Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan terdapat kira-kira 600 daripada 10,000 sekolah di negara ini berada dalam keadaan yang amat daif.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perangkaan berkenaan diperoleh daripada satu audit yang dilaksanakan khusus untuk mengetahui taraf infrastruktur dan keadaan sekolah. Katanya, sebahagian sekolah berkenaan terletak di Sabah dan Sarawak.

"Daripada laporan, terdapat enam peratus daripada 10,000 sekolah berada dalam tahap yang amat buruk, kritikal dan mahu sujud ke bumi," katanya. Beliau berucap pada majlis mengumumkan senarai 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai di sini hari ini. Dalam sidang akhbar selepas itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementerian mungkin melantik perunding untuk membuat penilaian terhadap sekolah terbabit termasuk daripada aspek keperluan penambahbaikan atau pembinaan semula. Turut dinilai, kata beliau, adalah berapa lama sekolah itu boleh diguna atau sejauh manakah tahap keselamatan semasa.

"Mungkin ada satu jadual khusus, sekolah itu tidak perlu mohon, kita tahu statusnya dan kalau perlu dibina baru, kita akan bina.

"Kita perlu ambil pendekatan yang inovatif, kalau peruntukan yang disediakan tidak mencukupi, ada pendekatan pembiayaan lain yang kita boleh gunakan contohnya inisiatif pembiayaan swasta," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin turut meluang masa melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tutoh Apoh di Long Panai, Baram yang 12 hingga 18 kali ditenggelami banjir dalam masa setahun kerana terletak bersebelahan Sungai Apoh. Sekolah berkenaan pada awal tahun lalu pernah mendapat perhatian beliau yang kemudian mengumumkan peruntukan RM50 juta untuk pembinaan bangunan baru di tempat lebih tinggi.

Muhyiddin sewaktu berucap dalam majlis bersama penghuni rumah Panjang Uma Beluvuh bersebelahan SMK Tutoh Apoh menjelaskan bangunan baru sekolah itu akan dibina dalam masa terdekat dan ia dijangka mengambil masa kira-kira dua tahun untuk disiapkan. Beliau menjelaskan, nilai sebenar projek yang kini berada dalam peringkat melantik perunding reka bentuk itu hanyalah RM30 juta.

"Kita juga sudah membayar ganti rugi pengambilan balik tanah membabitkan keluasan 12 hektar," katanya. Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM2,000 bagi setiap 117 pintu Rumah Panjang Uma Beluvoh bagi tujuan penyelenggaraan kediaman.


0 orang menconteng:

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates