Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

AMUK ALA SAMSENG - Seorang lelaki kurang siuman bertindak ‘ala samseng’ apabila memecahkan 17 cermin kenderaan yang dipakir di kawasan letak kereta berhadapan premis Jalan Bandar Rawang 15, pagi semalam. 17 kenderaan antaranya jenis Honda Civic, Proton Wira, Saga, Perodua Alza, Kancil, Van dan lori satu tan pecah cermin pada bahagian depan, belakang, tepi akibat di hentak dengan besi paip. Jom baca berita sepenuhnya kat bawah...


pecah cermin kereta

RAWANG - Seorang lelaki kurang siuman bertindak ‘ala samseng’ apabila memecahkan 17 cermin kenderaan yang dipakir di kawasan letak kereta berhadapan premis Jalan Bandar Rawang 15 di sini, pagi semalam. Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu disedari pekerja bengkel kereta dan peniaga di situ setelah lelaki terbabit dilihat memecahkan kereta jenis Honda City dan Proton Arena. Berang dengan tindakan lelaki itu, mereka bersama sekumpulan tujuh orang awam bertindak membelasahnya sehingga cedera di muka dan badan.

Saksi kejadian, Loges Karna, 30, berkata, dia bertindak menahan lelaki terbabit kerana bimbang lebih banyak kenderaan akan dipecahkan. “Saya terkejut bila tengok dia buat begitu dan terus tangkap sebelum orang lain yang nampak datang dan memukulnya. “Dia cuba minta dilepaskan tapi keadaan masa itu tegang jadi orang macam lepas geram sebab bukan dua kereta saja dipecahkan tapi hampir 20 kereta,” katanya ketika ditemui di sini. Loges yang juga pekerja bengkel kereta di situ terkejut setelah melihat beberapa cermin kenderaan lain yang dipakir berdekatan premis tersebut telah dipecahkan. Menurutnya, lelaki itu dilihat melakukan perbuatan itu tanpa rasa bersalah dan tidak mempedulikan orang awam yang lalu lalang di kawasan tersebut. Katanya, dengan ‘selamba’ lelaki itu memukul berkali-kali cermin kenderaan di hadapannya sehingga pecah sebelum bergerak ke kenderaan lain.

Loges berkata, kebanyakan pemilik kenderaan yang diletakkan di kawasan itu bekerja di luar Rawang antaranya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan Putrajaya. Menurutnya, tindakan lelaki itu juga mengejutkan memandangkan dia pada awalnya kelihatan tenang.“Saya cuma sempat melihatnya selepas sekumpulan orang yang membelasahnya dileraikan dan mengenali dia adalah lelaki yang duduk di sini pagi tadi,” katanya.

Hisham berkata, orang awam beberapa kali mengherdiknya dan bertanya mengapa dia berbuat begitu, namun lelaki itu kurang bercakap sesekali kedengaran dialek seakan Kelantan dan Siam. Menurutnya, lelaki itu ditahan sebelum anggota polis membawanya ke balai untuk tindakan selanjutnya.

Ekoran kejadian terbabit, 17 kenderaan antaranya jenis Honda Civic, Proton Wira, Saga, Perodua Alza, Kancil, Van dan lori satu tan pecah cermin pada bahagian depan, belakang, tepi akibat di hentak dengan besi paip. Sementara itu, sumber pihak berkuasa memberitahu, lelaki berusia lewat 20-an itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan hanya berseluar pendek serta tidak berbaju. Sumber sama memberitahu, lelaki terbabit masih ditahan untuk siasatan memandangkan pemilik kenderaan yang menjadi mangsa amukannya tidak berada di kawasan ini. Menurutnya, keadaan lelaki itu juga tidak terurus dan siasatan menunjukkan dia tidak dipengaruhi alkohol, manakala identitinya masih gagal dikesan dan berkemungkinan bukan rakyat tempatan.


6 orang menconteng:

suka-suka ati rosakkan kete orang..isy3

giler ke apa??

@GAPURA ILMU, org pun suka2 hati pukul dia. haha

@diana, mental agaknya...

eiiiii, klw aku, mati giler tu....jabatan untk jaga org gila pi mana??smpai lepas org2 cmtu pecahkan cermin org awm...

@AlfiEean WaRsi, nsb baik dia tak bakor... haha

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates