Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

ikan laga betina
Jangan campurkan ikan laga

Ikan laga yang sudah menjangkau usia yang matang tidak boleh diletakkan beberapa ekor di dalam satu tempat. Ini kerana ikan laga berdarah fighter dan akan bertarung dan membunuh ikan laga yang lain. Ikan laga jantan akan berlawan hingga salah seekor mati. Sekiranya ikan laga betina dicampurkan dengan ikan laga jantan, ikan betina akan luka dan cedera teruk. Kadangkala ikan betina juga akan mati. Ikan yang bergaduh dan cedera akan koyak ekornya. Ini akan mengurangkan kecantikan ikan tersebut. Namun, ikan laga betina boleh hidup secara berkelompok, dengan syarat ia dipelihara dengan jumlah yang banyak dalam satu tempat.

Dapatkan bekas yang sesuai

Pastikan saiz bekas yang digunakan sesuai dengan ikan laga kesayangan anda. Jangan gunakan bekas yang terlalu sempit. Kerana ini akan mengehadkan pergerakan ikan tersebut. Bekas yang sesuai, ialah bekas yang membolehkan ikan berenang. Bekas yang lutsinar, membolehkan kita melihat kecantikan ikan dari sudut pandangan sisi.Jangan letakkan ikan di dalam tin, kerana tin akan berkarat.

Letakkan tumbuhan

Tumbuhan air sebenarnya adalah sangat penting dalam memelihara ikan hiasan. Tumbuhan berguna kerana ia hidup dengan menggunakan bahan yang dikumuhkan oleh ikan. Kesannya, air akan sentiasa bersih dari bahan2 yang tidak dikehendaki. Namun pemilihan tumbuhan juga perlulah sesuai. Sebaiknya elakkan tumbuhan yang mengotorkan air. Ada tumbuhan yang cepat mati dan menjadi lembik serta berlendir. Pastikan samada tumbuhan tersebut memerlukan direct sunlight atau tidak. Namun, tumbuhan juga perlu diselenggara, dibuang akar yang terlampau banyak, dibuang bahagian yang sudah mati dan sebagainya.

Berikan makanan hidup

Ikan betta sangat sukakan makanan hidup. Antara yang paling mudah didapati ialah jejentik. Nyamuk akan membiak di dalam air yang tenang dan jernih. Ambillah sedikit jejentik, dan berilah ikan laga anda makan seminggu atau dua minggu sekali.

Letakkan daun ketapang

Daun ketapang berupaya untuk menurunkan nilai pH dalam air yang beralkali. Ianya juga berupaya untuk membunuh bakteria, bertindak sebagai anti fungus dan agen anti kulat, meningkatkan tahap kualiti air dan bertindak sebagai bahan tonik bagi kegunaan di dalam akuarium. Oleh sebab itulah, ikan laga akan menjadi aktif apabila daun ketapang kering dimasukkan di dalam air. Air rendaman daun ketapang akan mengandungi asid organik seperti humik dan tanin. Asid ini akan mengurangkan nilai pH air serta menyerap dan menyahtoksidkan beberapa jenis logam berat seperti zink, aluminium dan kuprum. Daun ketapang bukan sahaja boleh digunakan untuk memastikan betta anda sihat dan aktif, bahkan ia juga boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk merawat dan menghalang penyakit ikan. Sebagai contoh, di negara Thailand, daun ketapang digunakan secara meluas sebagai bahan untuk merawat luka ikan laga Siam selepas bertarung.

Letakkan kayu Hiasan

Letakkanlah kayu hiasan dan sebagainya, untuk dijadikan tempat ikan laga anda bermain, menyorok dan berenang mengelilinginya. Cara ini mungkin akan menggembirakan dan mengurangkan stress ikan laga kesayangan anda. Ikan laga yang stress akan kurang berenang, statik di bahagian dasar dan mempunyai warna yang pucat.

Tukar air tiga hari sekali

Air hendaklak ditukar bagi memastikan ikan sentiasa sihat dan tidak berpenyakit. Kekerapan bergantung kepada saiz bekas dan bagaimana kondisi tempat anda memelihara ikan tersebut. Sebaiknya air ditukar selang tiga hari. Namun sekiranya anda ada meletakkan tumbuhan air, air tidak perlu ditukar terlalu kerap, sebaliknya, tambahkan sedikit air yang baru.

Gunakan garam

Garam digunakan sekiranya ikan anda ditumbuhi sawang putih yang melekat di insang. Dengan meletakkan sedikit garam biru, ikan akan kembali sihat. Garam biru boleh diperoleh dari kedai ikan perhiasan. Namun, jangan gunakan dalam kuantiti yang terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan ekor ikan menjadi koyak dan terluka. Hal ini kerana PH air yang terlalu beralkali tidak sesuai dengan ikan laga.

Gunakan air yang sesuai

Ramai yang menggunakan air tapis untuk memelihara ikan laga. Bagi yang tidak mempunyai air tapis masih boleh menggunakan air paip yang ditambah anti klorin. Anti klorin boleh dibeli dari kedai ikan perhiasan. Namun, adalah lebih baik menggunakan air paip yang telah lama ditadah dan dibiarkan sekurang-kurangnya selama seminggu. Selain itu, anda boleh gunakan air hujan. Air hujan didapati selamat untuk ikan laga.

Sayangi ikan anda

Tips terakhir ialah, sayangi ikan anda. Ikan akan lebih sihat, aktif dan cergas sekiranya mendapat kasih sayang dan penjagaan yang rapi. Beri makan mengikut waktu dan tidak dalam kuantiti yang terlampau banyak. Sentiasa menjaga kualiti air dan hiasilah bekas atau akuarium dengan tumbuhan dan sebagainya.



PS : Tips2 ini adalah tulisan asal saya. Ia telah banyak disalin dan di post semula di blog dan di laman facebook. Anda dibenarkan untuk menyebarkannya. Akan tetapi, tips2 ini hanyalah sekadar pendapat saya mengenai cara penjagaan ikan laga. Sekiranya ada yang berminat untuk membeli ikan laga, bolehlah menghubungi saya di talian 0125588303. InsyaAllah saya akan menerangkan cara yang betul untuk memelihara ikan laga bagi mengelakkam ikan anda mati selepas beberapa hari dibeli. Wassalam...

101 orang menconteng:

kat kampung akak banyak ikan laga ni..mak bela..berbekaS2..balik je mesti ada ikan baru..
susah nk mati pulak tu..

salam...

entri yang menarik.jemput singgah entri saya yang mungkin dapat membantu :)

http://x-pacifista.blogspot.com/search/label/akuarium

@diana, kmpung kat kedah ke?

huhuhu... xsempat aku nak berjumpa dengan izzati :b:
daun ketapang tu yang macam mana ye?

@RedVixen, izzati mati dgn tragis.huhu... ketapang daun bulat2. pokok ni byk tepi jalan.

kenape kdg2 ikan laga koyakkan ekornya sendiri eh?

@Tanpa Nama, punca mslh air... boleh cuba guna ubat kuning, atau garam. kemudian tukar semula air ketapang.

Saya baru bela 1 hari ikan laga yang bewarna kuning emas,tidak sampai 2 hari,ikan tu dah mati..sudahlah ikan itu mengawan..(mengandung lah kiranya)..sedih.kenapa yer?

@Miza Kamilia, Kemungkinan besar sbb air terlampau berklorin...

nak tumpang tanya.
ikan saya ada sawang tu.
itu apa benda ye? sebab mula2 saya ingat makanan dia yang kembang.
saya bagi makan cacing kering.

@ikan laga, guna air apa?

Saya ad bela 7ekor ikn lga,,tringn tgk dia membiak,,cmne nk tau dia jntn or btina eh?

terima kasih atas tips2 yang dibberi

@Tanpa Nama, ikan betina ada biji putih di bawah badan...

@Tanpa Nama, sama2...

salam... camne nk taw ikan tu bunting @ x??

alaaaa,kat rumah baru ade satu ikan laga

rase macam nak beli lagi ikan laga

mcm ne nk dptkn daun ketapang???

@arepeace_akatsuki91
tgk perut..mcm kmbng n bwh die tu mcm terkeluar wane putih...

at mane nak dpt kan daun ketapang

nape ikan lage sy x nak mkn...

@arepeace_akatsuki91 ikan betina yg bunting, perut dya akan mbesar, biji putih d anus lbih ketara d 6pak dripd biasa..

kalow ikan laga kita tbe2 dy jd pndek knpe yr?

kalow ekor ikan laga kte tbe2 jd pndek knpe yr?

Camner nk samakn ekrnya yg pcah2

MANA NAK DAPAT IKAN LAGA YANG CANTI MCAM WARNA KUNING

@Tanpa Nama, beli lagi. hehe

@khairunnnisa nisa, :k::k::k:

@arepeace_akatsuki91, ikan laga betina yg bunting, perutnya buncit.

@Dead, ada byk kat tepi jalan. perlu blajar utk kenal pokok ketapang dulu.

@firdaus, sakit. mungkin masalah air atau jangkitan.

@Tanpa Nama, sbb kena jangkitan, atau dia gigit ekornya sendiri.

@Tanpa Nama, potong guna pisau lipat.

@Tanpa Nama, ada banyak ikan dijual on9 sekarang... mcm2 ada :e:

kalau bawah insang ikan laga tu macam ada lumut hitam tu apesal ye? risau lak. takut payah bernafas. tapi still ektip.

@Tanpa Nama, try ambil kapas korek telinga tu, bersihkn...

kalau saya letakkan induk betina dan jantan.mesti induk betina akan mati lepas saya letakkan dia bersama-sama..tapi anak ikan masih hidup..tapi induk betina selalu mati..macam mana nak elakkan daripada induk betina daripada mati...tolong bagi jawapan ye..

mcm mana nak bagi ikan kita berwarna terang dan cantikkk.ikan yg aku bela ekor ja berwarna badan warna biasa ja.

kenapa ikan akak perut buncit and ia tidak membuang air besar.ia mkn kuat.risau akak.tlg beritahu jawapannya ya.tanks

ikan jantan saya dah seminggu mengeluarkan buih..mengikut bacaan saya dr blog2, menunjukkan ikan tu sedia nak mengawan..
tapi semalam saya masukkan ikan betina..habis kena hambat..
koyak2 ekor ikan betina tu..naik lembik jadinye...kenapa ye jadi mcm tu..???

biar kan je nanti mengawan lah

@Tanpa Nama, kalau dah mmg warna camtu, x boleh ubah...

@Tanpa Nama, kurangkan makan. letak cermin dpn dia. dia sembelit tu...

betul ke ni dik letakkan cermin depan dia.

apa perlu kita buat jika ekor ikan kita pecah @ koyak?

@Tanpa Nama, btl. cermin luar bekas. bila dia mrh, dia akan mudah buang air besar.

apa pasal ikan saya ni x nak mkn.kat kepalanya ada bintik2 putih dan x agresif

nama ikan laga adalah kuat kenapa ikan laga saya tak nak laga waktu saya campur ikan laga jantan untuk bergaduhm

Terima kasih utk tips ini :)

jemput tengok ikan laga saya di blog saya

@ Sifu muhammad.
Dua mgu lpas sya bli 6 ekor ikan laga ada stu tu pk red dragon mgu ptama ok aja ait tkar 3 hri s x. Lpas tu red dgon susah hti menong sana tak mau mkan. Klu slah air msti yg lain pun sama. Lpas 3 hri mti. Apa silap nya?

@tasneem.
Knapa susah sgat sya nak msuk blok awak ya. Bnyak x cuba tak bleh

@bro be, jgn letak ikan di tempat yg panas... mungkin air suam...

@Sifu Mohammad,
Rsa nya sejok pun tak bleh jga.
Nak tnya fry brumor 1 mgu sya prhatikan kebnyakkan nya mti lemas kerana trsangkut dgn sawang air. Dri mana sawang tu dtg sdangkan sya kerap tkar air.

keanapa anak ikan laga saya ia berada di bawah dan kurang berenang

kalau anak ikan laga berusia 5 hari nak bagi mkn apa erk

@Tanpa nama.
Fry klu berusia 5 hri saya bagi makan micro worm. Mw ni bila masukan dalam aquirium dia akan jatuh ke bawah. Jadi klu fry ni main kat bawah dia akan makan. Cuba awak perhatikan kan betul fry yg kat bawah tu apa dia buat? Yang awak kuatirkan fry yg main kat atas. Klu dia tak mau trun cri mkan di khuatirkan mati kelaparan. Itu pegelaman saya mungkin orang lain, lain pendapat.

Salam... Tlg..tlg.. Saya baru beli ikan laga betina 2 ekor utk jadi kwn kpd ikan laga jantan yg saya ada.. Masa baru2 masukkan dlm akuarium yg sama dgn ikan jantan tu nmpk ok je, tp hari ni saya tgk dua2 ekor ikan betina tu asyik menyorok balik batu dan kat dasar je.. X berenang byk. Bila dia berenang je, ikan jantan tu akan kejar dia.. Mungkin sbb tu dia selalu duduk kat dasar je. Skrg ni saya x tau nk buat apa. Perlu ke saya asingkan jantan dan betina tu? Sbb rasa kesian pulak asal nk berenang je, kena kejar dgn jantan. Atau pun adakah perkara ni normal?

Salam.
@ fara, se elok2 nya awak asingkan jantan dan betina tu. Ikan laga jantan tak perlu ada kawan kerana ego nya tinggi. Dia akan perlukan ikan laga betina bila masa nak mengawan dah sampai tu pun sekejap aja lbeh krang 2 har. Nak bela ikan laga ni tak perlu akurium yg besar. Biasa nya orang pelihara dalam botol aja. Saya mejawap bagi pihak sifu mohd dia pun dah lama tak online.

saya beli byk ikan laga tapi mesti ikan tu mati dlm mase 2-3 hari
mcm mane nak biarkan ikan tu idop lbih lame

Tima kaseh byk en bro be. Saya ni x tau menahu psl ikan laga. Ikan laga jantan tu pun hadiah dr org. Hmm mana nk tau masa mengawan dh sampai ke x?

Salam,saya baru beli ikan laga 3 hari lepas,mula2 dia happy je brenang.siap cari gaduh ngn jiran.Lpas tu esoknya saya tgk dia statik je kat permukaan gerakpon sikit2 lpas tu duk kat permukaan balik.ikan laga sblah ajak fight x layan da.saya ada taruk ubat biru yg hilangkan white spot tu.sbb tu ke? Skung saya baru tukar bekas ikan tu jadi besar skit.saya pakai air minum ngn truk anti klorin.xtau nak buat apa da.

@Fara,wslm. mmaf kerana terlewat membalas komen. ikan laga betina boleh dibela secara berkelompok. swkurang2nya 10 ekor...

@Tanpa Nama, awak perlu jaga kuaiti air, dan jaga pemakanan ikan...

@bro be, terima kasih kerana sudi menjawab soalan bagi pihak saya...

Alhamdullilah da sihat ltak daun ketapang huhu.Aritu sya ada beli ikan laga betina baru,jdi sya cmpur ngn ikan betina sya yg sedia ada.lpas tu sya tgk ikan laga btina sya yg dulu da mati.X boleh campur ke 2 ekor skali dlm stu bekas? Tragis di situ.

Salam...sy ary ,nk minta pendapat sikit.. Klu nk biak ikan laga nie jantan ngan betina kena spesies yg sama.? Atau lain2 spesies pon blh biakkan juga.?

leh upl0ad lam fb x ikan2 yg nk djual??ak ske hm jew,

salam. sy baru je beli ikan laga. ahah. tak reti nak jaga. takut dia mati cepat. dah tu beli sekor je pulak tu. nanti dia takde kawan, camne?

Salam..ikan sy da mnetas..slepas 2 ape yg prlu sy buat? Ank ikan mkn ape?

Assalamualaikum,saya nk tnya nie...nape ikan laga betina saya kejar ikan laga jantan selepas saya letak dalam balang yang sama untuk membiak?

Ikan laga ku yg sekor xmo mkn..apesal ek

@Tanpa Nama, seperti yg saya tulis di atas. sekurang2nya bela 10 ekor.

@Tanpa Nama, boleh... tapi seeloknya sama...

@yellow's world, tak mengapa. ikan laga memang hidup bersendirian...

@Tanpa Nama, mungkin saiz ikan laga betina lebih besar...

@ayie..no one else.., ada banyak faktor. faktor paling utama, mungkin masalah air...

Salam..sy nk tnye..2 ari lpas sy ad bli ikn lge crowntails..sblm 2 sy da ad 3 ikn jntan longtail..tp sy bru psan ikn yg bru sy bli 2 cm ad bintik ptih kt bwh dy..2 tndenye btine kn? Ape jd klo sy kwen kn ngn ikn jntn sy yg da bsar tu? Bole ke d kwen kn? Ikn kcik ni xmati ke d krjekn ole jntan?

kenapa dgn ikan ikan saya ni....wana dia makin pudar.dia berenang pon ala kadar jer...kejap2 berhenti....saya kasi kat cermin dia tak bagi respon pon ... tolong lah saya.....

saya tengok ikan saya mcm tak sehat jer...warna makin pudarlah . tolonglah bagi saya tips untuk buat ikan saya aktif lagi....

kat sirip paling atas sekali,ada bintik2 warna hitam .aper bende tu?

Ikan sye sekor da mti..tgl 2..mlm smlm shat je..pg td sye tgok dy da tsangkut kt daun2 da..sdehnye...

@Izzah Haziqah, slm Izzah. Maaf lambat balas. Ikan akan stress kalau air x sesuai. Kalau Izzah gunakan air paip, simpan air tersebut selama 3 hari, kemudian barulah ikan dimasukkan. Kalau tak, badan ikan akan pedih terkena klorin...

terima kasih!!!!

mcm mn erk nk jg btul2 ikan laga neh

kalau sy ltak perhiasan dlm seperti rmpt kmgkinan sesuai x dgn ikan laga. cz tkot ekor nye trsgkot

Harga ikan laga betina berapa ya?

Anak ikan umur 4-5 hari mkn apa nak dptkan kat mana

Saye ade due ekor ikan laga..sekor makan je keje..gemok da..sekor agi..dlu makan..skank x makan..xtau kenapa..

Salam,alhamdullilah ikan sya da ada bnyk sgt anak2 ikan.bru masuk 3hari.da asingkan mak ayah dia.tpi air dia cam da kotorla then da ada jentik2 lak.ikan2 tu halusssss sgt lgi.btw nak bgi anak2 ikan tu makan apa ek.sya ada bca dia makan akar pokok kiambang sayapon ltakla pkok kiambang.stu lagi sya hancurkan mkNan ikan laga yg bese tu.xtau la ikan tu makan ke x.nak bersihkan air..nak alihkan xdpt sbb halus kecik n bnyk.

Ikan laga saya ekor dia slalu tbe2 tkoyak.mcm x cantek da sbbkan perhiasan ke knapa mkanan sya bagi yg betta fish pye mknan pallet mrah tu.adakah faktor pemakanan dia atau hiasan2 tu buat ekor dia koyak? Air sya letak daun ketapang.

Mcm x cantek da.sbbkan perhiasan ke? Makanan sya bgi yg betta fish pye mknn.pallet mrah tu. Sorry ayat xd baris titik.hanco.

sy baru bli5 ekor ikan laga long tail n seko ikan laga kampung..pd mula nye semua aktif..tp lme2 smua snyp je..tp brnang dgn gmbira..cma xnk fighting je gn jiran dorg..knp ek..muskil btol lh..

Saye trok garam knpe mti

mcam mna cri2 daun ketatap,
:c:

Saya nak tanya.. seminggu lepas saya ada beli seekor ikan laga betina. Sb kesian tgk ikan tu dok sorang2, saya beli 3 ekor lagi ikan betina hari ni.. tp knapa ikan yg lama tu jadi aktif dan yg 3 ekor lg menyorok di dasar je. Ikan yg baru tu mcm takut je ngan yg lama tu..yg pelik ikan lama pun mengembang lain mcm jer... tolong jawab sb saya confius....

salam sy nora nk tnye ikan sy da turun warna,pastu ekor dy dlu pnjang skrg da pendek, pastu asik duk kt dasar air je pastu xnk mkn, pastu berenang senget...sy da tukar air n da letak anti klorin tp xde perubahan pn...harap boley tolong sy...

daun ketapang yang kering hendak dihancurkan ker?

hello bro,sekiranya ikan suda bertelur,mana satu nak pisahkan dari telur ikan jantan/betina...
& apa makanan untuk anak ikan yg baru menetas dari telur...
thnks dgn perkongsian blog anda...

hello bro,sekiranya ikan suda bertelur,mana satu nak pisahkan dari telur ikan jantan/betina...
& apa makanan untuk anak ikan yg baru menetas dari telur...
thnks dgn perkongsian blog anda...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto Saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates