Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

universiti malaya

KUALA LUMPUR, 25 April: Dua mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang digantung satu semester bermula akhir Mac lalu atas dakwaan memalsukan dokumen cuti sakit hari ini bebas daripada pertuduhan tersebut. Pihak Jawatankuasa Rayuan UM mengeluarkan keputusan rasmi hari ini setelah sebulan keputusan tersebut tergantung. Selain digantung pengajian selama satu semester, Tan Tiong Yih dan Yeong Lee Kee, masing-masing penuntut Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sastera sebelum ini juga dikehendaki membayar denda RM200 kerana didakwa memalsukan dokumen cuti sakit yang dikemukakan bagi tujuan pengecualian menghadiri bengkel persediaan calon yang dilaksanakan pihak Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) pada fasa pilihan raya lepas.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM), Mohd Syahid Mohd Zaini, pihaknya akan berusaha membantu mendapatkan slip peperiksaan bagi kedua-duanya bagi membolehkan mereka mengambil peperiksaan akhir semester seperti biasa. "Pihak MPMUM akan bertindak segera membantu mereka mendapatkan slip peperiksaan supaya mereka boleh menjalani peperiksaan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Syahid juga berkata, memandangkan Tiong merupakan salah seorang ahli jawatankuasa MPMUM sebelum ini, namanya akan diserapkan kembali ke organisasi MPMUM. Beliau turut menyatakan rasa gembira dengan keputusan itu dan berkata ianya membuktikan kedua-dua mahasiswa tersebut tidak bersalah. "Keputusan ini di luar jangkaan kami dan saya amat gembira dengan keputusan ini dan sekali gus membuktikan bahawa mereka tidak bersalah. "Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua mahasiswa yang memberikan sokongan kepada mereka sehingga kes ini selesai," katanya.

Sebelum ini, Pro Mahasiswa (Pro M) UM mendesak pihak pentadbiran universiti menarik semula hukuman tatatertib ke atas kedua-duanya. Mereka turut mempertikai prosedur mahkamah universiti yang dilaksanakan terhadap kedua-duanya apabila mereka tidak boleh membawa sesiapa kecuali diwakili pekerja atau pelajar sedangkan mereka mempunyai saksi yang boleh membantu dalam sesi pembelaan.



4 orang menconteng:

tu la..
asik layan dota je..
hehehheh..
eh!!ye ke tu puncanye??
wakakakak

eh!!bnyak jugak komen akak kat sini ye..
tapi ada lagi yang lebih banyak..
agak2 kalau join kontest tu boleh menang tak??
heheh

rasa cam pedas plak bace tajuk "sijil cuti palsu" nie...hahahaha..kena denda erk klw memalsukan...takot!!

hahahaha
teringat plak budak blok aku dlu buat sijil cuti sakit lepas tu jual
lawak betul

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates