
Assalamualaikum. Okay, pertama sekali, ni bukanlah entry untuk mengutuk sesiapa. Cumanya, apa yang aku nak bebel kat sini kenapa ramai sangat yang bergaduh pasal Just Khai ni. Dan sebagai peringatan, ini cuma luahan perasaan aku. Kalau korang tak minat, tak payah teruskan pembacaan di blog picisan aku nih.
Bagi aku just Khai ni memang bijak dengan pelbagai ilmu dunia dan ilmu blogging. Dan macam2 lah lagi kehebatannya. Dan biasa lah bila orang dah hebat kan... Tapi jangan lah menghina orang lain. Aku terasa sedih bila terbaca isu blogspot adalah blog sampah yang banyak diperkatakan di blog Just Khai.
Jangan hina kami yang menggunakan blogspot. Ramai yang berblogging untuk menambah pengetahuan, mengetahui isu semasa, menceritakan kisah hidup, berkongsi pengalaman, dan menjadikan blog sebagai diari sehari2. Bukan semua blogger, berblogging untuk duit macam Just Khai. Dan janganlah hukum blog kami sebagai blog sampah. Aku sendiri buat blog ni sebab kurangnya pengetahuan. Sebab aku nak tau apa isu hangat yang berlaku dalam negara dan luar negara. Sebab aku kurang dalam pengetahuan am. Sebab aku nak belajar lebih lagi pasal teknologi dan sebagainya.
Aku baca hampir semua tulisan di blog Just Khai nih... Memang dia mati2 tak mengaku yang dia pernah cakap blogspot ni blog sampah. Dia cakap blog plagiat adalah blog sampah. Aku nak tanya korang, salah ke copy paste nih??? Hina sangat ke??? Aku mengaku memang banyak artikel yang aku minat aku copy paste kat blog nih. Bagi aku semua ni ilmu. Salah ke kita sebarkan ilmu??? Kenapa ramai sangat yang marah bila artikel di copy??? Blog tazkirah agama pun disable klik kanan. Bukan ke perkara yang baik perlu disebarkan??? Aku faham penat lelah tulis artikel panjang2. Tapi ikhlaslah bila sebarkan ilmu. InsyaAllah bila kita buat perkara baik, kita jugak akan dapat balasan baik.
Ok la, aku dah ngantuk dan nak tido. Pesanan aku kepada siapa pun yang kebetulan baca entry nih, jangan la berlagak dengan ilmu yang kita ada. Jangan sangka kita pandai sangat dan orang lain semua bodoh. Kalau kita pandai, maknanya Tuhan bagi kita anugerah. Dan ingat semua ilmu tu datang dari Dia. Janganlah kita angkuh dengan sedikit ilmu yang kita ada. Tak kisah la ilmu ape pun. Orang2 surau pun tak payah nak lagak dengan ilmu agama. Jangan pandang orang lain sebelah mata. Jangan ingat korang masuk syurga dan orang lain semua masuk neraka. Jangan ingat orang gi surau semua baik. Orang yang tak jejak tangga surau semua jahat, jahil... Semuanya kerja Tuhan, mana korang tau???
*Entry blog lain yang bebel pasal Just Khai - Klik SINI dan SINI
3 orang menconteng:
aku gne blogspot gak, then blog aku blog sampah jugak ke?
@geekz36hanya kita yang tau nawaitu kita berblog... xda sape berhak cakap blog kita blog sampah... kita sepatutnya saling suport dan memperkembangkan lagi dunia blogging di Malaysia... Negara kita dah la jauh ketinggalan... yang baru kene respek yang otai... yang otai pulak jangan sombong dan kedekut kongsi pengalaman.
Hmmm... kalau blog Kuasa-Ju-On pulak camna? cuba bagi pendapat. ngutuk orang gak kejanya tu...
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P