Rabu, Februari 23, 2011

Jikalau Aku Doremon


gambar doremon
Jika saya Doremon, saya tidak akan keluar rumah. Saya hanya akan keluar pada waktu malam. Saya akan mengurung diri saya seperti drakula yang takutkan cahaya. Kenapa??? Sebab saya malu kerana mempunyai kepala yang bersaiz besar. Tangan dan kaki seperti tombol pintu dan tidak mempunyai jari. Jika saya keluar dari rumah pada siang hari, saya akan di cop sebagai “pervert” kerana keluar tanpa seurat benang. Malu dowh!

gambar doremonKan bagus kalau saya tampan camni...

Bahkan saya takut saintis-saintis di Malaysia akan melakukan post mortem terhadap diri saya. Saya tahu saya sangat comel, tetapi tak semua manusia di Malaysia akan fikir begitu. Ramai yang sangat iri hati terhadap kechomelan dan bakat saya yang boleh mengeluarkan pelbagai benda seperti berus jamban dan berus gigi dari poket saya. Mereka langsung tidak mengendahkan slogan "One Malaysia". Sepatutnya mereka menerima kepelbagaian spesis di malaysia!

gambar doremonFoto saya ketika sedang kecewa...

Namun, seperti manusia doremon juga punya hati dan perasaan. Sebenarnya saya sangat kesepian. Saya juga ingin mendirikan rumah tangga dan menginginkan sebuah keluarga yang bahagia. Saya sudah lama menaruh dendam berahi kepada seekor kucing parsi yang tinggal di sebelah rumah. Bulunya yang lebat meruntum hati dan jantung saya. Namun apakan daya, saya hanya mampu skodeng dari jauh untuk melihat aksi genit kucing betina tersebut.

gambar doremonBakal anak-anak saya yang comel seperti saya...

Apabila saya sudah diterima masyarakat suatu masa nanti, saya bercita-cita untuk membina gerai “big apple” sendiri. Saya akan membuat banyak cawangan di serata Malaysia, tetapi tiada siapa dibenarkan membelinya. Sebab saya seorang yang tamak, dan hanya saya yang boleh makan donut tersebut.Bwahaha!!! (gelak jahat)

gambar doremonFoto saya yang sedang ketawa seperti syaitan nirrajim...

Eh, kucing parsi tu dah kuar bersenam depan rumah la... Lain kali la kita sembang lagi yer. Meooow!!!!



Ps: Jom ramai2 terjah dan join contest Cik Atika! Dengan ini, saya selaku Doremon dengan bangganya mengetag bro geekz36, alfieean warsi, dan musang merah!

8 ulasan:

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P