Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

Assalamualaikum...



Aku dulu budak asrama. Sebab aku dapat 5A dalam UPSR, aku dapat peluang belajar di salah sebuah MRSM di Perak. Masa mula2 masuk, family aku lah yang hantar dan daftarkan. Ayah aku kata, aku tak menoleh pun time diorang nak balik. Entah… Aku sendiri lupa. Masa tu la aku dapat ramai kawan2 baru yg rata2 berasal dari Kelantan. Aku sendiri dah lupa, macam mana aku boleh berada dalam kelas yang pertama.1 Aman nama kelas tu.



Sebelum aku terlupa, pada hari pertama aku kat situ, ayah aku belikan baju dan seluar untuk kuliah.Baju kaler peach, seluar pulak coklat. Aku ingat lagi, seluar dan baju tu besar. Masa tu badan aku macam lidi. Masa mula2 nak masuk asrama, macam2 barang yang aku bawak. Siap dengan tin biskut dan makanan segala bagai. Baru sekarang aku dapat bayangkan perasaan ibu bapa melepaskan anak duduk di asrama. Usia 13 tahun bukan tahu apa2. Belum matang untuk hidup berdikari. Sebab tu aku dibekalkan dengan macam2 benda, supaya aku dapat uruskan diri sendiri.



Aku datang dari family yang susah. Nampak je macam ok. Tapi kami saja yang tahu. Tapi untuk aku, banyak ayah aku perabis duit. Beli baju untuk prep, untuk kuliah. Tiap minggu diorang datang melawat aku. Bagi aku duit. Aku takkan lupa pengorbanan abah dan mak.



Untuk pengetahuan korang aku ni anak manja. Pantang ditegur sedikit, melenting. Mulalah nak bergaduh. Atas sebab tu la kawan2 ramai yang takut nak cari pasal. Kalau nak kutuk pun, kat belakang2 je. Depan2 tak berani.



Sepanjang 3 tahun aku belajar kat sana, aku ingat aku pernah ada seorang kawan baik. Kami memang rapat sangat. Namanya Ridzuan Hamzah, berasal dari Kelantan. Lucu orangnya. Seronok bersembang sampai ke tengah malam. Tapi kami bergaduh, entah sebab apa aku dah lupa. Aku tak berbaik pun dengan dia sampai la graduasi dan keluar dari Maktab.



Tiap kali kelas bahasa arab, aku akan chuak. Sebab aku sangat tak faham dengan apa yang Ustaz aku ajar. Dan pernah sekali aku kantoi meniru karangan bahasa arab. Ada seorang cikgu matematik. Baik orangnya. Selalu masuk ke kelas, buat kuiz. Kawan2 ketawa bila aku berjaya tiru suara cikgu tu. Dan aku cukup benci dengan cikgu bahasa melayu. Cikgu Syah namanya. Dia nih gay. Suka raba budak lelaki. Dan aku jugak tak terlepas dari menjadi mangsa. Tapi apa yang aku kagum dengan dia, ialah sebab dia sangat disiplin dalam menjalankan tugas sebagai warden. Dia akan ronda asrama beberapa kali untuk pastikan kami semua tidur dan tak merayau. Pernah tilam aku dan roommate dibuang dari tingkat dua sebab tak kemaskan katil. Bilik kami disita. Tak boleh masuk bilik. Jadi kami terpaksa tidur kat bilik tempat iron baju. Aku ingat lagi, ada senior aku pancitkan tayar kereta waja dia, tapi dia tuduh aku yang buat. Mungkin sebab kebencian jelas di wajah aku dan dia sendiri pun memang benci pada aku.



Sebenarnya tak banyak memori yang aku ingat dan dapat aku ceritakan. Mungkin sebab dah terlalu lama. Dan aku sendiri tak pasti sebab apa aku ceritakan semua ni.



Tapi bila mengimbau kenangan lama, terasa masa seolah terlalu cepat berlalu. Yang pasti, kehidupan ini perlu diteruskan, kerana kenangan akan terus tinggal sebagai kenangan. Cuma aku berharap semoga hari esok akan sentiasa lebih baik dari semalam. Amin.


14 orang menconteng:

MEMORI SEKOLAH MENENGAH AKAN SENTIASA MENJADI MEMORI INDAH. X KIRE LA BAIK ATAU BURUK MEMORI TU. (alamak... tercaps lock... hehehe...)

sentiap maseeee..pasal skola adelah the beshhhh heee ske ske

sy duduk asrama dari form 1 jugak.. sejak form 1 sampai la sekarang ni duduk jauh dari rumah.. mcm2 kenangan duduk asrama ni, ade yg bes, ade yg tak bes~


btw, ade ek cegu laki suke raba student laki?? terkejut plak rasa. hahaha

seronoknya zaman sekolah...
selalu kutuk2 cikgu kan? huhuhuhu... jahat rupanya aku ni :D
rinduu... T^T

aku pon duduk asrama sejak form juugak.tapi macam dah tak berapa nak ingat da..huhu

akak tak pernah duduk asrama..
tak biasa la duduk dengan kawan2..
berkongsi itu ini..
heheh..
cikgu pun ada gay ye??

masa akak form 2 ada cikgu gatal..
anak murid yang lawa2 selambe je dia
mengorat ajak keluar la ape..
dia selalu la ngorat kawan akak..siap bagitau gini..
"ala..saya mampu la bela awak kalau kita kawen pun..
ingat gaji cikgu ni kecik sangt ke?"

hahahah

@IQBAL ZARIN, tu lah...kene plak cam aku... ada 4 sek men...

@k a k L a m p, tq coment yer :e:

@Si DauN CeRi, owh, ada... macam2 ada. hehe...

@RedVixen, skrg ni dah laen, kita pulak yg jadi cikgu...

@vampire's lovex, tu lah, da tua2 nih da banyak lupa. hehe...

@diana, ceh cikgu camtu, kalau rajin kipas, bleh dapat markah tinggi. tp pmpn je la...

erk.byknya kenangan sekolah menenganh,wan pon SBP kat Perak.ok lah,at least parent dtg tiap2 minggu.wan tak pernah diorg dtg,wan yg kena blik umah.huhu

@Rozuan Ismail, masa mula2 form 1 je dtg tiap minggu. hehe...

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto Saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)
Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates