Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Bismillahirrahmanirrahim.... Akhirnya pada malam ini saya dapat mengupdate blog saya... rindu benar saya untuk melemparkan rasa hati saya di sini...



Syukur ke hadrat Illahi kerana dapat melihat sendiri studio Encik Haron Mokhtar, seorang pelukis catan figura pada 29 Mei 2010. Pada mulanya, saya tidaklah mengkagumi beliau kerana tidak pernah berpeluang melihat karya2 beliau... Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta... Setelah berpeluang mendekati beliau, saya dengan tidak segan silu mengatakan bahawa saya kagum dan takjub dengan beliau...

Kerana beliau adalah seorang yang sederhana, mempunyai hati yang besar, serta jiwa seorang seniman yang mungkin tidak difahami oleh sesetengah individu. Mengenang kembali keadaan di sana, dapat saya gambarkan kepada anda bahawa beliau adalah seorang yang merendah diri dan dikurniakan Tuhan bakat yang besar.



Kunjungan kami dari unit Pengajian Seni Visual disambut baik dan kami dijamu dengan jamuan. Kadang ketika mendengar beliau bercakap, menceritakan kisah peribadinya, dan menceritakan pengalamannya dalam bidang seni, saya terasa sebak... kerana saya kagum dengan peribadinya, dan nilai2 yang wujud dalam diri seorang insan yang bergelar seniman.

Encik haron Mokhtar sangat berbakat melukis figura manusia. Kebanyakan karyanya merakamkan pelbagai kisah, sejarah, budaya, nilai, norma, dan kenangan silam. Beliau gemar melukis rumah2 tradisional melayu dan bangunan.



Dalam catan2 beliau, beliau banyak menggunakan ruang atas dan ruang bawah kanvas. Terdapat ruang kosong di tengah2. Kata beliau, ruang kosong adalah ruang pernafasan, ruang untuk berfikir. Ada benarnya prinsip yang dibawa dalam hasilan karya2 catan beliau. Secara peribadi, saya juga menganggap, setiap lukisan itu ada ceritanya... setiap cerita ada mesej yang perlu difikirkan...

3 orang menconteng:

Assalamualaikum...catatan yang sangat menarik dan ringkas...cikgu Haron yang saya kenali memang seorang yang cukup sensitive dengan keadaaan sekeliling...he was simple person and easy going...saya merupakan batch kedua hasil keluaran beliau tahun 2003. Saya amat berterima kasih kepada beliau kerana beliaulah saya sampai ke peringkat ini. Kebanyakkan hasil catan landskap beliau banyak membuatkan saya berfikir tentang norma-norma kehidupan. Khususnya masyarakat Melayu yang kadangkala lupa akan keindahan seni warisan sendiri. Pada saya cikgu Haron merupakan seorang sejarawan yang merakamkan kisah kehidupan dalam ladskap melayu mengikut perspektif dirinya sendiri. Apapun tahniah buat penulis dan cikgu haron.;)

salam..macam mane nak dapatkan info lagi tentang catan cikgu haron?kerana pd masa ni saya sdg m`buat pbs seni stpm,saya pilih cikgu haron sebagai tokoh.boleh bagi e-mail atau pun apa2 laman yang boleh saya dpt info tentag cikgu haron

@NURUL SHAHIRAH hubungi sy di facebook - Cikgu Izuan.

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates