Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

angry menjerit marah mengamuk

Apakah yang biasa disarankan ketika kita sedang marah? Bersabar? Persoalannya bukan mudah untuk bersabar. Bersabar adalah satu perasaan yang berlawanan dengan marah. Mana mungkin dalam keadaan kita marah, kita boleh bersabar. Lalu bagaimana? Bagaimana untuk mengawal kemarahan?

Lakukan “mind chat” atau bercakap dengan akal fikiran sendiri. Segala apa yang anda lakukan, fikirkan, dengar @ rasa, luahkan saja kepada Allah SWT. Allah itu Maha Positif. Yakinlah dengan meluahkan rasa marah pada seseorang, dengan cara berkomunikasi kepada Allah, Allah akan memberikan kesabaran kepada anda. Rasa sabar akan dianugerahkan Allah terus ke dalam jiwa.


Contoh:

Ketika memandu: “Ya Allah, geram betullah kereta sebelah ni ya Allah. Aku dah kasi signal, dia tak nak kasi aku masuk laluan dia ya Allah. Kalau aku buat kurang ajar nanti baru dia tahu ya Allah. Tapi buat apa kan ya Allah. Biarlah dia ya Allah. Buat apa aku peningkan kepala fikirkan pasal dia kan ya Allah. Dia nak jadi apa, lantak dialah ya Allah. Takpelah ya Allahkan. Sabarjelah Ya Allah.” Kesannya, pasti jadi lebih sabar.

Ketika geram dengan pelajar yang malas: “Ya Allah, kenapalah budak ni malas sangat ya Allah. Kenapalah dia ni buat kerja main-main. Dia ni malas betullah ya Allah. Aku geram kat dia ni ya Allah. Kalau ikutkan aku, aku gagalkan je ya Allah. Rasa macam nak halau je dia ni dari bilik aku ni ya Allah. Menyampah betul aku tengok muka dia ni ya Allah. Ahhhh… lantak dialah ya Allah. Malas dah aku nak layan budak jenis yang macam ni ya Allah. Lantak dialah ya Allah nak jadi apa. Aku dah tak sanggup lagi nak tolong dia ni ya Allah. Biarlah dia ya Allah. Nak belajar ke tak nak ke, dia punya pasallah ya Allah. Aku malas dah nak pening-pening kepala jaga budak macam ni ya Allah. Kau bantulah aku ya Allah. Kau buatlah sesuatu, kasi budak ni rajin ke, sedar diri ke“

***

Ketika kita marah seseorang, adalah sesuatu yang amat penting untuk kita memalingkan muka kita ke arah lain. Rasulullah SAW telah berpesan agar kita memalingkan muka kita ketika kita marah.
Kenapa? Apabila kita marah, kita berada di fikiran bawah sedar di mana fikiran tidak dapat mengawal diri. Ketika ini, jika kita marah sambil melihat muka orang yang kita marah (seperti contoh anak atau isteri/suami) kita telah menanamkan wajah mereka sebagai orang yang membuatkan kita marah tanpa disedari. Kita telah memprogramkan fikiran kita tanpa sedar. Maka setiap kali melihat wajah mereka, walaupun pada ketika itu kita tidak marah, ia boleh membawa kita kepada perasaan marah disebabkan informasi yang telah tersimpan menyatakan bahawa kita mesti berasa marah apabila melihat wajah mereka. Kerana itu Rasulullah SAW menasihatkan kita sejak beribu tahun yang dulu lagi untuk memalingkan muka ketika marah. Ada juga nasihat Rasulullah SAW meminta kita duduk ketika marah. Semuanya adalah berkaitan dengan otak kita.

***

Praktikkan komunikasi dengan Allah apa yang dilakukan, difikirkan, didengarkan, dilihat, dicakapkan dan lain-lain. Jika kita berada di dalam situasi apa pun, perkara pertama dan utama yang kita ingat adalah komunikasi dengan Allah walaupun ketika tindakan luar kawal seperti perasaan marah jika kita biasa menggantikan ‘mind chat’ kita kepada komunikasi dengan Allah. InsyaAllah marah dan geram ketika itu akan hilang dengan cepat.

4 orang menconteng:

time2 camnie la kita kena jaga emosi kita bro.... =]

@AlfiEean WaRsi, wahaha,,, trimas utk nasihat yg berguna tu :d:

ada air,leh la amik wuduk....kasi sejuk...

@Ady, betul. terima kasih tinggalkan komen...

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates