Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

KANGAR: Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun parah dibelasah sekumpulan pelajar lain yang bertindak ala samseng membawa mangsa keluar dari kelas ketika guru sedang mengajar sebelum membelasahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Safi (SMKSS), Simpang Empat, dekat sini, Jumaat lalu.

Muhammad Shahfaly Anoar, pelajar Tingkatan Tiga sekolah itu dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, selepas tulang bahunya terkehel dan patah lengan kiri serta luka di kening akibat teruk dibelasah tiga daripada 10 pelajar yang menunggu di tingkat bawah bilik kelasnya dalam kejadian jam 11 pagi itu. Kejadian hanya disedari bapa mangsa, Anoar Ahmad, 38, selepas melihat anak sulung daripada empat beradik itu yang dalam kesakitan, dipapah keluar oleh rakan sekelas ketika mengambil mangsa waktu pulang sekolah kira-kira jam 12.15 tengah hari Jumaat lalu.

Anoar mendakwa, guru sekolah itu gagal memberi rawatan kecemasan kepada anaknya, malah lebih dikesali semua guru mendakwa tidak mengetahui kejadian itu walaupun anaknya dipaksa keluar oleh suspek dari dalam kelas ketika guru sedang mengajar.

“Saya amat terkilan dengan sikap guru yang tidak mengambil peduli masalah disiplin pelajar sekolah berkenaan serta gagal bertindak melindungi anak saya sehingga teruk dibelasah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Simpang Empat, dekat sini, semalam.

Beliau bertindak membuat laporan selepas kejadian terbabit di Balai Polis Simpang Empat, kira-kira jam 7.30 malam Jumaat lalu. Berikutan kecederaan teruk dialami itu, Muhammad Shahfaly diberi cuti sakit selama 11 hari dan dibenarkan keluar dari HTF, petang kelmarin.

Sementara itu, Muhammad Shahfaly berkata, seorang daripada suspek memasuki kelas di tingkat satu ketika guru sedang mengajar sebelum bertindak memegang tengkuk dan mengheretnya turun ke tingkat bawah sebelum membelasah.

“Di tingkat bawah, saya lihat tidak kurang 10 pelajar sedang menunggu dan tiga daripada mereka, termasuk suspek yang memasuki kelas memukul hingga saya berasa hendak pitam. Bagaimanapun, mereka melarikan diri selepas mendengar pekikan daripada seorang guru yang kebetulan lalu di itu.

“Beberapa pelajar lain bertindak memapah saya memasuki kelas semula dalam keadaan lemah dan tidak bermaya, bagaimanapun guru lelaki yang sedang mengajar ketika itu tidak menanyakan keadaan diri saya, malah guru yang menyuraikan suspek juga langsung tidak menjenguk saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, polis sudah menahan empat pelajar sekolah berkenaan bagi membantu siasatan.

“Semua empat pelajar lelaki berusia 14 dan 15 tahun itu ditahan di rumah masing-masing malam tadi (kelmarin). Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaaan kerana mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa,” katanya.



11 orang menconteng:

risau betul dengan perangai budak2 sekarang..
kecik2 dah jadi samseng..
cikgu pun tak kan tengok saja..
kalau anak sendiri yang kena baru nak panas hati agaknye..

eh!!selamat hari jadi ye..
sebelum terlupa..:)

@diana, cgu memang tak patut tengok saja. tapi cikgu pun dlm posisi bahaya skarang ni. kang x pasal2 cikgu yg patah riuk.

@diana, kak... ni yg nanges ni. smlm smua org lupa bday sy :( kak yg first ucap... huhu

Kecik-kecik pukul org, da besar bunuh org agaknye...(Selamat hari jadi...hehehee....)

camane la diorang ni.kecik2 dh jd gangster,takut pulak nk hantar anak gi sekolah@ asrama...

ish ish.. teruk betul pelajar sekarng ni.. sampai patah

@Ct Aja, kalau ikut prinsip hantu kak limah, budak2 mcm ni kita bakor je! haha

@my name is Yana, asrama sah2 la ada reging... kne anta anak blaja ape2 ilmu ptahan diri ler...

@kay_are, budak2 baru nak naik ni memang mudah trikut dgn kwn2... habis gangster le tu konon.

tak thu la apa nak jadi ngan budak2 nie..hidup mesti tak menjadi sebab ramai yg dok nyumpah..tapi maaf cakap la..2 org cikgu tue mmg takde...hmmm..tak thu la nak ckp pe..(mode:hangin satu badan)

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates