Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

khalwat bini orang
JITRA: Sepasang kekasih masing-masing guru di sekolah rendah berhampiran dicekup anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) atas kesalahan berkhalwat di sebuah rumah sewa di Kampung Telok Malek di sini, malam kelmarin. Pasangan guru berusia 30-an itu ditahan kira-kira jam 10.45 malam berdasarkan maklumat awam. Ketika serbuan, wanita itu hanya berseluar pendek dengan kemeja-T dan menyorok di belakang cermin yang menghubungkannya dengan sebuah bilik rahsia bagi mengelak dikesan, manakala pasangannya hanya berkain pelekat. Difahamkan pasangan itu sudah menjalin hubungan terlarang sejak tiga tahun lalu walaupun wanita berkenaan masih bergelar isteri orang dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 13 tahun. Pasangan terbabit pernah mengajar di sekolah sama di Jitra, tetapi masing-masing ditukarkan ke sekolah lain selepas suami wanita itu mendapat tahu mengenai hubungan mereka.

Jurucakap PADKP berkata, pasangan itu dicekup di rumah yang dipercayai disewa lelaki berkenaan dan mereka dikatakan tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu. “Mengikut maklumat, wanita itu dikatakan merajuk selepas berselisih faham dengan suaminya sebelum meninggalkan rumah dan menyewa rumah di Taman Siswa di sini sejak tiga tahun lalu sebelum mula tinggal bersama kekasihnya beberapa bulan lalu. “Sepanjang tiga tahun berasingan anak mereka dijaga oleh suami, manakala wanita itu tinggal berseorangan. Sejak beberapa bulan lalu, wanita terbabit mula tinggal serumah bersama kekasihnya hingga menimbulkan syak di kalangan masyarakat setempat,” katanya di sini, semalam. Beliau berkata, guru lelaki itu juga sudah berkahwin dua kali sebelum ini dan mempunyai tiga anak sebelum berpisah. “Ketika pemeriksaan dibuat, pintu depan rumah berkunci dari dalam dan apabila diketuk berkali-kali seorang lelaki membuka pintu dan memberitahu dia menyewa seorang diri. “Pemeriksaan lanjut menemui guru wanita itu berseluar pendek menyorok di belakang cermin yang dijadikan pintu ke bilik rahsia mereka,” katanya.


ps: guru kencing berlari, murid kencing berjoget…

4 orang menconteng:

ya Allah, kawenla cepat...penangan pornolah nie...esh esh...nauzubillah

mcm2 la dunia skang...
pttla murid2 skang pn dh mcm2 hal...
pndidik sndri pn dh mcm neh...
nauzubilllah...moga kita suma jauh dri segala hal cm ne...huhu~

@tokwan muda, nak kawin camana. isteri org...

@airisiaixora, yg pntg diri kita sendiri... kena tau batas. kena sedar kesan dan akibat.

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates