Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!


1. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati dan jangan sesekali bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Selalulah ingat segala kebaikan yang telah isteri anda lakukan. Anda juga pasti inginkan isteri yang setia, bukan???


2. Ringankan beban isteri anda dan sesekali memasaklah bersama. Ataupun si suami bolehlah memasak untuk isteri pula. Kalau pasangan sudah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Jangan lepas tangan dan suami duduk bersandar di depan TV. Tidak salah jika suami turut membasuh pinggan dan menyapu sampah.


3. Pujilah isteri anda dengan ikhlas. Kerana pujian, kata2 yang baik, dan layanan yang mesra lebih bermakna daripada memberi hadiah.


4. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Ciuman di dahi, di pipi atau mana2 bahagian yang biasa dicium lebih bermakna dari ciuman di bibir. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan dada atau bahu anda kerana isteri sangat suka dimanja, cuma kadang dia malu untuk menyatakan. Dan ingatlah, sebelum tidur muhasabah hubungan anda. Kalau di siangnya si suami ada memarahi isteri, jelaskan kenapa dan minta maaf, jika perlu.


5. Jangan menengking isteri semata2 kesalahan isteri yang remeh dan tidak disengajakan. Jangan sesekali menengking isteri di hadapan orang lain, tetamu, atau temannya. Kerana dia akan berasa sangat malu dan terhina.


6. Jangan buat tidak peduli ketika isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaflah dengan ikhlas. Kalau perlu pujuk, pujuklah dengan mesra. Ini kerana hati perempuan agak sensitif dan sesetengahnya mahu dipujuk, tetapi mereka ego. Jadi berusahalah sehingga isteri tidak merajuk lagi!


7. Kalau isteri nampak tidak sihat, cepat-cepatlah merawatnya dan jika serius bawa berjumpa doktor. Tunjukkanlah anda mengambil berat dan selalu menyayangi dirinya.


8. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menjaga anak-anak dengan emak anda kecuali isteri anda lebih bagus daripada emak anda.


9. Jangan kedekut dengan isteri dan jangan kedekut belanja untuk keperluan rumah tangga, dan sesekali berilah hadiah tanda anda menghargainya kehadirannya dalam hidup anda.


10. Jangan melayan isteri seperti hamba. Bak kata sedutan dalam filem cinta, isteri bukan hak milik, isteri adalah anugerah.



Tips ringkas ini saya tulis atas permintaan saudari Anis. Maaf jika terdapat kekurangan dalam tips ini. Ini cuma pendapat peribadi saya. Tetapi saya amat berharap, tips ini berguna, bermanfaat dan boleh dipraktikkan oleh lelaki yang sudah bergelar suami. Secara peribadinya, saya juga berharap agar dapat melakukan kesemua kesepuluh tips ini bila saya bertemu jodoh kelak :)

19 orang menconteng:

wah, bila lagi nak makan nasi minyak ni brader burn ?

woah..perubahan dari segi kaler tulisan..kan lebih jelas utk orang nak baca..bagus2..=)

wah..ni terasa cam tak sabar nak kawen ni..haha.
satu perkara yg suka pasal kawen ni ialah, kita boleh menjadi semakin dekat dengan Allah kalo kita pandai bawa diri..huhu

geekz36 : Tunggu geekz36 dulu lah... :P
Jejaka Terhangat : Dulu memang tak terpikir tulisan hi kelabu.
Nur Mudrikah : Haaa, betul. saya setuju sangat!

eh silap komen lorh

bagus.. belajar lah lagi seni rumahtangga..moga bahagia..~

@mira_nasrumahtangga pun boleh dikira seni jugak yer? Huhu... Tq drop coment :)

@sAyOobAeQeh baru perasan sAyOobAeQ tersilap post coment. Takpe saya dah buangkannya... hehe

hoho olrite:) tenz!nice entry..:) nt lain kali sy mintak lagi haha ngade

perkara baik x elok lewat-lewatkan bro, =P

sAyOobAeQ : bleh, apa salahnya
geekz36 : haha..... Ye la tu :P

betul...

@ibu hidayahaminapa yang betul yer :)

suka no 9... nanti dah kawin jgn kedekut ekkk

@Adzriel AB, insyaAllah kak... hehe :l:

Assalamualaikum. info yang menarik dikongsikan terima kasih..yelah kadang2 kita terlupa adab2 yang sepatut terhadap ieteri.

@mdshaari, walaikumsalam... sama2... betul. manusia mudah lalai...

tq bro.. for da tips :-) hehehe..

@LaNuNsepet, ure most welcome!

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates