Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Ada Apa Dgn Syurga Itu Indah.....


Assalamualaikum. Selamat malam semua. Buat pertama kalinya aku akan cerita tentang, ada apa dgn Syurga Itu Indah. Pada pendapat korang, apa konsep sebenar blog ni ye? Kalau tengok nama blog, macam blog agama, ye tak? Tapi tak sepenuhnya berfungsi sebagai blog agama. Haru biru jadinya. Tatau konsep yang lebih diberi pemberatan. Sebetulnya, blog ni bersifat blog peribadi.


Sebelum ni, ada blogger berpesan kepada aku, blogging bukan mengenai berapa jumlah entry yang dipost setiap hari, tetapi kualiti entry tersebut. Ada benarnya. Tapi sebetulnya, aku tak macam tu. Ada ketika, aku buat entry untuk kepuasan dan meluahkan perasaan, dan ada ketika aku post entry yang aku rasa berguna. Mungkin untuk orang lain, dan yang paling penting untuk aku sendiri. Biar la orang tak nak baca sekali pun. Sebab aku suka himpunkan artikel yang aku rasa baik. Kan aku ni cikgu. Mana tau, pendidikan Malaysia satu masa nanti akan berubah. Mungkin budak kat sekolah dah ada kemudahan internet yang laju. Bolehlah aku suruh diorang bukak blog aku ni. Boleh la tambah lagi menu kat bahagian atas untuk subjek-subjek peperiksaan. Kesimpulannya, tujuan korang berblog mungkin tak sama dengan tujuan aku. Tak kisahlah macam mana cara kita menggunakan blog, asalkan kita semua sentiasa menjaga etika dalam penulisan.




Baiklah, berbalik kepada tajuk asal. Seperti mana yang aku katakan tadi, betul kita semua bebas berblog. Tapi ada beberapa perkara yang aku memang tak suka pada sesetengah blog.


Aku tak kesah kalau blog ko tak cantik, byk widget2 pelik dan tak kemas sekali pun. Tapi aku cukup tak suka blog ko bila:



Yang pertama, blog ko dah ok da. Kemas dan tersusun. Tapi ko ada tulis ayat yang lebih kurang camni:

"ni blog aku, sape tak suka bleh blah dari sini"
"kalo korang tak suka blog ni, cepat2 tekan pangkah kat kanan atas"
"sape tak suka aku, bleh berambus"



Kedua, blog ko memang superb. Cantik dan penuh dgn ciri2 keperempuanan. Tapi korang merosakkan bahasa. Aku pun tak reti nak tiru. Adoi... tapi aku akan cuba gak bagi contoh:

"itew Xcke dye cbb dye gemOk" (haha...aku memang tergelak time taip ayat ni)

Takleh ke tulis elok2. Kot ye pun nak singkatkan, jgn la sampai susah nak paham. Guna ayat standard kan lagi bagus. Korang bajet cute ek?


Ketiga, aku tak kesah ko nak buat popup slmt dtg dan sebagainya time bukak blog ko. Tapi aku cukup menyampah bila tak boleh right clik. Susahnya aku nak bukak new tab. Aku rasa bukan aku je. Ramai lagi yang mengalami masalah macam aku. Aku ni jenis suka bukak tab banyak2. Kalo risau sangat org copy entry ko, ko tak payah tulis terus. Simpan je idea2 bernas ko dalam tempurung kepala ko tu. Blog agama pun nak disable klik kanan. Bagi aku, ilmu agama elok disebarkan. Makin tersebar, makin banyak pahala ko dapat.


Keempat, ko bajet ko moden dan cool habis. Aku cukup tak berkenan bila blogger perempuan yang tulis perkataan “damn” dalam enty. Suka mengamuk2 dlm bahasa Inggeris. (contoh lain bahasa inggeris yang mencarut. Korang phm2 sendiri la). Tu tak masuk dengan gambar gedik lagi. Gambar kembong2 pipi. Kadang2 tu, yang gemok hitam pun nak buat2 kiut. Adeh, tak selera aku... Korang simpan je gambar2 sexy tu untuk tatapan furure husband korang nanti. Buat pe nak tunjuk kat semua orang. Sebab tu aku hanya suka baca blog2 perempuan yang tulisannya smooth dan takde gambar2 yang over. Laki selalunya takda gambar2 poyo nih. Kecualilah dia bapuk. Haha.


Ada lagi tak? Kalau ada, korang tambah sendiri kat bahagian komen k... Ada sape2 yang nak marah aku ke pasal n3 ni? Haha... Harap2 sape yg blognya ada ciri2 seperti diatas dan kebetulan baca n3 ni, silalah berubah...



48 orang menconteng:

bab disable right click tu memang aku cukup menyampah. bila dkt shoutbox selalu aku paste ja url dkt situ sbb malas nak taip. bila tak bleh right click untuk paste tu yang menyampah. terus pangkah n cabut dari blog yg berkenaan.

@nuraz Yeah, pengomen yang pertama. slmt dtg. nampaknya ada yg sependapat dgn aku.

waaahh! semua ciri2 tu ada dalam blog aku!
boikot la hg pasni! boikot burn!
hahahaha :D

alamak . terasa yang right click tu . ni yang nak nanges ni . :b:

eh, ada yg terasa ke... huhu... pendapat aku je ni... kalo elok, ikut. Kalo tak elok, jgn ikut...

kan?xsuka yg disable right click.blog Fatin Liyana pon camtu gak..

cuba komen blog saya.tapi saya baru letak gambar menggedik..sedih.meraung.nangis.

http://aszwani.blogspot.com

@haswani Tak la, blog haswani okay je :e:

aduiiiii terkene sebijik iris kat yg no 3 tu...... tp dh x ingat la cmne nk enable balik right klik kalau tuan belog tau bg tau yer sbb btul gak susah plak kawan + kawan nanti nk bkk new tab

@irissy tak pernah pulak buat disable right click ni... nanti sy try cari penyelesaiannya. tapi td gi blog iris, okay je...

Sokong kamu.Apepun, tq mengingatkan. Sbb kadang bila terover excited atau tgh geram, mcm2 bleh ditulis kan. Pasal tulisan yang kecik besar tu, memang sy pon tak suke.Tambah lagi kalau yg berkaler2.Huhu.takde niat nak sakitkan sesiapa.cuma pandangan peribadi. Setiap org memang ade hak sendiri kan. Blog sy pon ntah ape2 jugak. Kalau salah silalah tegur. tq =)

salam MB..
best gak baca artikel ni sbb dah byk kali jmpa bnda2 ni..
tpi yg paling tak best pasal disable right click..
saya pn jenis yg suka bke tab byk2.. sng time nk wat bw..
penulisan di blog mmg hak masing2, tpi sebaiknya jge la kata2 dari penulisan kita tu kan.. :)

Salam.
Tetiba saya terasa jugak lah.
Awak boleh tolong cek blog saya tak?
Kot2 menepati ciri yang awak sebutkan tadi.
Yang tak elok perlu diperbaiki kan..

@Wan Ryna first skali, tq sbb komen. pndpt sy, xksah la blog nak tulis pasal apa pun. dah memang blog tmpat luahan perasaan. kdg2 bila dah frust sgt, tu yg keluar pkatan2 yg tak elok. sy mgaku, sy pernah buat n3 yg guna bahasa tak elok. lpas brapa hari, sy pdm smula sbb pk, camana kalo org baca. kan tak elok. sy harap pembaca jgn la tsinggung hati baca n3 ni. apa salahnya berubah untuk kebaikan. kalau soal warna pd tulisan, bg sy bkn masalah bsar...

@HaiDa HiDa betul... kalau boleh, kita kena positif apabila ditegur. sape jugak yang untung?? lainla kalau nasihat tu boleh merosakkan diri... kalau ada slh silap, krn ketelanjuran sy menegur, sy minta maaf...

sokong!!
x suka bila tak boleh wat right klik..spatutnya menda tuh dah kena disable jer..nyusahkan..nk klik nama org pun x leh!!

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

@Muhammad Burnbagus apa ada teman2 blogger yg sdi tegur menegur.. teruskan ngan penulisan MB yg saya rasa mmg di perlukan ini.. nnti sdi2 la jguk ke teratak 'iNiLaH DuNia Ku..'

follow MB.. :)

@xcyber, blog yg tak psg link within, takpe lg... kalo blog yg pasang link within, 4 sure bila nampak n3 cambest, terasa nak open new tab kan??? bila open new tab, makin lama la org lepak kat blog tu sbb leka baca n3.kalo takleh right click, org tension, terus blah... traffic pun kurang la jugak.

cara dan pendapat masing-mmasing. manusia ni semua berbeza.walau blog sy simple, tp bkn rmi org bce. tp kdg2 ciri2 blog yg disebut kt ats yg rmi org bce.haha

@Ga-In memang ada blogger2 hebat yg disable right click... tu sy tatau la nak komen. sbb sy bukan blogger hebat... haha. sy pun baru nak belajar. sy cuma kongsi setakat mana sy tau je lah. kalo blog da femes giler, selalunya tulis ape pun org tetap sokong...

hehe~
mmg ada antara list tuh...da tataw gak cmana nak disable balik right click tu..;p
leh komen sal my blog...mmg xbest pn..huhu~
coz wat blog utk suka2 n luahkan pa yg rsa di ati ja..
*suka juga baca blog sii nie..byk info besh.. ;-)

salam..hehhe..nak mintak maaf la kpd empunyer blog ni,sbb terbengang jap..tapi bile bace smpai habis ..mmg benar bagai dikata...huhu blog sy pn xbrape nak best,maklumla baru2 belajar..hehhe..jenguk2 la selalu,kalu ade pape yang perlu dtegur,tegur la ye..hehe,kadang2 bile akal emo perempuan ni empower diri mmg akan kluar la macam2 kat post blog tu...huhu..danke

wahh.ni kira tips blogging gak..terbaik la. hehe..ayat blogger tu mcm kenal je. ngehh..papepon nampaknya jumlah komentar bertambah..satu kemajuan utk bro burn kan..bagus2..teruskan flow mcm ni..=)


Aku Hangat, Nak Join Bloglist Jejaka Terhangat.

perggghhh bro...ak bg 10 bintang kt entry ni...
memang setujus sangats2 las kates orams...haaaa...kan dah bg ayat plural disitu...

nabila ruseli , Jejaka Terhangat, Tuan-Belog : yeah, ni semua dr blog JT nih... ngehehe... slmt dtg, n trimas sbb tinggalkan komen. waa, takde la sampai 10 bintang... n3 ni pun byk mengundang kmarahan dan dan buat org lain kecik hati. Tp sy tkde niat nak rasa diri betul @ lebih bgus dr org lain.

Waaaa !! nasib baik lah takde kat blog sy . HOH !! entry hot ni bg mereka yg terasa . HUAHUA .

Jom Baca
http://myungdae92.blogspot.com/2011/01/cerita-sedih-3-sekawan.html

x payah la nak disable right klik, kalau aku nak curik tetap akan ku curik meskipun korang lock pakai solex. :d:

Latest Entry: Cara Activate Microsoft Office 2010

@geekz36 betul. ctrl c pun boleh... kalau xleh jugak, pakai software ABBYY FineReader!

haaa....i don't like the disable right click. mmg susahkan org je

Betul.Yang diasble right klik tu memang saya menyampah.Lagi-lagi kalau blog kawan sendiri,bagi kita tag,tiba-tiba disable right click.Memang carik pasal la tu.Camne nk jawab tag kalau x boleh copy paste?hehehe

@Sayer Bestjawab je dgn bye2 kpd tuan blog... hhuhu :k:

Hahaha..cool bro..relax2..
kebanyakannya memang blooger pompuan yang ada masalah semua ni..
hehehe..

keh3

sy terkecuali.
blog sy kool.

hahah

@Taufiq Tiramisu, im cool now...hehe

terasa blog aku sngt3 best di mesia....

@AlfiEean WaRsi, :k:

yang right klick tak leh tuh sbb nak limit search dlm search engine...huhuh..kalau camtuh baik tak yah tulis...bkn ker sharing is caring...hehe

@Ady, ada org kata, sharing is sexy... hehe

selamat berkenalan...boleh jenguk blog sy untuk komen?pendapat org kena ambil kira gak kan drpd pndgn kita sndiri..:)

Terbaik ! :)

@Fad, boleh...

@Siti Arfah bt Zaini Azlan, tq...

Salam..kamu ckp sharing is sexy (eh ya ka, ada terbaca)...jadi sy mo copy entri2 berkaitan agama dari blog kamu boleh ka?..ada sy letakkan credit.. ini blog saya..http://missspage86.blogspot.com/

@Miss S, boleh. sebarkan walau sepotong ayat...

x dok ke butang like?? aku nk like entry ni

@Aqmil Lambung, eheh dlu ad, skrg xda. mcm chipsmore :l:

setuju semua di atas!!!!

@Cikgu Ma, :e::e::e:

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates