Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Salam semua. Kalau tengok pada tajuk tu, macam nak cerita tentang apa yang best mengenai nokia C701. Tapi sebenarnya saya sendiri pun tatau nak habaq best macam mana. Hehe… Jadi saya akan terangkan secara ringkas apa yang saya tahu. Bila baca spec, 8gb internal memory, tapi bila check dalam cuma ada lebih kurang 6gb saja. (Tatau la klu sy xpndai tgk). Erm, lagi handset ni dah tentu la touchscreen, dan boleh main wifi. Selain daripada tu, model ni masih boleh sumbat micro SD. Tu yang best tu! Susah kalau cuma bergantung pada internal memory sahaja. Nokia C701 juga dilengkapi dengan kemudahan Bluetooth dan kamera belakang (8mp) serta kamera depan (Xingt plak brapa megapixel). Kamera ada auto focus dan flash.

nokia c701
Gambar dari google... X sempat nak snap gambar hp sebenar...

Pendapat peribadi saya: Dari segi memory, memang best. Tokey kedai cakap boleh sumbat 16gb punya memory, tapi saya ambil memory 8gb saja. Gila betul! Tatau la nak sumbat apa kalau ambil memory card besar gedabak… (sy dah sumbat 2 movie format mkv. Mmg terbaek!) Untuk pengetahuan semua Nokia C701 adalah upgrade daripada model sebelumnya iaitu Nokia C7 dan baru saja realease di pasaran. Tokey tempat saya beli hp ni cakap, Nokia dah upgrade screen dia jadi lebih baik (yg ni mmg sy xphm.adei…). Wifi saya masih belum try (jap nk try. Hehe…). Pembeli Nokia C701 turut akan mendapat usb kabel bagi memudahkan proses transfer file. Kabel ni memang berguna, memandangkan memory card duk kat dalam. Payah la nak bawak keluar selalu. Kamera 8mp diakui kurang jelas, tapi gambar nampak smooth… Saiz satu gambar dalam 1mb. Okay la, hanset tak hang masa tengok gambar. Bunyi pulak macam mana? Bunyi memang best tapi agak perlahan. Memang la tak dapat nak menandingi hanset yang saya gunakan sebelum ni, sebab sebelum ni saya menggunakan model yang memang mengutamakan sistem bunyi iaitu Nokia 5700 Express Music.

Nak tau harga nokia C701? Ni sekadar untuk berkongsi, mungkin ada kawan2 kita yang nak tau harga model ni kan… Saya telah membeli Nokia C701 dengan harga RM1070. Percuma plastic tinted untuk screen, dan memory card 8gb. Saya difahamkan bahawa pelbagai perisian boleh dimuatturun secara percuma di OVI store, macam OVI Maps dan sebagainya… Yang paling best, NokiaC701 ni dihadiahkan oleh yang tersayang… Hehe… (senyum je sbb dpt free).


6 orang menconteng:

En Burn buat contet percuma hset ni ye...hiihihih

kamu pakai enset baru la sekarang ni ye??
patut la belagak..
ekekekek

@Ct Aja, :t::t::t:

@diana, mana ada :h:

huhu.. wah yang tersayang bagi hadiah yang bernilai kot.. ok la tu.. bergunanya komunikasi maknanyakan??? huhu...

@PeRmAtA bIrU, komunikasi mmg pnting :e:

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates