Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Salam. Dalam Harian Metro hari ini 20-04-2011 menyiarkan berita mengenai kebiadapan 4 orang pelajar sekolah menengah yang mencabul rakan di dalam kelas.. Diulang, di dalam kelas! Dalam berita tersebut, mereka adalah pelajar sebuah sekolah di Arau , Perlis yang berumur 15 dan 16 tahun. Mereka melakukan perkara tersebut semasa waktu persekolahan tanpa menghiraukan pelajar-pelajar lain. Astaghfirullah... Sebagai seorang guru, saya berasa sedih mendengar berita ini, dan bersimpati terhadap mangsa.


rogol budak sekolah

ARAU: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka. Tiga pelajar lelaki terbabit yang berusia 15 tahun yang juga rakan sekelas mangsa bersama seorang pelajar berusia 16 tahun melakukan perbuatan itu ketika waktu persekolahan, kelmarin. Pelajar perempuan berkenaan yang tidak tahan dijadikan objek seks sejak tiga minggu lalu oleh keempat-empat pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Arau, malam kelmarin, sebelum polis memberkas semua suspek, semalam.

Polis ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, empat pelajar terbabit didakwa memegang buah dada dan paha mangsa di dalam kelas ketika ketiadaan guru. Semua pelajar lelaki tingkatan tiga dan empat itu ditahan di bandar ini tengah hari semalam. “Semua suspek didakwa tidak menghiraukan rakan sekelas lain yang melihat perbuatan mereka mencabul mangsa. Mangsa sebelum ini mendakwa sering diganggu empat suspek dan paling ketara apabila mereka memegang buah dada dan pahanya,” kata polis.


14 orang menconteng:

pompuan tu pun menggedik sama kot..
biasanye lelaki ni kalau dia nak kacau yang selalu gedik2 je..
bila lelaki tu mula berani
dia takut la..
baru ingt nak buat repot polis la hape...

@diana, stuju sgt kak oi...

habis tu budak perempuan tu takkan diam je kot.

huh..tak tahu malu ke? xkan ah dalam kelas pun sanggup buat macam tu..huhu..apa la nak jadi dunia skrg..

@rara pinkmafia, mula2 dia syok agaknya.lama2 jd seram.

@Taufiq Wr, terlalu ikut kata hati... :d: nama busuk seumur hidup.

macam2 sekarang ni. sebenarnya masih banyak lagi kes lebih teruk dari kes ni cuma pihak sekolah diamkan sbb tak nak cemarkn nama baik sekolah

eee teruknye, depan pelajar2 laen pon berani buat cm2...

@shameel Iskandar, maybe. tp ni sbb dah melibatkan polis. sbb tu jd kecoh...

@Ct Aja, dpn org ramai brani, blakang2 lg la...

@diana setuju dgn diana... kalau tak apasal jugalah kawan2 lain tak nak backing selain dari takut dgn 4 org ni.

pelik...dh brminggu bru nk repot...
pttnya awl2 lg kna repot dgn ckgu or polis...
mcm2la dunia skang...neh bru sek men...

kt sek ren neh pn dh da kes liwat..huhu~

@airisiaixora, liwat??? oh tidak... :t: :t: :t:

Malaysia....tanah airku. Satu Malaysia...apa nak hairan Ini akibatnya bila islam hanya di jadikan pakaian shj.

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates