Jom kita sama2 baca tulisan Lufkin nih...
Sebenarnya Freemasonry telah lama bertapak di Tanah Melayu sejak zaman Sir Francis Light Laknatullah yang membuka Pulau Pinang, dan sejak itu unsur-unsur Freemason Nirrajim telah berjaya didoktrinkan sehingga menjadi amalan tanpa disedari oleh orang Melayu Muslim, termasuklah sambutan Hari Raya, Kini saya akan mendedahkan satu-per-satu amalan kafir yang telah menjadi sebahagian dari hidup orang Melayu!
#1: Unsur Freemason/Illuminati Pada Ketupat
Dalam kitab suci Al-Quran dan sunnah nabi tidak ada satu arahan bertulis pun memerintahkan kita memakan lemang dan ketupat semasa sambutan Hari Raya Aidil Fitri.
Jadi bagaimanakah adat memakan ketupat wujud dikalangan Melayu? Ternyata adat memakan lemang dan ketupat semasa raya bukan mengikut ajaran agama dan tanpa disedari kita telah mengikut amalan Freemason yang tanpa diragui lagi kelab gay penyembah Syaitan.

Seperti yang kita tahu corak 'checkered board' adalah unsur penting dalam amalan ritual Freemason, namun tahukah kita unsur ini telah diserapkan dalam makanan tradisi orang melayu iaitu ketupat! Aduhai apa yang telah kita makan!? Selama ini kita menyuapkan anak-anak kita dengan makanan yang berunsurkan Freemason!
Bentuk segitiga juga melambangkan piramid Firaun, dan bentuk segitiga ini merupakan simbol Illuminati yang terletak di belakang bil Dollar Amerika! Tahukah anda sebenarnya ketupat palas adalah hasil ciptaan agenda Illuminati?
Malah jika diletakkan di atas pinggan ianya seolah-olah menyerupai Pyramid Firaun Kafir Pagan, sungguh tidak disangka selama ini kita menyokong Firaun tanpa disedari kerana bersubahat membuat ketupat palas yang menyerpai pyramid! Bertaubatlah saudaraku bertaubatlah!
Seperti ketupat, lemang juga tidak dapat lari dari dipengaruhi unsur tersembunyi pihak Yahudi dan Kristian dalam usaha mereka melemahkan iman seluruh umat Islam!
Jika dilihat dari susunan lemang yang dibakar, ianya tidak ubah kelihatan seperti piano organ di gereja yang selalu dimainkan semaca upacara keagamaan orang kristian! lihatlah susunan buluh lemang amat menyerupai tiub udara pada piano organ.
Susunan lemang yang telah dipotong juga tidak ubah kelihatan seperti gulungan kitab orang yahudi, sudahlah masyarakat Islam Malaysia menyokong Yahudi dengan membeli McD dan produk-produk Yahudi yang lain, malah tanpa disedari mengamalkan amalan orang yahudi dalam makanan kita.
Sememangnya Lemang dan ketupat merupakan konspirasi 'The Hidden Hand' puak Illuminati untuk merapuhkan iman orang Muslim di Malaysia, mari kita lihat unsur yang tersembunyi pada kedua-duanya.
Bulat merupakan simbol bagi mata pada logo 'All Seing Eye' manakala segitiga pula merupakan elemen geometri yang sering digunakan dalam upacara sihir dan magis. Rendang dan serunding pula mewakili kemenyan yang selalu digunakan semasa upacara khurafat. Jika digabungkan geometri segitiga dan bulat maka muncullah simbol Illuminati, nampak kaitannya di sini?
Bulan sabit dan bintang selalu dikaitkan dengan simbol ke-Islam-an, malah kebanyakan masjid dan surau mempunyai simbol bulan sabit dan bintang pada kubahnya, tetapi dari mana datangnya simbol tersebut? Pada zaman Baginda Rasulullah (S.A.W) lambang bulan dan bintang tidak pernah digunakan, Jadi sejak bila pula lambang bulan dan bintang menjadi simbol agama Islam? Tidakkah anda berasa pelik?
Dalam amalan menghantar kad raya yang sememangnya bukat adat orang Melayu, lambang bulan dan bintang sering digunakan sebagai corak hiasan penting pada kad raya, semasa menghantar kad raya kepada rakan-rakan anda tanpa disedari anda menggalakkan mereka menjadi 'Satan Worshipper'! Kembalilah ke pangkal jalan!! Jangan bersubahat dengan Syaitan Nirrajim!!
Walaupun ada banyak yang ingin saya bongkarkan tapi terpaksa saya berhenti di sini sahaja kerana risaukan nyawa saya diancam oleh ejen-ejen illuminati... Ingat, mereka berada dimana-mana, di selipar anda, di Tesco, Jusco, malah seluar dalam anda yang kelihatan seperti segitiga piramid! Jika anda nampak segitiga di mana-mana sila buangg! Nampak 'checked board' sila bakarrr!! Kah Kah Kah!!
Entry asal di SINI
13 orang menconteng:
susah ar klw cmtu...tepaksa la buang lemang di pagi raya...hahaha
@AlfiEean WaRsi, jgn buwang, bg aku! :a:
ape laaa...jgn libatkan segala hal dgn amalan Freemason...jangan main tuduh2 jer...contohnya bulan dan bintang..itu kan lambang agama Islam..takkan Islam pun kene tempias Freemason jugak kot????...one more thing..ambik contoh gulungan kitab Yahudi..ko pikirla...dah lemang tu bulat n dipotong gitu..nak wat cmaner??..aku rasa...kalo ko ajukan benda ni kat golongan Freemason sekalipun..diorg geleng kepala n innocent ttg bende ni!!..jangan merosakkan akhlak sesama Islam kawan oi...!!!..sesungguhnya, yang penting bagi kita sebagai umat Muhammad dan umat Islam, kita perlu tahu niat di hati kita..untuk tujuan apakah kita hidup di dunia ini..wallahualam..
@Tanpa Nama, apasal plak ko mrh aku?? tak paham btl. haha... ko baca tak link2 yg aku taruh... hmm..
cam pelik jer..mende2 tu di samakan sbb shape jer..susah ler hidup kalau pikir mcam ni jer.. :P
@*faralina*, btl tu. kita x boleh cpt sgt melatah...
aku pun x paham nape ad jugak orang leh komen dgn serius lepas bc artikel ni...korang lebih lawak drp artikel ni.wakaka
@Tanpa Nama, :l::l::l:
lemang n ketupat wujud zaman dlu b4 freemason lor bai..logic out btol hadooooooi
@Tanpa Nama, why so serious
:a:
Sudah lah,kita semua berada di zaman modern! Jangan menerka nerka nyari nyari hal yg ga penting!semua ada di diri dan sifat kita sebagai org muslim sejati! Walau kita berada di lembah org kafir yahudi sekalipun nilai ke islaman dan ke imanan seorang muslim sejati takkan pernah luntur!!!
???!!!!?!???!???????
Catat Ulasan
Kalau baik hati, komen lerr sikit... :P