Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Salam. Malam ini saya terasa hendak menulis sesuatu... jadi, tajuk pada malam ini ialah “bila bersahabat”. Chewah, cam ceramah pula. Ok lah, siapa pernah ada sahabat angkat tangan. Baik, sekarang boleh turun tangan... hehe... Saya pasti semua orang pernah mendengar perkataan istimewa ini. Tetapi berapa ramaikah diantara kita yang faham makna sebenar sebuah ikatan persahabatan?? Sudahkah anda nilai diri anda sendiri, pernahkah anda cuba menjadi seorang sahabat yang baik?? Seorang sahabat perlulah memahami, menjadi pendengar yang baik, sedia membetulkan kesalahan kita, menerima kekurangan kita dan selalu membuatkan kita berasa lapang. Lapang macam mana tu yer?? Maksudnya kita berasa selamat dan bersama orang yang kita percayai untuk meluahkan perasaan dan juga menceritakan perkara peribadi, yang mungkin menjadi bahan ejekan jika didengar oleh orang lain. Hmm, adakah susah untuk mendapat semua ciri2 yang saya nyatakan tadi?? Sesebuah persahabatan itu perlulah disiram agar tidak musnah. Elakkan perasaan mementingkan diri, dan khianat. Belajarlah untuk menjaga perasaan orang lain. Samada dalam tutur kata ataupun perlakuan. Dan janganlah malu untuk memohon maaf jika melakukan kesalahan. Ingatlah, teman ketika ketawa mudah di cari, tetapi teman berduka sukar ditemui. Oleh itu, bila anda sudah bersahabat, jagalah persahabatan tersebut sebaik mungkin...


2 orang menconteng:

menjaga aib sahabat itu yg paling penting. kalau itu tak dpt jaga, dia bukanlah sahabat yg boleh dipercayai.

@Adzriel AB, yup... betul... tp ramai yg tgal sahabat bila dah jumpa kekasih.

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates