Salam semua… Siapa dah tengok filem “untuk 3 hari”? Ini bukanlah filem terbaik yang pernah saya tonton. Tapi filem “untuk tiga hari” tak kurang hebatnya. Penuh dengan konflik. Sepanjang menonton filem ini, membuatkan saya berfikir mengenai jodoh.
Takdir sesuatu yang kita tak dapat jangkakan. Bercinta dengan orang lain, tetapi berkahwin dengan orang lain. Pada saya cinta Affin dan kekasihnya belum cukup kuat. Affin sanggup membiarkan cintanya pergi dengan insan lain. Sepatutnya dia mempertahankan perasaannya. Mempertahankan pendiriannya dari awal lagi, walau apa pun yang terjadi.
Kalau saya berada di tempatnya, saya tetap akan memilih untuk berkahwin dengan pilihan hati. Atau jangan berkahwin untuk selama2nya! Pada saya, Affin seorang anak emak yang mengikut saja kemahuan emaknya, walaupun sudah berusia 30 tahun. Benar syurga di bawah telapak kaki ibu. Tapi tak bermakna kita perlu turut semuanya. Bagaimana pula dengan perasaan dan kehendak diri sendiri?
Akibatnya dapat kita saksikan pada pengakhiran cerita. Walau bagaimana pun, Affin seorang yang menepati janji. Sesuatu yang boleh dibanggakan. Bukan senang untuk menolak godaan wanita. Tetapi dia berpegang pada janji untuk tidak menduakan kekasihnya, Sebaliknya Ujie terlalu lemah dan akhirnya hanyut meninggalkan cinta mereka yang sudah pun berusia bertahun2 lamanya. Dalam masa hanya 3 hari, Ujie sudah pun mengkhianati cinta mereka. Ending cerita ini amat menyedihkan. Namun, satu kelainan berbanding filem2 yang pernah saya tonton. Syabas!
Sesungguhnya cinta itu milik Tuhan. Aku tidak berhenti berharap, tapi kalau ia bukan milikku, maka aku redha.
teringin nk tengok cite ni..baca sinopsis pun rasa best :)
BalasPadamdah tgk :)
BalasPadam@Dylla Abas, memang best!
BalasPadam@Anak Pak Muin, :k::k::k:
BalasPadamWahh menarik juga filem ni ya..
BalasPadambezt nyew huhux :a:
BalasPadamhurm... saya dah tgk cita nih... hurm... dan tindakan ujie tu betul walau dia x tepati janji... sebab cinta yang terbaik tu sentisa dengan restu Allah... walau Affin tepati janji, tapi dia tetap tak bertanggungjawab dan x berani bersuara...hurm.. memang best citer tu, sesuatu yang lain dari yang lain...:)buka sikit minda kita tentang cinta, jodoh dan restu...
BalasPadam@ADZA IRDAWATI aka MAK DARA, yup... lama tak tengok filem yang tangkap feeling...
BalasPadam@Tanpa Nama, :k: :k: :k:
BalasPadam@PeRmAtA bIrU, tq sbb bg komen yg pnjg. sbnrnya sy sndri konfius utk sokong yg mana. kedua2nya ada kelemahan.
BalasPadamtapi selalunya lelaki yg benar2 jatuh cinta akan tetap memilih perempuan tersebut. dia tak mungkin menyayangi perempuan lain.
berbeza dgn perempuan yg boleh belajar untuk menyintai insan baru dalam hidupnya.