Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Assalamualaikum. Sekarang ni agak malas + tiada masa untuk blogwalking. Kurang juga terjah entry kawan2… Untuk meninggalkan komen apatah lagi. Bila jarang blogwalking dan terjah entry, bermakna kurang jugalah saya membaca. Maka kurang update lah mengenai perkembangan dunia semasa. Tapi Alhamdulillah, bulan lepas, setelah 6 bulan menyiarkan iklan nuffnang, hasilnya sudah boleh di cashkan.

Pada hari ini, saya cuma nak berceloteh mengenai salah satu minat saya iaitu melukis. Ada sesetengah orang yang langsung tak faham, atau dalam kata lain, tidak menghargai seni. Bagi mereka, seni itu membuang masa, dan pelukis khayal dalam dunia sendiri.

Teringat saya dulu semasa di bangku sekolah rendah, saya gemar melukis kartun dari komik Dragon Ball. Watak2 glamour seperti Son Goku, Son Gohan dan Bezita menjadi kegilaan kanak2 pada masa itu. Yang tak dapat saya lupakan, saya menjual lukisan2 saya yang pada masa itu, sangatlah tidak sesempurna sekarang. Maksud saya, lukisan saya agak buruk, tetapi masih ada ramai pembeli. Lukisan dijual dari harga 20sen hinggalah 80sen. Murah je… Kertas lukisan saya beli dengan harga 5sen sehelai. Ada la untung sikit2. Cukuplah untuk beli sticker, pemadam dan kuih di kantin sekolah. Ada seorang kawan saya, namanya Habibah, agak chubby, duduk di belakang saya, di dalam kelas. Dia gemar betul membeli lukisan2 saya. Tapi sebenarnya dia bukan gemarkan lukisan, tetapi gemarkan saya. Budak perempuan cepat membesar dan mula berperasaan kepada budak lelaki, Pada masa tu, saya memang betul2 kanak2. Saya langsung tak faham, dan tak beri respon.

Tak sangka, minat saya melukis telah menjadikan saya seorang guru seni. Semasa temuduga guru, saya telah ditanya, apakah hobi saya? Dan saya dengan yakin menjawab, melukis ialah hobi saya dari kecil. Lantas, saya diminta untuk melukis. Sekali lagi saya telah melukis watak dari komik Dragon Ball. Tak sangka pula, penemuduga tersebut suka, dan mengatakan anaknya juga sukakan kartun tersebut. Mungkin sudah rezeki saya…

Cukuplah mengimbau kenangan saya tentang seni. Disini saya ingin memaparkan beberapa gambar catan oleh Haron Mokhtar. Bukan mudah untuk melukis. Bukan mudah juga untuk mewarna sesuatu lukisan. Ada yang boleh melukis, tetapi kurang skill mewarna. Dan saya salah seorangnya. Ada juga yang tidak boleh melukis, tetapi boleh mewarna.

Catan Haron Mokhtar

Catan Haron Mokhtar

Catan Haron Mokhtar

Catan Haron Mokhtar

Catan Haron Mokhtar

Catan Haron Mokhtar

Catan Haron Mokhtar

Catan Haron Mokhtar

Catan Haron Mokhtar

Catan Haron Mokhtar

Catan Haron Mokhtar

Catan Haron Mokhtar

Catan Haron Mokhtar

Bagi saya, setiap hasil seni, mempunyai nilai estetikanya. Setiap lukisan, catan yang baik, akan memberi kepuasan kepada pembuatnya. Terutamanya lukisan yang dilukis semasa kecil, yang sudah bertahun2 usianya. Saya sendiri masih menyimpan lukisan2 saya semasa kecil, kerana ia merupakan kenangan yang tidak dapat dikembalikan. Bagaimana buruk atau cantiknya lukisan tersebut, itulah hasil tangan kita pada masa itu.

Kesimpulannya, seni ialah mengenai bakat. Dan lukisan ialah salah satu hasil seni. Bagi yang dianugerahkan tangan, jari jemari yang berseni, hendaklah bersyukur dan menghargai bakat yang dimiliki. Teruskan berkarya. Kerana seni itu indah…


4 orang menconteng:

kak liza pun suka drawing termasuklah anak2. kalau astikin tu suka benar melukis guna paint kat komputer ni. jadi pulak tu... baru darjah 5.

hebatnye hasil seni dia..
gambar haron mokhtar nye tak de ke?

@Adzriel AB, lukis kat paint, terrer la tu...

@diana, kak, gmbr last tu gambar dia...

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates