
Ceritanya bermula apabila seorang cediakawan bernama Rahman pergi ke sebuah pasar untuk membeli ketam, kebetulan hari itu isterinya mahu makan ketam. setelah sampai di pasar rahman terus mencari gerai yang ada menjual ketam, cari punya cari terjumpalah juga rahman dengan gerai yang menjual ketam itu. di satu sudut dalam pasar ada 2 buah gerai bersebelahan menjual ketam. seperti biasa rahman akan melihat dulu ketam di kedua-dua gerai untuk membuat perbandingan sebelum membeli.
Di gerai pertama - dalam kotak ketam itu rahman melihat ketam-ketam tersebut bergerak aktif. masing-masing berebut untuk panjat ke bahagian atas kotak untuk melepaskan diri. di lihat ada satu ketam tu memijak atas badan ketam lain dalam usaha melarikan diri, namun ketika ia hampir untuk keluar dari kotak itu ada satu ketam menarik kaki ketam tadi lalu terjatuh lah ia ke bawah semula.. heheh.. rahman tersenyum melihat gelagat ketam itu.
Di gerai kedua - sama seperti ketam dalam gerai pertama, ketam-ketam di gerai ini juga aktif. berebut-rebut untuk melarikan diri. tapi rahman terasa sedikit pelik, kerana dia dapati ketam-ketam ini saling bantu membantu. ketam di bawah akan menolak ketam di atas supaya ia sampai ke atas, kemudian ketam di atas akan menarik ketam di bawah tadi.. heheh rahman tersenyum lagi..
Rahman berasa pelik bila melihat perbezaan antara ketam-ketam tadi, kemudian dia melihat pula penjual ketam itu. lalu rahman tersenyum lagi apabila dia melihat penjual di kedua-dua gerai tadi. gerai pertama penjualnya adalah seorang lelaki melayu, manakala gerai kedua pula penjualnya lelaki cina. setelah membeli ketam yang dihajati rahman bergegas mahu pulang, dan dia ingin menceritakan peristiwa tadi kepada isterinya.
0 orang menconteng:
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P