Ahad, September 02, 2012

55 Tahun Yang Menyedihkan


janji ditepati

Salam semua. Apa khabar? Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Baru2ini, satu sambutan telah diadakan di sekolah, tempat dimana saya bekerja. Dimulakan dengan ucapan Guru Disiplin, ucapan Guru Besar seterusnya diikuti dengan laungan kemerdekaan… Selepas itu, kami menyanyikan beberapa buah lagu. 

Murid-murid sememangnya tidak tahu apa itu merdeka. Saya sendiri merupakan rakyat Malaysia yang lahir selepas era penjajahan. Namun, sedikit sebanyak saya cuba memberikan mereka sebuah pengertian, erti sebuah kemerdekaan.

Baiklah, saya ingin sentuh sedikit mengenai Lagu Tema pada tahun ini. Lagu Kemerdekaan ke-55 tersebut sangat baik dari aspek rentak dan iramanyanya. Namun dari segi lirik, sedikit menghampakan. Sehinggakan, guru-guru tidak dapat menyanyikan lagu tersebut dengan baik. Kami tidak menyanyi dengan bersemangat, bukannya kerana menentang kerajaan, tetapi secara ikhlasnya lagu tersebut kurang sesuai. Ada guru yang ketawa apabila perkataan “Kedai Satu Malaysia” turut disebut dalam lirik lagu kemerdekaan. Bahkan ada seorang guru mengatakan lirik “kini tiba masa balas budi”, sebagai satu ungkitan, yang menunjukkan seolah-olah usaha dan kebaikan yang dilakukan kepada rakyat adalah tidak ikhlas. Lebih kelakar, ada guru yang menunjukkan aksi menari semasa bahagian rap di tengah-tengah lagu tersebut.

Ramai yang mengatakan, lagu tersebut adalah manifesto BN semata2. Tidak ada laungan kemerdekaan di dalam lirik lagu tersebut. Akan tetapi, tema pada tahun ini iaitu “Janji Ditepati” telah diterangkan oleh Perdana Menteri kita dalam sambutan kemerdekaan pada pagi 31 Ogos. Janji Ditepati membawa maksud, kerajaan telah menepati janji dengan mengusahakan kemakmuran dan kesejahteraan hidup rakyat. Namun, kenapa itu semua tidak diceritakan dalam lagu kemerdekaan pada tahun ini? Pada saya, ini merupakan satu kerugian besar. Kerana melalui lagulah, kita dapat mengajak rakyat untuk sama2 berfikir. Rap pada pertengahan lagu pula adalah amat tidak sesuai. Mungkin ia dicipta supaya sesuai dengan generasi muda yang bertenaga, selari dengan peredaran semasa. Namun, kita sepatutnya mengekalkan kebudayaan, mengekalkan adat, mengekalkan tamadun yang boleh menjana modal insan golongan muda terutamanya. 

Bercakap mengenai modal insan pula, semakin kita maju, semakin kita tidak bertamadun, semakin kita kebelakang, dan tidak berakhlak. Ingin sekali saya bertanya, apa erti sebuah kemerdekaan terhadap golongan muda mudi? Malam kemerdekaan, saya memandu pulang ke kampung pada pukul 12.45 pagi. Meriah sungguh suasana. Ramai yang masih belum tidur dan turut sama meraikan malam kemerdekaan. Akan tetapi ada yang menyambutnya dengan cara yang salah. Ada yang meraikan kemerdekaan dengan membuat aksi superman di atas motosikal. Kalau ditegur, apa pula akan terjadi pada kenderaan saya. Saya harap, anak didik saya sekarang, tidak ada yang akan mengikut jejak seperti itu. Marilah kita sama2 berfikir. Apa erti sebuah kemerdekaan kepada diri kita, keluarga, masyarakat, Negara, Bangsa seterusnya Agama. Sekian.

1 ulasan:

  1. hurm... merdeka itu sebenarnya perlu di dambut dengan pengertian yang lebih tinggi... kan???

    BalasPadam

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P