Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Mungkin ada diantara kita yang masih tidak tahu mengapa laptop menjadi hang. Tiba2 jer not responding dan keadaan ini amat menyakitkan hati. Laptop hang selalunya berpunca kerana terlalu banyak memory yang digunakan. Cuba anda tekan ctrl+alt+delete laptop anda untuk mengetahui perisian apa yang banyak menggunakan memory. Pada kebiasaannya Mozilla Firefox adalah punca laptop anda hang. Terutamanya apabila anda banyak membuka tab.

Selain itu microsoft word dan window media player turut menyebabkan laptop anda hang. Oleh itu saya sarankan anda supaya tidak membuka program2 ini serentak. Bagi yang gemar menggunakan window media player, cuba gantikan dengan player lain yang lebih ringan.

Bagi yang gemar bermain dengan movie maker pula, disarankan menutup program2 yang tidak diperlukan. Hal ini bagi mengelakkan movie maker yang anda sedang buat menjadi hang.

Sekiranya laptop masih lagi hang walaupun anda telah end task program2 yang banyak menggunakan memory, cuba restart laptop anda. Mungkin laptop anda terlalu panas. Saya sarankan anda menggunakan laptop cooler. Jangan sesekali meletakkan laptop di atas katil. Laptop akan menjadi panas kerana tiada pengudaraan. Dan ini adalah sangat bahaya. Jangka hayat laptop anda juga akan menjadi kurang.

Selain itu, laptop mungkin juga hang kerana telah dijangkiti virus. Sebenarnya anda tidak perlu takut kepada virus sekiranya anda selalu mengupdate antivirus anda. Contoh situasi:

Haziq: Aiman, bagi aku lagu yang hang pasang ni.. (sambil menghulurkan pendrive kingstone 1gig)

Aiman: Weh pendrive hang clean ke x ni?? Hang bukan bela virus ke dalam laptop??

Kalau anda sentiasa update definision virus, kenapa perlu takut??? Dlm situasi diatas, saya beranggapan Aiman tidak profesional langsung! Dan ayat Aiman adalah sangat POYO! Mungkin anda juga pernah melalui situasi ini.

Disini, saya menyarankan anda untuk menggunakan avira. Mengapa? Kerana antivirus ini sadalah free, sangat baik dan berjaya menyekat banyak virus, tetapi dengan SYARAT! Anda mesti mengupdatenya setiap hari. Sekiranya anda sudah lama tidak update, tiada gunanya anda mengupdate lagi. Antivirus ini tidak akan bekerja dengan baik lagi. Bahkan, virus tidak lagi dapat dikesan dan virus akan mula bersarang di dalam laptop anda. Kini terdapat bayak virus yang sangat jahat seperti virus yang dapat mendelete file2 anda, dan macam2 lagi. Untuk menginstall avira, anda hendaklah mempunyai sambungan internet. Tetapi, jangan khuatir, sekiranya anda tidak pandai menggunakan komputer sekalipun, anda masih boleh menginstall avira tanpa bantuan orang lain. Hal ini kerana, ianya sangat mudah. Cuma isikan ruangan wajib seperti email, dan ia akan terus diinstall ke dalam laptop anda. Anda boleh mendapatkan avira di SINI.

Kenapa saya tidak suka menggunakan kaspersky??? Kerana antivirus ini banyak menggunakan memory. Bagi laptop yang mempunyai ram rendah, anda akan terasa kelembapan laptop anda.

Ramai beranggapan, apabila laptop menjadi slow, tindakan terbaik ialah format. Pandangan ini sebenarnya adalah SALAH! Cuba gunakan alternatif lain terlebih dahulu. Mungkin terlalu banyak program yang berjalan semasa start up laptop anda. Cuba gunakan perisian HiJackThis. Tapi awas! Jangan sewenang2nya membuang start up anda. Periksa dengan berhati2 supaya tidak membuang start up yang penting. Sekiranya anda membuang start up yang penting, laptop anda mungkin menjadi bertambah biul dan bukannya bertambah ringan. Cuba dapatkan nasihat rakan yang lebih tahu. Selepas menggunakannya, anda tentu berasa kagum akan perubahan laptop anda.

3 orang menconteng:

thanks..yg ni yg sy cari2 slama ni..haha..naka mntak tolong abah..takut lah..tq..

@yuki_chantq coment n3 lama nih... huhu

welcome2..coa bru ikowt..hahaha..

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates