Peringatan, tutorial ini hanya untuk sesiapa yang baru nak belajar(amatur), sudah semestinya bukan untuk pro, otai ataupun hantu donlod.
Sebenarnya ada pelbagai kaedah, cara dan software yang digunapakai untuk download movie. Oleh kerana ini tutorial saya yang pertama, saya ajarkan cara yang paling mudah sekali(takut nanti tak faham). Yang tak pandai pun boleh jadi terer. Tapi kene baca sampai habis la yer...
First of all, download perisian Utorrent. Klik SINI untuk muatturun version terbaru. Dont worry, installer Utorrent tersangatlah ringan dan bersaiz kecil. Then, double klik dan install macam biasa.
Second step, anda perlu tahu bahawa, terdapat banyak laman web yang menyediakan file2 torrent untuk di muatturun. Tak kiralah lagu, filem, drama tv, manga, bahkan video2 lucah boleh dimuatturun dengan mudah sekali!
Tapi, jangan bimbang, kat sini saya tak ajar download benda bukan2. Oleh itu, saya sarankan anda masuk ke web Thepiratebay, kerana laman ini jauh lebih clean berbanding laman2 p2p lain. Cuma kadang2 ada iklan di bahagian tepi yang agak mengganggu.

Third step, taipkan nama movie yang hendak dicari pada ruang yang telah disediakan. Pastikan anda taip dengan betul. Jangan silap eja. Kalau silap, taun depan pun belum tentu jumpa. Namun, anda perlu faham, kalau citer tu baru je tayang kat panggung malam tadi, kat web ni pun belum ada gak lerr... Kena tunggu at least seminggu.
Sebagai contoh, saya taip iron man. Akan ada banyak yang tersenarai. Nak pilih yang mana??? Haa, sonang je cik kak, kak long... hehe... Jangan marah yer... Klik pada perkataan seed. Kenapa??? Seed menunjukkan bilangan orang yang ada simpan movie tu. Semakin ramai orang simpan, semakin mudah dan cepat untuk anda download movie tersebut. Yang ni member saya yang ajar. Saya pun tak pasti macam mana benda ni berfungsi. Tapi lebey kurang camtu lah yer!
Okeh, step seterusnya, pilih dan klik nama movie yang dikehendaki. Sekarang, anda boleh baca komen2 orang yang dah pun download movie nih. Sesetengah pendownload yang baik hati dan bertanggungjawab, akan mention kualiti audio dan video movie tersebut. Sebagai contoh A-10, V-10, maksudnya movie tu memang cun sbb tu dapat full marks. Tapi kalau A-5,V-5, paham2 je lah. Audio movie tu tak clear, dan video pun agak hancus. Kadang2 ada juga diletakkan screenshot filem tersebut. Kalau ramai orang yang marah2 kat situ, dan cakap movie tu teruk, ataupun ada yang cakap file tersebut adalah FAKE, jangan ler donlod. Back, dan try tengok pilihan lain yang ada.
Bila dah jumpa yang puas ati, klik download this torrent. Jangan pilih open, tapi pastikan anda save dulu file torrent yang kaler ijau tu. Tak kisah la nak save kat mana pun. Sekarang, pi balik kat file yang anda dah donlod tu, then double klik. Dia akan buka satu paparan baru yang menunjukkan kandungan file yang anda nak download tu, seterusnya klik ok! Simple kan??? Sekarang anda sudah pun berjaya download satu file movie.


Tapi ingat, jangan sesekali ubah kedudukan file torrent yang warna ijau tu. Sebab apa??? Kalau anda ubah file tu sebelum movie tersebut siap 100 peratus, peratus download akan jadi kosong balik. Bayangkan dah 90 peratus siap, dia jadi 0 peratus balik. Haa, ternganga nanti... Huhu... Lagi satu peringatan dari saya, jangan tamak. Download satu2. Jangan download dua movie serentak. Nanti lambat siap.
Ada apa2 persoalan yang tak faham, bleh tanya kat bahagian komen yer...
13 orang menconteng:
@diana, nanti saya buat tuto utk filem melayu pulak... kalau ada masa :l:
wah bagus ni..
sharing is caring..hehe
@qasehraihan, yea... caring is mering... hehe
perghh, tq bro very informative
@BLADE EDGE, kalau boleh jgn jadikan tempat komen utk promosikan blog sendiri. tq
@gilaweb, ure most welcome!
wah2! baeknye kamu berkongsi ilmu. terima kasih banyak-banyak!
@Ezzattie, kalau simpan sorang2, lagilah tak berkembang... :)
tq bro...dgn ada bolg u ni ..i dh blh download movie fav i..thanx a lots ya...
@Tanpa Nama, welcome!
slalu pakai isohunt,, tpi kekadang x paham sistem de.. haha~ time kaseh
nape la sy nk bukak website thepiratebay 2 pn xblh ek..tension tul la..
@Tanpa Nama, skrg malaysia dah block web tu... kena tukar dns... ikut step ni:
http://i784.photobucket.com/albums/yy128/burnkassim/958798918.jpg
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P