Assalamualaikum. Beberapa tips temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan ingin dikongsikan bersama bagi memudahkan para guru yang bakal dilantik dalam pengesahan jawatan di dalam Perkhidmatan Awam menghadiri temuduga dengan penuh keyakinan.
Tips penampilan para guru yang bakal diperhatikan oleh penemuduga :
1. Cara penyampaian calon : calon perlulah berhujah secara matang dan mampu menjawab soalan yang dikemukakan secara berpengetahuan.
2. Penampilan diri, sikap dan sahsiah calon : penampilan diri kemas sebagai seorang guru. Bertali leher bagi lelaki, kasut dan seluar formal, kasut bertutup dengan tumit seinci bagi wanita. Fesyen rasmi dan bersopan. Jangan lupa memakai name-tag!
3. Pengetahuan ikhtisas yang mantap : berdasarkan latihan di IPG, apakah yang kita dapat?
4. Pengetahuan am dan isu semasa yang relevan dengan pendidikan : walaupun akan ditanya sedikit mengenai isu politikal dan parlimen misalnya, jawapan bagi soalan penemuduga perlulah relevan dengan tugas seorang guru.
Berikut adalah contoh soalan, topik dan isu yang sering ditanya semasa temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan :
1. Apakah sekolah bestari?
2.Apakah yang dimaksudkan dengan sekolah wawasan?
3. Pelaninduk pendidikan.
4. Pedagogi dan strategi serta kaedah PNP.
5. Taksonomi Bloom
6. Bagaimana untuk menyelesakan masalah dan isu KBSR, KLSR dan KBSM
Contoh soalan dan topik isu semasa negara :
1. Sistem pemerintahan
2. Pilihanraya
3. Parlimen
4. Sejarah pendidikan negara
5. Isu ICT
6. NKRA
7. Satu Malaysia
8. Sukan
9. Rukunegara
10. Wawasan 2020
11. Misi dan visi pendidikan di Malaysia
12. 9 cabaran guru arus globalisasi
13. Dasar pembangunan negara dan Dasar ekonomi baru.
Apakah sebab calon-calon guru GAGAL dalam temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan ?
1. Sikap dan personaliti guru : pembawaan diri
2. Kekurangan nilai profesionalisme : terlalu emosional
3. Kekurangan ilmu penetahuan dan kefahaman
4. Kurangnya kemahiran di dalam bidang tugas.
3 orang menconteng:
mntk izin share info ni ye...
cuak rasa nk interview spp... :q:
salam.. apa dokumen yg perlu dibawa semasa temuduga? surat tawaran kemasukan ipg adakah perlu?
@Mieyna,perlu... sijil spm jgn lupa...
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P