Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

kita bakor aje

ALOR SETAR: Seorang pemuda nekad membakar rumah keluarga sendiri hingga musnah dipercayai selepas permintaannya untuk berkahwin dengan gadis pilihan tidak diendahkan keluarganya sejak sebulan lalu. Dalam kejadian jam 12.15 malam itu, lelaki terbabit, Mohd Khairi Mahmud, 28, dikatakan mencabut kepala tabung gas memasak di dalam rumahnya sebelum naik ke atas bumbung rumah dua tingkat dan mencucuh dengan api hingga menyebabkan kebakaran. Difahamkan suspek pernah berkelakuan pelik apabila membakar semua pakaian kerjanya kira-kira dua hari sebelum pertunangannya.

Abangnya, Mohd Noor, 33, berkata, berikutan itu keluarganya terpaksa meminta pertunangan yang dijadualkan pada awal bulan lalu ditangguhkan kerana kelakuan pelik adiknya itu. Beliau berkata, sejak itu adiknya yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan beberapa kali meminta berkahwin tetapi keluarga mereka tidak mengendahkannya kerana kelakuan adiknya yang mengalami banyak perubahan. Bagaimanapun, katanya, petang kelmarin Mohd Khairi meminta wang RM200 daripada ibu mereka, tetapi tidak dilayan menyebabkan adiknya itu berkurung dalam bilik.

“Dia kelihatan murung dan hanya berkurung dalam bilik serta tidak mengendahkan orang lain. Ini menyebabkan saya terpaksa membawa ibu keluar dari rumah kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini. “Saya kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis pada kira-kira jam 9 malam dan tidak lama selepas itu, anggota polis datang dan memujuk adik saya untuk keluar tetapi dia memberitahu tidak mahu berunding dengan sesiapa,” katanya.

Mohd Noor berkata, ketika anggota polis sedang memujuk adiknya, dia cuba memasuki rumah tetapi terpaksa keluar semula selepas terhidu bau gas yang kuat. “Adik pernah menyatakan hasrat membakar rumah beberapa bulan lalu dan akhirnya menjadi kenyataan apabila dia berlari naik ke bumbung rumah selepas membakar rumah kami dan kemudian melompat turun sebelum menghilangkan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Azaman Mohd Jan berkata, polis cuba menahan pemuda berkenaan kira-kira jam 11 malam, tetapi tidak berjaya kerana dia enggan berunding dengan sesiapa. Katanya, berdasarkan maklumat awal polis percaya lelaki berkenaan mengalami tekanan jiwa tetapi tidak dikenal pasti puncanya. “Kita masih mencari lelaki berkenaan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana mencetuskan bencana dengan api,” katanya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, dua jentera dan 12 anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat pada jam 12.15 tengah malam


8 orang menconteng:

ada baca kat kosmo ari tue...
memang dah tahap kronik ni...


entry terbaru :
http://solomolo.blogspot.com/2011/04/makin-femes-makin-kedekut.html

huurmmm... kesiannya

kita bako..kita bako!!!!

ermmm, tekanan mental btl la...

@solo molo, jiwa kacau ni... hehe

@Cik Bidadari, haah... kesian. kat tmpat sy, ad jgk org yg x berapa waras camni.

@diana, hahaha

@Ct Aja, mental @ ad gangguan...

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates