Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Salam satu Malaysia. Aduh, lama betul tak jaga makan minum bini aku nih. Dah kurus dah pun... Dapur pun tak berasap. Eheheh... Jangan salah paham plak k. Maksud aku, blog aku dah tak terurus. Ye lah, blog ni macam bini aku la jugak. Memandangkan aku blom kawen lagik. Oleh sebab aku sangat sibuk, aku tak dapat nak manja2kan blog nih. Huahuhua... Dah tak betol agaknya Muhd Burn. Tapi malam nih ingat nak hupdate sket untuk korang.

blog cool
Okay, sebenarnya tadi aku terbaca di blog lain tentang “jangan merendahkan orang lain”. Dan aku tergerak untuk ulas sedikit tentang perkara ni. Sebab perkara ni selalu jugak terjadi kepada aku. Ye lah, siapa lah aku, kan... Seorang yang tak cool. Aku nak tanya korang, pernah tak korang merendah2kan org lain ataupun direndah2kan??? Ahaa.... Soalan aku tu simple aje kan??? Tapi kalo korang selalu merendah2kan org len, 4 sure korang tak ngaku kan. Ye lah, sape nak ngaku kalo dah terberak tgh jalan.

Bagi aku, simptom macam ni dtgnya dari perasaan bajet bagus. Berlagak pandai dan yang seangkatan dgnnya. Kita sebenarnya takleh terlalu memandang luaran seseorang. Yup, dont judge a book by its cover.


Satu
Bila tengok orang tu lebih banyak diam, ko ingat org tu bodoh, padahal org tu super genius, ataupun org tu stail zuhud. X suka bercakap benda yang sia2. Pernah dgr tak, lebih baik diam dari berkata sia2??? Pernah dgr tak diam2 ubi berisi??? Ko tengok mamat or minah tu senyap dan kurang bergaul, ko ingat dia tu memang tak best n tak layak kwn dgn korang. Sekali dia ada degree, sedangkan ko spm pun kantoi. Ko tengok org tu diam je, ko ingat org tu bodoh. Ko tuduh dia kera sumbang. Sekali org tu terer dlm banyak hal, cthnya terer ict... Sebenarnya korang tu yg kera sbb terlampau banyak bercakap benda bodoh.

Dua
Bila ko tengok org tu pakai pakaian murah, ko malas nak bercampur dgn dia. Kononnya dia takde stail. Tak cool la. Tak pakai pakaian branded macam korang. Poket dia mesti kering punya. Mana ko tau dia takde duit??? Mungkin dia seorang yang lebih suka besederhana dalam kehidupan. Perkara ni dah banyak aku perhatikan. Kalo member ada kereta, semua nak kawan. Semua nak menumpang. Tapi time susah, sorang2 le jawabnya... Member ke tu??? Bek tak payah ada member kalo perangai mcm tu.

Tiga
Bila ko tengok orang tu gemuk, berbadan besar, korang pikir dia lemah n tak tau bersukan. Yang ni aku sendiri nampak. Orang berbadan besar terer n ada skill tinggi main takraw. Respek beb... Kadang2 org berbadan besar ni lg hebat bersukan.

Empat
Bila ko tengok orang tu tak hensem, or tak lawa... Ko terus tak nak berkawan dgn dia. Sebab tak cool... korang kne la geng dgn yang lawa2 je kan... Kne la jaga standard korang. Malulah org tengok nanti. Tapi mana ko tau, hati dia baik, mana ko tau, dia la orang yang akan membantu korang bila korang susah. Tak elok memandang luaran semata2. Macam mana kalo satu hari korang eksiden n muka korang hancur??? Paras rupa tak kekal, beb. Bersyukur dgn apa yg ada tapi jgn sesekali takbur, sombong... Semua tu pinjaman jer.

Lima
Bila korang tengok sorang tu tak pernah pun pi surau sedangkan korang hari2 gi surau, siap korang le yg jadik imam solat jemaah, korang pun pandang serong n anggap dia tu tak sebaik korang. Siapa tahu, dia lebih mulia di sisi Tuhan. Bukan hak kita nak menghukum org lain tu jahil. Bahkan ada yang perg ke surau semata2 untuk menunjuk2, dan ada sifat riak di dalam hati. Atau dalam kata lain, munafik!


Okayla ye... Cukup lah lima dulu buat masa ni. Aku mintak maaf jika bahasa yang aku gunakan agak kasar. Takda niat buruk pun. Mungkin sebab kepala aku ting tong sket malam nih. Dan sekali lagi aku minta maaf kerana ketelanjuran menegur. Aku pun bukan sorang yang sempurna. Harap kita sama2 lah ambil pengajaran untuk memperbaiki diri. Tapi kalau apa yang aku tulis ni tak elok atau tak baik, aku mintak maaf banyak2. Yang baik kita ambil, yang buruk kita buang jauh2. Assalamualaikum.



38 orang menconteng:

wah ingat lu nak berdebat dengan gua tadi. hahaha. nice artikel

@khairul hisyam, hehe... takde la... saja je bikin panassss!!!

Sop pun x cool..
kalau gi area sejuk, baru cool.. huhuhu

Ni marah kat sape ni? Hahaha~

hahaha...ingat ape pasal lah ckp cmtu tadi...XD rupenyer dtg nyer dari post ini...nice XD

@sop, kat sini angin kuat... weee

@Cik Yana, eh mana ada marah... tak baek marah2. nt cepat tue :l:

@Mohd. Hafiz bin Abdul Aziz, hehe... sorry...

ingat sy ade buat salah..baru ingt nk melenting..btw nice caption :)

@fatin_mira, hehe... xda salah... slm pkenalan yer.

pergghhh..igtkn kata kt zati td bla shout cmtu kt shoutbox..emm btw nice :)

hahahaha nice gimik pkir kn pe td

@zaty luvlianncezzz, eh tak baik kata mengata ni... hehe

@manusiabiase, hehe... tq drop coment yer!

ingatkan ape td. wat saspen je. cantek entri mlm nih. suke!

@Cik Jierah, trimas. harap n3 ni sdikit sebanyak memberi manafaat.

salam...masa kat blog akk tadi suspen jugak..awat burn marah tadi...rupa rupanya baru ku tahu....setuju setuju dgn entri ni...

ye la kan.

haha..ingatkan marah kat my blog tadi..ru[anya entri dia tajuk tuh..yeah saya cool.. and very cool..nice entry

ish, hang ni, terkezut kak-M, apalah salah kak-M sampai cek kata lagu tu, rupanya tajuk entry hang..keh keh keh

@eni osman, trima kasih :)

@Rozuan Ismail, we're cool :k:

gua memang cool..jimat aircond..hehehe

nice entry

diam itu x bermakna bodoh..
yg byk ckp itu x semestinya bijak belaka..

@MDHAFiZ.NET, yup betul tu...

@matpek, thanx

gua ingt lu kata ape kat shoubox gua td..hehe
x pernah pun kutuk2 org badan besor

@Emma,hahah.. terkezut.

@xcyber, gimik je bro! ehehe

merendahkan org sama le kita rasa kita ni bagus, atau riak. tak baik kita riak dan sombong ni...riak tu kawan dgn sapa?

@nuriz,kwn dgn syaitan, kak nuriz! ahakz..haha

bnyak org yg SS jea skarang nie...
cool @ tak lain cite

@wadiehah, masalahnya yg ss ni la najet cool... hmm

gua memang cool pn, :c:

@geekz36, gua tau lu cool bro... haha

subhanaAllah...bersangka baik adalah lebih baik..

@Tanpa Nama, betul. errr, tp en anon baca entry sampai habis tak??? mcm pelik je komen...

muhammad buat entry yg pendek je lah. baca buku nota kecil dlm poket. catit keyword bila teringat sesuatu. buat entry 1 perenggan tapi bermakna pun ok je drp senyap je. pelan2.

Catat Komen

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates