
Sudah tiga tahun nampaknya saya mempunyai blog. Kadang terasa gembira. Kadang terasa seperti kurang berpuas hati... Sebab, ada kalanya entry yang di post menggambarkan yang saya tersangatlah malas. Hanya gambar yang saya tempek. Tiada langsung tulisan, mukadimah atau penerangan. Bila saya jenguk entry2 terdahulu, malu juga rasanya. Kerana entry2 ini sedikit sebanyak menggambarkan peribadi saya…
Kesibukan salah satu punca entry saya kurang atau langsung tidak berkualiti. Entry2 yang serius memerlukan saya untuk lebih fokus. Dan tentunya memerlukan masa yang lebih lama untuk dikarang. Namun, entry yang ditulis sendiri, akan lebih memberikan kepuasan. Tidak kiralah, pendapat, luahan rasa, dan sebagainya… Kerana ia adalah idea asal yang mempunyai makna kepada diri kita. Disamping itu, dengan harapan ia turut dapat memberi makna kepada orang lain yang membacanya. Apa gunanya menulis entry berjela2 jika tidak memberi sebarang faedah?
Disini saya ingin menekankan tentang kepuasan dalam berblog. Ia bergantung kepada nawaitu kita. Ada yang berblog untuk bercerita kiasah peribadi… Yelah, bercerita pada rakan mahupun keluarga, kadang2 tidak mendapat respon seperti yang diharapkan… Untung jika ada yang sudi mendengar luahan hati kita. Oleh itu, blog dijadikan medan untuk kita melemparkan dan meluahkan perasaan.
Ada yang berblog untuk berkongsi ilmu. Saya sangat kagum dengan blogger yang suka mengajar. Ya, segala yang dia tahu, akan diceritakan di blog. Harap semakin banyak ilmu, yang ditulis dalam Bahasa Melayu, dan bukannya bahasa dari Negara jiran.
Namun saya sebenarnya berasa lega. Kerana blog Syurga Itu Indah dapat juga memberi sedikit manfaat. Buktinya daripada komen2 yang saya terima…
Komen2 membina daripada anda, akan saya jadikan sebagai peneguhan positif... Dalam masa yang sama, diharapkan blog Syurga Itu Indah akan terus membawa ke arah kemaslahatan dan memberikan manafaat kepada pengunjungnya... :)
12 orang menconteng:
teruskan usaha!!
hmmm bg rara takpe kalau just tempek gambar,asalkan gambar tu ada info n motif yg tersendiri =)
smoga lebih berjaya lepas ni.. :) good luck....
Insyaallah.. banyak ilmu kat sini. cuma perlu explore je.
@berita sengsasi, terima kasih...
@rara pinkmafia, takde gambar tak best la kan :l:
@atieshariffuddin, amin
teruskan usaha Burn, entry-enrty yang penuh dgn tips, tutorial, dan lain2 perkongsian merupakan salah satu faedah/manfaat kpd para pembaca... Keep it up :)
@diana, harap2 la... kdg2 bila penat bekerja, otak ni x boleh nak beri tumpuan...
@Rose Johari, terima kasih :e:
yes .. sampai addicted kann :)
@ieda, yea... blogging mmg best!
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P