Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Ally Iskandar putus tunang gadis melayu


Salam satu Malaysia. Sejak akhir-akhir ini, ada media dan blogger yang menulis tentang seorang pengacara terkenal telah putus tunang dan ramai yang mengandaikan pengacara tersebut ialah Ally Iskandar, namun tiada maklum balas dari Ally. Walaubagaimanapun, pada hari ini, Ally Iskandar sendiri telah mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal telah pun putus pada 30 Julai lalu. Ally berkata perpisahan tersebut berlaku disebabkan tiada keserasian di antara mereka walaupun hakikatnya mereka telah memutuskan untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan hujung tahun ini.

“Kami telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan,”

Perpisahan itu tiada kaitan dengan pihak ketiga ataupun konflik besar membabitkan mereka sebaliknya beberapa masalah lain yang datang secara berperingkat sehingga gagal untuk diselesaikan. Bagaimanapun ujar Ally, dia dan Nur Aishah masih berkawan baik dan tiada permusuhan di antara mereka. Buat masa ini dia mahu memberi perhatian terhadap tugasnya sebagai pengacara TV3 dan enggan terlalu memikirkan masalah itu.

Baru saja kita digemparkan dengan berita Khairul Fahmi putus dengan tunangnya, kini Ally pula putus tunang. Harap selepas ini, tiada lagi artis yang putus tunang, bercerai dan sebagainya. Harap semua masalah dapat diselesaikan dengan duduk berbincang. Buat majlis tunang grand2, tapi sia2 jer. Apa pun, kalau dah takda jodoh, tak boleh nak kata apa, kan... Mungkin terselit hikmah disitu.

6 orang menconteng:

manusia tak sempurna kan..
punya kerjaya hebat,
terkenal mesti ada jugak satu dua hal dalam hidup yang tak berapa menjadi..
simpati dengan pasangn ni..

lagi satu kes apek dan elia.
yang tu lagi la kesian..
dah la putus tunang kena
kecam lagi..kalau akak mesti down habis la.
aih...

rasa tak ngamlah tu... kesian le pulak diaorang yg femes2 ni.

Kita doakan kebahagian mereka selepas ini..


p/s:jom dengar tazkirah Ustaz Azhar Idrus
http://ceramahttbc.blogspot.com/2011/08/ustaz-azhar-idrus-ramadhan.html

@Adzriel @ Liza AB, standard la... org glamour ni ego tinggi...

@nasyidttbc, yup... harap yg terbaik utk mereka...

ermmm da xde jodoh diakan,xpela nti pasti jmpa jdh yg sesuai..

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates