Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

gudang produa terbakar
KUALA LUMPUR : Sebanyak 26 buah kereta Perodua Myvi dan Viva baru yang ditempatkan sebuah gudang Perodua di bandar Puchong Jaya musnah apabila gudang berkenaan terbakar semalam.


Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang DSP Lam Chien Fei berkata 20 buah kereta bagaimanapun berjaya diselamatkan manakala empat lagi rosak teruk dalam kebakaran pada 1 tengah hari itu.

"Gudang itu menyimpan 50 buah kereta Perodua Myvi dan Viva yang kesemuanya menunggu untuk dihantar kepada pelanggan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan api dipercayai bermula di bahagian tengah sebelum merebak ke bahagian lain gudang. Sementara itu Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Puchong Pramnath Hariskisna berkata empat jentera bomba, masing-masing sebuah dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Subang Jaya, Bukit Jalil dan Petaling Jaya bersama 50 anggota berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh 20 minit. Punca kebakaran masih dalam siasatan.



3 orang menconteng:

ada yang buat dajal ke ni?

@Adzriel AB, entah ler... huhu

huhu .. abes la rugi ~

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates