Bagi memudahkan anda melihat keseluruhan tajuk entry, sila tekan SITEMAP pada menu di atas.

Baca Cerita Yang Best - Klik, Jangan Tak Klik!

blog sampah
Pernah tak baca blog, lepas tu rasa macam tak dapat apa2 manfaat??? Senang cakap, level of knowledge korang tak meningkat pun lepas baca blog tu. Yang ada dalam blog tu cerita pasal pergi makan-makan, pergi dating, join contest... Maka itu bermaksud korang dah terbaca blog sampah! Blog sampah ni merupakan blog yang ditulis oleh mamat atau minah yang tengok orang lain ade blog, dia pun nak buat blog jugak. Betul ke tu definisi “blog sampah”??? Tapi ada yang cakap, blog diorang, so suka hati la nak tulis apa. Hehe... So, apa pendapat korang???

Okay, ada yang kata ya, dan ada yang kata tidak. Tetapi bagi seorang Islam, sudah pasti kita tahu bahawa tidak baik mengkritik dan menghina orang lain. Sama la jugak, kita tak boleh menghukum mana2 blog sebagai blog sampah.

Tapi siapa cakap blog yang tak mendatangkan manfaat akan kekal begitu sampai bila2??? Yang penting, blogger tersebut kuat berusaha. Insya Allah, satu hari nanti dia pasti akan berjaya menghasilkan blog yang lebih memberi manfaat. Yang penting jangan mudah mengalah, sentiasa berusaha untuk belajar dan bersedia menerima kritikan secara positif.

Macam mana nak jadikan blog anda lebih dikenali dan lebih diminati???

1) Jangan main follow je blog yang glamour. Cuba study sikit kenapa blog tu ramai pembaca. Mungkin blogger tu terkenal dengan humor. Jadi cedok sikit gaya penulisannya dan jadikannya lebih kreatif.

blog best
2) Pergi ke blog yang ramai follower, dan cuba lihat design template blog dia. Simple bukan??? Macam wordpress pun ada. Cuba lihat pula widget2 yang dia guna, dan widget mana yang dia tak guna, tapi korang guna. Agak2 kenapa dia tak pasang widget tu??? Maybe sbb tak penting, atau widget tu akan buat load page blog jadi lembab. Cuba bandingkan blog korang dan blog dia. Maybe korang akan dapat jawapannya.

3) Kalau boleh, jangan la asyik cerita hal peribadi jer memanjang. Kaji apa yang best dan kaji apa yang orang ramai nak baca. Tapi lebih baik tulis apa yang kita minat, supaya kita tau apa yang kita tulis dan itu adalah idea origenal daripada kita. Kalau korang artist, ataupun awek cun, laen cte... Ko tulis ko nak gi berak pun, orang exited nak tau. Siap ada yang tanya, camana berak tadi??? Best???



Ps: Pe pendapat korang pasal istilah blog sampah??? Ce citer... ce citer...!!!



37 orang menconteng:

no komen...heheh

bahaya untuk dikomen..sbb suma blog dapat cher cher.. kalu lambat loading pangkah..sbb kalu khalis 4mbps lambt lagik tak taule sape pkai broadband

blog boleh jadi betul2 sampah kalo takde isi langsung dari mule blog tu dicipta...

tak salah nak cerita personal tp biar berpada dan org tak rase annoying dengan kita..

itu pandangan aku..

@cik 18, Terima kasih sbb sudi beri pandangan... smoga blog kita sama2 tak menjadi blog sampah... :)

@: husna :, why??? :t:

hurmmm..cuma saya berpegang pada prinsip GOD doesn't make JUNK.. so takde istilah sampah yang tak berguna kat dunia nie.. sisa baki makanan leh jadi baja.. tin kosong leh recycle.. kekadang org gila pon makan mknn dr sampah buat sumber rezeki.. :)

weh, aku baru citer pengalaman berak harini...terasa aku...takmo kwn arrr dgn owner blog nie.... =[

blog akak banyak jugak entry sampah..
sebab tu tak ramai orang mai..
hahha..
tapi biasa tengok blog2 yang asyik cerita pasal diri sendiri ni
mesti banyak komen..
rajin bw kot depa ni..

@b a m b a m ' s, yeah... setuju dgn pendapat awk tu!

@AlfiEean WaRsi, haha! :a:

@diana,jgn ckp camtu kak... entry ni sajer2 je. sbb tak tau nak update ape. hehe. xnak la ada yg terasa hati... kalau citer pasal hal sendiri pun, still ada manfaatnya. cth citer pasal pi melancong. kiter yang tak biasa pegi, dpt tgk gambar pun jadilah...:)

Actually, setiap org ada penilaian sendiri dan tak mungkin sama dgn pendapat kita...maybe sampah bagi kita tapi tidak bagi org lain...

blog sampah?
entah lah..
maybe ad yg buat blog untuk luahkan apa yang xterluah..
nak buat cmne kalau dye suka cerita personal dye dalam blog..
bagi saya la kan setiap org ada cara mereka msg2..
tak kesah la kalau nak anggap blog sampah pon..
kalau xsuka jgn datang..kalau suka sila dtg lagi..
:)itu pandangan saya je..

blog saya pun blh dikategorikan sbg blog smpah gak la kot XD

@myralynn, betul... tp skrg blog dah tumbuh mcm cendawan slps hujan...

@nursyamime. thanks utk pendapat anda :e:

@farah, tak la... sy rasa lapor lepas tgk blog cik Farah... huhu

lain orang lain mentaliti, lain pandangan, lain cara melihat, lain dari segala benda, dan CONFIRM DNA korang pun lain.

sampah???

kadang2 orang nampak benda cantik pun sampah. kadang2 sampah pun orang tengok cantik. kadang2 benda cantik dan sampah dilihat sebagai benda yang sama.

kadang2???

kite bako je blog sampah ni!!!

p/s: apakah nasib blog aku pasni??? korang nak bako blog aku ke??? :d:

@Mr. Stupendous, xpe... aku bg blog ko yg ni siap dulu. da siap nt bru aku bako... haha

[1] Demi Masa!
[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

(terjemahan al-Asr)

surah ni la yg buat diri sendiri muhasabah balik gaya kita guna teknologi dulu. kadang kadang blog tulis tahpape, benda tak bermanfaat, status kat fb pun yg tidak-tidak. dah la buang masa orang lain satu, buang masa diri sendiri jugak plak. padahal Allah da sumpah kan dengan masa yg kita ni memang SENTIASA RUGI kecuali kalau kita beriman, beramal soleh dan menyampaikan ayat-ayat-Nya kepada orang lain. takut je benda benda remeh yg kita buat sekarang ni akan jadi sebab timbangan kat neraka pulak yg berat (nauzubillahminzalik), ye la, sebab sume benda pun akan dipertanggungjawabkan, huhu.

thanks untuk entri ni, sama-sama muhasabah :)

blog aku kot... hahahaha

jujur aku mengaku blog aku pun salah satu sampah. eh, maksud aku blog sampah..tapi janganlah bakar blog aku.hehe

lagi satu...

jangan paksa diri sendiri utk update blog, nanti lama² jadi boring. hehe ^_^'

adakah blog ku blog sampah? ahaha

bg sy senang je, sy suke baca entri personal org lain sbb..dr situ la kita akan belajar erti hidup..dia mungkin akan tulis luahan hati ttg apa2 saja dan kita boleh belajar dr situ..siapa pun kita, kita takde hak nk labelkan blog org blog sampah..

sy tulis blog sbb sy suka menulis, suka luahkan apa saja melalui tulisan.. jd kalau org suka, bonus.. tp kalau org x suka..x kan sy nak paksa.. :p yg penting sy puas hati menulis..

lg satu..hidup kite ni x usah formal sgt..kalau nk update status fb pun kena serius, baik dia buat satu laman info sendiri je.. biar santai tp akal tetap berisi.. x pun kalau sape2 nk baca info sgt tu jgn la baca blog2 org..cadangan sy, bacalah surat khabar.. :)

@RedVixen, tak la... byk info pe...

@cik zaza, x la... zda langsung ciri2 blog sampah. byk info utk dikongsi. tak kisah la kalau kita plagiat pun still kita kongsi ilmu,btl tak? kalau kita ulas, lagi la bgus.

@bain, oh ye ker... tq utk tips tu... huhu

@luna qiszara, tq untuk pndpt yg pjg lebar tu :l:

kadang2 baca blog yang tentang personal life pon best gk..selagi ayat dan bahasa dia tu seronok dibaca..
kalo nak menggedik..memang tak habis baca pon da tutup da..

ok la tu...

@MFI, yup, btl tu...

@RepublicAku, apa yg ok :p:

Sebenarnya tiada istilah blog sampah,walaupun blog tersebut memuatkan cerita2 peribadi atau sekadar blog meluahkan perasaan.
Dan bukan bermakna blog yang penuh dengan info,tema dan layout yang cantik serta cool itu bagus atau terbaik.Pembaca terdiri dari berbagai golongan cita rasa.Walaubagaimanapun rupa bentuk blog yang ada sekarang,semua itu menambahkan lagi suasana ceria di alamcyber,yang tiada sempadan nya.Sekadar pendapat saya sahaja.

blogging kerana gembira...........:D

trololololo :l:

hanzfadhli.blogspot.com

Check this out! korang cube tengok blog ni sampah ke dak eh.. heheh

http://ummuaqilahthecovergirl.blogspot.com

Check this out! korang cube tengok blog ni sampah ke dak eh.. heheh

http://ummuaqilahthecovergirl.blogspot.com

Catat Ulasan

Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


PENGUMUMAN
Saya ada membiak pelbagai jenis ikan laga hiasan. Sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah menghubungi saya (012). Ikan daripada jenis baka yang baik (ekor D), hanya berharga RM10. Harga masih boleh dirunding bagi pembelian lebih dari 3 ekor. Ikan boleh dipos, self collect, atau dihantar bagi kawasan berdekatan (Ipoh, Kuala Kangsar & Taiping).Namun bergantung kepada stok, kerana saya tidak membiak ikan laga sepenuh masa.Terima kasih.



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

OhTuhan... Ku bersyukur mempunyai blog ini. Sebagai tempat aku memperbanyak ilmu dan meluah apa tersirat di kalbu. Namun hanya pada Mu Tuhan sebenar-benarnya tempatku untuk mengadu. Kau jadikanlah blog ini, blog yang memberi manafaat kepada sesiapa yang membukanya. Sebagaimana nama blog ini sendiri, Kau realisasikanlah harapanku untuk melihat keindahan syurgaMu Tuhan.



Slmt Dtg Ke Blog SII

Assalamualaikum... Selamat datang ke blog peribadi Muhammad Izuan Bin Tahrim... Kunjungan anda ke blog saya amat saya alu-alukan... Diharap melalui blog, kita dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan menjadi sahabat... Wassalam...

Tentang Penulis SII

Foto saya
Dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana oleh ibu tersayang pada 8 hb Mac… Anak ke 2 dari 3 adik beradik…
Takkan tengok je? Klik yer :)

Arkib SII

Free Website templateswww.seodesign.usFree Flash TemplatesRiad In FezFree joomla templatesAgence Web MarocMusic Videos OnlineFree Wordpress Themes Templatesfreethemes4all.comFree Blog TemplatesLast NewsFree CMS TemplatesFree CSS TemplatesSoccer Videos OnlineFree Wordpress ThemesFree Web Templates