Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!



Assalamualaikum semua... Malam ni aku mendapat seruan untuk join satu giveaway anjuran wowberita. Chewah.....!!! giveaway tuh!!! Bwahaha... (gelak jahat) . Dan ini merupakan kali pertama aku join benda2 camnih... Harap2 ada ong le kan... Untuk pengetahuan korang, hadiahnya sangat lumayan, iaitu topup 3RM. Apa?? Tak lumayan??? Sape nak bagi 3RM dowh??? Haha...


Okey, sebenarnya 3RM tak la lumayan mana. Cumanya, aku menyahut apa yang blogger laen buat... Ok kan??? Baru la meriah dunia blogging kita ni... Untuk memenuhi syarat, aku akan beritahu tempat asal aku... Aku berasal dari Negeri Perak Darul Ridzuan... So automaticly, aku ni blogger Perak la kan...


Dulu time kecik2, mak aku tanya kat aku n kakak aku, nak perak ke nak emas??? 4 sure la aku jawab nak emas... Then mak aku cakap, kakak berak, adik ramas!

Perak=berak

Emas=ramas


Ahaha.... Terkena aku... Tapi tu time kecik2 taw! Skang ni emas ngan perak, dua2 aku tak nak. Aku nak topup je. Ahakz! Tapi encik newbie, aku dah pun join bloglist wowberita! Hehe...


Untuk syarat seterusnya, aku senaraikan 3 link entry aku yang menarik... Err, menarik ke?? Blog aku ni tak menarik mana pun...


Bagi memenuhi syarat terakhir, aku akan melengkapkan slogan:
Kalau dapat topup RM3, saya akan habiskan topup tu dgn kol mak saya!


Dengan ini aku mengetag brader geekz36. Okaylah... Aku dah join. Korang biler lagik??? Jom ramai2 terjah wowberita!


fasha sandha bogelRama, seorang penyelia kompeni penghantaran dan penyewaan kenderaan mencari driver yang sanggup menghantar sebuah keranda ke luar kota dengan cepat. Rama berhasil mendapatkan khidmat Ah Meng dan Bakri. Mereka perlu sampai ke destinasi keesokan pagi. Semasa dalam perjalanan, radio telah mati. Bagi menghilangkan kebosanan dan mengantuk, mereka bercerita kisah seram yang pernah mereka dengar.

Bakri bercerita tentang hantu pokok pisang… Kisah berlaku di sebuah desa. Zam menaruh hati pada kekasih kawannya sendiri. Noraini adalah kekasih kepada Farid yang terkenal dengan sikap playboy. Zam cuba memisahkan mereka berdua. Setelah mendengar cerita tentang hantu pokok pisang daripada seorang dukun, Zam cuba untuk melihatnya melalui cara yang diperkatakan oleh dukun tersebut. Ternyata benar, hantu pokok pisang memang wujud! Zam membawa Farid untuk bertemu ‘kekasihnya’, iaitu hantu pokok pisang. Setelah melalui pengalaman bersama ‘gadis’ tersebut, Farid jadi ketagih. Inilah masanya untuk Zam membuktikan pada Noraini siapa Farid sebenarnya. Zam bawa Noraini ke rumahnya supaya Noraini boleh melihat sendiri kecurangan Farid. Namun keadaan menjadi sebaliknya apabila Noraini memotong kain merah yang menghubungkan pokok pisang dan katil Zam…

Cerita kedua oleh Ah Meng pula, mengisahkan empat sekawan mahu mendapatkan nombor ekor daripada roh orang mati. Keempat-empat mereka menghadapi masalah kewangan. Mereka terdengar kisah Black Dog memenangi loteri setelah meminta pertolongan daripada roh orang mati. Mereka berempat sepakat untuk mencuba nasib pula. Mereka mengunjungi kubur yang dikatakan hantunya sangat hebat, iaitu seorang perempuan yang berpakaian cheong sam. Tetapi lain pula yang terjadi... Seorang demi seorang akhirnya mati setelah diganggu oleh hantu cheong sam tersebut.

Kisah ketiga oleh Bakri mengisahkan tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin. Yakob kurang mesra dengan kawan-kawan barunya. Yakob kemudian mendapati mereka semua takut untuk ke tandas di waktu malam kerana dipercayai tempat tersebut pernah dijadikan pangkalan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Pada Yakob, itu semua tidak masuk akal. Suatu malam Yakob sakit perut dan terpaksa ke tandas. Amin dan Johan menemankan Yakob. Malangnya, mereka benar-benar berhadapan dengan hantu-hantu Jepun.

Cerita keempat membawa penonton kembali kepada Ah Meng dan Bakri yang kini sedang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita. Tiada kereta yang melalui jalan tersebut. Van mereka tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut. Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, mereka pula dikacau hantu pakcik tua yang mahu melarikan van mereka. Ah Meng dan Bakri terpaksa mengejar van tersebut untuk mendapatkan semula keranda yang ada di dalamnya. Dapatkah mereka mencari semula van tersebut? Siapa pakcik tua yang di dalam van tersebut? ‘Sini Ada Hantu’ bakal menemukan jawapannya.


syurga nerakaKlik gambar untuk besarkan...



cara mudah tingkat traffic

Assalamualaikum semua. Maaf sbb beberapa hari ni xda entry baru. Sebenarnya saya balik ke kampung melepaskan rindu, dan mencari ruang melapangkan hati dan perasaan. Tapi hari ni saya kembali lagi dan nak ajak anda blog walking secara besar-besaran bersama saya.


Pernah guna software blogwalking yang diedarkan oleh sepaku.net?? sebenarnya da lama da simpan benda alah ni. Tapi baru sekarang rasa nak guna. Yang ni halal taw. Bukan cam auto bw tuh...


Blog Walking Version 1.6
"Perisian ini adalah percuma dan boleh di edarkan kepada kawan-kawan. Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada komputer/laptop anda dan juga laman web anda sepanjang penggunaan perisian ini. Kami telah mencuba dan menguji perisian ini menggunakan antivirus dan tidak ada sebarang virus dikesan."


Okeh, oleh sebab software ni percuma dan boleh diedarkan, saya dgn selamba badaknya menyebarkan software bw tu kat sini. Tapi saya dah ubah link2 yang tersenarai. Selepas membuat sedikit kajian, saya telah memilih secara rawak blog yang kebanyakannya baru nak meningkat naik tetapi aktif(bila lagi nak suport newbie,kan?), traffic boleh tahan, rajin komen n tolong klik2 nuff... ngehehe... Kalau link anda ada dlm senarai, dan anda nak saya keluarkannya, sila beritahu saya yer... Bagi yang tak tersenarai jangan la kecik hati pulak. Kalau anda sama2 gunakan software ni dan bw ke blog2 tersebut, anda pun turut sama dapat faedah, tak gitu??


Saya selalunya update entry kat blog SII ni tak kira masa. Kadang2 siang, kadang2 malam. Selalunya time siang saya akan singgah ke blog2 lain sambil komen2 entry. Yelah, nak tau jugak ape isu best sekarang ni kan. Bleh jugak tambah ilmu. Tapi pukul 12 tengah malam, saya selalunya akan blogwalking laju2. Maaf sebab tak sempat nak usha entry anda. Saya cuma cari kotak shoutmix dan iklan nuffnang anda. Tapi kalau xda shoutmix, maaf, saya xkan klik iklan. Sekurang2nya bila saya klik iklan dan beritahu di shoutmix, blogger yang ada perasaan akan membalas semula kunjungan saya. Selalu saya gunakan pelayar mozilla time bw dan saya memang tak suka c-box sbb takda memory. Penat den nak taip balik... Lagi pun agak lambat dan membuang masa disitu. haha...


Mungkin ada yang tak bersetuju dengan cara saya. Takut kena ban dgn nuffnang la, ape la... Tak ikhlas berblog la... Kononnya orang akan klik iklan bila nak tau lebih tentang iklan tersebut. Bagi saya, itu semua tak mungkin. Sape nak tau lebih lanjut pasal ubat gigi?? Kalau bukan kita yang saling tolong menolong, siapa lagi??? Tapi tak bermakna asyik dgn klik sampai abaikan kandungan blog. Entry seminggu tak update. At least, kandungan blog kita bermanfaat kepada org yang singgah.


Download Software Blog Walking Di SINI


Ps: Lepas download, tak payah extract software tu pun takpe. Biarkan dalam bentuk winrar. Double click saja,k... Kalau tak pun, lepas setel bw, tekan seting, reset visited link. Enjoy!


Salam semua. Hari ni aku nak ajak korang nengok video Cikgu Shida sampai muntah ijau, muntah oren, muntah pink. Tak payah la aku citer sape dia nih... korang mesti knai kan dgn minah senget ni. Kalo tak tau, apa gunanya abang google.



Yang tak bestnya, video2 dia kat youtube, disable bahagian komen. So aku upload balik video cikgu shida ni kat youtube. So korang bleh la komen video tersebut dgn slumbernya kat SINI.


blog follower ramaiAssalamualaikum. Da pukul 2 pagi, aku masih belek2 blog aku yg bosan nih... tak bw pun malam ni. Penat. Cik nuff pun tdo awal mlm ni. Act, aku dijemput oleh seorang blogger utk join bloglist dier... Rezeki jgn ditolak, maut jgn dicari. Ye tak??


Caranya Cuma dgn beritahu jantina aku. Eh, tu je ke? Biaq betoi... Selalu blogger2 otai buat contest mcm2 utk join bloglist. Huhu... Okeh, aku akan bagitau jantina aku. 4 sure la aku laki. Takkan khunsa kot. Ngehehe... Korang nak join tak? Jom ramai2 terjah blog Sandiwara seorang Insan!






malam yang syahdu
terasa sayu
hatiku sedih dan pilu

termenung daku
bawaku berlagu
moga dapat mengubat kalbu

duhai angin bawakanlah lagu
sampaikan puisi cintaku
moga dapat mengubati rindu
simpul kasih engkau dan aku

Oh Rosyati
Oh Rosyati
ku cari kau di dalam hati

andai jumpa kau kan ku sirami kasih
agar kau kan mekar mencantik


awek bogelMamat daripada Kumpulan Sepah Raja Lawak dipercayai bersama teman wanitanya yang bernama Nur Syuhada.


Khabarnya, kekasih Mamat yang sedang menuntut di Aswara merupakan adik perempuan kepada pemain gitar kumpulan Kristal, Rodi. Respek dengan aura Raja Lawak, semuanya dapat tekel awek-awek cun, walaupun sekor2 muka pecah rumah. Kalau anda masih ingat, Nabil Raja Lawak juga berjaya menambat hati seorang pramugari Air Asia, baru-baru ini.


Apa agaknya ilmu tekel-menekel yang mereka pakai ni ye?


TIDAK sampai sebulan atau dua bulan penyanyi Dewi Persik berduet dengan vokalis Dewa 19, Ahmad Dhani, wanita itu mengaku masih kekok untuk muncul di pentas bersama-sama lelaki tersebut. Mereka berduet menerusi lagu ciptaan Dhani berjudul Diam-Diam. Kebetulan, akhir-akhir ini kedua-duanya jarang muncul membuat persembahan di pentas kerana sibuk dengan tugas.


“Saya rasa bahagia dan bersyukur dengan peluang yang diberikan oleh Allah yang jarang dilakukan sejak akhir-akhir ini.


“Namun saya tidak menafikan masih kekok untuk berduet dengan Dhani dan akan cuba memberikan penampilan yang terbaik,” kata Dewi kepada detikhot pada Isnin. Bagaimanapun, Dewi mempunyai cara komunikasi yang baik di atas pentas dan menganggap Dhani seperti orang lain dan bukannya bos dalam syarikat pengurusan yang dinaunginya.


“Apabila saya menganggap dia sebagai orang lain, pasti saya akan dapat menjiwai lagu tersebut dengan sebaik mungkin,” katanya lagi.


Download MP3 Diam-Diam Di SINI


patung paul sotongSalam. Takda ape pun... just nak share gambar Monumen Paul The Octopus di Sea Life aquarium,Oberhausen :) - Sotong Paul akan sentiasa diingati selalu oleh peminat bola sepak.


sweet septrmber mati
Salam satu Malaysia. Tadi masa terjah blog kawan2, aku terbaca pasal kematian vokalis Sweet September. Kenapa aku tak tau berita ni! Nampak sangat la aku tak peka. Bagi aku lagu2 dari kumpulan ni memang legend. Memang aku suka sangat.



Bagi yang dah sama ketinggalan cam aku, jom baca berita ni:

Penyanyi utama kumpulan Sweet September, Antonio Vincent,57, yang popular pada era 70-an meninggal dunia di rumahnya di Tanjung Bungah, Pulau Pinang dipercayai akibat sakit jantung. Antonio yang popular dengan lagu Hatiku Kau Guris Luka dan Nak Kahwin Duit Tak Ada ditemui mati oleh isterinya, Annie Ooi kira-kira pukul 4.05 petang, Selasa, di dalam bilik air rumah mereka.

Menurut Annie, dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena terhadap suaminya apabila mendiang berada terlalu lama di dalam bilik air selain tidak menjawab sahutannya. “Saya mengesyaki dia mungkin tergelincir atau menghadapi serangan jantung,” katanya. Selain isteri, Antonio turut meninggalkan seorang anak perempuan iaitu Rina yang berusia 30 tahun.

Sweet September dianggotai oleh lima ahli kumpulan tetapi sekarang hanya mempunyai dua anggota iaitu Ignatius James dan Dean Yusof masing-masing bermain piano dan drum. Ignatus berkata, kumpulan itu merakamkan lapan album sejak tahun 1982 hingga 1986 termasuk beberapa album kompilasi. Selain Antonio, dua anggota lain kumpulan tersebut iaitu Adrian James dan Ronnie Ng Lian Seng telah meninggal dunia masing-masing pada tahun 1996 dan 2009.

Penyanyi kumpulan Alleycats, Datuk David Arumugam yang mengenali Antonio pada tahun 1969 semasa sedang belajar memberitahu mendiang merupakan individu yang baik, rendah diri dan juga kelakar. Majlis pengebumian dijangka akan di adakan di Tanjung Bungah, Rabu.


Muhammad Burn: Lagu2 lama memang best. Takkan sama dgn lagu2 sekarang.


Masa kecik-kecik dulu kita selalu tengok Keluang Man, dah paling latest, Upin dan Ipin. kini muncul lagi satu animasi 100% buatan anak Malaysia yang diberi nama Supertots.


Nak tau citer ni pasal apa? Supertots mengisahkan 5 kanak-kanak yang mempunyai “superpower” dan mereka bertanggungjawab menjaga keamanan galaksi kita. Captain Danny, Elly, Alan, Sasha dan Blinq bersama kapal angkasa mereka, Atoq menjalankan misi mencari dan menyelamat makhluk asing dari ancaman Zeeboz, genius jahat tak menjadi (wannabe).


Jom tengok preview Supertos. Nampak cantik dan kemas animasi yang dibuat oleh syarikat NetCarbon ni. Tahniah!



lelaki gila seks rogol budak sekolahMOHD. SAIDI diiringi keluar dari Mahkamah Sesyen selepas dihukum penjara 12 tahun semalam.


KOTA BHARU – Selepas lima tahun dibicara, Mahkamah Sesyen di sini semalam akhirnya menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara berserta dua sebatan ke atas seorang guru kerana didapati bersalah merogol anak muridnya yang berusia 12 tahun ketika kejadian.


Hakim Zainal L. Saleh memutuskan hukuman itu ke atas Mohd. Saidi Che Tengah, 44, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah ke atas dua pertuduhan rogol yang dihadapkan ke atas bapa kepada lapan anak itu.


“Ini kesalahan serius. Faktor kepentingan awam juga saya ambil kira dalam memutuskan sesuatu hukuman yang dapat memberikan pengajaran kepada kamu dan seterusnya dapat menghantar mesej kepada masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.



Muhd Burn : Kecewa yg amat sangat...


AMPANG: Niat seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik di sini, menghadiri kelas bahasa Inggeris terbantut apabila dia terpaksa dikejarkan ke hospital selepas kepalanya cedera ditimpa meja yang dipercayai dibaling dari tingkat empat bangunan sekolahnya. Ketika kejadian Rabu lalu, Asyraf Sabiq Samad, 14, dalam perjalanan ke kelas kira-kira jam 1.15 tengah hari selepas berhimpun di padang bola tampar sebelum memulakan sesi persekolahan dan menunggu pelajar sesi pagi menamatkan pembelajaran.
Menurutnya, pada mulanya dia ternampak satu objek dijatuhkan dari tingkat atas bangunan, namun gagal mengenal pasti objek terbabit.


“Ketika mendongakkan kepala, 'sesuatu' bersaiz besar menimpa kepala saya dan saya tak sempat mengelak,” katanya. Sejurus kejadian katanya, kepala, muka dan kedua-dua belah tangannya dipenuhi darah sebelum dibawa ke bilik guru disiplin sekolah untuk dibersihkan dan kemudian dihantar ke Hospital Ampang. Asyraf menerima empat jahitan di dahi, manakala hidungnya turut tercedera.
Ibunya, Mariam Kamarudin, 42, terkejut apabila dimaklumkan kejadian menimpa anak sulungnya itu dan bergegas ke hospital.


“Kaki saya seperti tidak mencecah bumi apabila menerima berita itu dan sejurus tiba di hospital, saya lihat kepala Asyraf sudah berbalut sambil ditemani tiga guru. “Apabila saya meminta penjelasan daripada pengetua, dia menyatakan pihak sekolah sudah menyiasat dan mengetahui pelajar yang melakukannya,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, semalam.


Mariam berkata, pengetua berkenaan memberitahu perbuatan itu dilakukan seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikatakan mengganas selepas gagal mendapatkan bekalan ubatnya. Lebih menghairankan, katanya pelajar berkenaan turut ditempatkan dalam kelas normal kononnya kerana dia pintar seperti pelajar lain sedangkan pelajar OKU sepatutnya ditempatkan dalam kelas khas.


“Mulanya saya rasa lega apabila mengetahui maklumat berkenaan, malah pelajar terbabit sudah dibawa pulang ke rumahnya selepas kejadian. “Tetapi, pihak sekolah menelefon suami (Samad Masaan, 58,) mengatakan kejadian itu mungkin dilakukan pelajar sesi pagi dan tidak membabitkan pelajar OKU berkenaan. Saya hairan apabila dimaklumkan pelajar OKU terbabit sudah digantung sekolah.


“Dari situ, ia mula menimbulkan keraguan di pihak kami. Jika benar bukan pelajar terbabit (OKU) melakukannya, kenapa dia dikenakan tindakan? Ini menunjukkan pihak sekolah seolah-olah bermain tarik tali dengan kami,” katanya.


Berikutan itu, satu laporan dibuat di Balai Polis Pandan Indah, di sini, semalam. Mariam berkata, mereka sekeluarga langsung tidak berniat meminta pampasan daripada mana-mana pihak dan jika benar pelajar OKU itu melakukannya, pihak sekolah dan keluarganya perlu menghubungi mereka sekali gus meminta maaf. Menurutnya, dia juga memahami keadaan kanak-kanak istimewa dan tidak seharusnya mereka dipersalahkan kerana mereka sentiasa perlukan perhatian.


Katanya, dia akan menghantar surat meminta penjelasan lanjut kepada pihak sekolah hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih tepat sebelum mengambil tindakan seterusnya. Sementara itu, pengetua sekolah, Zaini Mohammad Zain mengesahkan kejadian itu dan proses penyiasatan sedang berjalan. Mengulas mengenai pembabitan pelajar OKU, beliau menafikannya biarpun pada mulanya dia sendiri memaklumkannya kepada ibu bapa Asyraf. Katanya, sejurus kejadian menimpa Asyraf, pelajar OKU itu turut menimbulkan kekecohan akibat tidak menerima bekalan ubat dan pelajar terbabit juga mengikuti pelajaran pada sesi petang.


delete blog
Askum... Pe habaq smua??? Dah makan??? Dah solat??? Dah tido??? Haha... Dah semuanya barulah semangat nak blog walking... Aku baru saja balik dari kdai komputer. Sebab kepale kabel LAN aku rosak. Dan wayar laptop aku terbakar. 20rm hangus camtu je harini...


Baru2 ni time aku nak follow satu blog, aku telah diberi amaran. Alamak, biar betul... Takkan sebab nak follow blog pun kena amaran. Salah ke??? Tapi serius, aku kene sound. Ni buktinya...


unfollow blogKlik untuk besarkan gambar...


Haha... Rupanya aku dah follow 300 blog, dan aku tak dibenarkan untuk follow mana2 blog lagi. Baru aku tau, kita ada limit untuk follow jugak rupanya. Jadi aku dengan berat hatinya terpaksa la buang beberapa blog.


Kira ni first time la aku edit senarai blog yang aku follow. Mesti ada antara korang yang tak tau camana nak delete blog yang kita dah follow, kan... Jadi aku akan bagitau caranya. Caranya, korang klik bahagian dashboard>manage>pilih nama blog yang nak delete>tekan setting>stop following. Done! Kebetulan jugak, dah lama aku nak buang satu blog ni. Sebab tuan punya blog tu agak berlagak sikit dan telah membuatkan Muhammad Burn berkecil hati :(


buang blogAku terpaksa stop follow blog kek lapis nie...


Huhu... Bila aku tengok balik, banyak blog yang dah tak update n3 berbulan2 lamanya... Mungkin owner dah terus meninggalkan dunia blogging. Aku pun terpaksa la buang blog2 yang dah bersawang ni... Terpikir jugak, sampai bilalah agaknya blog aku ni akan hidup. Sampai bilalah aku akan terus berblogging... sampai bila aku akan ada idea untuk update n3??? Korang plak camana??? Dah kawin nanti ada masa ke nak jenguk blog??? Kalau yang perempuan, nak jaga suami, layan kerenah anak2 lagi... Mesti busy punya, kan... Okaylah... sampai sini jer buat masa ni yer! :)



binatang pelikKuda berkepala dinosor!


binatang pelikBurung gergasi/Burung debab.


binatang pelikSemut belang.


binatang pelikHahah... Badak cap ayam.


binatang pelikBunga2 singa... Kiut tak beliau?


binatang pelikKatak timun. Cicah sambal sedapp ni.....


binatang pelikUit, mamam kepci tu... bak mai sikit!


binatang pelikErk, apa ni... Ksian...


binatang pelikApa pandang-pandang? Boroi? Mana ada!!! cari gaduhh la tu...


spiderman klakoLabah-labah lelaki... Eh, binatang gak ke ni???


peranginan di langkawi

Gambar model pembinaan sebuah menara setinggi 135 meter yang dianggarkan lebih RM10 juta akan dibina di Langkawi sebagai mercu tanda pulau peranginan itu.



LANGKAWI — Sebuah menara setinggi 135 meter dengan dua ciri istimewa, iaitu menara peninjau dan sebuah restoran, yang dianggar menelan kos lebih RM10 juta akan dibina sebagai mercu tanda baru pulau peranginan ini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau yakin pembinaan menara yang dirancang sejak lebih 20 tahun itu bakal menjadi tarikan baru pelancongan.

“Saya diberi penghormatan menamakan menara itu, tapi belum dapat nama yang sesuai sehingga kini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pecah tanah di tapak pembinaan menara itu di Pantai Kuah hari ini.

Beliau berkata menara itu akan membolehkan lebih 50 pengunjung berada di tingkat atas pada satu-satu masa, dan pelancong dapat melihat pemandangan indah di sekelilingnya, termasuk ketika matahari terbenam. Selain itu, pengunjung boleh menikmati makanan di sebuah restoran yang akan ditempatkan di menara tersebut.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri menyokong pembinaan menara tersebut. “Kita memberi kemudahan kepada syarikat yang hendak membangunkan menara itu,” katanya ketika ditemui pada majlis pecah tanah itu.

Pengerusi Eksekutif Syarikat Blackrock Datuk Abu Hassan Mohamed sebagai pemaju projek itu berkata, tanah seluas 11.33 hektar di pesisir pantai berhampiran Kuah akan ditebus guna pada bulan depan. Beliau berkata projek pembinaan menara itu akan bermula Mac ini dan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan. Katanya, sebuah pusat sehenti pelancongan dan gerai makanan yang menghidangkan juadah tempatan akan turut dibina di kawasan menara sebagai tarikan. Selain itu, kawasan nelayan di situ akan dibangunkan untuk manfaat bersama.


Assalamualaikum... Alhamdulillah, follower blog Syurga Itu Indah sudah mencecah angka 300 lebih. Saya harap anda selalulah tinggalkan komen dan menegur saya di shoutmix, supaya saya dapat mengenali anda dgn lebih dekat lagi. Rasa tak best pulak bila saya tak kenal follower2 saya. Kadang2 saya terlepas pandang, ada follower yang lebih tua, yang sepatutnya saya panggil abg atau akak, tapi saya gunakan aku ko saje. Saya mintak maaf banyak2.




Baiklah, satu persoalan yang ingin saya diskusikan hari ini, antara sahabat, kekasih dan adik beradik sendiri. Antara ketiga2 ini, yang mana lebih memahami anda? Yang mana lebih mahu menerima dan mengasihi. Yang mana lebih sedia membantu di kala susah?


Selalu orang berkata, air dicincang tak akan putus. Bermakna, ikatan kekeluargaan itu sangat kuat. Tidak akan putus dek kerana pertelingkahan kecil. Masih relevenkan pepatah tersebut? Macam mana kalau air disekat, atau ditutup terus? Pernahkan anda rasa tersisih dan merasakan teman-teman, atau dalam erti kata lain, orang lain, sahabat atau kekasih, lebih bermakna dalam hidup anda? Antara ketiga2 ini, jujurnya, siapa yang benar2 menyebabkan anda gembira dan bahagia?


Dah banyak saya perhatikan. Adik beradik berpecah belah. Bergaduh. Berselisih faham. Ikatan kekeluargaan kadang sangat rapuh. Masing2 dgn hal sendiri. Masing2 dgn gaya sendiri. Ada yang langsung tak peduli. Walhal berasal dari darah daging yang sama.


Yang lebih teruk, ada hubungan adik beradik yang retak hanya kerana wang, rebutkan harta dan sebagainya. Wujud sifat saling dengki mendengki sesama sendiri. Sebagai contoh, ada adik yang dengkikan kejayaan kakak sendiri. Ada kakak yang suka melihat adik sendiri ditimpa malang @ musibah. Ada adik beradik yang langsung tak ambiltahu. Ada abang yang tak bertanggungjawab, pentingkan diri dan suka mengambil kesempatan terhadap adik beradik. Berlaku kah kepada anda? Jadi malam ni saya nak buat satu survey.


Antara sahabat, kekasih dan adik beradik sendiri, yang mana anda pilih. Tandakan satu sahaja pilihan jawapan yang paling tepat dgn diri anda. Jangan bimbang, ini hanyalah satu survey biasa... :)






Lirik Pujaan Malaya – Adzrin Azhar


Pujaan Malaya oh oh oh uuu
Kau pujaan hmmm aiyaiayaai
Pujaan uuuuuuuu

Hati Dihantu bayanganmu
Rindu Termimpi tiap waktu
Ow ow woh

Cinta Bercampur curiga
Kerna Kau satu-satunya
Pujaan Malaya


Hei sayangku Akulah pemujamu
Sampai bila-bila Cintaku kan berbunga

(ai yai yai yai)

Chorus
Tiada Apa dapat menghalang
Tiada Kau aku gila bayang
Tiada Cintamu ku tak senang

Cemburu Resahku tak menentu
Dirimu Segalanya sempurna
Oh kanda Sungguh aku tergoda
Pujaan Malaya

This aint no lie
Hari ke hari ku ternanti-nanti
Cintamu tidak terbanding
Nyata tiada setanding
Walau ku rentas benua
Terbentang luas angkasa
Tak seluas cintaku
Come on my baby
Let’s get it on

Terbang Cintamu buatku layang
Renyuk Resah bila kau pujuk
(Ow ow woh)


Mama Bilang jangan ku percaya
Lelaki Akan memuja hanya pada mulanya

Nasib kita Bukan semua sama
Tapi ku kan sedia Agar tak merana

Tiada Apa dapat menghalang
Tiada Kau aku gila bayang
Tiada Cintamu ku tak senang

Cemburu Resahku tak menentu
Dirimu Segalanya sempurna
Oh kanda Kau Pujaan Malaya

Cemburu Ai yai yai yai
Resahku tak menentu
Dirimu Pujaan Malaya

Sungguh ku tergoda Bahagia


Assalamualaikum, masa berjalan ke ruang maya blog Cik Siti Aida, saya terjumpa satu video youtube hasil seni yg amat mendayu dan menarik hati saya. Jadi saya nak juga kongsikan video nih, di blog saya ni. Sedap btl suaranya... Lenggok suara penyanyi dalam video ni memang mengasyikkan. Sebenarnya dah lama saya dgr lagu ni. Beberapa tahun lepas. Tapi setakat dgr saja. Tak pernah pula tgk video nya. Saya pun tak pasti siapa sebenarnya penyanyi asal lagu ni. memang best lagu ni, tapi kat blog Cik Siti Aida, liriknya salah. Saya dah pun betulkannya disini.





Luahan Hati
pertama kali ku bertamu dengan mu..
sayunya hatiku merindui dirimu mu
walaupun baru kita bersua muka
namun aku telah jatuh cinta

pertama kali ku bertemu denganmu
hatiku terpaut melihat senyumanmu
aku mengharap engkau menerimaku
kerna aku bersedia menyintaimu

akan ku renang lautan yg berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikalau kau meninggalkan aku
terhiris hati ini.terguris jiwa ini.
menangis tak berlagu..ohhhh...

biarpun ombak yg merubah pantai
kasih ku tak kan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti ohhhh...

sayangku pimpinkan tangan mu
menuju mahligai bahgia..
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
ohhhh..kasih..


Memang Khilafku
Memang khilafku menyayangimu
Memang khilafku mencintaimu
Tapiku tahu semua itu
Tak akan kembali lagi

Bukan ku pinta segunung janji
Tidak ku harap sinaran ini
Cuma ku ingin setulus kaseh
Kasih yang kekal selamanya

Oo..oh syakila
Senyummu enggan pergi
Tawamu mengiringi
Wajahmu ku terbayang
Hadirmu bagai mimpi
Seumpama bidadari
Potretmu kutatapi
Mengharap kau kembali

Bukan kurindu saat bersamamu
Tidak tak mampu melupakanmu
Cumaku tahu semua itu
Tak akan kembali lagi



Dikisahkan, bahwasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka’bah,beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. menirunya membaca “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu Ialu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!” Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.


Orang itu Ialu berkata: “Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, karena aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.” Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?” “Belum,” jawab orang itu. “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?” “Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,” kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!” Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya. “Tuan ini Nabi Muhammad?!” “Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w.


Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: “Wahai orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada juragannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita." Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: “Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil maupun yang besar!” Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.


Maka orang Arab itu pula berkata: “Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!” kata orang Arab badwi itu. “Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?” Rasulullah bertanya kepadanya. "Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya," jawab orang itu. "Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!" Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya.


Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahwa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!” Betapa sukanya orang Arab badwi itu, mendengar berita tersebut. la Ialu menangis karena tidak berdaya menahan keharuan dirinya.


bayi matiKENANGAN...Nor Jam’atul dan suami, Mazlan Razali, 36, serta anak kedua mereka bersama gambar Nur Shazwani yang maut akibat tersedak bubur nasi.


PUCHONG: Rasa rindu seorang ibu untuk melihat bayi perempuannya yang ditinggalkan bersama pengasuh berhampiran rumahnya di Taman Putra Perdana di sini, bertukar pilu, apabila dimaklumkan bayinya itu meninggal dunia akibat tercekik bubur nasi.


Ketika menerima berita kejadian menyayat hati itu, dia masih dalam perjalanan pulang untuk mengambil anak bongsunya itu. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Selasa lalu, ibu berkenaan, Nor Jam’atul Mohd Nordin, 31, pulang awal ke rumah untuk mengambil anak bongsunya, Nur Shazwani Izni Mazlan berusia lima bulan kerana berasa terlalu rindu untuk memeluk dan menciumnya. Menurutnya, pada kebiasaannya, dia pulang kira-kira jam 7.40 malam, namun pada hari kematian anaknya, dia mengambil keputusan untuk pulang awal kerana perasaan rindu terhadap anaknya itu terlalu kuat.


“Saya tidak menyangka perasaan rindu kepada anak bongsu pada hari kejadian terpaksa saya tanggung buat selama-lamanya apabila dia kini sudah tiada.


“Lebih menyedihkan saya tidak dapat bersama ketika saat akhirnya, malah tidak menyangka anak saya maut akibat makanan yang diberikan,” katanya.


Anak bongsu daripada tiga beradik itu meninggal dunia selepas pengasuhnya menyuapkan bubur nasi menggunakan botol susu sebelum meninggalkan mangsa bersama dua bayi lain yang turut dijaganya. Mangsa dipercayai tercekik bubur berkenaan. Menceritakan kejadian itu, ibu malang terbabit berkata, ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Shah Alam, tiba-tiba pengasuh anaknya menelefon memaklumkan anak bongsunya itu mengalami kesukaran bernafas akibat tercekik selepas disuapkan bubur nasi menggunakan botol susu.


“Saya mengarahkan agar membawanya ke hospital. “Bagaimanapun, pengasuh berkenaan menghantar anak saya ke klinik berdekatan dan doktor yang merawatnya mengesahkan anak sudah meninggal dunia,” katanya.


Katanya, selepas disahkan meninggal dunia, dia menghantar jenazah anaknya ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Meranti, di sini.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Superintendan Baharuddin Ayob ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.



gambar seram
gambar seram
gambar seram
gambar seram

gambar seram
gambar seram
gambar seram
gambar seram
gambar seram
gambar seram

KOTA KINABALU: Empat belas guru, termasuk dua wanita bertarung dengan nyamuk dan pacat kira-kira 11 jam dalam hutan paya bakau di Kampung Sabur, Pulau Banggi, kira-kira 300 kilometer (km) dari sini, kerana bersembunyi daripada seorang guru lelaki yang mengamuk menggunakan pedang samurai. Mereka terpaksa melompat keluar dari rumah dan kuarters guru setinggi dua meter di Sekolah Kebangsaan (SK) Sabur selepas dikejutkan dengan hentakan pedang di kediaman masing-masing sebelum melarikan diri ke hutan paya bakau bagi mengelak dicederakan dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu. Dua belas guru lelaki terbabit mengajar di sekolah itu antara dua hingga 10 tahun, manakala dua guru wanita itu baru berpindah ke sekolah berkenaan.


Saksi berkata, ketika kejadian kebanyakan guru di rumah dan kuarters diperbuat daripada papan itu nyenyak tidur sebelum dikejutkan dengan hentakan kuat pada dinding dan pintu, selain pekikan lelaki mengamuk.


“Sebaik membuka pintu, saya terkejut melihat guru lelaki berusia 30 tahun mengamuk dengan melibas pedang samurai dan menghentak pedang ke dinding dan pintu rumah kawan saya.


“Saya terus mengejutkan tiga rakan lain dan melompat keluar dari rumah papan setinggi kira-kira dua meter untuk melarikan diri ke dalam hutan paya bakau.
“Ketika menyelamatkan diri, saya nampak ada beberapa guru lain termasuk wanita turut melarikan diri ke dalam hutan.


"Sebelum melarikan diri, ada seorang kawan saya sempat mengambil telefon bimbit dan menghubungi polis tetapi polis hanya tiba kira-kira jam 12 tengah hari.


“Kami agak kecewa kerana polis dari Balai Polis Banggi di pekan Karakit hanya datang kira-kira 11 jam,” katanya ketika dihubungi di Pulau Banggi, semalam.


Pulau Banggi dengan keluasan 432 kilometer (km) persegi adalah pulau terbesar di Malaysia yang boleh dikunjungi dengan menaiki feri dari Kudat yang perjalanannya mengambil masa satu setengah jam. SK Sabur mempunyai 18 guru dan lima kakitangan sokongan, kebanyakan guru adalah dari Semenanjung, manakala jumlah muridnya ialah 190 orang.


Saksi itu berkata, mereka hanya dapat keluar dari tempat persembunyian masing-masing selepas mendengar bunyi helikopter Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bot PDRM.


Difahamkan, guru yang mengamuk itu berasal dari Ranau dan sudah berkahwin dengan wanita tempatan. Dia dikatakan mengajar di sekolah itu sejak lapan tahun lalu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kudat, Deputi Superintendan Dawi Ossen, mengesahkan guru berkenaan ditahan di rumahnya tidak jauh dari sekolah, tengah hari kelmarin.


"Ketika ditahan, suspek tidak melawan dan kita turut merampas sebilah senjata tajam daripadanya,” katanya.


Mengenai kelewatan anggota polis tiba di tempat kejadian, beliau berkata, angin kencang menyebabkan anggota dari Balai Polis Banggi terpaksa meredah ombak besar dan meminta bantuan Unit Udara PDRM.


Sebuah hadis yang dikeluarkan oleh al-Tarmizi daripada al-Hakim, daripada Abdullah bin Umar, daripada Nafie', daripada Ibnu Abi Hudaei', daripada Abdul Rahman bin Abdillah, daripada Sai'd bin Musayyab, daripada Abdul Rahman bin Samurah katanya, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:


"Aku juga melihat umatku yang sedang menjunam jatuh ke dalam neraka, tiba-tiba datang air matanya yang menitis semasa di dunia dahulu disebabkan oleh sesalan terhadap perbuatannya yang buruk, semata-mata kerana Allah. Lalu air mata sesalannya itu menyambarnya daripada terus terjatuh ke dalam kawah neraka, menyebabkan dia terkeluar daripada neraka itu."



Sumber : http://goldazone86.blogspot.com/2011/01/air-mata-sesalan-selamatkan-manusia.html



Ada Apa Dgn Syurga Itu Indah.....


Assalamualaikum. Selamat malam semua. Buat pertama kalinya aku akan cerita tentang, ada apa dgn Syurga Itu Indah. Pada pendapat korang, apa konsep sebenar blog ni ye? Kalau tengok nama blog, macam blog agama, ye tak? Tapi tak sepenuhnya berfungsi sebagai blog agama. Haru biru jadinya. Tatau konsep yang lebih diberi pemberatan. Sebetulnya, blog ni bersifat blog peribadi.


Sebelum ni, ada blogger berpesan kepada aku, blogging bukan mengenai berapa jumlah entry yang dipost setiap hari, tetapi kualiti entry tersebut. Ada benarnya. Tapi sebetulnya, aku tak macam tu. Ada ketika, aku buat entry untuk kepuasan dan meluahkan perasaan, dan ada ketika aku post entry yang aku rasa berguna. Mungkin untuk orang lain, dan yang paling penting untuk aku sendiri. Biar la orang tak nak baca sekali pun. Sebab aku suka himpunkan artikel yang aku rasa baik. Kan aku ni cikgu. Mana tau, pendidikan Malaysia satu masa nanti akan berubah. Mungkin budak kat sekolah dah ada kemudahan internet yang laju. Bolehlah aku suruh diorang bukak blog aku ni. Boleh la tambah lagi menu kat bahagian atas untuk subjek-subjek peperiksaan. Kesimpulannya, tujuan korang berblog mungkin tak sama dengan tujuan aku. Tak kisahlah macam mana cara kita menggunakan blog, asalkan kita semua sentiasa menjaga etika dalam penulisan.




Baiklah, berbalik kepada tajuk asal. Seperti mana yang aku katakan tadi, betul kita semua bebas berblog. Tapi ada beberapa perkara yang aku memang tak suka pada sesetengah blog.


Aku tak kesah kalau blog ko tak cantik, byk widget2 pelik dan tak kemas sekali pun. Tapi aku cukup tak suka blog ko bila:



Yang pertama, blog ko dah ok da. Kemas dan tersusun. Tapi ko ada tulis ayat yang lebih kurang camni:

"ni blog aku, sape tak suka bleh blah dari sini"
"kalo korang tak suka blog ni, cepat2 tekan pangkah kat kanan atas"
"sape tak suka aku, bleh berambus"



Kedua, blog ko memang superb. Cantik dan penuh dgn ciri2 keperempuanan. Tapi korang merosakkan bahasa. Aku pun tak reti nak tiru. Adoi... tapi aku akan cuba gak bagi contoh:

"itew Xcke dye cbb dye gemOk" (haha...aku memang tergelak time taip ayat ni)

Takleh ke tulis elok2. Kot ye pun nak singkatkan, jgn la sampai susah nak paham. Guna ayat standard kan lagi bagus. Korang bajet cute ek?


Ketiga, aku tak kesah ko nak buat popup slmt dtg dan sebagainya time bukak blog ko. Tapi aku cukup menyampah bila tak boleh right clik. Susahnya aku nak bukak new tab. Aku rasa bukan aku je. Ramai lagi yang mengalami masalah macam aku. Aku ni jenis suka bukak tab banyak2. Kalo risau sangat org copy entry ko, ko tak payah tulis terus. Simpan je idea2 bernas ko dalam tempurung kepala ko tu. Blog agama pun nak disable klik kanan. Bagi aku, ilmu agama elok disebarkan. Makin tersebar, makin banyak pahala ko dapat.


Keempat, ko bajet ko moden dan cool habis. Aku cukup tak berkenan bila blogger perempuan yang tulis perkataan “damn” dalam enty. Suka mengamuk2 dlm bahasa Inggeris. (contoh lain bahasa inggeris yang mencarut. Korang phm2 sendiri la). Tu tak masuk dengan gambar gedik lagi. Gambar kembong2 pipi. Kadang2 tu, yang gemok hitam pun nak buat2 kiut. Adeh, tak selera aku... Korang simpan je gambar2 sexy tu untuk tatapan furure husband korang nanti. Buat pe nak tunjuk kat semua orang. Sebab tu aku hanya suka baca blog2 perempuan yang tulisannya smooth dan takde gambar2 yang over. Laki selalunya takda gambar2 poyo nih. Kecualilah dia bapuk. Haha.


Ada lagi tak? Kalau ada, korang tambah sendiri kat bahagian komen k... Ada sape2 yang nak marah aku ke pasal n3 ni? Haha... Harap2 sape yg blognya ada ciri2 seperti diatas dan kebetulan baca n3 ni, silalah berubah...



Salam yer... Petang ni kita santai2 layan video2 lucu nih... Malam nt bru ad entry serius! Terima kasih kepada semua yg sudi singgah sini... Baru2 ni blog SII selalu je ada yang bertandang, Walaupun sikit, tapi tak putus2... Terima kasih... Harap anda selesa di sini :)









Yang last ni video saya n member2 saya bwt... Sory kalo tak brapa nak klako yer... Chow!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates