Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

KOTA TINGGI - Seramai 12 murid tahun lima dan enam sebuah sekolah di sini mendakwa dicabul dua lelaki yang mengendalikan sebuah kedai runcit berhampiran sekolah terbabit, sejak lima bulan lalu. Perbuatan terkutuk dua lelaki itu terbongkar setelah seorang daripada mangsa berkenaan melaporkan kejadian terbabit kepada guru sekolah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata, dua warga asing, berusia 21 dan 27 tahun itu, ditahan untuk membantu siasatan.

Suspek dipercayai mengambil kesempatan mencabul murid terbabit sejak Oktober tahun lalu ketika mangsa membeli makanan ringan di kedai itu selepas tamat sesi persekolahan dan kelas tambahan.

Muhammad berkata, berikutan aduan mangsa, guru sekolah terbabit telah mengumpulkan semua murid perempuan tahun lima dan enam untuk mengetahui kejadian sebenar.

“Polis menerima laporan daripada pihak sekolah dan siasatan awal mendapati seramai 12 murid mendakwa pernah dicabul dua suspek itu sejak Oktober tahun lalu. Polis, dengan kerjasama guru, telah merekodkan percakapan mangsa.

"Siasatan mendapati kejadian terakhir pada 15 Mac lalu,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Menurutnya, suspek pertama berusia 21 tahun dan mengendalikan kedai runcit itu sejak 2007. Kedai itu dipercayai milik penduduk tempatan, tetapi disewakan kepada suspek terbabit. Seorang suspek lagi adalah pembantu kedai, berusia 27 tahun. Siasatan awal polis mendapati lelaki itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.


5 orang menconteng:

astaghfirullah!.. lepas satu, satu..

Klu dgr kes mcm ni cm da biasakan, cam da ramai sgt, da tak takut agaknye diaorg ni...aisshhhh...

tu la..
bawak le masuk banyak2 lagi..
biar semua pompuan kat mesia jadi mangsa gile sex..

@Haw, tu la... semakin byk cte2 camni...

@Ct Aja, sy plak yg takut :t: :t: :t:

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates