LOS ANGELES: Aksi seekor kucing yang mencuri lebih 600 barang dari kediaman jiran-jirannya di sebuah bandar di California dirakam kamera pengawasan. Aksi Dusty yang mengambil barang daripada span mandi dan mainan dinosaur hingga kepada pakaian renang dirakam kamera pengawasan di sebuah kediaman di San Mateo, selatan San Francisco.
“Tuala, sarung tangan, kasut, stokin dan permainan kanak-kanak antara barang yang dibawa kucing peliharaan saya,” kata Jean Chu, pemilik Dusty kepada sebuah syarikat televisyen tempatan ABC News.
“Dusty mengambil pakaian renang ibu saya,” ujar seorang jiran cilik berusia lima tahun selepas kucing itu dikenal pasti mencuri lebih 600 barangan di kawasan kejiranan berkenaan sejak tiga tahun lalu. Rakaman video menunjukkan Dusty membawa beberapa barangan yang dicuri di mulut, termasuk satu pakaian labuh hingga membelit kakinya dan menyebabkan ia terhincut-hincut mengheret pakaian itu.
8 orang menconteng:
dasyat ar kucing tu..:) dam mcm pencuri handalan hehe...:)
@renjerkabloi, tu lah pasal... hehe...
cerdiknya kucing ni, msti da dilatih dari awal kan...
kucing nie leh jd FBI nie..hehehe
Lagi Artis Melampau
@Ct Aja, entahla... rasa nak tampor je kucin tu. jht sgt. hehe
@Henry Zackery, kucing ni bkn jd fbi. tp fbi kne cari dia...
hehehhee... nape nak tmpar die, die tak bersalah laa... kucing, ape tau, dh dilatih cm2kan....
@Ct Aja, sy ble gram kt kucing, mmg suka tepuk/tampar bdn dia... hehe
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P