Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, 86, berasa janggal ketika ditemu bual penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 31, pada rakaman program bual bicara yang berjudul Siti, di studio Filem Negara Malaysia.


Menurut Mahathir, kejanggalan itu disebabkan beliau sering menyaksikan persembahan nyanyian Siti dan apabila penyanyi itu menemu bualnya, beliau berasa sedikit pelik.


"Saya selalu dengar Siti menyanyi dan terasa ganjil pula bila saya ditemu bual. Walaupun pertama kali menjadi pengacara, dia agak cekap dan mahir dalam persediaan menyediakan soalan.


"Dia juga lancar dalam berdialog, jadi saya rasa tenang ketika ditemu bual," katanya selepas ditemu ramah oleh Siti pada rakaman program Siti.


Rancangan temu bual ini akan bersiaran bermula 12 Februari 2011 menerusi Astro Ria, pukul 9 malam selama sejam. Ia terbitkan sebanyak 13 episod oleh Global Station Sdn Bhd. Dalam pada itu, Mahathir juga memuji program itu selain berkeinginan memanggil beliau sebagai tetamu undangan yang dapat mendengar pengalaman hidupnya untuk dikongsi.


Sementara itu jelas Siti pula, dia tidak sangka Mahathir sudi menerima jemputannya sebagai tetamu undangan untuk program itu. Baginya, pengendalian program temu bual itu merupakan fasa baru buat dirinya sebagai seorang pengacara. Tambah pula, program yang bukan sekadar hiburan semata-mata itu turut menguji dirinya menjadi seorang pengacara yang cekap dalam menyediakan soalan-soalan berbentuk ilmiah.


"Sebelum ini memang saya tidak bersedia bila banyak produksi menawarkan saya menjadi pengacara program, tapi kini saya sudah bersedia dan bersiap sedia untuk bersaing dengan pengacara-pengacara profesional yang ada.


"Pengendalian program bual bicara ini ternyata satu pengalaman yang sangat berguna buat saya. ia agak berbeza kerjanya berbanding menjadi seorang penyanyi. Malah saya turut turun padang untuk melakukan penggambaran.


"Rasa macam nak pecah kepala kerana saya perlu menggunakan bahasa-bahasa yang sesuai ketika bercakap. Ada kalanya saya perlu formal dan ada kalanya santai.


"Memang agak penat mengendalikan program ini, tapi ia ternyata berbaloi kerana pada masa yang sama juga saya turut menimba ilmu dan pengalaman," katanya yang menjadikan pengacara Hollywood popular, Oprah, sebagai inspirasinya.


3 orang menconteng:

menarik rancangan ni, Siti dah jd cam Oprah le ni..mesti org nak tgk sgt masa Siti intervew Tok Det

@nurizmesti! jgn ingt siti x boleh jd pengacara. dan jgn perlekehkan siti sbb kurang boleh berbahasa inggeris... :)

wah
aku nak tgok la nanti

P/S : Bersama Hans di Restoran Keluarga Anda - Yankies Hut

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates