Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Pengucapan awam ini saya karang apabila kakak saya meminta saya untuk mencarikannya sebuah karangan pengucapan awam.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. pernahkah anda mendengar, Kerana seekor kucing, tercampak ke dalam neraka?

Hadirin sekalian, dalam riwayat sahih al-Bukhari, "Seorang wanita diseksa kerana seekor kucing yang dikurungnya sehingga mati. Dia masuk neraka kerana dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya mencari makan."

Ini menunjukkan kasarnya sifat wanita itu, betapa buruk akhlaknya, serta tiadanya belas kasih di dalam hatinya. Dia mengurungnya sepanjang siang dan malam. Kucing berasa haus dan lapar dan meminta dengan suara yang meminta bantuan dan pertolongan. Akan tetapi, hati wanita ini tidak terketuk oleh suara pilu kucing itu. Suara kucing itu semakin lemah, lalu seterusnya menghilang. Kucing itu mati. Ia mengadu kepada Tuhannya tentang kezhaliman manusia yang hatinya keras dan membatu.

Perbuatan ini telah memberi kecelakaan kepada wanita tersebut, sehingga dia masuk ke dalam neraka. Rasulullah melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di neraka. Kesan-kesan cakaran tergores di wajah dan tubuhnya. Beliau melihat itu ketika syurga dan neraka diperlihatkan kepadanya.

Oleh itu janganlah suka menendang kucing. Peliharalah kucing kerana kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah. Sehubungan dengan itu, pada hari ini saya akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai kucing.


Apa Itu Kucing? Kucing adalah haiwan yang sungguh menakjubkan dan juga merupakan haiwan pemangsa yang terdiri daripada pelbagai saiz. Kucing mempunyai ciri-ciri seperti mata besar yang berada dihadapan muka, pendengaran yang tajam, gigi yang tajam dan kaki yang kuat serta mempunyai kuku yang tajam bagi mendapatkan mangsanya. Kebanyakkan kucing mempunyai ekor yang panjang serta bulu yang bertompok atau berjalur. Perkataan "kucing" biasanya merujuk kepada "kucing" yang telah dijinakkan, tetapi juga merujuk kepada singa, harimau, dan sebagainya. Kucing telah berbaur dengan kehidupan manusia paling tidak sejak 3.500 tahun yang lalu, ketika orang Mesir kuno menggunakan kucing untuk menjauhkan tikus. Kini, kucing adalah salah satu haiwan peliharaan terpopuler di dunia.

Kebanyakkan setiap rumah memiliki kucing kerana kanak-kanak amat menyukai kucing. Ini adalah baik untuk kanak-kanak itu sendiri dari segi perkembangan sosial kerana ia membantu kanak-kanak tersebut mempunyai rasa tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan. Kanak-kanak harus diajar bahawa kucing adalah binatang peliharaan yang harus dihormati samada anak kucing atau kucing dewasa. (contoh : kucing tidak boleh diganggu semasa tidur).

Kebanyakan orang memiliki kucing sebagai binatang peliharaan kerana kucing tersebut lebih mudah ditinggalkan sendirian dirumah berbanding dengan anjing. Ini sememangnya benar. Kucing adalah lebih berdikari secara semulajadi. Kebanyakkan kucing hidup secara sendirian dan sunyi sepanjang hari kerana mereka perlukan hubungan sosial dengan kucing-kucing lain. Oleh itu anda harus mempertimbangkan untuk memiliki dua atau lebih ekor kucing supaya mereka tidak berasa sunyi apabila anda tiada di rumah.

antara jenis kucing ialah

American Shorthair

Baka American Shortair mempunyai badan yang sederhana sehingga ke besar, padat, berotot dan kuat. Bulunya pendek, padat dan tebal. Warna bulunya terdiri dari pelbagai dan bercorak dua.

British Shorthair

Baka British Shorthair dianggap sebagai baka yang paling lama sekali wujud. Badannya yang sederhana, dengan bentuk padat, kuat dan seimbang. Bulunya yang pendek dan padat, datang dengan pelbagai warna, terdapat juga warna biru.

Persian

Kakinya yang pendek, lebar dan kuat pada dada, berada pada keadaan sekata dibahu dan otot. Walaupun dengan rupanya yang gebu, kucing baka Persian ini mempunyai otot yang bagus dengan tiadanya punca-punca kegemukkan. Bulunya yang panjang dan tebal, berkilat dan kuat. Warnanya boleh terdiri daripada pelbagai warna dan corak.

Siamese

Baka Siamese adalah bersaiz sederhana, bulunya berkilat dengan garisan kecil berwarna, bergerak senang walaupun berotot. Sifatnya yang ketara ialah bucu yang bercorak gelap pada telinga, muka, ekor dan kaki. Warna seperti cokelat, biru, dan kelabu adalah warnanya yang biasa.


Akhir kata, saya sudahi dengan beberapa rangkap pantun


Dua tiga kucing Siam,

Berkawan dengan kucing Parsi,

Hati jangan dibiarkan hitam,

Banyakkan mengaji dan ingatkan mati.


Anak kucing mengejar tikus,

Tikus berlari tak pandang belakang,

Kembalilah mencari jalan yang lurus,

Sekiranya hidup berarus songsang.


Kucing hitam melompat-lompat,

Ekornya panjang terkena duri,

Jangan diikut pengaruh barat,

Kelak binasa memakan diri.


Sekian, wabillahitaufikwalhidayah

wassalamualaikum

warahmatullahiwabarakatu

13 orang menconteng:

pada kucing kena wat baik inikan pula sesama manusia..

@Sofya, betul tu :e:

terima kasih. sayangilah kucing >:O

@Tanpa Nama, sama2 :e:

terbaiiiiikkkkkkkkk lah:a:

kucing kan bleh jd teman terbaik kita...
so...sayangilah kucing...

@Tanpa Nama, kalau bela btl2, lucing mudah sakit. kalau dibiarkan liar, sihat pula...

besthttp://3.bp.blogspot.com/__hqk0jmhlcE/Sz8OXMmdPbI/AAAAAAAAALM/WyX3vQgP5Fg/s200/20x20-beauty.png

macam mane nak bela kucing kalau geli...

...

kucing :) rindu kucing saya :) semoga tiada lagi manusia yangmelakukan keganasan terhadap kucing...

Terima kasih... Kerana menyediakan pengucapan awam mngenai kucing... ^^,

kalau ngan kucing un kita x sayang apetah agi ngan manusia... sekejam kejam umat sape yg lakukan begitu...

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto Saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates