Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, mayat Mohd Shahril Sufian, 30, dijumpai terapung di lombong berkenaan pada pukul 7.50 pagi tadi oleh pasukan Bomba dan Penyelamat. Lelaki itu yang juga seorang penganggur dikatakan telah memecah masuk dan mencuri di sebuah rumah di taman berkenaan pada pukul 7 malam semalam. Selepas menyedari perbuatannya diketahui beberapa jiran, dia telah melarikan diri dan bertindak terjun ke dalam sebuah lombong yang terletak berhampiran taman berkenaan, katanya ketika dihubungi hari ini. Seorang daripada penduduk berkenaan telah menelefon polis berhubung kejadian itu sebelum operasi mencari dijalankan dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat sehingga pukul 10 malam tadi tetapi gagal menemuinya. Mayat lelaki itu ditemui terapung di lombong itu semasa operasi disambung pagi ini. Ia dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat, katanya.
9 orang menconteng:
hadOi.. mcm2 lOrh.. skali temui ajal plak..
@Cik Diana, nasib tak baik... huhu
ksian tol...mati dlm keadaan cmtuh...
bek kna tgkap jek dri jd mati cmtu...huhu
@airisiaixora, tu lah pasal... sia2 je.
Sudah laa dosa mencuri x dpt tebus lagi..mati plak 2..sian kat dia..isk..isk..isk..
Haa 2 la wat keje x btul...kang xsmpat nak bertaubat dlu.... moga Allah ampunkan dosa2 nyer....
salam saudara
terima kasih atas ingatan ini...
ngeri ...rasa
dia terlupa yg dia tak pandai berenang. kesiannya tak sempat insaf.
@Liza @ Adzriel AB, byk mkn semut, tu sbb lupa... huhu
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P