Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya. Saat itu malam hari raya seperti biasanya, Rasulullah S.A.W dan para sahabat membaca Takbir, Tahmid dan Tahlil di Masjidil Haram. Saat sedang bertakbir, tiba- tiba Rasulullah S.A.W keluar dari kelompok kearah dinding. Kemudian Rasulullah S.A.W mengangkat kedua tangannya saat itu Rasulullah S.A.W mengatakan amin sampai tiga kali.

Setelah Rasulullah S.A.W mengusapkan kedua tangan diwajahnya. para sahabat mendekati dan bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang terjadi sehingga engkau mengangkat kedua belah tanganmu sambil mengatakan amin sampai tiga kali?" Jawab Rasulullah S.A.W, "Tadi saya didatangi Jibril dan meminta saya mengaminkan doanya."

"Apa gerangan doa yang dibacakan Jibril itu ya Rasulullah?" tanya sahabat. Kemudian Rasulullah S.A.W menjawab, "Kalau kalian ingin tahu inilah doa yang disampaikan Jibril dan saya mengaminkan":

Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia masih bersalah kepada orang tuanya dan belum dimaafkan. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal ibadah kaum muslimin selama bulan Ramadhan apabila suami isteri masih berselisih dan belum saling memaafkan.

Demikianlah doa yang dibaca Jibril sehingga Rasulullah S.A.W mengaminkan sampai tiga kali. Semoga mendapat pengajaran.

Download jadual berbuka puasa dan imsak bagi tahun 2011 dalam bentuk pdf:






Bagi negeri Johor, Perak, Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Kedah, klik SINI untuk download jadual waktu berbuka dan imsak mengikut zon. Terima kasih dan selamat berpuasa :-)


kegunaan babi

Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas...

gambar duit syiling baru 2012

Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri ketiga duit syiling baharu bermula tahun depan. Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata duit-duit syiling baharu yang dalam denominasi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara. Ia menggantikan duit syiling sedia ada yang diperkenalkan sejak 20 tahun lalu.

gambar duit syiling baru 2012

Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia, Siri duit syiling baharu ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya. Bagi syiling 10 sen dan 5 sen ia berwarna perak manakala 20 sen dan 50 sen berwarna emas. Motif dominasi 5 sen ialah sulur kacang, 10 sen (bunga melur) dan 20 sen (anyaman orang asli) memaparkan 14 titik melambangkan tiga 13 negeri serta satu Wilayah Persekutuan dan motif duit syiling 50 sen (kain tenunan destar sigar) mempunyai lima garis mendatar melambangkan lima prinsip rukun negara. Bahagian belakangnya memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan Bank Negara Malaysia sebagai pihak berkuasa mengeluarkan duit syiling.Duit syling berwarna kuning dan perak ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama. Siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Pada majlis itu, beliau turut memperkenalkan siri keempat duit kertas baharu yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada bulan September.

Assalamualaikum. Oleh sebab ketandusan idea, dan kurangnya waktu untuk menghasilkan entry yang panjang berjela2, hari ni saya nak ajak anda semua layan gambar2 yang kelakar tak hengat nih. Semoga terhibur…

gambar kelakar

gambar kelakar

gambar kelakar

gambar kelakar

gambar kelakar

gambar kelakar

gambar kelakar

gambar kelakar

gambar kelakar

gambar kelakar


Assalamualaikum. Semalam tidur tersangatlah awal, tapi bangun pagi tak awal pun. Hehe… Masa senggang di sekolah ni, terasa nak menulis sikit pasal “pak turut”. Yea, tau kan maksud pak turut. pak turut tak semestinya lelaki. Perempuan pun boleh jadi. Cuma orang tak sebut mak turut. Hehe…

Bukan apa, terperasan ramai yang jadi pak turut dalam dunia blogging sekarang ni. Mentang2 la blogger tu famous, followers ramai, page rank tinggi, trafik melimpah2… Dia pun asik setuju je dengan apa yang blogger otai tu tulis. Setiap pendapat disokong. Tiada langsung bangkangan. Bahkan bila blogger tu kutuk or hina someone pun, dia masih lagi sokong! Apakah? Anda tak pernah rasa ke, kadang2 pendapat seseorang tu, kadangkala mungkin salah, kurang tepat dan sebagainya.

Bagi saya kita perlu ada pendirian. Kita tak boleh semena2 sokong macam tu je. Kita perlu ada pendapat dan pandangan sendiri. Bila komen kat entry jangan lah jadi pak turut.

Sebagai contoh, blogger otai tu kata blog si polan nih teruk… Dah la widget pelik2, berserabut… Lagu plak mengganggu… Anda pun tambah lagi kat tempat komen. Haah, teruk betul blogger tu. Dah la blog ntah hape2, tak nak dengar teguran orang plak tu. Sape la nak datang blog dia. Ish3…

Macam tu ke cara terbaik kita tinggalkan komen? Nak kipas pun agak2 la. Bertempat sikit. Tak elok jadi kaki bodek ni. Tapi jangan la sampai asik nak melawan je pulak. Semua benda nak bangkang. Orang kata A, dia kata B. Huhu…

Kan lebih bagus, kalau niat kita ikhlas mencari ilmu. Untuk tahu isu yang sedang hangat dibincangkan. Dan lebih baik kalau niat kita ikhlas untuk berkawan. Bukannya untuk kipas blogger otai sampai terbang melayang2… Sekian.

Photobucket

sahabat


Bismillahirrahmanirrahim…

Sahabat adalah satu keperluan dalam hidup. Setuju tak? Sepertimana kita perlukan keluarga, begitu juga kita perlukan sahabat yang baik dalam hidup. Dan sahabat yang baik, ialah insan yang sentiasa inginkan kebaikan untuk diri kita. Sahabat yang baik ialah sahabat yang tidak senang melihat anda melakukan hal yang salah. Dan sahabat yang baik ialah sahabat yang akan lebih gembira daripada diri anda sendiri apabila anda berjaya dalam apa yang anda lakukan. Dan sahabat yang terbaik ialah sahabat yang anda, ada dalam doanya selalu.

Sekali kamu bersahabat, biarlah kamu pegang persahabatan itu sampai mati. Tetapi persahabatan itu bukannya selalu indah, ada masa suram, dan ada masanya bergelora...”

Dalam kitab Ihya ‘Ulumuddin, Imam Al-Ghazali ada mengatakan bahawa tingkat yang tertinggidalam persahabatan ialah melebihkan sahabat itu dari diri sendiri. Contohnya:

Anda berasa lapar. Lalu anda pergi beli makanan untuk dijamah. Tiba-tiba anda teringat sahabat anda yang belum makan. Duit yang anda bawa cukup-cukup untuk membeli sebungkus nasi yang hanya cukup untuk seorang. Sahabat anda itu pula, juga tiada duit. Tetapi, kerana teringatkan sahabat, maka anda bawa makanan itu dan beri pada sahabat anda. Lalu anda berkata, anda sudah pun kenyang.

Mungkin contoh diatas tidak sedahsyat mana. Tetapi berapa ramai diantara kita, akan melakukan tindakan seperti itu untuk seorang sahabat? Mampukah anda berbuat demikian? Mementingkan sahabat berbanding diri sendiri. Itu tingkat yang paling tinggi dalam persahabatan. Manakala tingkat yang paling rendah dalam bersahabat adalah bersangka baik terhadap sahabat sendiri. Malah, sampai satu tahap, apabila anda dimaki oleh sahabat sendiri lantaran emosinya tidak stabil, anda tidak berkecil hati. Dan anda cuba untuk memahami bahawa sahabat anda itu sedang dilanda masalah. Maka anda bersangka baik dan memaafkannya.

Sahabat yang baik menjadi penyeri hati... Semoga Allah merahmati...

anak menangis


Bismillahirrahmanirrahim…

Ingat tak masa kecik-kecik dulu, mak ayah la tempat kita mengadu. Masa kecik, kita sangat rapat dengan mak ayah. Masa suka, masa duka, kita akan bersama mak ayah kita. Satu hari tu, kita main kejar-kejar dengan kawan. Kita lari lari lari dan lari, tiba tiba kita tersandung dan jatuh. Kita sakit, lutut berdarah, kita menangis. Bila dah sakit, kita menangis jumpa mak. Mak pun dengan risau tanya kenapa. Kita pun datang kat mak, peluk mak, cakap tadi jatuh, lutut berdarah. Mak pun peluk kita jugak nak pujuk kita. Lepas tu mak sapu ubat kat lutut kita. Betapa sayangnya mak kat kita. Kalau main dengan kawan tu, bila kita buat salah kat kawan, kawan pun cakap "aku tak nak kawan dengan ko lagi!" Kita pun sedih sebab kawan dah tak nak kawan dengan kita. Kita jumpa mak, kita mengadu. Kita buat muka sedih depan mak. Mak pun tanya kenapa. Kita pun jawab "Mak, dia tak nak kawan dengan kita." Mak pun peluk kita nak pujuk kita. Bila mak peluk tu, kesedihan kita pun hilang.

Bila ayah nak keluar je, kita mesti tanya "ayah nak pegi mana?" Pantang kalau kita nampak ayah nak keluar. Bila ayah cakap je nak pegi kedai, kita mesti nak ikut. Kalau ayah tak bagi, kita mesti merajuk. Last-last ayah pun mengalah. Ayah bagi ikut. Sampai je kat kedai, kita mintak macam-macam. Nak mainan la, nak jajan la, nak tu la, nak ni la. Ayah pun belikan. Kita pun cakap kat ayah terima kasih. Ayah ajar kalau orang bagi kat kita sesuatu, ucap terima kasih. Sebab tanda kita menghargai pemberian orang.

Bila kita dah masuk sekolah menengah, masa tu la kita mula jauh dari mak ayah kita. Time tu la kita mula ada rasa kononnya kita dah dewasa, tak perlu lagi nak bergantung sangat dengan mak ayah. Nak belajar berdikari. Tapi kita tak sedar yang ayah dengan mak kerja kuat nak sekolahkan kita. Bayar yuran sekolah, bagi duit saku. Kita dah belagak cakap yang kita nak berdikari. Memang mak ayah ajar kita supaya berdikari, tapi jangan nak belagak yang kita mampu buat semua. Kalau tak kerana ayah dengan mak yang kerja kuat, kita tak mampu nak sekolah. Start sekolah menengah la, ego kita kat mak ayah mula menebal. Start tu jugak kita dah mula mengenal 'cinta monyet'. Kerana cinta la kita semakin jauh dengan mak ayah kita. Start dari sekolah menengah sampai kita besar, semakin hari kita semakin jauh dari mak ayah kita. Ego kita pun dah makin menebal. Punca utama sebab kita dah pandai untuk bercinta.

Bila kita dah pandai bercinta, kita lalai dengan dunia remaja kita. Kita dah mula lupa dengan mak ayah. Kalau ada berita gembira atau sedih je, kita dah tak ngadu lagi kat mak ayah. Kita dah ada pendengar setia yang baru. Pakwe atau makwe kita. Satu hari tu kita de masalah dengan kawan, kita bermasam muka dengan kawan. Kita dah tak ngadu lagi kat mak ayah. Kita ngadu kat pakwe or makwe. Kita dah lupa dah masa kecik-kecik dulu bila kita sedih, kita mesti ngadu kat mak ayah kita. Kononnya, dah besar. Tak perlukan lagi ngadu kat mak ayah. Kalau kita lagi sedih, kita menangis depan pakwe. Pakwe pun pujuk kita. Dia peluk kita, usap-usap kepala kita. Masa tu kita tak pikir pun dosa pahala. Kita dah lupa dulu masa kecik-kecik bila kita sedih, mak la yang peluk kita. Kalau sekarang kita nak peluk mak ayah kita, kita malu. Kita dah besar. Malu nak menangis depan mak ayah kita. Malu nak mintak mak peluk kita.

Bila result exam baik, dapat tawaran masuk U, kita happy. Happy sebab dapat masuk U. Bagi tau kat mak ayah. Mak ayah happy. Ucap tahniah kat kita. Tapi kita tak pernah pun ucap terima kasih kat mak ayah kita sebab kita dapat masuk U ni pun hasil kerja keras mereka yang membolehkan mak ayah hantar kita pegi sekolah. Apa yang kita pikir kita masuk U ni pun sebab usaha kita yang belajar bersungguh-sungguh. Kita tak pikir pun kalau tak kerana kerja keras mak ayah, kita tak akan kenal apa tu sekolah. Lepas dapat result masuk U je, kita tak penah pun nak celebrate dengan mak ayah kita. Kita celebrate dengan pakwe or makwe kita. Sebab nak share rasa happy ni. Kita tak pernah pun nak celebrate dan share rasa happy ni dengan mak ayah kita. Lagipun nak celebrate puas-puas dengan pakwe or makwe sebab lepas ni nak masuk U. Dah susah nak jumpa lagi. Kita tak pernah pikir pun lepas ni kita nak berpisah dengan mak ayah kita. Apa yang ada dalam otak kita, lepas ni nak berpisah dengan pakwe or makwe. Nak habiskan masa puas-puas dengan pakwe or makwe.

Bila dah dekat tarikh nak masuk U tu, kita mula sedih. Sedih sebab nak tinggalkan pakwe or makwe. Kita tak rasa sedih pun sebab nak tinggalkan mak ayah. Yelah, sebab mak ayah suka berleter. Kalau masuk U, rasa bebas pulak. Takde sapa nak marah buat tu, buat ni. Tak dengar lagi mak ayah berleter. Bila pakwe or makwe berleter kat kita, kita boleh tau pulak yang dia marah sebab dia sayang sangat kat kita. Siap mintak maaf lagi janji tak buat lagi. Tapi bila mak ayah marah, kita marah balik. Kita pandai nak menjawab, membantah. Lepas tu kita merajuk. Masuk bilik hempas pintu kuat-kuat. Konon nak tunjuk kita pun ada perasaan dan boleh marah jugak. Kita tak sedar kalau kita buat macam tu dah jatuh hukum derhaka. Dia marah sebab sayang, risau kat kita. Tak nak anak dia buat benda-benda tak elok or tak nak kita dalam bahaya. Tapi kita tak pernah cuba nak faham. Apa yang kita pikir, perasaan kita je. Tak pernah nak pikir perasaan mak ayah. Kita ni pentingkan diri sendiri.

Bila dah kat U, kita tak pernah nak rindu kat mak ayah kita. Apa yang kita rindu, pakwe or makwe kita. Rindu saat-saat manis bersama si dia. Tak pernah nak bayangkan saat-saat manis dengan mak ayah kita. Kita tak pernah jemu belek hari-hari album kita dengan pakwe or makwe kita dalam laptop or henset. Gambar mak ayah ada sikit je. Tak pun tak pernah ada langsung. Apa yang penuh gambar pakwe or makwe kita. Siap buat wallpaper lagi. Tapi kita tak sedar betapa rindunya mak ayah kita kat kita. Sebab tu dia kerap call kita bertanyakan khabar kita. Tapi kita jarang sangat call mak ayah kita. Mak ayah je yang biasa call. Kalau kita call mak ayah pun sebab nak mintak duit je. Tapi dengan pakwe or makwe, selalu kita call dia. Dah la henset tak pernah lepas dari tangan. Kalau boleh nak mesej 24 jam. Tapi tetap tak puas gak kalau tak dengar suara dia. Rindu kat dia. Rindu nak jumpa dia. Kita tak pernah nak rindu kat mak ayah kita. Kalau kita ada pakwe or makwe belajar kat U yang sama, pun macam tu jugak. Dah la jumpa hari-hari. Tapi masih nak mesej or call jugak. Tak puas jumpa tadi, nak mesej or call lagi. Dengan mak ayah, kita lupa. Kita lupakan mak ayah sebab cinta. Cinta sejati katanya. Sejati ke kalau kita sampai lupa mak ayah kita?

Bila cuti sem je, kita tak sabar nak balik rumah. Sebabnya boleh jumpa pakwe or makwe kat kampung. Kita tak rasa gembira pun sebab balik dapat jumpa mak ayah kita. Mak ayah kita happy sangat-sangat sebab tak sabar nak jumpa kita. Tapi kita lagi tak sabar nak jumpa pakwe or makwe kita. Kalau pakwe or makwe kita belajar kat U yang sama, kita rasa sedih. Sedih sebab cuti tak dapat nak jumpa pakwe or makwe kita. Kita tak pernah rasa happy sebab dapat balik jumpa mak dengan ayah kita. Lepas tu kita sedih sebab nanti balik mak ayah suruh buat macam-macam. Kemas rumah, jaga adik, kena leter dan macam-macam lagi.

Dalam usia yang muda macam ni, banyak dah dosa yang kita dah buat kat mak ayah kita. Apatah lagi bila kita dah dewasa kelak. Kita sibuk dengan dunia pekerjaan kita sehingga abaikan mereka. Bila kita sendiri dah berkeluarga, lagi la kita akan jauh daripada mereka.

Cuba kita renung-renungkan. Dari kita kecik sampai la besar, berapa banyak dosa kita dah buat kat mak ayah kita. Kalau kita pernah buat baik kat mak ayah kita pun, berapa la sangat kalau nak dibanding dengan dosa kita kat mak ayah kita. Kebaikan yang kita buat pun, tak kan mampu untuk membalas jasa mak ayah kita yang sanggup bekorban untuk menjadikan kita sebagai manusia yang berguna.

Bayangkan kalau satu hari nanti kita lalai dengan dunia kita, kita dapat satu panggilan yang menyatakan mak ayah kita dah pergi untuk selama-lamanya. Bila balik rumah, terbujur tubuh mak ayah kita dah tak bernyawa. Mak ayah pergi buat selamanya. Mak ayah pergi selepas menyelesaikan amanah mereka untuk mendidik kita supaya menjadi insan yang berguna. Kini mak dengan ayah boleh pergi dengan tenang. Tapi kita sempat ke tunaikan amanah kita terhadap ibu bapa kita? Kita banyak buat dosa kat mak ayah kita. Sempat ke nak mohon ampun daripada mak ayah kita? Waktu tu pun, kita dah tak sempat nak tunjukkan rasa sayang kita kat mak ayah kita. Mak ayah terpejam lena.

"Mak, ayah, nampak tak kita mandikan jenazah mak ayah?"
"Mak, ayah, nampak tak kita jadi imam hari tu untuk sembahyangkan mak ayah?"
"Mak, ayah, kita sayang sangat kat mak ayah. Mak, ayah, dengar tak kita cakap?"
"Mak, ayah, kita dah lama tak peluk dan cium mak ayah. Hari ni baru kita dapat rasa peluk mak ayah macam kita kecik-kecik dulu. Tapi kenapa tubuh mak ayah tak hangat lagi macam dulu?"
"Mak, ayah, nampak tak kita hantar mak ayah ke kubur untuk disemadikan buat selamanya?"




Salam pagi Jumaat semua yer… Ingat nak buat entry serius, tapi takda kudrad nak mengarang. Pagi ni entry simple je lah. Kali ni saya nak tunjukkan video iklan yang saya rasa kelakar. Heheh…

Video pertama adalah video Yuna. Tengok cara dia cakap, memang saya rasa nak tergelak. Bila saya ajuk dialog dia, adik saya confirm tergelak punya.

Try la ulang ayat kat bawah ni dgn gaya Yuna… Manja2 macam yuna jugak taw. Haha…

Anda pun cubalah sesuatu yang baru jugak…

Cubalah Libresse… Wuhuuu!


Video kedua ialah video M. Nasir yang sengal. Haha… layan…


Waaaaa, biar betul!! Biar betul, biar betul2… Hahah… Ops, lupa bagi salam. Assalamualaikum semua pengunjung blog Syurga Itu Indah. Semoga anda semua sentiasa berada di bawah perlindunganNya.

Baiklah, baru2 ni saya ada terbaca mengenai copycat yang kantoi di blog Shahjiehan.com . Ada sorang blogger yang copy paste entrynya pasal panjat pokok manggis. Alahai, agak2 la nak copy pun… Nak copy pasal fakta, berita, isu semasa atau hal2 agama tu, boleh consider lagi. Ni tak… Pasal pengalaman peribadi pun copy jugak? Dia takda pengalaman sendiri ke???

Nak dijadikan cerita, saya saje2 bukak nuffnang dan usha bahagian nuffnang community sebab nak tengok, blogger mana yang view, ataupun secara tak sengaja termasuk blog saya nih. Jarang sangat saya buat macam nih. Saya pun pergi la bertandang ke salah sebuah blog ni. Terkejut saya bila tengok entry saya ada kat situ.

blog copy paste
Nie lah entry saya yang berada di blog tersebut. Sengaja saya tak beri link kepada anda semua, bagi mengelakkan blogger tersebut mendapat trafik percuma.

Tekan ctrl dan klik SINI untuk lihat entry asal saya. Dengan gambar beruk tu pun dia rembat jugak T_T…


Gambar Kucing Lucu
Gambar Kucing Lucu
Gambar Kucing Lucu
Gambar Kucing Lucu
Gambar Kucing Lucu
Gambar Kucing Lucu

Gambar Kucing Lucu

Gambar Kucing Lucu

Salam semua. Pernah dengar berita tentang ikan jatuh dari langit? Pernah kan? Cerita ni dah lama sebenarnya. Cumanya, terasa nak tulis sedikit mengenainya. Best ke tak best kalau ikan jatuh kat Malaysia? Hehe…Sebelum ni, katak turut telah dilaporkan pernah menghujani negara Jepun, Cacing-cacing tersebar di tanah dalam jumlah yang cukup banyak di Lousiana, dan kemungkinan besar kejadian ini terjadi akibat dari angin puting beliung atau angin pusaran yang kuat. Angin pusaran ini mampu menyedut apa sahaja yang berada dilaluannya. Jom layan video nih dulu…


Penduduk di pedalaman Australia yang kecil kelu selepas ikan mula jatuh dari langit. Beratus-ratus ikan jatuh di seluruh tempat. Ikan semua masih hidup ketika mereka jatuh ke tanah.

ikan jatuh dari langit

Meterologists berkata kejadian itu mungkin disebabkan oleh puting beliung. Ia menghisap air dan ikan dari sungai-sungai dan melepaskan mereka beratus batu jauhnya. Cuaca yang ekstrem ini menghisap ikan kedalam badai. Ikan yang terhisap di dalam badai tersebut kemudian dibawa oleh tiupan angin yang kencang, kemudian kembali terjatuh ke permukaan tanah, dan fenomena itu sendiri yang disebut hujan ikan yang terjadi di Australia.

Kalau ikan jatuh kat Malaysia, korang bela tak ikan tu? Ke korang belasah masak? Hehe…

ikan laga
Yang ni ikan laga. Mana boleh makan… Huhu… Sape makan jugak, memang kejam la...


Rozita Che Wan Bogel


“Saya tak pernah terfikir sampai ke situ,” kata pelakon terkenal, Rozita Che Wan, 37, yang menyangkal dakwaan dia terkena sihir atau penyakit misteri sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital dua kali sepanjang bulan lalu.

Sehubungan itu, ibu tunggal kepada dua anak itu meminta orang ramai terutama peminatnya tidak membuat sebarang andaian buruk terhadap status kesihatannya dan menjelaskan dia kini sudah pulih. Menurutnya, pada awal Jun lalu, dia dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, Selangor kerana mengalami kecederaan pada kaki kanan akibat terjatuh dari tangga rumahnya sehingga menyebabkan ligamen kakinya terkoyak. ketika kejadian kira-kira jam 9 malam itu, dia baru saja pulang daripada penggambaran episod terakhir drama bersiri Anissa yang kini bersiaran menerusi slot Samarinda di TV3.

“Pada awalnya saya sangka hanya sakit biasa, tetapi ketika hendak tidur kaki saya semakin sakit dan segera menghubungi abang saya meminta dia menghantar ke hospital. Ketika hendak mendapatkan rawatan, kaki saya terlalu sakit dan tidak boleh berjalan. Saya terpaksa didukung abang untuk ke kereta sebelum dibawa ke hospital,”

Selepas pemeriksaan x-ray dilakukan, doktor mendapati ligamen kakinya terkoyak dan dia diberi rehat seminggu serta terpaksa bercuti daripada sebarang penggambaran.
“Doktor kata ia tidak teruk, tapi saya perlu kurangkan berjalan dan tidak boleh bekerja sehinggalah saya betul-betul sembuh,”

Selepas kecederaan kakinya pulih, pada pertengahan Jun lalu dia sekali lagi terpaksa dirawat ke hospital.

“Saya berasa sakit kepala dan sekali lagi mendapatkan rawatan di hospital sama. Selepas pemeriksaan, doktor memberitahu saya menghidap demam kuning dan terpaksa dimasukkan ke wad selama lima hari,”.

Ketika ditanya mengapa dia tidak mahu menerima pelawat sepanjang dirawat di hospital, Rozita berkata, dia hanya mengikut nasihat doktor yang mahukannya berehat sepenuhnya.

“Bukan semua orang tak boleh melawat saya di hospital kerana ahli keluarga terdekat dibenarkan berbuat demikian. Hakikatnya, saya sakit biasa saja dan menerima rawatan seperti orang lain di hospital, selain mengikut nasihat doktor supaya tidak melakukan sebarang kerja. Jika doktor tidak tahu punca penyakit saya memang saya takut juga kerana mungkin ada sebab lain, namun apabila doktor beritahu saya menghidap demam kuning, saya yakin tiada apa yang perlu dibimbangkan. Malah, kini saya sudah sihat dan boleh kembali bekerja,”

blog pilihan hati


Assalamualaikum. Apa khabar semua. Hope masih ada yang sudi jenguk blog picisan saya nih. Kali ni saya nak join bloglist Pilihan Hati. Caranya mudah saja, hanya dengan membuat satu entry, letakkan link, dan letakkan banner.Tapi sebulan je blog akan tersenarai dalam bloglist T_T … Nape kejap sangat. Kenapa tak staun, soploh taun, doploh lima taun. Hehe… Sebelum ni, saya dah pun join bloglist Kak Diana di blog Senyum-Senyum. Harap tersenarai dalam bloglist blog Pilihan Hati pula. Okaylah, sampai sini saja malam nih. Pai pai…


Salam Satu Malaysia. Baru2 ni saya saja2 buat akaun di web tonton tv3. Tergerak pula untuk tengok cerita Juvana. Best pulak layan… Tapi yang tak best nya, rasa lain macam tengok kat situ. Gambar kejap2 sangkut, berkedip2. Jadi saya try tengok kat you tube. Lagi senang… Tapi ada episod yang tak tersusun. Last2, tengok kat tonton.com.my semula…

juvana megaupload download

Semalam masa meredah alam maya ni, terjumpa pula blog yang menawarkan link untuk download cerita Juvana nih dari episod satu hingga episod dua belas. Memang cun sangat la. Megaupload pulak tu. Tak payah susah2. Bagi yang gemarkan cerita nih, jom sama2 download kat SINI!

duit seratus


Fauzi pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM1 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM100 kepada Fauzi .Fauzi tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Fauzi menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu. Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Fauzi kembali menepuk bahunya dan Fauzi mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM100 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi". T_T


Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"

Salam semua. Semalam di sekolah saya telah menjadi salah seorang fasi bagi Program Kepimpinan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Dan saya ditugaskan di slot tayangan. Cerita yang telah saya pilih ialah “Kelembuatan Hati Sang Khalifah”. Memang elok benar rasanya saya kongsikan video tersebut pada hari Jumaat yang mulia ini. Ceritanya memang sedih dan menyentuh perasaan. Betapa baiknya hati Umar. Dan sifat tanggungjawab yang ada dalam dirinya, harus kita jadikan tauladan dan ikutan.


mawi dan ekin


Salam satu Malaysia. Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan tahniah kepada Mawi kerana dalam masa 7 bulan dari sekarang, dia bakal bergelar seorang ayah. Isterinya, Ekin disahkan hamil dengan usia kandungan 7 minggu. Setelah hampir 3 tahun berkahwin, baru mereka mendapat berita gembira ini.

“Kami berjumpa doktor dua minggu lalu, selepas mendapati kitaran haid Ekin tidak stabil dan doktor mengesahkan Ekin hamil 7 minggu. Dia dinasihatkan agar banyak berehat bagi menjaga kandungannya. Lagi pula dia pernah mempunyai sejarah keguguran dua kali, Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan gembira. Ini mungkin rezeki selepas menunaikan umrah pada bulan April lalu, Saya berharap peminat dan masyarakat mendoakan agar semuanya selamat,"

Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada Mawi dan marilah kita sama2 mendoakan agar semuanya akan baik-baik sahaja.



gambar perkahwinan tomok


gambar perkahwinan tomok

gambar perkahwinan tomok

gambar perkahwinan tomok

gambar perkahwinan tomok

Assalamualaikum… Apa khabar Malaysia? Haha… Bajet satu Malaysia baca blog ni… Seperti yang anda semua dah sedia maklum, Tomok dah pun berkahwin dengan gadis pilihannya. Aku kecewa!!! Aku kecewa!!! Aku kecewa!!! Haha… Cam giler la pulak.

Kenapa aku kecewa? Adakah aku gay? Adakah aku cemburu? Oh, tidak sama sekali. Sebenarnya aku kecewa, isteri Tomok tak bertudung. Kenapa aku plak nak lebey2? Tomok pun ok, aku plak nak emo. Huhu…

Dulu masa aku form one, kumpulan New Boyz sedang naik. Masa tu, dorang memang meletup habis dengan tahap kejiwangan yang sangat melampau. Kira zaman kegemilangan la… Dan aku salah sorang yang sukakan muzik New Boyz. Siap karaoke kat skolah. Dan kaset new boyz ialah kaset pertama yang aku beli dalam hidup aku. Album first memang album terbaik. Bagi aku, kesengauan Tomok tu lah merupakan daya penarik. Suara dia sekarang bagi aku, biasa2 je…

Jadi aku sedikit hampa, apabila salah seorang idola aku dalam bidang seni suara berkahwin dengan perempuan yang tak mementingkan penjagaan aurat. Bukan aku menghukum perempuan tak bertudung tu semuanya jahat, tapi kalau bertudung kan lebih baik. Pape pun, aku doakan segala yang terbaik untuk ko ye bro! Aku sentiasa menyokong dan semoga ko mendapat rumah tangga yang bahagia… Selamat menjalani kehidupan berumah tangga. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu.

Salam semua, kelmarin aku ada join satu segmen promote blog, anjuran KOTAK BULAT. Jadi, hari ni aku bertanggungjawab untuk promote 7 buah blog. Oleh kerana masa yang singkat telah diberikan, aku tak dapat nak komen banyak2 pasal blog2 ni. Mintak maaf banyak2 kepada semua owner blog yang aku review ni yer. Pape pun, korang memang best!

promote blog
Err, aku tak dapat nak baca perkataan kat header tu.
Klik SINI untuk terjah!


promote blog
Blog yang comel. Ciri2 perempuan gitew.
Klik SINI untuk terjah!


promote blog
Blogger ni dah ada style tersendiri.
Penulisan yang kreatif dan ada unsur kecindan.
Kata gila muzik, tapi entry banyak citer pasal berak. err…
Klik SINI untuk terjah!


promote blog
Penulisan yang baik.
Tetapi ada sesetengah entry yang tulisannya kecil dan sukar dibaca.
Harap dapat pasang Blog Archive supaya mudah terjah entry lama.
Klik SINI untuk terjah!


promote blog
Blog yang kemas dan nampak matang.
Follower tak ramai, jadi jom follow blog ni ye!
Klik SINI untuk terjah!


promote blog
Blog yang simple.
Penulisannya banyak pendek2.
Klik SINI untuk terjah!


promote blog
Blog yang kemas, but kalau takda lagu lagi bagus.
Blogger baru, tapi cepat maju. Tahniah!
Penulisan yang baik. Say no to gewdix.
Klik SINI untuk terjah!


saman bekas tunang

Nik Mustafa (dua dari kiri) bersama peguamnya, Mohd Ridzuan berbincang sesuatu di Mahkamah Tinggi Kota Baru

KUALA LUMPUR— Seorang juruteknik kilang memfailkan saman ke atas bekas tunangnya di Mahkamah Tinggi Kota Baru bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM320,000 kerana membatalkan perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung 8 Jun lalu. Nik Mustafa Nik Daud, 30, dari Kampung Jedok Tua, Tanah Merah yang bekerja di Bangi, Selangor memfailkan saman itu melalui peguamnya, Mohd Ridzuan Muhamad semalam.

Dalam tuntutannya, plaintif yang merupakan anak keenam daripada sembilan beradik menuntut bekas tunangnya, Azlina Mohamed, 27, seorang pengurus restoran makanan segera di Serdang, Selangor dan berasal dari Kampung Nibong, Tanah Merah membayar ganti rugi am dan khas kerana mendakwa menanggung malu di atas tindakan wanita itu. Ia melibatkan ganti rugi malu RM200,000, ganti rugi teruk atau ganti rugi teladan RM100,000, ganti rugi khas RM4,457.53 dan ganti rugi kos hangus RM17,000. Nik Mustafa turut menuntut supaya bekas tunangnya itu memohon maaf dalam akhbar berbahasa Melayu di atas tindakan membatalkan perkahwinan tersebut, selama tiga hari berturut-turut. Dia turut menuntut faedah lapan peratus ke atas keseluruhan jumlah saman dari tarikh tuntutan difailkan sehingga kes diselesaikan sepenuhnya.

Nik Mustafa mengalami tekanan perasaan akibat tindakan bekas tunangnya itu kerana telah mengambil cuti kahwin selama seminggu dan rakan-rakannya pula asyik bertanya mengenainya. Akibatnya, dia terpaksa mengambil cuti sakit selama empat hari sehingga prestasi kerja terjejas. Mereka bertunang pada 1 Mei 2011 lalu dengan wang hantaran RM6,000 dan tarikh pernikahan ditetapkan oleh pihak perempuan pada 8 Jun manakala majlis persandingan pada 9 Jun diikuti persandingan di pihak lelaki sehari kemudian. Dia juga telah membeli dua bentuk cincin berharga kira-kira RM3,000 untuk diserahkan kepada bakal isterinya itu pada hari pernikahan mereka.

“Bagaimanapun seminggu sebelum tarikh tersebut, defendan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan meminta saya menangguhkan perkahwinan,”. Berikutan SMS itu wakil bekas tunangnya datang ke rumah ibu saudaranya bagi membincangkan penangguhan itu, tetapi ditolak oleh keluarganya kerana segala persiapan termasuk 1,000 kad jemputan perkahwinan sudah diedarkan.

“Persiapan dulang hantaran sebelah lelaki juga telah diberikan kepada pihak perempuan,” Berikutan itu, bekas tunangnya itu sekali lagi menghantar SMS memutuskan pertunangan mereka seminggu sebelum tarikh mereka dinikahkan. Jelasnya, memandangkan kad jemputan telah diedarkan, maka keluarganya terpaksa menggantikan majlis perkahwinan tersebut dengan kenduri kesyukuran.



kotak bulat


Assalamualaikum… Hari ni terperasan ada sorang blogger buat satu segmen yang simple tetapi cool. Jadi saya terasa nak join. Caranya mudah iaitu dengan menyatakan tarikh mula berblog dan jumlah follower terkini. Baiklah, saya, juga dikenali sebagai Muhammad Burn, mula menulis blog pada tanggal 18 Ogos 2009. Jumlah follower terkini semasa menulis entry ini, agak menarik, iaitu 789. Hehe… Kepada semua yang berminat nak join, boleh terjah BLOG KOTAK BULAT dengan segera!!!

Salam semua. Harini saya demam. Cuaca di Terengganu tersangat la best. Sejuk je... Jarang dapat cuaca gini. Tapi saya tak dapat nak menikmati sepenuhnya sebab badan tak brapa okay. Harini semua kecoh pasal perhimpunan bersih. Bakpe la kerajaan takut sangat dengan bersih ni ye. Kesian pada orang ramai. Susah nak bergerak. Makcik kat kedai makan tadi pun duk ngadu, anaknya yang naik bas tak dapat berhenti di Pudu. Menyusahkan betul. Bukan semua orang yang naik bas ke KL, nak pergi perhimpunan bersih. Akhirnya orang ramai yang menjadi mangsa.

Baiklah, hari ni cuma nak kongsi sedikit mengenai perkahwinan. Jom kita baca…

perkahwinan ghafar

Jodoh pertemuan tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita dan ada orang yang jodohnya cepat sebab jambatannya tidak panjang. "Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya." Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman dan bertanggungjawab. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Sebagai contoh, kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua kejadian pasti ada baik dan buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda mendapat dosa seterusnya membina jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta, kasih, malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu dan ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin terlalu cepat sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates