Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Memaparkan catatan dengan label news. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label news. Papar semua catatan


janji ditepati

Salam semua. Apa khabar? Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Baru2ini, satu sambutan telah diadakan di sekolah, tempat dimana saya bekerja. Dimulakan dengan ucapan Guru Disiplin, ucapan Guru Besar seterusnya diikuti dengan laungan kemerdekaan… Selepas itu, kami menyanyikan beberapa buah lagu. 

Murid-murid sememangnya tidak tahu apa itu merdeka. Saya sendiri merupakan rakyat Malaysia yang lahir selepas era penjajahan. Namun, sedikit sebanyak saya cuba memberikan mereka sebuah pengertian, erti sebuah kemerdekaan.

Baiklah, saya ingin sentuh sedikit mengenai Lagu Tema pada tahun ini. Lagu Kemerdekaan ke-55 tersebut sangat baik dari aspek rentak dan iramanyanya. Namun dari segi lirik, sedikit menghampakan. Sehinggakan, guru-guru tidak dapat menyanyikan lagu tersebut dengan baik. Kami tidak menyanyi dengan bersemangat, bukannya kerana menentang kerajaan, tetapi secara ikhlasnya lagu tersebut kurang sesuai. Ada guru yang ketawa apabila perkataan “Kedai Satu Malaysia” turut disebut dalam lirik lagu kemerdekaan. Bahkan ada seorang guru mengatakan lirik “kini tiba masa balas budi”, sebagai satu ungkitan, yang menunjukkan seolah-olah usaha dan kebaikan yang dilakukan kepada rakyat adalah tidak ikhlas. Lebih kelakar, ada guru yang menunjukkan aksi menari semasa bahagian rap di tengah-tengah lagu tersebut.

Ramai yang mengatakan, lagu tersebut adalah manifesto BN semata2. Tidak ada laungan kemerdekaan di dalam lirik lagu tersebut. Akan tetapi, tema pada tahun ini iaitu “Janji Ditepati” telah diterangkan oleh Perdana Menteri kita dalam sambutan kemerdekaan pada pagi 31 Ogos. Janji Ditepati membawa maksud, kerajaan telah menepati janji dengan mengusahakan kemakmuran dan kesejahteraan hidup rakyat. Namun, kenapa itu semua tidak diceritakan dalam lagu kemerdekaan pada tahun ini? Pada saya, ini merupakan satu kerugian besar. Kerana melalui lagulah, kita dapat mengajak rakyat untuk sama2 berfikir. Rap pada pertengahan lagu pula adalah amat tidak sesuai. Mungkin ia dicipta supaya sesuai dengan generasi muda yang bertenaga, selari dengan peredaran semasa. Namun, kita sepatutnya mengekalkan kebudayaan, mengekalkan adat, mengekalkan tamadun yang boleh menjana modal insan golongan muda terutamanya. 

Bercakap mengenai modal insan pula, semakin kita maju, semakin kita tidak bertamadun, semakin kita kebelakang, dan tidak berakhlak. Ingin sekali saya bertanya, apa erti sebuah kemerdekaan terhadap golongan muda mudi? Malam kemerdekaan, saya memandu pulang ke kampung pada pukul 12.45 pagi. Meriah sungguh suasana. Ramai yang masih belum tidur dan turut sama meraikan malam kemerdekaan. Akan tetapi ada yang menyambutnya dengan cara yang salah. Ada yang meraikan kemerdekaan dengan membuat aksi superman di atas motosikal. Kalau ditegur, apa pula akan terjadi pada kenderaan saya. Saya harap, anak didik saya sekarang, tidak ada yang akan mengikut jejak seperti itu. Marilah kita sama2 berfikir. Apa erti sebuah kemerdekaan kepada diri kita, keluarga, masyarakat, Negara, Bangsa seterusnya Agama. Sekian.

samseng jalan raya

1. Memandu seolah tiada hari esok. Punyalah laju… Siap hon, bagi lampu cup cap cup cap… Mentang2lah kereta mahal. Kaki melekat je kat pedal minyak.

2. Masuk lorong tak bagi signal. Main redah je. Kalau kita hentam, punyalah angin. Padahal salah dia…

3. Memotong ikut belah kiri. Tak tau bersabar. Kononnya kita ni lembab, sebab itu lah dia potong belah kiri. Nak laju camne lagi kalau depan ada kereta. Takkan nak langgar kereta kat depan? Sabar boleh x? Tak nak ikut peraturan jalan raya, jangan pakai kereta. Hidup kena berlandas undang2. 

4. Sentiasa nak memotong. Kejap masuk lorong kiri, kejap masuk lorong kanan. Adehh...

5. Melanggar lampu isyarat. Hero la katakan… Kita perlahankan kenderaan sebab lampu isyarat dah kuning. Dia di belakang, punyalah angin. Nak tunjuk dia punya marah, terus potong dan redah lampu merah.

6. Memotong dan terus masuk simpang belah kiri. Yang ni memang bahaya. Dah tau nak masuk simpang, buat apa potong?

7. Ubahsuai kenderaan. Kancil nak jadi mira. Proton nak jadi Mitsubishi.

8. Sembang phone sambil memandu. Cantikk…

handphone di sekolah

Assalamualaikum. Nampaknya, ada baik buruk perubahan peraturan yang bakal diambil…

Keburukan:
Berleluasanya budaya couple + Termengandung
Berleluasanya penyebaran bahan pornografi, dan game handphone yang membuang masa.
Murid bermain telefon bimbit semasa proses p&p berjalan.
Murid berlumba2 untuk memperagakan telefon bimbit masing2.
Murid bermain facebook jika ada jaringan internet di sekolah.
Murid hilang minat terhadap pelajaran, sebaliknya datang ke sekolah hanya untuk berseronok.
Semua murid akan berusaha untuk mempunyai sekurang2nya satu telefon bimbit, dan ini menyusahkan ibu bapa yang kurang berkemampuan.
Kes kecurian akan berlaku.
Kos ibu bapa membeli topup untuk anak2 meningkat.

Kebaikan:
Memudahkan ibu bapa sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.
Memudahkan guru memberi arahan kepada murid.
Memudahkan penyebaran maklumat dalam kawasan sekolah.
Menggalakkan komunikasi antara guru dan murid, di luar waktu persekolahan.

Pandangan saya:
Walaupun pelajar sekolah menengah sudah mencapai tahap akhil baligh, saya berpendapat mereka belum matang dari segi pemikiran. Selepas umur 20 tahun, barulah mereka akan mula berfikiran matang. Seterusnya akan benar-benar matang pada usia 25 tahun. Usaha yang diambil tidak salah, dan releven dengan perkembangan Negara kita yang tidak boleh tidak, memerlukan telefon bimbit dalam segala macam hal. Namun, perubahan ini perlu dipandang serius, dan dikawal supaya perubahan tidak mengarah kearah yang negatif.

roti canai terpanjang

GEORGE TOWN - Komuniti India Muslim di negeri ini mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records menerusi penghasilan roti canai terpanjang. Acara itu yang julung-julung kali diadakan sempena Hari Kebudayaan India Muslim anjuran Pertubuhan India Muslim Malaysia menyaksikan 2,786 keping roti canai diatur sepanjang Lebuh Buckingham dengan jarak keseluruhan 400 meter. Seramai 15 penebar roti canai dari empat restoran terkenal membantu usaha mencipta rekod. Roti canai kemudiannya diagih untuk dimakan oleh pengunjung karnival .

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang terkejut dengan tindakan beberapa sekolah di kawasan luar bandar Sarawak yang melarang pelajar membawa netbook 1Malaysia mereka ke sekolah. Sekolah berkenaan tidak mahu pelajar terbabit mengecas semula netbook mereka di sekolah kerana ini akan meningkatkan bil elektrik.


"Ini satu berita baru kepada saya, tetapi malangnya ia bukan berita baik, Netbook diberikan kepada pelajar untuk membantu mereka dalam pelajaran mereka. Tetapi jika mereka tidak dibenarkan membawanya ke sekolah, matlamat itu tidak akan tercapai.Jika pendekatan itu menjadi amalan atau bakal dijadikan peraturan, ini juga merupakan satu kerugian besar di pihak kerajaan. Di pihak saya, saya akan maklumkan perkara ini kepada Kementerian Pelajaran untuk mencari penyelesaian secara baik demi kebaikan pelajar,"

Beliau berkata kerajaan akan mengagihkan lebih banyak netbook kepada pelajar dan pemimpin masyarakat di kawasan luar bandar di seluruh negeri pada bulan ini dalam usaha untuk merapatkan jurang digital luar bandar-bandar.


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Tertarik mengenai isu netbook, maka saya rasa terpanggil untuk menulis sedikit mengenainya. Nampaknya isu ini masih dibahaskan lagi. Sudahkah dibuat kajian mengenai impak pemberian netbook pada peringkat sekolah rendah? Dan sejauh mana keberhasilan daripada stategi yang diambil dalam membentuk masyarakat yang celik IT?

Pihak sekolah tidak beri kebenaran bawa netbook ke sekolah. Apa yang saya perhatikan, kebanyakan sekolah gagal mengawal penggunaan netbook. Maka terjadilah situasi dimana murid-murid menyorokkan folder game di dalam netbook mereka, mengecas di dalam kelas,dan  melayari facebook.

Pada pendapat saya, mungkin sekolah boleh menentukan hari tertentu bagi murid untuk membawa netbook. Susah juga jika nak dikendong setiap hari... Dan pastikan mereka cas terlebih dahulu sebelum membawanya ke sekolah.

Selain itu, sekolah boleh memberikan senarai laman web, blog, portal dan sebagainya yang wajib dilayari oleh murid-murid. Ini bagi menggalakkan budaya ilmu dan ict. Guru-guru perlu mengesan dan menyenaraikan blog2 yang boleh dijadikan bahan bacaan murid-murid. Penggunaan program2 yang membantu seperti e-kamus semasa kelas Bahasa Inggeris perlu dibudayakan. Bagi subjek Bahasa Melayu pula, terdapat banyak berita online yang boleh dibaca seperti Kosmo, Utusan dan sebagainya.

zakar dalam mulut


GEORGETOWN - Bekas pelajar sebuah universiti tempatan dipenjara 21 tahun dan 11 kali sebatan selepas didapati bersalah melakukan persetubuhan luar tabii dengan dua mangsa berusia 14 dan sembilan tahun, antara Oktober 2010 hingga Mac 2011. Muhammad Mustakim Mohamad, 23, dari Taman Bukit Gambir, yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, menukar pengakuan kepada bersalah di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz, hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, Muhammad Mustakim didakwa melakukan perbuatan di luar tabii dengan memaksa mangsa berusia 14 tahun memasukkan zakar ke dalam mulutnya, kira-kira jam 5.30 petang, 30 Mac tahun lalu. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memaksa mangsa yang sama memasukkan zakar ke dalam duburnya kira-kira jam 9.15 pagi, 19 Mac tahun lalu. Pertuduhan ketiga, Muhammad Mustakim didakwa memaksa mangsa yang sama memasukkan zakar ke dalam mulutnya kira-kira jam 7.05 petang, 13 Mac tahun lalu. Sementara itu, mengikut pertuduhan keempat, tertuduh didakwa merangsang seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun untuk melakukan sesuatu perbuatan melampau di tandas tingkat bawah perumahan yang sama pada 15 Oktober 2010. Berdasarkan pertuduhan kelima,dia didakwa melakukan kesalahan yang sama pada keesokan hari, kira-kira jam 3 petang terhadap mangsa yang sama.

KUALA LUMPUR - Akibat salah faham, dua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) cedera dan lebam selepas dipukul salah seorang daripada 20 pelatih yang menyerang mangsa di sebuah kem latihan di Melaka, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 2.15 pagi tu, mangsa Yap Chun Yen, 18, dikejutkan pelatih lelaki bersama sekumpulan remaja dan membawa mangsa ke padang berdekatan. Pelatih yang berasal dari Kuala Lumpur itu dipukul di dada dan ditendang kedua-dua kaki oleh pelatih yang dikenalinya. “Selepas dipukul, saya dicabar supaya menyerang semula dan akibat takut dicederakan lagi, saya terpaksa menumbuk perutnya untuk memuaskan hati mereka ketika itu. “Mereka datang dalam satu kumpulan dan hanya seorang pelatih yang memukul saya, tetapi tidak tahu mengapa saya dipukul,”. Chun Yen berkata, dipercayai berlaku perselisihan faham ketika perkhemahan Ahad lalu apabila dia meminjam barang penyerang dan berkemungkinan­ dengan nada suara yang tegas.

Akibat kejadian itu, dia sakit seluruh badan dan sering batuk. Sementara itu, selang 15 minit selepas kejadian pertama, dipercayai kumpulan sama menyerang rakan mangsa, Chew Chee Yong, 18, yang sedang tidur di asrama sama. Chee Yong berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur dan dikejutkan remaja yang dikenalinya. “Saya dipukul di dada tanpa sebab dan diselamatkan rakan. “Remaja itu memberitahu saya pernah menumpahkan air dan terkena bajunya. “Akibat tidak berpuas hati, dia serang saya dalam asrama,”. Chee Yong berkata, dia ada membuat laporan kepada jurulatih dan dibawa ke hospital berdekatan. Akibat kejadian itu, dia bengkak di bahagian dada dan batuk. Kedua-dua mangsa yang menamatkan latihan PLKN kelmarin membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Ampat kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini.

logo plkn

Assalamualaikum. ..Salam satu Malaysia. Tertarik dengan berita yang saya baca mengenai dua pelatih PLKN dipukul. Bukan kali pertama berita sebegini kita dengar. Bahkan sudah berkali2. Sehingga ada pelatih yang mati dalam tempoh latihan. Dan sebenarnya banyak lagi kes yang tidak dilaporkan.

Maka bagaimana hasrat PLKN untuk mendidik lepasan SPM menjadi insan yang sempurna dan seimbang? Ramai yang beranggapan PLKN ni bagus sebab kita dapat belajar cara hidup di hutan… PLKN bagus untuk menyemai rasa cinta kepada tanah air. Namun sejauh mana objektif PLKN tercapai?

Pada hemat saya, pelajar yang kurang berpotensi dalam pelajaranlah yang sepatutnya menyertai PLKN. Bukannya pelajar cemerlang. Dan mereka perlukan pengawasan yang ketat supaya dapat membentuk disiplin. Mengapa? Bagi mengelakkan mereka membuang masa dan terlibat dengan aktiviti berunsur jenayah semasa cuti.

Saya pernah berada di PLKN. Salah seorang daripada pelatih telah dipukul beramai-ramai, dan kejadian ini tidak dilaporkan sama sekali. Inilah yang terjadi apabila lepasan SPM yang boleh dikatakan berperangai ala gangster tinggal setempat dengan anak emak. Anak emak ini akan diejek, ditendang dan dipijak2. Kalau anda seorang ibu, anda mahu anak anda diperlakukan sebegitu? Bagi yang tidak kena, masalah ini mungkin dianggap remeh. Salah pelatih PLKN tersebut kerana tidak pandai bawa diri. Tapi kalau kena batang hidung sendiri?

SAYA adalah salah seorang juruwang (cashier) yang bekerja di sebuah pasar raya di Kamunting, Taiping. Pada tarikh 11.01.2012, lebih kurang pukul 3 petang, pihak pengurusan telah membuat mesyuarat di antara semua juruwang. Di dalam mesyuarat tersebut, pengurus kami menyatakan ada seorang pelanggan bukan Islam telah membuat aduan kepada pihak atasan mempertikaikan mengapa juruwang Melayu Islam memegang daging babi beralaskan plastik seolah-olah menghina makanannya.

babi kamunting

Apa yang membuat kami semua terkejut, pengurus kami telah berkata, “Kenapa perlu berlapik? Jijik sangatkah? Geli sangatkah? Jangan terlalu ikutkan adat sangat. Yang bermasalah ini adalah juruwang Melayu. Kalau sudah tak boleh nak pegang, lebih baik saya mengambil pekerja bukan Melayu. Selepas ini, saya tak mahu lagi kamu semua pegang barang-barang itu beralaskan pelastik. Saya mahu kamu semua pegang dengan tangan sahaja. Jika saya dapati kamu semua buat sekali lagi, saya akan tukarkan kamu semua ke bahagian lain.”

Bukan niat kami hendak menghina makanan orang bukan Islam. Menurut ajaran dan hukum Islam, daging itu adalah haram disisi agama Islam bukan setakat memakanya, malah menyentuhnya pun tak boleh. Jika tersentuh biarpun bekasnya sekali pun, ia perlu disamak. Pengurus kami dan orang atasan kami bukan Islam. Tidakkah mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan daging babi. Bahasanya seolah-olah mempersendakan agama Islam dan berbau perkauman. Mentang-mentanglah kami ini semuanya perempuan, tidak pandai hendak memberontak, senang benar mereka hendak mempersendakannya.

Saya cuba untuk berpakat dengan rakan-rakan kerja Melayu saya untuk melaporkan perkara ini di pejabat agama atau pihak berkuasa yang lain, tetapi mereka enggan untuk berpakat kerana takut ditukarkan atau kehilangan kerja. Inilah sifat kakitangan Melayu yang beragama Islam di sini. Hanya dengan ugutan mereka sangup menggadaikan agama demi wang. Kita sebagai orang Islam sepatutnya mempertahankan kesucian agama kita. Tahukah mereka perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana membabitkan kesucian diri untuk beribadat kepada Allah SWT.

Saya kecewa dengan sikap segelintir bangsa Melayu yang beragama Islam ini. Sepatutnya pihak pengurusan pasar raya tempat saya bekerja mengadakan kaunter ‘Tidak Halal’ untuk scan barang-barang tidak halal dan dijaga oleh juruwang bukan Islam. Kadangkala saya terfikir, bekas diletakkan barang tidak halal di kaunter ini, kemudiannya diletakkan pula barang-barang yang dibeli pelanggan lain beragama Islam.

Bagaimana tahap kesuciannya? Saya ingin mengadukan perkara ini kepada jabatan agama atau pihak berkuasa lain, tetapi saya tidak pandai untuk membuat sendirian. Tolonglah sesiapa yang membaca artikel ini, bantulah kami orang Islam yang ditindas di pasar raya ini, juga pelanggan Islam yang mengunjungi pasar raya ini.


PS: Setahu saya, pasaraya di Kamunting, Tesco, The Store… Hmm, Saya bukannya sedih pasal isu babi. Tapi sedih bila Melayu Islam tak mahu bersatu. Pengecut dan pentingkan diri sendiri…

Kumpulan mahasiswa yang menurunkan bendera wajah Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Umno menegaskan, mereka tidak akan memohon maaf kepada perdana menteri atas insiden itu. Sebaliknya, pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), yang mengadakan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) berkata, pihaknya tidak nampak perlunya mereka harus memohon maaf.

Kami tidak akan meminta maaf. Kita tak perlu meminta maaf. Tindakan menurunkan bendera Datuk Seri Najib selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula seharusnya dilihat sebagai satu mesej jelas mahasiswa bahawa perdana menteri perlu serius mendengar suara kami, suara rakyat” kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Abdul Razak.

Memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah di pekarangan ibu pejabat Umno petang kelmarin. Insiden menurun dan menaikkan semula bendera wajah Najib terjadi sebelum majlis penyerahan memorandum kepada Saifuddin.

Saifuddin mengulangi pendiriannya mengutuk perbuatan menurunkan bendera wajah Najib tetapi menegaskan, insiden itu tidak akan mengganggu komitmen kerajaan meminda AUKU. Beliau membuat kenyataan ini bagi mengulangi dan menjelaskan pendiriannya seperti yang telah nyatakan dalam Twitter dan Facebook kelmarin bahawa insiden menurunkan bendera gambar Najib selaku Presiden Umno di PWTC adalah perbuatan terkutuk.

Dan bahawa pihak yang bertanggungjawab iaitu SMM dan Gerakan Bebas mesti meminta maaf,”

Pemuda Umno juga mengecam insiden itu semalam.

Sekumpulan enam murid lelaki darjah lima sebuah sekolah rendah, layak digelar ‘gangster junior’ apabila sanggup bertindak membuli seorang murid sekolah sama dengan membuang air kecil ke atas badan kanak-kanak itu kerana mangsa enggan menghisap rokok. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa yang juga murid darjah lima sekolah sama sedang bermain di padang permainan kawasan perumahan Taman Mega Jaya, sebelum dihampiri kumpulan kanak-kanak terbabit.

“Mereka yang melihat mangsa sedang bermain-main di padang berkenaan kemudian bertindak memanggilnya. Mangsa yang dipercayai sering dibuli kemudian menghampiri kumpulan itu. Kumpulan itu kemudian memaksa mangsa berbaring di tepi longkang. Namun mangsa enggan berbuat demikian menyebabkan dia dipukul dua ahli kumpulan itu dengan dua batang kayu beberapa kali,”.

Mangsa yang kesakitan kemudian terpaksa menurut perintah itu dengan berbaring di tepi longkang sambil dikelilingi ahli kumpulan itu. Difahamkan, salah seorang ahli kumpulan itu turut merakam aksi buli mereka menggunakan telefon bimbit. Salah seorang daripada mereka kemudian bertindak memberi rokok kepada mangsa dan memaksanya menghisap rokok itu namun mangsa sekali lagi enggan. Kali ini, mereka bertindak lebih kejam apabila meletakkan rokok di mulut mangsa dan memaksanya menghisap rokok itu sambil memukulnya beberapa kali,”.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyifatkan kenaikan gaji kakitangan awam terutama guru pada pembentangan Bajet 2012 oleh kerajaan baru-baru ini adalah selaras dengan bebanan kerja dihadapi warga pendidik kini. Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata jika dibandingkan negara maju, gaji warga pendidik mereka lebih tinggi berbanding gaji kakitangan awam di kementerian lain kerana guru adalah aset melahirkan modal insan cemerlang.

“Memang pengumuman Bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kali ini menyaksikan kenaikan gaji kakitangan awam yang mana guru mendapat sedikit kelebihan, namun, bagi saya ia bertepatan dengan tugas dan tanggungjawab guru kini. Jika kita lihat negara maju, Jepun, Sweden dan Korea, gaji warga pendidik mereka adalah tinggi. Begitu juga dengan negara jiran kita Singapura,”.

Pengumuman bajet itu menyaksikan golongan guru yang meliputi kira-kira sepertiga daripada 1.2 juta penjawat awam mendapat kenaikan gaji terbesar menerusi Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Guru bukan siswazah menerima kenaikan sehingga 39 peratus, manakala guru siswazah menerima kenaikan 37.7 peratus. Sebagai contoh, gaji maksimum guru bukan siswazah gred DGA34 dinaikkan daripada RM3,860 di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada RM5,370 mengikut SBPA. Bagi guru siswazah pula, gaji maksimum gred DG48, di bawah SSM ialah RM6,325 menjadi RM8,710 mengikut SBPA.

Unifi & Streamyx cukai 6%


Panas, panas! Kerajaan Malaysia baru sahaja membentangkan budget 2012 dengan memberi perkhimatan awam pelbagai faedah, dan kini kita bakal dikejutkan pula oleh pengesahan kenaikan kadar 6% yang akan ditangung oleh setiap penguna tidak kira dari sektor awam mahu pun swasta . Sewaktu mereka cuba menaikan tax 6% untuk Telco, Digi, Celcom, Maxis, dan Umobile pihak telco ada bagi tahu kepada penguna dan penguna sedar, tentangan hebat telah diberikan dan kerajaan 'hold' kan dahulu cukai tersebut, tapi kenaikan tax pada TM, Unifi, Streamyx ini tiada liputan meluas dan kerajaan pasti akan jalankan pada 1 Januari 2012!


BESUT - Seorang pemandu ambulans dari Hospital Daerah Besut lebam mata kiri setelah ditumbuk seorang lelaki kerana didakwa lambat tiba untuk membawa isteri lelaki itu ke hospital. Kejadian di Taman Abdullah, Alor Lintah, dekat Jerteh pada 2.45 pagi tadi, disaksikan seorang Pegawai Perubatan dan dua jururawat yang datang bersama dalam ambulans itu yang dipandu Mahadi Mohd Jaafar, 39.

Mahadi, yang turut cedera di pipi kiri, memberitahu pemberita bahawa pada 2.30 pagi beliau menerima arahan daripada pegawai bertugas untuk mengambil seorang wanita yang sakit untuk bersalin di kawasan perumahan itu. Sebelum ke rumah berkenaan, beliau terlebih dahulu mengambil seorang Pegawai Perubatan serta dua jururawat dan tiba di rumah pesakit 15 minit kemudian.

"Sebaik tiba di rumah itu, seorang lelaki terus marah dengan mengatakan kami lambat sampai dan dia secara tiba-tiba menumbuk muka saya sekali di bahagian pipi dan mata kiri," katanya.

Lelaki itu bagaimanapun ditenangkan anggota keluarganya yang lain. Ketika kekecohan berlaku, Pegawai Perubatan dan dua jururawat itu membantu wanita berkenaan melahirkan sepasang anak kembar.

Mahadi berkata beliau membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Jerteh 40 minit kemudian selepas menghantar wanita dan dua bayi kembar itu ke hospital. Ketua Polis Daerah Besu, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria yang dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian.


PS: Guano gocoh sokmo set demo...


Agaknya tidak ramai yang membaca pendedahan fakta amat memalukan berhubung tahap akhlak remaja kini oleh sebuah tabloid harian pada Sabtu, 1 Oktober. Mungkin juga di kalangan yang terbaca paparan itu pula tidak lagi menganggapnya suatu yang mengejutkan. Laporan yang dimaksudkan itu mendakwa setiap tiga daripada enam remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini mempunyai rekod hubungan seks luar nikah. Disebutkan antara faktor utama mendorong perbuatan sundal itu ialah perasaan ingin mencuba, terutama sebagai akibat langsung daripada menonton video lucah. Namun fakta lebih mendukacitakan ialah apabila dikatakan kebanyakan remaja terbabit adalah lulusan universiti. Ertinya, ia bukan hanya dilakukan kalangan remaja liar dan tidak berpelajaran, tetapi turut melibatkan mereka yang memiliki pencapaian akademik agak memuaskan.

Laporan itu memetik hasil Kajian Isu Pembuangan Bayi oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) pada September hingga November 2010. Ia melibatkan seramai 5,016 responden yang dipilih secara rawak, terdiri daripada 2,457 orang atau 49 peratus remaja lelaki, manakala 2,559 atau 51 peratus responden adalah perempuan. Di antara dapatan kajian itu, seramai 2,260 responden mengakui terbabit seks bebas. Manakala 1,922 daripada mereka mengetahui rakan mereka mempunyai sejarah hitam mengandung anak luar nikah.

“Berdasarkan kaji selidik itu juga, sebanyak 52 peratus (2,608) menyatakan rakan mereka melakukan seks sebelum berkahwin dan 76 peratus (3,812) lagi mempunyai rakan pernah menonton video serta memiliki bahan lucah,” laporan itu memetik kata Ketua Pegawai Operasi IPPBM, Zakariah Md Sam.

Pendedahan itu juga menyeret pertikaian terhadap tahap kecemerlangan dan keberkesanan sistem pendidikan negara. Bahawa ia hanya mampu melahirkan insan yang cemerlang akademik, tetapi sangat bobrok akhlak dan jelik keperibadian mereka. Apa tidaknya apabila kajian tadi mengesahkan 76 peratus daripada yang mengakui terlibat dengan gejala memalukan itu adalah pemegang ijazah, diploma serta PhD? Justeru, memang tepat sergahan dilontarkan Zakariah, “... jadi bila mereka ini sudah terbabit dengan isu moral, bagaimana golongan ini mampu dijadikan teladan kepada belia lain yang memandang tinggi status mereka sebagai orang yang berpendidikan tinggi”. Apa gunanya mereka berjaya dan cerdik tetapi tidak tahu di mana letaknya dosa-pahala? Berbanggakah kita dapat menghasilkan ramai cerdik-pandai atau anak-cucu yang sangat cemerlang akademik mereka, sedangkan di masa sama mereka amat bobrok akhlak dan tingkahlaku?

Tidak dinafikan sistem pendidikan sedia ada telah berjaya menghasilkan ramai cerdik pandai, cendikiawan pelbagai bidang dan jurusan. Kita tidak kurang peguam dan pakar undang-undang, tetapi tidak sedikit antara mereka menggunakan pengetahuan luas dalam perundangan untuk memutarbelit fakta dan menukar harta orang menjadi miliknya. Kita berbangga memiliki ramai anak bangsa bergelar doktor, tetapi antara mereka juga ada yang aktif merosakkan generasi muda dengan sindiket penjualan ubat batuk dan seumpamanya.

Tinjauan juga pernah dibuat di kalangan penuntut perempuan nmengenai kemungkinan mendapat pasangan lelaki berusia. Sebahagian tidak sedikit antara mereka menyatakan tidak kisah bersuamikan orang tua, asalkan orang itu kaya dan dapat menjamin keperluan kewangan mereka. Ini menunjukkan fokus pemikiran penuntut universiti kita sudah terarah kepada mencari dan menjamin kepentingan kebendaan. Soal moral dan nilai positif masyarakat nampaknya sudah tiada dalam perkiraan mereka.

Itu belum lagi kita sebut soal adab sopan dalam tuturkata dan perlakuan mereka, terutama di khalayak awam. Tidak ada rasa hormat terhadap orang tua, bercakap lucah dan kotor. Berkelakuan tidak senonoh, berpakaian macam orang tidak bertamadun dan berbagai lagi perlakuan memualkan. Sebagai kelompok yang banyak membuat keputusan dalam hidup berpandukan perkiraan logik akal, golongan remaja ini terdorong berfikir lebih jauh. Terlintas di fikiran mereka, jika para pemimpin yang berkuasa mengatakan hukum Islam yang datang dari Tuhan itu tidak sesuai dilaksanakan di zaman ini, bermakna Tuhan yang menciptakan hukum itu juga tidak sesuai disembah dan diagungkan. Lebih meyakinkan lagi mereka ini apabila kenyataan para pemimpin yang kurang asas ilmu agama itu diperakui atau tidak langsung dibantah oleh sebilangan para ulama dan mereka yang dikenali sebagai cendikiawan Islam. Logiknya, jika hukum Tuhan pun mereka tidak rasa apa-apa untuk permainkan, maka apakah kita boleh harap mereka akan merasa gerun dan takut untuk melanggar hukum dan undang-undang manusia? Akibatnya, mereka tidak akan takut untuk rasuah, salahguna kuasa, menyeleweng wang syarikat atau pejabat, menipu dalam perniagaan dan berbagai perbuatan tidak bermoral.

Maka apakah dengan keperibadian remaja yang ada kini segala kemakmuran dan keamanan yang kita kecapi hari ini mampu dikekalkan hingga ke masa depan? Lebih membimbangkan lagi, apakah peribadi-peribadi yang berkemungkinan bakal mengambilalih kepimpinan masyarakat sebegitu dapat kita harapkan untuk menjaga agama di masa depan? Timbunan kes-kes salah laku sosial, jenayah berat dan keganasan seksual membabitkan remaja yang terhidang di media saban hari kebelakangan sebenarnya mengisyaratkan hakikat amat menakutkan tentang masa depan negara.

Sepertimana digambarkan hasil kajian IPPBM tadi, jika kecenderungan itu dibiarkan berterusan dan peratusan mereka yang terlibat dengan seks bebas di kalangan generasi akan datang kekal melebihi 50 peratus, maka dapat kita congak apa hakikat yang bakal dihadapi negara kita 30 atau 40 tahun nanti. Tatkala para remaja yang separuh mereka terdiri daripada bekasan penzina ini menjadi warga paling tua dalam masyarakat, dan tabiat buruk mereka turut sama dilalui ibubapa segenap lapisan umur selepas mereka, maka sudah tentu ketika itu kesemua yang bergelar anak atau cucu kepada mereka adalah beribubapa atau berdatuk-nenekkkan manusia yang ada rekod akviti seks luar nikah.

Alangkah malunya apabila dikatakan pada ketika itu separuh daripada jumlah rakyat Malaysia adalah dari keturunan bekas penzina! Justeru, mengapa tidak kita beri peluang kepada hukum Islam memperbetulkan keadaan dan menyelamatkan negara dari kemungkinan menakutkan itu?


Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.

Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.

harga topup tak jadi naik
Salam satu Malaysia. Alhamdulillah, berita mengenai cukai perkhidmatan 6% yang ingin dikenakan ke atas perkhidmatan kad top up dan starter pack baru tidak akan dilaksanakan. Mungkin keputusan ini diambil setelah pengguna bersama-sama bangun untuk memprotes Contohnya melalui facebook, dan blog. Persoalannya, seperti yang diwar2kan di surat khabar dan media, adakah benar kerajaan langsung tidak terlibat dengan perbincangan bagi keputuan sebelum ini?

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memberi jaminan caj cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna perkhidmatan mudah alih prabayar tidak akan dilaksana selagi belum ada keputusan kerajaan. Timbalan Menteri berkenaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata syarikat telekomunikasi (telco) perlu berbincang dan mendapat persetujuan kerajaan terlebih sebelum melaksanakan tindakan tersebut.

"Kementerian memberi jaminan bahawa tiada kenaikan akan berlaku pada masa terdekat ini, dan sebarang kenaikan hanya boleh dilakukan selepas mendapat persetujuan dari kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia," katanya pada sidang media, di Petaling Jaya, malam tadi.

D'Cruz yang ditemui selepas majlis Malam Kebudayaan Onam 2011, diminta mengulas mengenai keputusan telco pada 8 Sept lepas untuk mengenakan caj tersebut bagi produk tambah nilai dan pek permulaan bermula Khamis ini. Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan juga tidak terbabit langsung dengan keputusan telco tersebut.


topup cukai


Perhatian! Jangan tak tau, pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept. Para pelanggan boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih. Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

“Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan,” Adeh...


kucing mati

Kucing yang dibiarkan di luar premis….

Sebuah pusat penjagaan haiwan diserbu pemilik haiwan selepas mendapati haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ dibiarkan kelaparan sehingga ada yang mati di Damansara Damai. Dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, beberapa pemilik haiwan yang disertai 20 sukarelawan datang menuntut haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ sejak 27 Ogos lalu sempena cuti Aidilfitri. Menurut seorang sukarelawan yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 36, mereka mendapat maklumat mengenai pusat jagaan berkenaan di laman sosial facebook selepas beberapa pemilik menyelar perbuatan pemilik pusat terbabit yang menjaga haiwan peliharaan mereka sambil lewa dan dipulangkan dalam keadaan yang teruk. Mereka dijanjikan dengan penjagaan rapi sedangkan selepas dihantar pulang, haiwan peliharaan mereka kurus kering dan berbau busuk.


PS: Kesian kat kucing-kucing tu… Jaga la elok2… Orang dah bagi kerja, tak nak kerja elok2. Apa punya manusia kejam camni.


baju melayu kuning
RAWANG, 19 Ogos: Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrul Amin Bahron mengajak semua rakyat negara ini memakai baju raya berwarna kuning tahun ini. Beliau juga mencadangkan agar membuat kuih warna kuning sebagai juadah raya tahun ini.

"Jangan lupa juga kita buat pulut kuning," kata Badrul ketika memberikan tazkirah Ramadhan sebaik sahaja selepas solat Terawih.

Cadangan Badrul Amin itu selaras dengan kempen Bersih 2.0 yang menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya di Malaysia bersih dan adil. Warna kuning adalah warna rasmi kempen Bersih sesuai dengan warna diraja kerana mereka mahu menghantar memo tuntutan itu kepada Yang Dipertuan Agung.

baju melayu kuningKlik gambar untuk paparan yang lebih jelas...

Sebuah syarikat, KF Edaran, telah membuat iklan khasnya di Harakahdaily tentang projek mereka menjual baju Melayu warna kuning untuk raya tahun ini. Mereka menjual sepasang baju Melayu kuning dengan harga RM75 dan yang menariknya ia akan dihantar terus ke rumah pembelinya.

Saya adalah bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim. Perak. Pada 26 hingga 30 Julai 2011, UPSI telah mengadakan Istiadat Konvokesyen ke-13 dan saya adalah salah seorang pelajar yang menerima ijazah pada hari itu. Malangnya, kegembiraan saya dan kebanyakan rakan lain pada hari itu tidak seberapa kerana UPSI tidak telus dengan kami, ibu bapa kami dan juga masyarakat luar. Sepanjang istiadat berlangsung, kesemua ucapan yang diberikan oleh pihak pengurusan UPSI membayangkan seolah-olah kesemua kami akan keluar dan menjadi guru seperti kebiasaannya.

Hakikatnya, hanya pelajar-pelajar di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sahaja yang akan ditawarkan jawatan guru. Kami yang selebihnya dikategorikan sebagai graduan UPSI Pasaran Terbuka. Dengan lain perkataan, kami tidak akan ditawarkan secara terus menjadi guru tetapi perlu mencari pekerjaan lain di luar sana selain guru. Rata-rata kami belajar dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasioanl (PTPTN) dan bukannya tajaan KPM. Setelah bertahun-tahun belajar dan ribuan wang dihabiskan untuk belajar di UPSI sebagai bakal guru, kami disuruh mencari pekerjaan lain. Tambah buruk lagi UPSI sendiri ingin lepas tangan dan menyembunyikan hal ini daripada ibu bapa yang hadir pada istiadat konvokesyen yang lalu. Perbuatan sebegini, sungguh tidak bertanggungjawab. Ternyata UPSI seperti bermain wayang dan membuat kami serta masyarakat percaya bahawa setiap pelajar mereka adalah bakal guru.

Perasmian Muzium Pendidikan Nasional di dalam kampus UPSI baru-baru ini juga adalah helah UPSI untuk membuat masyarakat terus percaya bahawa UPSI masih merupakan tempat latihan bakal guru sedangkan sebenarnya pelajarnya disuruh mencari pekerjaan lain di pasaran terbuka. Jika dilihat dari sudut utama pameran ketika pelancaran, ia tidak langsung berfokus kepada tokoh-tokoh guru dan pendidik nasional. Perasmian Muzium Pendidikan Nasional UPSI sekadar gimik supaya orang awam menyangka bahawa UPSI masih lagi melatih bakal guru.

Kenyataannya, UPSI gagal membuat sebarang perjanjian muktamad dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menjamin tempat kesemua graduannya sebagai bakal guru. Wajarkah kami yang belajar dengan sukatan pelajaran menjadi seorang bakal guru di UPSI disuruh mencari kerja lain sedangkan wang kami telah habis dibelanjakan untuk UPSI? Masanya sudah tiba untuk masyarakat perlu sedar bahawa UPSI tidak lagi seperti dahulu. Setidak-tidaknya, kami mengharapkan ada sedikit rasa tanggung-jawab di pihak UPSI khususnya Naib Canselor UPSI, menjelaskan hal ini kepada ibu-bapa kami ketika berucap dalam istiadat konvokesyen yang lalu. Kecewa rasanya bila beliau juga berucap seolah-olah kami sudah dijamin untuk mendapat jawatan guru. Tidakkah ibu-bapa kami perlu tahu akan hal ini setelah mereka juga membelanjakan banyak wang kepada UPSI? Kebanyakan mereka adalah orang kampung yang masih percaya bahawa bila anak mereka masuk UPSI, pasti kan jadi guru. Kesal rasanya menjadi graduan UPSI. Lebih baik jika kami belajar di universiti lain yang sememangnya khusus untuk pasaran terbuka dengan peluang mendapat pekerjaan bukan guru yang lebih cerah.

Jika masih berminat untuk jadi guru, graduan universiti lain masih boleh memohon Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) tajaan KPM dengan masa depan lebih terjamin. Takkan UPSI mahu kami graduan UPSI mengikuti kursus DPLI juga semata-mata untuk dapat jawatan guru? Apa faedahnya kami belajar di UPSI jika itu yang perlu kami lakukan nanti? Apapun, kami sudah tamat belajar di UPSI tanpa sebarang jaminan untuk jadi guru. Nasi sudah jadi bubur. Kami sudah tidak dapat menebus kembali wang dan masa pengajian kami yang telah hilang. Untuk mencari kerja lain dengan hanya kemahiran menjadi guru yang kami ada, bukan satu perkara mudah.

Kepada semua pelajar UPSI amnya dah Majlis Perwakilan Pelajar UPSI khususnya, harap bangun daripada mimpi anda. Kepada bakal lepasan sekolah yang berminat untuk jadi guru, ingatlah bahawa UPSI tidak lagi menjanjikan sebarang jawatan guru untuk graduannya seperti dulu. Anda adalah bakal graduan untuk pasaran terbuka. Jangan keliru UPSI dengan Institut Pendidikan Guru (IPG). Untuk UPSI pula, gugurkan saja perkataan "Pendidikan" pada namanya supaya masyarakat sedia maklum bahawa graduan UPSI adalah graduan pasaran terbuka seperti lain-lain universiti. Itu lebih bagus daripada terus mengelirukan masyarakat.


Utusan Malaysia Online: 10 Ogos 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates