Sabtu, Februari 19, 2011

Ana Raffali Mahu Buat Kenduri Kesyukuran

BERJAYA membawa pulang RM35,000 dan sebuah trofi setelah lagu Tolong Ingatkan Aku yang menjadi juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL 25) baru-baru ini, Ana Raffali berjanji mahu membuat sebuah majlis kenduri kesyukuran untuk peminat, pihak media dan juga orang ramai yang banyak membantunya dalam karier nyanyian.

Ana Raffali bogel


Jelas Ana, dia mahu berkongsi rezeki yang diperolehinya itu bersama penyokong yang sentiasa percaya pada bakatnya. Akui Ana, itu sahaja agenda yang bermain dalam fikirannya buat masa ini. Dia langsung tidak terfikir menggunakan wang kemenangan itu untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat seperti yang didakwa.

“Saya mahu buat kenduri kesyukuran dengan menjamu peminat yang sentiasa menyokong saya selama ini. Ini adalah tanda terima kasih saya kepada mereka. Ikut perancangan, saya nak nak buat dua majlis, satu untuk mereka yang menjadi tulang belakang kejayaan saya di AJL dan satu lagi bersama peminat.

“Mengenai isu kahwin pula, saya rasa apa yang saya capai pada hari ini masih belum cukup membantu keluarga. Banyak yang perlu saya usahakan lagi bagi membantu keluarga. Saya bukannya daripada keluarga yang mewah. Ayah saya seorang pesara dan ibu pula hanya suri rumah,” terang Ana ketika ditemui pada Majlis penghargaan meraikan pemenang AJL 25 di Sri Pentas baru-baru ini. Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai teman lelaki, Ana tidak menafikan dia mempunyai seseorang yang rapatnya dengan dirinya. Malah, Ana mengakui dia merahsiakan tentang teman lelaki sebelum ini atas nasihat pihak pengurusan.

“Bukan sengaja mahu menyembunyikan kepada peminat, tetapi pihak pengurusan saya menasihatkan supaya bercerita soal karier sahaja. Lagipun, individu yang dikatakan ‘teman lelaki’ itu sebenarnya adalah teman yang rapat dengan saya dan dia banyak menyokong saya sebelum saya dikenali umum,” ujarnya yang akan melancarkan kelab peminat tidak lama lagi selepas mendapat sambutan dalam laman sosial Facebook.

Katanya lagi, dia akan menggunakan nama ‘The Marhaens’ untuk kelab peminatnya kerana ia bermaksud rakyat jelata. “Nama itu memang sesuai digunakan sebagai simbolik kepada peminat-peminat saya. Tetapi saya tidak pasti sama ada akan ramai atau tidak peminat yang akan menyertai kelab peminat itu,” katanya yang mempunyai 142,000 rakan dalam Facebook miliknya.

Pemilik nama Ana Nur Hidayah Mohd Raffali ini juga sempat memberitahu yang dia akan muncul dengan single terbaru dalam masa terdekat ini. “Single berjudul Sehabis Baik ini digubah oleh saya untuk filem terbaru arahan Othman Hafsham, Karipap-Karipap Cinta yang mengisahkan tentang seorang gadis yang ingin belajar membuat karipap dan akhirnya bertemu cinta sejatinya.





“Walaupun lagu ini menceritakan kisah cinta dalam filem tersebut, tetapi lirik lagu ini juga bersangkut paut dengan apa yang saya lalui ketika AJL25. Ia adalah luahan perasan saya,” katanya yang menulis lagu itu selepas dinobatkan sebagai juara AJL25.


6 ulasan:

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P