Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Assalamualaikum. Salam ramadhan dan salam satu Malaysia. Berbuka apa tadi? Murtabak? Nasi ayam? Wah, kalau dah lapar tu, semua makanan di bazar ramadhan rasa nak beli, ye tak? Tapi, syukur Alhamdulillah kerana Allah masih memberi kita nikmat untuk merasai rezekiNya. Diharapkan kita sama2 tidak membazir ketika berbelanja.

Boleh diterima tak kalau saya katakan, rakyat Malaysia tak boleh dipisahkan dengan ayam. Boleh dikatakan hampir setiap hari kita makan daging ayam. Saya pun berbuka dengan mee goreng dan ayam goreng tadi. Hmm, ada tak yang berbuka dengan ayam KFC? Huhu…

ayam kfc tight
Favorite part saya. Yummy…

Teringat semasa saya tinggal di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, saya selalu ambil beras di dapur dan bagi makan pada ayam2 tak bertuan yang selalu mencari makan di kawasan rumah saya. Sampailah ada seekor ayam betina, boleh makan di tapak tangan saya. Saya beri nama ayam tersebut Cik Yam. Hehe… Bila ayam tu bertelur, anak2nya pun terbiasa makan di tapak tangan. Sehinggalah keluarga saya berpindah, ayam2 tersebut terpaksa saya tinggalkan. Sedih juga rasa hati. Tapi nak buat camna, kan…

ayam serama

Ada sesetengan orang dengan hobi membela ayam katik. Memang smart ayam ni. Dengan lagak gayanya yang mendada. Saya suka juga tengok ayam ni, tapi saya lebih suka tengok ayam kampung yang tough. Hehe… Yang balungnya kecil ni selalunya lagi kuat dan menjadi ketua, ayam paling otai dikalangan ayam2 lain. Hehe…

ayam jantan

Ok lah. Untuk mengakhiri entry mengarut saya mengenai ayam ni, jom kita layan lagu ayam daripada Jalil Hamid.


12 orang menconteng:

kat pulau pinang ni kalau kawasan yang kampung2 tu masih ada lagi orang yang sabung ayam..
bukan orang tua..
tapi muda2 lagi..
tak baik betul..

eh dah lama xtgk ayam katik. huhu

wah sdap..bla nk blanja n ni???hehe

hi3, suka lagu ni...

dah lama tak dengar lagu tuh.dulu layan gak masa kecik.tadi makan nasi ayam waktu buka puasa

kat rumah ada org tak makan ayam..so, dah lama tk beli ayam ni...hehehe...

suka dgr lagu jalil hamid tu

@diana, tk suka tgk sabung ayam. zalim.

@Lieyda, :l: :l: :l:

@Annerfyoes, :a: anytime!

@Ct Aja, :e: :e: :e: mcm2 pasal ayam. hehe

@Rozuan Ismail, hah... kan da terbukti, rakyat malaysia selalu makan ayam. hehe

@MamaEma, owh, ye ke. da tu makan daging la selalu yer?

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates