Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

ungunya cinta astro ria
Salam satu Malaysia. Baru2 ni saya ada menonton sebuah drama di astro RIA. Oleh sebab drama tu boleh tahan romantisnya, terasa nak tulis sedikit mengenai drama tersebut. Drama apa? Dramanya bertajuk ungunya cinta. Ungu ke cinta??? Saya salah seorang peminat warna ungu. Walaupun saya sukakan ungu, tiada pula baju saya yang berwarna ungu. Orang kata, sesiapa yang gemarkan ungu suka berangan-angan. Betul ke??? Hmm, mungkin juga… Huhu

ungunya cinta astro ria
Pada mulanya terasa macam biasa je plot cerita ni. Pelakon pun tak ramai. Bahkan saya tak kenal pun pelakon perempuan tu. Maklumlah, saya tak ambil tahu sangat nama pelakon. Tambah2 pelakon baru. Tapi mukanya ada ala2 Raja Azura. Agak chubby. Baiklah, saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis drama ni.


ungunya cinta astro ria
Andi pulang ke Malaysia selepas gagal dalam pelajaranya di Australia. Dia menyambung semula pelajarannya. Di Malaysia, namun dia masih gagal.Oleh sebab itu, Ibunya (lakonan Didie alias) menggunakan perkhidmatan anak kawan lamanya, Ungu untuk mengajar anaknya, Andi.


ungunya cinta astro ria
Jangan konfius, Ungu sebenarnya adalah nama awek tu. Ungu ni digambarkan sebagai seorang budak perempuan yang baik, anak mak la katakan… Tetapi perwatakan dan cara berpakaiannya agak rugged dan dia mempunyai hobi menyanyi dan menari bersama teman2nya di tepi jalan untuk menghilangkan bosan. Oleh sebab keluarganya agak susah, dia disuruh oleh ibunya (lakonan Syarifah Sahira) untuk mengajar Andi di rumahnya. Andi ni anak orang berada yang tak mahu belajar. Puas Ungu cuba, tetapi perwatakan Andi tetap begitu. Drama ni agak romantis. Serius, best… Sangat best apabila melihat Ungu tak habis2 dikenakan oleh Andi. Disitulah Ungu mula menaruh hati terhadap Andi.Dalam perkenalan yang singkat itu, Andi juga akhirnya jatuh cinta terhadap Ungu.


ungunya cinta astro ria

Andi selalu bersikap kurang hajar terhadap ayahnya. Cakap “aku, ko” je dengan ayah sendiri. Tapi lakonannya memang menjadi dan berkesan. Namun pada pengakhiran cerita, penonton dikejutkan dengan keadaan sebenar Andi. Andi sebenarnya menghidap barah otak. Dia bukanlah pemalas seperti yang dighambarkan pada awal cerita. Sebenarnya dia sudah tahu bahawa peluangnya untuk hidup adalah tipis. Oleh sebab itu, dia sengaja gagal dalam peperiksaannya di Australia, dengan niat supaya dapat pulang ke Malaysia, dan menghabiskan sisa2 hidup dengan ibu dan ayahnya.


ungunya cinta astro ria
Syabas kepada pembuat drama ini. Kerana Berjaya menghasilkan sebuah drama yang romantis, bermoral dan menyentuh perasaan.

5 orang menconteng:

ni yg ulangan kan...dah lama astro tyg drama ni...

@munna, ye la kot kak... sy bukan slalu menghadap tv. hehe

kawan kak liza kata jiwang... betul lah kot sebab MB suka sgt citer ni.. he,,..he melawak je.

@Adzriel @ Liza AB, x jiwang pun xleh. hdup cam robot. xdak prasaan. hehe

blh x nk tau tajuk lagu yg jd tema drama ni???

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates