu manakala Negeri Sembilan percaya seluruh pemainnya mampu menampung kelemahan jentera serangan apabila kedua-duanya mengulangi perhitungan akhir bola sepak Piala Malaysia, malam ini.

Edisi ke-44 di Stadium Nasional, Bukit Jalil turut membuka peluang terbaik Wira Merah menghadiahkan Sultan Muhammed V atas pemasyhuran baginda sebagai Sultan Kelantan.

Sedangkan Si Rusa mengidam gelaran berganda musim ini selepas menjulang Piala FA.

Inilah kemaraan keempat Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaysia (termasuk Piala Malaya) selepas 1955, 1970 dan tahun lalu yang kesemuanya dihampakan Singapura, Perak dan Negeri Sembilan sementara lawan turut pernah menjuarainya pada 1948 selain bergelar naib juara 2000 dan 2006.

Namun, musibah kecederaan melanda pasukan masing-masing dengan jurulatih Kelantan, B. Sathianathan terpaksa melupakan khidmat Azizi Mat Rose dan S. Subramaniam manakala Rezal Zambery Yahya mungkin sekadar di bangku simpanan Negeri Sembilan dan Rahman Zabul sah diketepikan Wan Jamak Wan Hassan.

“Kami lebih bersedia kali ini dan telah belajar daripada pengalaman tahun lalu. Kami harap dapat menunjukkan apa yang kami pelajari itu kali ini dengan barisan pemain lebih berpengalaman tetapi biarlah label pasukan pilihan itu bukan ditujukan pada kami,” kata Sathianthan.

Wan Jamak pula berkata: “Akibat kecederaan (Rahman, Rezal dan Zaquan Adha Radzak), kami terpaksa mengubah banyak posisi tetapi saya percaya kesebelasan pemain di padang (malam ini) mampu menjaringkan gol termasuk mereka yang baru kali pertama bermain perlawanan akhir Piala Malaysia.”

Sathianathan yang memburu gelaran sulung tempatan dalam karier kejurulatihan berharap tuah kali ini menyebelahinya.

”Saya harap nasib bukan lagi menentang saya seperti tahun lalu kerana setiap kali memasuki perlawanan akhir, anda akan berasa mampu menang sedangkan Negeri Sembilan juga sebuah pasukan hebat. Tuah jelas mampu memainkan peranan,” ujar Sathianathan.

Bagaimanapun Wan Jamak berkata: ”Memang mudah bercakap daripada membuat dan ramai yang berkata lebih banyak tekanan pasti berpihak kepada kami selaku juara bertahan tetapi bagi saya hidup ini sebenarnya satu tekanan. Kalau tiada tekanan langsung, tidak mungkin kita mampu memperbaiki diri.”

Dalam pada itu Sathianathan menegaskan, jika Negeri Sembilan dikatakan tiada penyerang utama atau penjaring gol tetap, bagaimana mereka mampu ke perlawanan akhir?

”Adakah dengan hanya seri 0-0? Kami juga bimbang dengan kecederaan terbaru Akmal Rizal Rakhli walaupun saya harap dia mampu pulih cepat,” ujarnya.

Sambil mengetepikan perbandingan pencapaian peringkat Kumpulan A Piala Malaysia yang menyebelahi Si Rusa, Wan Jamak turut menyifatkan suasana perlawanan bakal banyak membawa kelainan.

Jelasnya, keputusan malam ini juga bergantung kepada sejauh mana kemampuan sesebuah pasukan itu menangani tekanan dan cuba mengurangkan kesilapan di tengah padang.

Sebagai rekod, Negeri Sembilan menang 1-0 di Kota Bharu dan seri 2-2 dengan Kelantan di Paroi dalam perlawanan Kumpulan A Piala Malaysia dari September hingga awal bulan ini.

Namun, lawan tampak lebih menyerlah sepanjang dua pusingan dan selaku naib juara Liga Super musim ini dengan memenanginya 1-0 dan 3-1.

-Utusan


Jangan terjadi macam ni lagi, sudah..... Amat memalukan.....


video
Kepada penyokong Kelantan, dengarlah nasihat Tok Guru.....


KUALA LUMPUR, 30 Okt — Pemandu bas yang mengakibatkan tujuh orang maut dalam satu kemalangan di Km38 Genting Sempah dekat sini malam tadi, didapati tidak mempunyai lesen memandu. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Husin Omar berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan kepada polis mengenai perkara tersebut.


“Pemandu bas tersebut sebelum ini mengaku kepada pihak polis bahawa beliau mempunyai lesen memandu, namun setelah kami memeriksanya dengan pihak JPJ, kami mendapati bahawa dia tidak mempunyainya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Che Husin berkata pemandu tersebut yang patah kaki kanan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ditahan polis untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara merbahaya yang boleh menyebabkan kematian. Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit dengan kesalahan.


Che Husin berkata polis sedang menyiasat sama ada pemandu tersebut mempunyai rekod kesalahan memandu lampau atau pun tidak, serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kemalangan tersebut.


KUALA LUMPUR: Kesemua tujuh yang maut dalam kemalangan bas pelancongan di KM38 Genting Sempah dekat sini malam tadi telah dibawa pulang ke kampung masing-masing di Baling, Kedah pagi ini. Mereka terdiri daripada ketua rombongan Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28, yang merupakan seorang guru agama, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang semalam. Sementara enam lagi terdiri daripada Mohammad Amirul Mohamat Isa, 13, Mohamad Khairy Mohamad Marzali, 14, Mohamad Yussof Akhil, 16, Mohamed Firdaus Rosedi, 16, Mohd Fahmi Abdul Mustaffa, 17 dan Mohd Ridzuan Husin, 17 yang meninggal dunia di tempat kejadian.


Menurut jurucakap Hospital Sungai Buloh jenazah kesemua mereka telah dituntut oleh keluarga masing-masing pada pukul 7.45 pagi tadi untuk dibawa pulang ke Baling dengan tujuh kereta jenazah. Kesemua mereka terdiri daripada 44 anggota rombongan belia Kampung Baru Siong, Baling, Kedah yang dalam acara lawatan ke Genting Highlands sejak Khamis lepas.


Sementara itu, Setiausaha Umno Bahagian Baling Muhammad Sani Mahmud yang dihubungi Bernama berkata kesemua ketujuh-tujuh jenazah itu akan dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Kampung Baru Siong.


Dalam kemalangan malam tadi, bas yang mereka naiki dilaporkan hilang kawalan dipercayai berpunca daripada masalah brek, semasa menuruni Genting Highlands di KM38, Genting Sempah dekat sini pada pukul 7.50 malam. Bas tersebut telah terbabas dan terbalik di laluan bertentangan yang menyebabkan tujuh maut, 17 cedera parah dan 22 lagi cedera ringan, termasuk dua pemandu bas tersebut.


Rombongan itu yang dalam lawatan ke Genting Highlands telah bertolak dari Kedah pada pukul 11 malam Khamis dan tiba di Genting Highlands pada pukul 8 pagi semalam. Pada pukul 7 malam semalam mereka telah bertolak ke Kuala Lumpur untuk ke Kampung Melayu Subang bagi menyertai program homestay, dan dijangka pulang ke Baling petang ini.



KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Tujuh maut manakala 39 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Km38 Genting Sempah dekat sini Jumaat malam. Kemalangan yang melibatkan bas yang membawa 46 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling, Kedah dan dua pemandu bas berlaku kira-kira 7.50 malam ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands. Bas tersebut yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.

Berdasarkan siasatan awal polis, masalah brek dipercayai menjadi punca kemalangan itu. Timbalan Ketua Polis Gombak Supt Rosly Hassan memaklumkan daripada 46 mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu termasuk dua pemandu; tujuh mangsa maut, 17 cedera parah dan 22 lagi cedera ringan. Mereka yang terbunuh berusia antara 13 tahun hingga 28 tahun, enam daripada mereka mati di tempat kejadian manakala seorang lagi iaitu guru agama dan juga ketua rombongan tersebut Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28, mati dalam perjalanan ke Hospital Selayang.

Azizan berkata bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.

Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang maut kerana tersepit di bawah bas. Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur. Mereka yang dilaporkan kritikal dan dibawa ke Hospital Selayang ialah Mohamad Fais Nasharuddin, 18 dan Ahmad Iswas Abd Halim, 15.

Yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang ialah Mohd Shamsuri, 15; Mohd Ajril Azizi Azhari, 15; Mohd Akram, 19, dan Mohammad Hafifi Yahya, 19. Mereka yang mendapatkan rawatan cedera ringan di hospital itu ialah Mohd Safuan Md Mokhtar, 20; Hafizudin Onan, 16; Muhamad Syakur Sulaiman, 19; Mohamad Nazren, 16 dan Faiz Syazwan Azlan, 18.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek turut melawat mangsa di Hospital Selayang. Beliau meminta agar laporan polis dapat disiapkan segera untuk memastikan punca kemalangan sebenar sama ada ia masalah mekanikan atau kecuaian pemandu. Sambil mengucapkan takziah kepada mangsa yang terkorban, Ahmad Shabery berkata pegawai kementeriannya akan membantu keluarga mangsa menguruskan jenazah.

Di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pula, lapan mangsa yang cedera dihantar untuk rawatan di mana tiga mangsa mengalami cedera ringan manakala lima lagi parah.

Mohd Zairul Hafizat, 15, yang mengalami cedera ringan ketika ditemui di HKL berkata kemalangan berlaku ketika hujan renyai-renyai. Dia yang baru tersedar dari tidur ketika kejadian mendakwa bas itu terbabas akibat brek bas yang "tidak makan". Mohd Zairul berkata lawatan sambil belajar itu disertai seramai 43 golongan muda antara 14 hingga 25 tahun dari beberapa kampung dari Daerah Baling yang diketuai oleh Mohd Zaidi.

Rombongan itu bertolak dari Kedah pada pukul 11 malam hari Khamis dan tiba di Genting Highlands pada pukul 8 pagi hari Jumaat, katanya. Rombongan itu bertolak kira-kira pukul 7 malam pada Jumaat dari Genting Highlands untuk ke Kampung Melayu Subang bagi menyertai program homestay. Mereka sepatutnya bertolak pulang pada pukul 5 petang pada hari Sabtu.

Mohd Zairul berkata dia juga tidak mengetahui keadaan abangnya yang turut menyertai rombongan itu.

Seorang lagi mangsa, Ahmad Amirul Shukri, 13, yang juga cedera ringan berkata ketika kejadian dia sedang tidur dan tersedar ketika bas terbalik. Katanya dia berjaya keluar melalui tingkap bas yang pecah.

Di Hospital Bentong, Pahang, seramai 15 mangsa yang kesemuanya mengalami cedera ringan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar. Turut melawat mangsa yang tercedera di Hospital Bentong ialah Pegawai Khas kepada Anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai iaitu Tan You Seng yang berkata pengangkutan akan disediakan untuk memindahkan kesemua mangsa yang cedera di Hospital Bentong ke Hospital Selayang awal pagi Sabtu.

-- BERNAMA

pancut air kencing
Beware. Taugeh yang nampak bersih, cantik dan putih adalah berbahaya. Klik SINI untuk baca selanjutnya.


Kecenderungan negara ini menggunakan botol air mineral plastik secara berulang kali untuk menjimatkan kos, sebenarnya boleh mengundang maut.

Ini kerana kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti ‘vinyl cloride monomer’ (VCM) dan ‘phthalates’. VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah.

Pensyarah Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal Hisham Hashim, berkata botol plastik air mineral atau minuman ringan hanya boleh digunakan semula sekali atau dua sebelum dibuang. Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti kadmium yang digunakan sebagai ‘plastisizer’ iaitu untuk meningkatkan kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di dalamnya terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman,” katanya.

“Pembungkus makanan daripada bahan PVC sepatutnya tidak boleh mengandungi lebih daripada satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM.

“Makanan yang dibungkus dengan PVC dan dicemari VCM melebihi 0.05mg/kg tidak sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan,” katanya.

Dr Jamal berkata, beg plastik makanan diperbuat daripada polyethylene (PE) dan PE tidak mengandungi VCM. Jadi penggunaannya tidak menyebabkan barah, namun masih tidak sesuai digunakan berulang-ulang.

Katanya, botol minuman diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET) selamat digunakan dalam keadaan biasa, namun memanaskannya boleh mengeluarkan ‘phthalates’.
Phthalates disyaki boleh meniru hormon manusia, tetapi ia tidak menyebabkan barah, namun ia boleh mengganggu fungsi hormon manusia.

“Jika peraturan ini tidak dipatuhi, ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna. Peraturan mengenai pembungkus dan bekas makanan daripada PVC terkandung di dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

“Namun tidak ramai menyedarinya kerana kesedaran terhadap penggunaan barangan plastik untuk pembungkusan atau menyimpan makanan atau air masih rendah,” katanya.

Dr Jamal berkata, penggunaan botol plastik mengundang bahaya lain seperti jangkitan kuman kerana bakteria boleh membiak berikutan bahan itu sukar dicuci bersih dan melekat daki.

“Jika ragu-ragu mengenai jenis plastik yang boleh digunakan secara berulang untuk menyimpan makanan, sila rujuk kepada Bahagian Kawalan Mutu Kementerian Kesihatan,” katanya.

Kenyataan Dr Jamal mengesahkan laporan Buletin Pengguna mengenai bahaya penyalahgunaan botol plastik serta bekas makanan diperbuat daripada stirofom dan polisterin. Buletin itu diterbitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca). Pengarah Komunikasi Fomca yang juga Timbalan Ketua Sidang Pengarang Buletin Pengguna, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya mengetengahkan bahaya penggunaan botol plastik berulang kali kerana ramai menggunakan botol air mineral sebagai bekas minuman di dalam peti sejuk.

“Lebih berbahaya, ramai menjadikan botol itu sebagai bekas minuman anak ke sekolah, bekal ke pejabat atau untuk beriadah. Sedangkan botol berkenaan hanya boleh digunakan sekali atau dua atau paling lama seminggu sebelum perlu dibuang,” katanya.

Mohd Yusof berkata, kurang pengetahuan dan kesedaran menyebabkan banyak lagi amalan rakyat negara ini mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit kronik. Katanya, penggunaan kertas akhbar dan majalah, selain bekas makanan diperbuat daripada stirofom atau polisterin, juga boleh mengakibatkan tersebarnya logam ke dalam tubuh.

“Kertas akhbar dan majalah mengandungi timah hitam melebihi had dibenarkan. Apabila timah hitam ini ada dalam tubuh, ia masuk ke saluran pernafasan dan pencernaan, seterusnya sistem peredaran darah sebelum tersebar ke bahagian lain seperti ginjal, hati, otak, saraf dan tulang. Ini cukup berbahaya dan tidak boleh dijadikan pembungkus makanan.

“Bahan pembungkus stirofom dan polisterin pula kini cukup popular, tetapi kajian mendapati ia mengandungi bahan unsur karsinogen,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Mohamed Siraj Razack, turut memberi amaran mengenai bahaya penggunaan botol plastik, bekas menyimpan makanan serta bahan pembungkus jenis stirofon atau polisterin yang disifatkannya pembunuh senyap.

“Bahan berasaskan plastik itu boleh digunakan sekali dua saja. Jika dibasuh berulang kali, bahagian dalamnya terhakis dan mengeluarkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan,” katanya.

Mohamed Siraj berkata, bahan kimia dalam bekas plastik mudah terhasil apabila terkena cahaya matahari, misalnya botol mineral bagi mengisi air minuman yang ditinggalkan dalam kereta.

“Bekas plastik terbabit sepatutnya dikitar semula untuk dijadikan barangan berasaskan plastik lain yang tiada kaitan dengan makanan.

“Sebaiknya, untuk menyimpan makanan atau minuman, gunakan bahan dibuat khusus untuk digunakan berulang kali, misalnya termos atau jenis plastik tahan panas dan khusus untuk menyimpan makanan,” katanya.

Mohamad Siraj berkata, kepanasan makanan atau minuman yang disimpan dalam bekas plastik tertentu juga boleh menghasilkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan, misalnya amalan minum teh tarik bungkus.

“Teh tarik seeloknya diminum menggunakan cawan kerana wap yang keluar daripada plastik pembungkus yang bercampur dengan teh boleh menyebabkan tindak balas kimia.

“Kari panas dibungkus menggunakan bahan plastik juga amalan tidak baik dan kesannya sama seperti teh tarik bungkus,” katanya.

Mohamed Siraj berkata, semua barangan plastik diterima oleh pusat kitar semula. Sehubungan itu, kesedaran terhadap bahaya penggunaan bekas plastik secara berulang akan mengalihkan perhatian pengguna untuk mengitar semula barangan terbabit dalam menjaga alam sekitar.

  1. Datang awal ke tempat kerja setiap hari. Sehingga merasakan tak sabar menunggu hari esok untuk datang kerja.
  2. Kerja disiapkan dengan segera tanpa berlengah. Bahkan tidak kisah langsung untuk kerja lebih masa.
  3. Air muka berseri-seri. Sentiasa tersenyum dan ceria.
  4. Personaliti kemas. Sentiasa menjaga ketrampilan diri dan tampak ensem serta lawa.
  5. Bangga untuk menceritakan tentang apa yang anda lakukan di tempat kerja.

just khai blogspot
Assalamualaikum. Okay, pertama sekali, ni bukanlah entry untuk mengutuk sesiapa. Cumanya, apa yang aku nak bebel kat sini kenapa ramai sangat yang bergaduh pasal Just Khai ni. Dan sebagai peringatan, ini cuma luahan perasaan aku. Kalau korang tak minat, tak payah teruskan pembacaan di blog picisan aku nih.

Bagi aku just Khai ni memang bijak dengan pelbagai ilmu dunia dan ilmu blogging. Dan macam2 lah lagi kehebatannya. Dan biasa lah bila orang dah hebat kan... Tapi jangan lah menghina orang lain. Aku terasa sedih bila terbaca isu blogspot adalah blog sampah yang banyak diperkatakan di blog Just Khai.

Jangan hina kami yang menggunakan blogspot. Ramai yang berblogging untuk menambah pengetahuan, mengetahui isu semasa, menceritakan kisah hidup, berkongsi pengalaman, dan menjadikan blog sebagai diari sehari2. Bukan semua blogger, berblogging untuk duit macam Just Khai. Dan janganlah hukum blog kami sebagai blog sampah. Aku sendiri buat blog ni sebab kurangnya pengetahuan. Sebab aku nak tau apa isu hangat yang berlaku dalam negara dan luar negara. Sebab aku kurang dalam pengetahuan am. Sebab aku nak belajar lebih lagi pasal teknologi dan sebagainya.

Aku baca hampir semua tulisan di blog Just Khai nih... Memang dia mati2 tak mengaku yang dia pernah cakap blogspot ni blog sampah. Dia cakap blog plagiat adalah blog sampah. Aku nak tanya korang, salah ke copy paste nih??? Hina sangat ke??? Aku mengaku memang banyak artikel yang aku minat aku copy paste kat blog nih. Bagi aku semua ni ilmu. Salah ke kita sebarkan ilmu??? Kenapa ramai sangat yang marah bila artikel di copy??? Blog tazkirah agama pun disable klik kanan. Bukan ke perkara yang baik perlu disebarkan??? Aku faham penat lelah tulis artikel panjang2. Tapi ikhlaslah bila sebarkan ilmu. InsyaAllah bila kita buat perkara baik, kita jugak akan dapat balasan baik.

Ok la, aku dah ngantuk dan nak tido. Pesanan aku kepada siapa pun yang kebetulan baca entry nih, jangan la berlagak dengan ilmu yang kita ada. Jangan sangka kita pandai sangat dan orang lain semua bodoh. Kalau kita pandai, maknanya Tuhan bagi kita anugerah. Dan ingat semua ilmu tu datang dari Dia. Janganlah kita angkuh dengan sedikit ilmu yang kita ada. Tak kisah la ilmu ape pun. Orang2 surau pun tak payah nak lagak dengan ilmu agama. Jangan pandang orang lain sebelah mata. Jangan ingat korang masuk syurga dan orang lain semua masuk neraka. Jangan ingat orang gi surau semua baik. Orang yang tak jejak tangga surau semua jahat, jahil... Semuanya kerja Tuhan, mana korang tau???



*Entry blog lain yang bebel pasal Just Khai - Klik SINI dan SINI


kucing parsi
Nik seorang suami yang amat penyayang tetapi amat benci pada kucing, entah apa silap kucing padanya, wallahuallam…. tiada siapa yang tahu. Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Illahi, Nik bertemu jodoh dengan Sihah yang sememangnya amat sayang dan cinta pada kucing. Malah, sebelum berkahwin dengan Nik, Sihah sudah ada membela seekor kucing parsi yang amat cantik dan gebu.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Nik melihat kucing terutama Mat Gebu, kucing parsi peliharaan isterinya. Apa tidaknya, tumpuan Sihah kepada Mat Gebu dalam kehidupan sehari-hariannya melebihi tumpuannya kepada Nik, suaminya. Hal ini membuatkan Nik beranggapan, Sihah lebih sayangkan Mat Gebu berbanding dirinya.


Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Nik membuat rancangan gelap untuk mengusir Mat Gebu dari hidup mereka suami isteri. Maka, bermulalah rancangan gelap Nik. Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Nik dengan tanpa rasa bersalah telah menangkap Mat Gebu, disumbat dalam karung beras cap Mahsuri. Tanpa berlengah, Nik terus merempit motor kapcai pusakanya sehingga jauh dari rumah , lebih kurang 10 km lalu dihumbannya Mat Gebu tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.


Tapi, kegembiraan hanyalah sementara apabila tiba di rumah Mat Gebu dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Nik. Pehhhhhh……. Sakitnya hati Nik tak dapat digambarkan walaupun di kedai gambar. Besoknya, Nik meneruskan rancangan gelapnya lagi. Kali ini lebih jauh lagi dibawa Mat Gebu, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Mat Gebu berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Nik tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang menyeluk pekasam, biar satu badan bau masam.


Maka nekadlah Nik, kali ini dia bukan sahaja hendak dibuangnya Mat Gebu lagi jauh tapi dibawanya Mat Gebu pusing-pusing dahulu. Habis semua jalan tak kira jalan kampung sampai highway plus ditempuh, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya Mat Gebu dibuang. Akibat terlalu geram karung beras cap Mahsuri pun dibuangnya sekali. “Puas hati aku…. huhhh” kata Nik kepada Mat Gebu.


Selang berapa minit kemudian, Nik menelefon Sihah.


Nik: Ayang, Mat Gebu ada kat dalam rumah tak, tanya Nik dengan penuh suspen lagi berdebar-debar…

Sihah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Sihah keheranan.

Nik: Panggil dia!!!!!! herdik Nik dengan nada yang tinggi…

Sihah: Kenapa? tanya Sihah lagi.

Nik: Aku nak tanya dia, macam mana nak balik . Aku sesat ni “


awek
awek
awek
awek
awek

Tol akan diberi diskaun lagi sempena musim perayaan Deepavali yang akan disambut pada awal bulan hadapan (5 November 2010). Diskaun sebanyak 20 peratus di luar waktu puncak ini sah pada 1hb November hingga 3 November 2010 dan 8hb November hingga 10 hb November 2010.


avira

Pembangun antivirus dan aplikasi keselamatan IT terkemuka, Avira, kini secara rasminya telah pun mengumumkan pakej istimewa untuk buat waktu yang terhad, dimana aplikasi Avira AntiVir Premium akan didatangkan bersama-sama dengan TuneUp Utilities pada harga serendah RM69.

Melalui pakej yang dikenali dengan nama “Double Value + Double Speed”, Avira SEA menjadi yang pertama memperkenalkan pakej menyertakan perisian pihak ketiga bersama-sama dengan antivirus mereka pada satu harga yang amat rendah sekali. Melaluinya juga, para pengguna boleh menikmati pelbagai fungsi daripada kedua-dua perisian pada satu harga.

Pakej edisi terhad ini menawarkan lesen untuk sehingga 5 orang pengguna, dan akan mula dijual di pasaran mulai 26 Oktober 2010 kelak. Para pengguna yang berminat boleh mendapatkannya pada harga serendah RM69 di pelbagai kedai komputer diseluruh negara.


ps : Bagi yang tidak tahu, Avira menawarkan keselamatan kepada PC pengguna, selain mengelakkan daripada komputer dijangkiti virus, serta didatangkan dengan fungsi baik pulih terbina padanya, manakala TuneUp Utilities membolehkan para pengguna menjadikan prestasi komputer mereka lebih pantas, selain menyelesaikan pelbagai masalah komputer.


Dalam merealisasikan program Kampung WiFi, Gua Musang dipilih sebagai lokasi pertama di Kelantan, dimana melalui program tersebut, kerajaan menyediakan perkhidmatan internet tanpa wayar kepada penduduk di sekitar iaitu lebih kurang 30 buah kampung secara percuma.

Ianya juga sekaligus memberikan rakyat dengan perkhidmatan internet untuk membolehkan mereka tidak ketinggalan dalam arus teknologi maklumat pada masa kini.

Kampung WiFi telah pun dirancang dalam usaha untuk memberikan rakyat menikmati kemudahan internet dengan mudah di semua peringkat, samada di bandar mahupun di luar bandar.

Ianya juga mungkin serba sebanyak menyumbang kepada sasaran kerajaan untuk mencapai kadar penembusan jalur lebar lebih 50% pada penghujung tahun ini.


Assalamualaikum semua... baik kepada follower, dan sesiapa saja yang menjengah blog saya... Pagi nih saya nak kongsikan lagu2 dari kumpulan Senario.

Memandangkan ada sahabat saya di facebook cakap tak jumpa lagu2 lama Senario di 4shared, saya pun cari, download dan upload semula lagu2 pilihan saya di mediafire.

Tenang jugak dengar lagu2 lama Senario yang kebanyakannya berunsur nasihat. Sampai tertidur saya ketika winamp memainkan lagu2 kumpulan lawak no 1 Malaysia suatu masa dulu nih. Dan kebanyakan lagu yang saya suka dinyanyikan oleh abg Hamdan, bekas ahli kumpulan Senario.


Kalau anda perasan, suatu ketika dulu, semasa awal penglibatan beliau dalam Senario, dia nie kurus lagi. Hehehe...



Download Album Lagu Senario Di SINI


Lagu nih kenangan time aku skool menengah di MRSM... Layannn.....

Sotong kurita, Paul yang dikenali kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman.

“Pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedih selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya semasa Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi.

“Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir. Kejayaannya merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri,” kata pengurus pusat hidupan laut itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan.


Diatas ini adalah petikan yang diambil dari akhbar. Mungkin ramai yang dah tau, tapi aku baru je tau benda nih... Jadi aku kira masih belum terlambat untuk buat n3 pasal kematian Paul Si Sotong.

Ramai yang tidak dapat menerima kematian sotong psikik bernama Paul nih. Namun hakikatnya Paul telah mati pada hari Isnin di dalam akuarium di Jerman. Menurut sumber yang aku dapat, Paul mati dalam keadaan normal dan seperti dalam usia sotong2 yang lain.

Namun ada yang mengatakan Paul sebenarnya telah mati pada 9 Julai iaitu 2 hari sebelum final Juara Dunia, dan digantikan dengan sotong lain yang kelihatan sama.



Craig Grant yang berasal dari Florida, Amerika Syarikat telah membina suatu kawasan perlindungan bernama “Caboodle Ranch”, untuk kucing-kucing yang terbiar di Ponte Vedra Beach, Florida.








Gua Musang: Seramai 17 daripada 41 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cedera apabila bas dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Kilometer 16, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, dekat Kampung Lepan Jaya di sini. Semua pelajar yang cedera itu dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM).

Seorang saksi, Razali Yusoff, 54, berkata kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan sedang dalam perjalanan pulang ke Nilai, Negeri Sembilan selepas menghadiri program di Kota Bharu, Kelantan. Razali dalam perjalanan pulang ke Rantau Panjang selepas mengikuti Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur melihat bas itu dalam keadaan tidak terkawal sebelum terbalik di tepi jalan.

“Saya bersama rakan membantu mangsa keluar dari dan menghubungi balai bomba berhampiran kerana ramai yang terperangkap dalam bas,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Che Rosli Che Sulaiman, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 1.45 pagi.

“Kami mengambil masa sejam untuk mengeluarkan mangsa terbabit, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku ketika kejadian,” katanya.



Assalamualaikum. Petang ni saya nak share satu software yang berguna untuk anda. Software tersebut ialah lockdir. Lockdir berfungsi untuk menyorokkan folder-folder atau file di dalam komputer anda. Mungkin ada data-data yang pribadi yang anda tidak mahu dilihat oleh orang lain. Sebagai contoh, gambar peribadi, asigment, dokumen2 penting dan sebagainya.

Caranya sangat mudah, iaitu copy Lockdir ke dalam folder yang anda ingin kunci.. Kemudian, double click pada Lockdir yang terdapat dalam folder penting anda tadi. Langkah seterusnya ialah masukkan password anda dan tekan "protect". Secara automatik semua data yangg terdapat dlm folder tersebut akan hilang. Untuk mengakses kembali folder anda yang telah dikunci, anda hanya perlu double click semula pada Lockdir yg terdapat dalam folder anda, masukkan password dan tekan unprocect. Mudah bukan???


Download Lockdir Di SINI



MELAKA - Kementerian Pelajaran akan mengambil seramai 370 pakar bahasa Inggeris dari luar negara mulai tahun depan bagi memantau pengajaran bahasa itu di sekolah. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengambilan pakar tersebut selaras dengan pelaksanaan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) untuk pelajar tahun satu sekolah rendah yang akan bermula tahun depan.

"Mereka akan melihat bagaimana guru-guru mendidik anak-anak kita dalam bahasa Inggeris, ini kita akan mulakan pada tahun depan," katanya pada sesi dialog program Titipan Naluri bersama guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Melaka, Johor dan Negeri Sembilan, di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka di sini, hari ini.

MBMMBI diperkenalkan bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains danMatematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang akan dimansuhkan pada 2012 setelah mendapati dasar itu gagal mencapai matlamatnya untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan pada masa sama menjejaskan pencapaian pelajar, khususnya di luar bandar dalam kedua-dua subjek itu. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan tidak bimbang untuk memartabatkan bahasa Melayu kerana sebahagian besar guru yang sedang berkhidmat sudah terlatih dalam bahasa itu.

"Yang agak mencabar bagaimana hendak kita perkukuhkan bahasa Inggeris?. (Oleh itu) kita juga mahu guru yang sudah tersedia dalam sistem pendidikan mesti didedahkan semula dengan kursus-kursus dalam cuti supaya mereka dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih mahir lagi," katanya. Beliau juga berkata, penguasaan guru pelatih di IPG dalam bahasa Inggeris juga akan ditingkatkan agar mereka tidak menghadapi masalah apabila mengajar di sekolah.

"Secara terperincinya, kita akan kemukakan kepada orang ramai tidak berapa lama lagi supaya rakyat tahu dan mereka dapat membantu supaya dasar MBMMBI kita dapat dilaksanakan secara terbaik," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Kementerian Pelajaran akan mencari jalan untuk menyeimbangkan jumlah guru pelatih lelaki dan wanita berikutan bilangan guru pelatih lelaki lebih rendah pada masa sekarang. Beliau berkata, sehingga Ogos lepas, jumlah guru pelatih di 27 IPG seluruh negara ialah 34,512 orang dan daripada jumlah itu, seramai 22,805 orang adalah guru pelatih wanita manakala 11,707 orang adalah guru pelatih lelaki. Selain menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan semasa di IPG, Muhyiddin mahukan guru pelatih lebih kreatif dan inovasi dalam bidang pendidikan.


Besut: Seorang remaja yang juga pekerja kedai menjual barangan plastik di bandar Jertih, di sini, mengejutkan rakan sekerja apabila melahirkan anak dalam tandas kedai berkenaan, kelmarin. Remaja berusia 19 tahun itu dikatakan mulanya mahu membuang air besar sebelum tiba-tiba melahirkan bayi lelaki yang kemudian disahkan sudah meninggal dunia, kira-kira jam 1 tengah hari.

Ketua Polis daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, wanita itu kemudian memaklumkan kejadian berkenaan kepada rakan sekerjanya yang menghubungi ambulans bagi membawanya ke Hospital Besut mendapatkan rawatan.

“Doktor mengesahkan bayi yang menggelupas kulit itu meninggal dunia dalam kandungan antara dua hingga tiga hari sebelum dilahirkan.

“Bayi itu dilahirkan tidak cukup bulan iaitu baru berusia 36 minggu dan wanita itu memberitahu dia mula mengesan kandungannya tidak bergerak sejak dua hari sebelum itu,” katanya.

Menurutnya, bapa mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mendakwa dia dan keluarga tidak mengetahui anaknya hamil kerana keadaan fizikalnya tidak kelihatan seperti wanita mengandung selain tidak memberitahu sesiapa mengenai keadaan dirinya.

“Rahsia itu hanya terbongkar selepas wanita berkenaan meminta rakannya memanggil ambulans sebelum bapanya membuat laporan dan memohon permit pengebumian di Balai Polis Jertih,” katanya.

Katanya, bapa wanita terbabit kemudian membuat laporan mendakwa anaknya hamil hasil hubungan luar nikah dengan seorang kakitangan awam yang bertugas di Pasir Putih, Kelantan.


Salam Hari Sabtu kawan2... Apa khabar anda semua?? Semoga hari ini lebih ceria dan bermakna... Kalau di kampung saya, Perak, esok masih bercuti... Tapi di Terengganu, esok dah pun perlu bekerja semula. Jadi nikmatilah sabtu anda... :)

Okay lah... Tadi saya sempat berkunjung ke 1 blog... Sebaik saja masuk, saya terasa lapang mendengar lagu dari blog tersebut. Ramai blogger yang sudah lama selalu mengutuk blog yang memasang lagu secara automatik. Kononnya akan mengganggu. Namun bagi saya, lagu yang dipasang secara automatik tidak mengganggu, asalkan lagu yang diletakkan bukanlah lagu yang membingitkan telinga.

Tertarik dengan lagu2 dari Opick yang saya dengar di blog tersebut, saya pun mencari link untuk download.

http://rapidshare.com/files/92275200/01_0pick___istighfar_.rar
http://rapidshare.com/files/92115879/02_OPICK_-_The_Best_Of.rar
http://rapidshare.com/files/92275204/Opick_-_Ya_Rahman.rar
http://rapidshare.com/files/92115877/01_OPICK_-_Semesta_Bertasbih.rar
http://www.megaupload.com/?d=Q9X0363W


ps : Selepas download satu album, anda perlu tunggu utk download album seterusnya.


kucing bosan

Assalamualaikum semua... korang tengah buat ape yer??? Ada xtvt best tak malam nih??? Aku terasa bosan pula... Duk edit blog aku ni supaya nampak kemas dan tersusun... Tapi blog aku nih agak berat... Nak buang gadget, terasa syg pulak... Sampai ada antara follower aku yang cakap penin baca blog aku... Huhu... Tapi aku tetap menghargai pendapat korang... Trimas.

Beberapa hari nih aku susah nak tido malam... Asyik terlajak je setiap pagi... Dah seminggu aku tak tengok kelas... Hehehe... Aku menghabiskan masa aku dengan membaca novel. Ape??? Pelik??? Kenapa??? laki takleh baca novel ke??? Hehehe... Sebenarnya aku bukannya minat sangat baca novel... Sebab aku ni kurang kesabaran. Tengok novel tebal giler, tak sanggup pulak nak baca...



Tapi betul, aku tak tipu korang... memang aku baca novel setiap malam. Novel seram, Siri Bercakap Dengan Jin. Pernah dengar tak novel ni??? Ramai yang tak tahu, sebab novel ni tak la glamour pun. Tapi, novel ni ada penggemarnya yang tersendiri... Aku start baca time aku masih di bangku sekolah... Masa tu mana la mampu nak beli setiap keluaran. Lagipun susah sikit nak jumpa buku ni.



Tapi sekarang, ini bukannya masalah. Novel ni boleh dibaca secara online. Pergh, hepi giler kot aku jumpa novel ni... Aku baca dari awal balik... Sape yang suka baca citer seram, leh la try baca Siri Bercakap Dengan Jin di blog INI.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates